KASTURI DURIAN DOLU2


Sembang sikit ajelah ya ari ni.. yang sebenarnya kuih kasturi ni dah terlepas tarikh tapi zanie tetap nak N3 kan gak dicni soo ..., meh kita tengok resepinya...

Bahannya :

Bahan-bahan 15-18 biji )

utk inti (Bahan A)
  • 1 paket kecil kacang hijau (direndam dahulu selama 1 1/2-2 jam)
  • air secukup merebus hingga kacang empuk
  • 3/4 cawan gula perang/ ikut manis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/3 biji kelapa parut [ kelapa agak muda ]
  • 2-3 sudu besar / Secukup tepung gandum untuk menyatukan bahan ini
  • 5 ulas durian asingkan isi dari bijinya
  • 1 helai daun pandan
utk kulit (Bahan B)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara-cara

Bahan A;
  1. Rebus kacang hijau sehingga agak hendak lembut. Jika masih agak keras tambahkan sedikit air lagi, kemudian bolehlah masukkan isi durian, gula perang, kelapa parut, daun pandan dan garam.
  2. Kacau sehingga kering dan lembut masukkan sedikit tepung gandum kacau rata2. tujuannya adalah agar inti kacang itu tidak berderai dan mudah di bentuk. Angkat.
Untuk kulit (Bahan B);
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letak air kacau sehingga sebati jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air, masukkan telur, serbuk kunyit dan garam
  2. Adunan ini seperti hendak mengoreng pisang. Setelah siap, ambil inti kacang tadi gaulkan dengan tepung.
  3. Buat leper leper dan masukkan ke dalam bahan B dan goreng di atas api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap

0 comments:

Post a Comment