- 1 paket agar2 serbuk (10gm)
- 450ml air
- 150ml susu cair
- 2 biji telur gred A
- 5 sudu besar gula
- 3 sudu besar marjerin/butter
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna mengikut citarasa masing2
Cara-cara
- Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
- Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
- Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
- Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba..
- ** Ni agar2 serbuk yg k.nor gunakan (1 paket = 10gm)
0 comments:
Post a Comment