WINDOW SHOPPING

Beberapa hari yang lepas zanie N adik serta 3 anaknya sesaja jenjalan di Pasaraya Billion, temankan adik beli handbag... nak dijadikan cerita, anak buah zanie yang sorang ni memang cukup berani walau dalam keadaan apa sekali.....masa zanie samapi di Billion ada pameran haiwan termasuklah haiwan ular nie
oklah x mahu cakap banyak meh kita layan gambar nie...

Waktu kitaorang sampai ular ni sedang tidur.. cuba lihat besarnya saiz badan ular nie x tahu berapa timbang beratnya..hehehe......


Walaupun pemandangannya agak sama seperti gambar yang diatas tapi ular ni sudah pun bangun dari tidurnya dek anak buah zanie yang telah cuba2 menyentuhnya, si abang yang saja nak menyakat si adik dalam diam2 memegang tangan si adik ni dan meletakkan nya diatas badan ular maka menjeritlah si adik tadi, orang ramai terkejut hingga hingar bingar..diaorg fikir ada terjadi sesuatu yang x diingini, si adik tadi yang terkejut sama dengan suara riuh rendah org ramai, si adik apalagi, tanpa toleh kiri kanan terus meluru naik tangga untuk ketingkat 2

NUR ZULAIKA

cuba lihat aksi si adik tadi... si ibu cepat2 capai tangan si adik dari naik keatas sendirian.
petang tu dapat gaklah capai hasrat adik yang nak membeli handbag. pastu kitaorg gi makan nasi ayam di Sea Side tapi terlupa la plak nak snap gambar keletah anak2 buah waktu makan , hampir maghrib kitaorg sampai di rumah. apapn kitaorg hepi sangat petang tu walaupun dalam keletihan.....

sebelah malamnya zanie dan HB makan malam diluar, makan roti canai dan juga makanan sampingan yang ada dalam gambar tuuuu... huhuhu.....

ada tapai ubi kayu, kacang rebus juga otak2 ikan juga kelapa muda

*****************************************************************************

keesokkan harinya pepagi lagi zanie dah keluar dijemput oleh adik [ x drive sendiri ]
kitaorg bergerak bertiga aje sebab si abang gi sekolah, kami sarap roti canai dan nasi air di kedai makan mara


Nasi air & lauk sampingan juga teh tarik..

roti canai untuk zanie lupa nak snap kalut dengan si zulaika sorang tu.....hahaha...lepas sarap kami gi shopping....


ni dia barang yang zanie cari2

tercapai gak hasrat dihati bila dapat apa yang di igaukan selama ini..tapi bila nak rasmi ya!!!! ahaks

0 comments:

Post a Comment