KEK KUKUS KURMA MERAH


Kek yang lembut dan gebu dipenuhi dengan taburan kurma dan aneka ceri. heerrmm...very2 yummy

Bahan - bahannya

10 biji telur ayam
250 grm mentega
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 tin susu pekat
2 kotak buah prune merah
150 grm ceri merah
150 grm ceri hijau
200 grm kacang gajus
1 botol jem buah2an
pewarna hijau

Cara- caranya

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. dalam bekas lain pukul mentega dengan susu sampai kembang baru satukan pada yang pertama tadi [ telur dan gula ]. kacau sebati.

2. Masukkan tepung, jem buah2an dan pewarna hijau tadi, kacau lagi hingga rata.

3. Ambil kacang gajus tadi masukkan satu persatu kedalam setiap biji kurma buat hingga habis kemudian buat pula pada ceri merah dan hijau juga, buat hingga habis kesemuanya.

4. Masukkan kurma, ceri hijau dan merah tadi dalam adunan tepung gaul rata. Panaskan air kukusan hingga mendidih. Lencer acuan, lapis dengan kertas minyak masukkan adunan tadi dan kukus selama 2 jam / lebih sehingga kek masak, sejukkan dahulu baru dipotong.

MEE GORENG

Mee goreng ni menu malam tadi ni kes malezz nak masak la nie.. order aje.. hehehe.. yang sebenarnya siang tu bukan zanie x masak tapi dah licin . my parent dtg, jadi malamnya order aje laa..sonang kerejo.
resepi macam biasa lahkan kalau order mana chef nak bagi nanti kena minta dulu dengan chef nana Taman Anggerik tu.. hahaha...

KEK COKLAT MOIST

Dah berapa hari x makan kek nie lagipun anak2 suka, maka zanie pun membaking la. rasanya semua dah biasa dengan resepi kek ini jadi x payah kot zanie letak disini. kita layan mata aja lah ya !!

MUFFIN PISANG BERCOKLAT


Bahan - bahannya
  • 50 grm mentega
  • 100 grm tepung gandum
  • 20 grm koko powder
  • 50 grm gula castor
  • 100 grm pisang
  • 1 biji telur ayam
  • 50 ml susu
  • 1 s/k baking powder
Cara - caranya
  1. Hancurkan pisang hingga lumat masukkan susu dan telur yang telah di pukul sedikit.
  2. Dalam bekas lain satukan tepung, gula, baking powder, koko powder dan diayak kemudian dimasukkan kedalam bahan pisang tadi gaul rata.
  3. akhir sekali masukkan mentega dan kacau rata.Bubuh dalam papper cup tiga suku penuh, letak potongan pisang diatasnya.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu bakar dengan kepanasan 180 c selama 20 - 25 minit

AYAM ROLL SOS TOMATO KETUMBAR

Nampak macam rumit membuatnya tapi sebenarnya simple aje, rasanya? eerrmmm..sodaaap.!!jom kita layan resipinya

Bahan - bahannya

  • 1 ekor ayam
  • 20 grm daun ketumbar
  • 50 grm kacang pes
  • 150 grm cili kisar
  • 150 grm bawang merah [ kisar halus ]
  • 50 grm bawang putih [ kisar halus ]
  • 100 grm halia [ kisar halus ]
  • 3 batang serai kisar halus ]
  • 5 grm bunga lawang
  • 5 grm kulit kayu manis
  • 1 liter santan
  • 300 grm tomato puri
  • 150 grm sos cili
  • 200 grm tairu
  • 200 grm tomato biji [ belah 8 ]
  • 1 cawan minyak masak
  • garam, gula dam serbuk perasa secukupnya
  • aluminium foil untuk membungkus

Cara - caranya

  1. Bersihkan ayam dan buangkan tulangnya. ambil separuh daripada isi ayam kisar bersama2 daun ketumbar dan garam.
  2. Masukkan ayam yang dikisar tadi bersama2 kacang pes dan juga baki ayam yang ada gaul rata dan gulung dalam aluminium foil. Panggang ayam dalam ketuhar selama 30 minit dengan kepanasan 180 c.
  3. Sementara itu panaskan minyak, tumis cili, bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis. kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri, santan, tairu, buah tomato, sos cili, garam, gula dan perasa. kacau hingga kuah pekat sedikit.
  5. Ayam yang sudah masak tadi dipotong dan tuang kuah keatasnya sebelum dihidang. selamat mencuba

CUPPIES KEDUA


Cuppies nie zanie buat masa befday my doter yang baru lepas saje buat untuk makan2 walau waktu tu zanie x berapa sehat tapi memandangkan my doter duk kat KL dan CNY dia balik kebetulan plak hari tu befday dia jadi zanie nak bagi dia merasa air tangan dari mamanya ialah selama dia di KL asik membeli saja cuppies dan brownies, my doter kata harga memang boleh tahan almaalumlah KL. x jauh beza mama buat dengan yang habibah beli tau mama, bolehla buka bakery..!! itulah kata my doter. hahaha.. cadangan yang baik tu.
Apa pulak komen anda?

APAM AISKRIM SODA

Bahan - bahannya
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kastor [ boleh kurang jika x nak manis ]
  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan aiskrim soda
  • 1 sudu besar ovelette
  • kertas minyak secukup untuk buat acuan
  • pewarna merah dan hijau
Cara - caranya
  1. Satukkan tepung, gula, aiskrim soda, telur dan ovelette dalam manggkuk pengadun.Pukul hingga pekat dan gebu.
  2. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. warnakan setiap satu bahagian dengan warna merah dan hijau sebahagian lagi biar warna asal [ putih ]
  3. Potong kertas minyak 10x10 cm, lipat 4 buka lipatan tadi dan gunting salah satu penjuru lipatan tadi hingga sampai garis tengah saja. cantumkan lipatan tadi hingga berbentuk kon dengan cara gulung dan pusingkan kertas minyak tadi.
  4. Panaskan dahulu kukusan. Isikan kon tadi kedalam acuan apam / letakkan menegak diantara celah2 lubang pengukus kemudian isikan setiap warna adunan tadi seperti dalam gambar dan kukus hingga apam masak.

AYAM PADPRIK

Ayam padprik ni yesterday zanie buat untuk bekal anak balik kehostel. oleh kerana resipi ayam padprik ni dah ada diresipi yang terdahulu so.. tak payah kot rasanya zanie taip resipinya disini, jadi meh kita layan gambar aje ya!!

PENGAT CANDIL & MUFFIN KELADI

Muffin keladi ni zanie buat dari lebihan keladi yang zanie buat untuk kuih talam sedap dimakan waktu muffin masih panas

MUFFIN KELADI SERATAH
  • 100 grm keladi seratah
  • 100 grm tepung gandum
  • 50 grm mentega dicairkan
  • 50 grm gula
  • 1 biji telur suhu bilik
  • 1 s.k baking powder
  • 50 grm susu segar
  • pewarna purple dan perasa keladi
Cara - caranya
  1. Panaskan ketuhar, pukul sedikit telur cuma setakat berbuih saja.Bersihkan keladipotong kecil2 dan rebus hingga empuk. toskan airnya.
  2. Ambil bekas, lecek keladi tadi hingga halus, masukkan susu segar kacau biar rata. lepas tu masukkan telur pewarna dan perasa keladi, diikuti pula bahan ayak tadi kacau biar sebati dan akhir sekali baru masukkan mentega cair.
  3. Isikan dalam papercup, bakar hingga masak

PENGAT CANDIL + KELADI

pengat ni zanie pakai agak2 aja bahannya x ada sukatan pun. apapn zanie bagi gaklah pada yang nak cuba sonang aje

Bahan - bahannya
  • keladi dibersihkan dan potong2 kiub
  • gula pasir ikut manis
  • santan pekat
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • adunan tepung untuk candil [ tepung gandum + sedikit tepung pulut dijadikan doh]
Cara - caranya
  1. Satukan bahan diatas kecuali adunan tepung dan santan pekat, masak hingga keladi empuk.
  2. Ambil adunan tepung tadi buat bentuk bebola sebesar guli buat hingga habis didihkan lagi hingga bebola tadi timbul baru masukkan santan pekat dan didihkan sekali lagi baru matikan api.

HAPPY BIRTHDAY MY DOTER


HAPPY BIRTHDAY TO NURHABIBAH

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. ..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..!!!!!!!


Selamat hari ulangtahun kelahiran nurhabibah..moga jadi anak yang solehah dan hamba ALLAH yang bertaqwa dari dunia saaampai keakhirat..AMIIIN..!!!

sori ya Nurhabibah... mama buatkan kek nie x cantik sbb mama demam... tapi sbb ingat Nurhabibah turun bas dari KL pkl 12 mlm nie, jadik mama sempat buatkan gak, moga Nurhabibah hepi dgn kek ini ya..!!!!

AKSI MAT STREAMYX

Meh kita realese tensen kejap.. tengok, apa yang ada dibawah nie.

Haaa.. inilah pakar2 styreamyx dari TM Pontian. tanpa kome sume, tak de ler yang tenang pakai internet tau. diaorang ni handle bukan setakat area Pontian jerk..tapi kawasan2 yang sewaktu dengannya, round the world.. seperti Pekan Nanas, Tanjung Piai, Parit Sikom dan Benut pun sampai tau, mcm Lubok Sipat.. kalau kg eiba ada internet pun my HB sampai sana. Rindu plak kat si eiba manis tu.hihihi...

pada kome2 sume.. toceh toceh, tanpa kome sume internet pasti tergendalaaa..

I TABIK U... STREAMYX !!!

uuiittt..!! apo nie? macam sarang burung aje..

time bom ni taun bape punya laa agaknya tapi time bom betul ke nie, hii takut laa..


aper ni? peti duit kot..!! ni mesti kes kopak.
eehh.!!! tak la, ni kena langgar buldozorrr.. huhuhu....



alamak!! apa dah jadi? isshh2...sapo le punya kejo


piiweit..tengah buat apa tu..
"di kilang mitsumi laa..tengah buat kejo nie....


psstt.. apo yang dibelek2 tu jang oii, modem meragam ke..!!

haii... maintant macho ke cik abang kita nie.. hehehe....



ooit..!! teropong bulan ke..bintang tuuu.. psst..!! nampak bidadari tak? hikhikhik...


terpegun sejenak, nampak apa tu ya agaknya.., haaa.. jangan ngulow kejo tau, ahaks


Pandang2 hati berkenan.. tidur malam ?????? terbayang2, terbayang apa ya?
tuu..umah bosaw tu.....,

kalau den dapeklah umah cam tu, tak naik dah den kat atas, takut ada antu.. bosaw gileeer umah tu Uuuu. bukannya mat yang pakai sepek itam tu.. jangan perasan..jangan perasan tau. hahaha...

DAGING HITAM MANIS & KOKTAIL NANAS

JEJEMPUT KENTANG DENGAN BAWANG

jejemput ni buat bekpes.. cicah dengan sambal kacang.. rasanya dah biasa orang buat so x payah la zanie bagi resipinya ya!!


DAGING HITAM MANIS
* maaf gambar blur...

Bahan - bahannya
  • 1 kg daging lembu
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 100 grm cili kering
  • 3 cm halia
  • 4 btg serai
*kesemua bahan ini dikisar halus
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar kicap masin
  • 20 grm kismis hitam [ dikisar asing ]
  • 150 grm kerisik
  • 50 grm rempah kari daging
  • 4 sudu besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara - caranya
  1. Perap daging dengan bahan yang dikisar halus tadi. kismis, semua jenis kicap dan kerisik.
  2. Panaskan minyak dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan daging yang diperap tadi.
  3. Masak dengan api yang sederhana dan kacau selalu supaya tidak hangit.
  4. Bila kuah agak kering dan daging sudah empuk masukkan garam, gula dan kacau lagi hingga sebati. Angkat dari api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi himpit / ketupat / roti / nasi.

KOKTAIL NANAS

Koktail nanas ni tiada sukatan waktu zanie buat.. campur dan rebus aje

Bahan - bahannya
  • Nanas masak ranum
  • Gula pasir ikut manis
  • air secukup merebus
  • kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan
cara - caranya
  1. Kupas kulit nanas cuci dan potong2 kiub macam dalam gambar.
  2. Ambil bekas agak besar masukkan kesemua bahan diatas tadi dan rebus hingga mendidih dan nanas masak.
  3. Matikan api, sejukkan dahulu sebelum dimasukkan didalam peti ais
  4. Enak dimakan waktu hari panas

NASI LEMAK AYAM GRILL MADU & AGAR2 SOYA

Menu yang dah terlepas date..nasi lemak dengan ayam panggang madu

AYAM GRILL MADU

ni adalah ayam panggang madu yang agak golap sedikit sbb ada campuran madu namun ia tetap heerrmmm.., yammylicious... meh kita tengok resipinya yuk!!

Bahan - bahannya

500 grm ayam
1 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil lada hitam

* tumbuk / kisar semua bahan hingga halus

Cara - caranya

1. Bersihkan ayam, kemudian gaul dengan semua bahan - bahan diatas.

2. Perap selama 30 minit [ zanie perap 1 malam esok baru panggang ].

3. Kemudian grillkan dalam microwafe atau bakar atas api arang. Balik2kan biar masaknya rata.

AGAR - AGAR SOYA

agar2 ni saja zanie buat sbb ada banyak air soya kotak jadi zanie cuba dengan kreativiti zanie..jom cuba lihat apa resipinya

Bahan - bahannya

700 ml air soya kotak
300ml air
1 cawan gula pasir
10 grm strip agar
pewarna hijau
2 helai daun pandan

Cara - caranya

1. Masak agar2 dengan air hingga hancur dan mendidih. kemudian tapis supaya tidak ada yang bergentel. Masak semula diatas api masukkan gula pasir, daun pandan, pewarna hijau biar mendidih baru masukkan air soya kotak tadi kacau selalu agar campuran air soya tadi apabila mendidih ia tidak melimpah keluar.

2. Matikan api, keluarkan daun pandan tadi dan tuang dalam bekas yang disukai.

3. Agar - agar ini lebih sedap jika dibubuh dalam peti ais, nyaman sekali bila dimakan. selamat mencuba

AWAS....!! PINTU AUTO MAUUUT.....


Inginkan cerita selanjutnya? nantikan dan tunggu kisah benar yang terjadi..stress Uuuu....

Pada ahad 18 jan lebih kurang 12.35 tghari kami menghantar anak balik ke hostel.
onthe way balik zanie beria2 sangat nak pergi window shopping di sebuah hypermarket. padahal sebelumnya zanie kureng minat utk kemana2 waktu siang hari memandangkan zanie yang agak alah dengan cuaca siang tapi apa hangin hari itu pun zanie tak tahu ialah beria2 benar naknya tu. HB pun tak kisah sbb hari minggu saja yang dia off jadi hari itu kami ambil kesempatan yang ada untuk berjalan2 bersama2. kalau nakkan zanie pergi shopping sendiri..lambat la ckit..malezznya nak drive sendiri. tahulah bandar pontian sekarang bukan mcm 10 thn yang lalu. sesak selalu.....leceeeh..!!

Nak dijadikan cerita sesampai saja kami dihyper tu zanie terus dapat tempat parking hampir plak dengan pintu utama hyper tu seronok kerana tak susah2 2-3 x pusing sbb nak cari tempat parking tak payahlah nak jalan jauh2.tak seperti hari yang sebelum2nya walau hari itu hari shopping bagi warga pontian.

Pada hari itu adalah sedikit barang yang dibeli jadi memandangkan sudah hampir 1 jam zanie pun pergi kekaunter membuat pembayaran dan bergegas keluar, sambil berjalan dan meninjau2 koisk dikiri kanan lorong, kami pun sampai dihadapan pintu. zanie follow HB yang berada lebih kurang suku depa dihadapan yang sedang melangkah keluar pintu jadi sambil memandang ke arah kanan
zanie pun nak melangkah juga melepasi pintu kaca tu bila tetiba terasa macam sesuatu yang melanggar datangnya dari sebelah kanan bahu zanie tapi tak tahu apakah menda itu, yang zanie tahu bila HB mendengar bunyi berdentum dia menoleh kebelakang dan melihat zanie dah terbaring disitu,HB dan pak guard tu segera meluru kearah zanie yang tengah posing dan terus bangunkan zanie..rupa2nya zanie dilanggar dek pintu maut yang datangnya dari arah kanan bahu. Nasib baik waktu tu tak ada sesiapa yang keluar / masuk hyper tu dan melihat kejadian itu melainkan HB, pak guard diluar dan 3 warga cina yang memandang dari arah dalam.
Syukur alhamdulillah.. ALLAH masih sayangkan zanie, ialah..bayangkan jika ramai yang nampak kejadian tu. kalau tidak tak tahulah apa nak kata ..uuwwaaa.... pak guard cuba nak mententeramkan zanie ..lalu dia pun menceritakan apa yang terjadi semenjak pintu kaca tu dipasang.

Kejadian seorang kanak2 tersepit dipintu yang sedang tertutup, bayangkan apa jadi pada kanak2 itu? kesian kaann!!!

Kejadian pekerja warga bangla yang terpaksa terima akibat dari kesalahan yang bukan dipinta. Ialah.. bayangkanlah kerja warga bangla tu mengemas, mengutip, menyusun dan menyorong troli diluar dan menolak untuk dibawa masuk.., bila sampai ditengah2 pintu, tetiba pintu itu tertutup rapat. Apalagi berpusing baliklah troli2 tu dan sebahagian yang berada diluar terus mengelongsor ketengah jalan dan menyapu kereta yang ada ditempat parking. Taukeh hyper tu tak banyak cakap terus membayar ganti rugi tuan punya kereta tu tapi yang malang ialah.. warga bangla.., kena potong gaji dia beb..!!

Kejadian seterusnya yang paling2 kesian ialah seorang perempuan cina sedang keluar sambil menolak troli yang berisi sayur apabila punggungnya [ montotnya ] dilanggar dek pintu maut tuu..., nak tahu apa sudah jadi dengan perempuan cina tu? almaalumlah pintu depan tu kan agak curam sedikit jadi terTUNGGIN dan meNUNGGENlah diaa.. kesian kaaannn!!!

Yang jadi kemuskilannya taukeh tu kata pintu tu tak salah yang salah ialah kejadian tu..apalah banggangnya pemikiran orang seperti itu ya!!

tapi zanie memang betul2..., alhamdulillah.. bernasib baiklah, pak guard tu bagitahu apa sebabnya zanie jadi mcm tu.. sbb masa zanie tengah melangkah keluar, pintu tu dah awal2 detect orang terdahulu sebelum zanie maksudnya bila orang dihadapan zanie tu dah lepas keluar dia akan autometik tertutup tanpa mengesan apa yang ada dibelakang. gitulah dia kata.. zanie nie kalau bab pintu mintu nie kurenglah ckit, lagi2 pintu maut nie..dia kata zanie entah orang yang keberapa pun dia tak tahu..itulah yang membuatkan zanie rasa tak selesa demam pun belum kebah lagi badan masih sakit2 lagi.. itu kot yang jadi stress, tensen mcm nak marah dan moody selalu mungkin juga kerana sakit dikepala masih terasa lagi dek hentaman pintu maut tuu.

Maaflah ya jika ada pihak2 yang terasa / tersinggung dengan apa yang zanie terangkan dan lalui dan juga yang terlibat. saja nak kongsi pengalaman pada rakan2 dan pelawat hypermarket tu agar lebih berhati2 bila kesana..

sekian wassalam

KUIH TALAM KELADI SERATAH



Dah beberapa hari lepas kuih ni zanie buat tapi baru hari ini dapat zanie entry disini..oleh kerana zanie agak moody cikit hari ini soo.. jom kita layan ajalah ya..!!

Bahan Lapisan Bawah

100 grm keladi seratah [ buang kulit potong dadu dan kukus selama 2- 5 minit ]
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam dan beberapa helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas

1oo grm keladi seratah mentah yang telah dibuang kulit dan potong nipis2
3/4 cawan gila p[asir
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam dan beberapa helai daun pandan
pewarna keladi / ungu
sedikit pes keladi

Cara penyediaan lapisan bawah

1. Masak gula dengan 1 cawan air, santan pekat, daun pandan dan garam, biar hingga gula hancur dan mendidih.

2. Setelah mendidih angkat dan masukkan 1 cawan air baki tadi kedalamnya agar adunan tadi menjadi suam. Keluarkan daun pandan tadi. Tuang kedalam manggkuk pengisar.

3. Masuk pula bahan2 kering tadi sedikit2 sambil dikisar sekadar semua bahan2 tadi sebati saja.
Keluarkan dari blender.Masukkan keladi yang telah dikukus tadi kacau rata, ketepikan.

Cara penyediaan lapisan atas

1. Untuk lapisan atas pula, masukkan santan pekat, 1 cawan air, garam, gula dan daun pandan. masak hingga gula hancur dan mendidih. angkat dari dapur dan masukkan baki air tadi agar adunan menjadi suam.Keluarkan daun pandan, tuang kedalam pengisar berserta keladi mentah tadi kisar hingga keladi betul2 hancur dan halus.

2.Masukkan bahan2 kering tadi kedalam pengisar sedikit2 sambil dikisar agar semuanya bersatu dan sebati.Akhir sekali masukkan pewarna dan pes tadi.

Proses mengukusnya pula

1. Didihkan air kukusan, masukkan lapisan bawah, kukus hingga masak. Kemudian masukkan pula adunan untuk lapisan atas dan kukus lagi hingga betul2 masak dan tanak.

2. Biar betul2 sejuk baru boleh dipotong.

3. selamat mencubalah yaa..

LOMPANG SOM - SOM


Hari ini macam x de idea nak sembang panjang apapn meh kita tengok resipi kuih ini.

Bahan - bahannya
  • 600 grm tepung beras
  • 150 grm udang [ kupas kulit dan cincang halus ]
  • 2 biji kelapa [ ambil 7 - 10 gelas santan ]
  • 1 helai daun kunyit [ hiris halus ]
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna makanan yang anda suka
Cara membuatnya

1. Bancuh tepung beras dengan santan dan garam, bancuh biar cair sedikit dari adunan kuih dadar.

2. Kacau atas api hingga pekat. Angkat periuk daripada dapur, asingkan sedikit adunan untuk membuat lapisan atas.

3. Campurkan adunan yang masih dalam periuk dengan daun kunyit serta udang kacau rata. Adunan yang sudah diasingkan tadi di masukkan sedikit warna.

4. Sediakan acuan lompang, isikan adunan putih hingga 3/4 acuan dan kukus hingga setengah masak. Buka kukusan penuhkan acuan dengan adunan berwarna tadi dan kukus lagi hingga masak.

5. Angkat kuih tadi, bubuh cili sos dan tabur daun sup diatasnya

Bahan untuk sos cili
  • 5 biji cili api
  • 2 cm halia
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 cawan air masak sejuk
  • 3 sudu besar gula
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cuka
Cara menyediakannya
  1. Masukkan kesemua bahan2 diatas tadi kedalam blender, kisar hingga halus.

SEMBILANG LEMAK CILI PADI & ACAR RAMPAI

lauk dah nak habis baru terhinggat nak snap ...ikan nie anak zanie yang sibuk2 suruh beli katanya nak mamanya masak lemak cili padi. kalu nak hikutkan ati malezz.. nak menyiangnya memang leceh..tahu2 ajalah kalau ikan jenis ni..tapi apapun sbb dah beli zanie pun tiada pilihan lain, masak ajalah. memang sedapkan bila ikan sembilang ni dimasak lemak cili padi...

ini pulak Acar Rampai yang zanie machingkan dengan ikan diatas tadi..makan sewaktu nasi masih panas2 lagi, memang berapi .... apapun kita layan gambo dulu ya..!!

MY BIRTHDAY PRESENT

Happy Belated Birthday To Sis Zanie



glitter graphics




myspace codes


Istimewa buat Kak Zanie...

Terima kasih atas kata-kata semangat yg akak berikan buat Nur...
Nur ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari lahir buat akak... Maaf ye kak... Nur terlambat nak wish... :)

Sudilah akak terima 2 biji kek & present dari Nur... Especially for you... Hope akak suka..hehehe

Semoga Allah memanjangkan usia, mengurniakan kesihatan yang baik dan melimpahkan rahmat buat akak sekeluarga... Amin...

UNTUK NUR..!!

Terima kasih yang tak terhingga buat nur dengan hadiah yang begitu berharga buat zanie...uwaaa..terharu N very2 hepi sungguh hati ini.Terima kasih jugak dengan doa dan wish dari nur itu..insyALLAH2 .. ishishisshh... macam nak ngap aja kek tu, hihihi.. bestkaaan!!!

QUOTE DARI NUR

Myspace Friendship Graphics Quotes

Quote nie sepatutnya 29 dec yang lalu zanie dah buleh tampal kat sini dah tapi hari ini baru dapat zanie gantungkan sekali gus dengan bsday present tu. terima kasih ya nur

*psstt.. maaf ya nur kerana lambat banget k. zanie gantung adiah2 nur tuu.. agak BZ n LZY cikit la nur...hahaha...

DONAT GEBUS KU

Nampak macam sedap..betul ke nie...ermm..ya kot!! so mari kita layan apa bahan yg nampak donut ni mcm gebu aje

Bahan - bahannya :

A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung susu
  • 3 sudu besar shortening
  • 3 sudu besar gula pasir yg halus
B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu instant yeast
Caranya :

1. Satukan bahan B. satukan juga bahan A berasingan. Masukkan bahan B pada campuran bahan A tadi.

2. uli hingga bersatu tambah air jika perlu uli lagi hingga doh menjadi lembut dan licin.

3. canai doh tadi dan terap ikut kegemaran memasing. Setelah itu perap selama lebih kurang 30 minit / hingga doh naik 2 kali ganda.

4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan.Biar sejuk sebentar barulah boleh disalut dengan gula halus.

KUIH DADAR / KETAYAP

Sempat gak snap kuih ini ... buat untuk breakfast. sedap tau kuih ni, leeembut sangat. meh tengok gambo yang blur nie..hikhik..kuih dadar nie ramai plak yg nakkan resepinya. resepinya macam biasa je sebenarnya, tapi sbb ramai yg nak kongsi.., jom!! resepi ada dibawah ya..

Bahan - bahannya :

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1/2 cawan santan / fresh milk
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam halus
sedikit pewarna hijau

Untuk inti :

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan
2 sudu kecil tepung gandum

* masak bersatu bahan2 ini hingga kering dan agak likat, masukkan sedikit tepung gandum tujuannya adalah untuk agar inti tadi tidak terlalu berderai.

Cara membuat kulitnya :

1. Blender santan bersama daun pandan setelah itu tapiskan.Satukan tepung gandum tadi bersama garam dan telur.
2.Masukkan santan pekat tadi diikuti pula minyak masak dengan menggunakan wisk agar tidak bergentel / blender pn boleh. setelah itu masukkan sedikit pewarna hijau tadi. kacau biar warna tadi sekata.

3. Panaskan pan yg agak leper, lenserkan dengan minyak apabila pan telah panas bolehlah masukkan better tadi agak2 dalam 2 senduk kecil. bila better sudah berubah warna angkat dan isikan inti diatasnya. Bolehlah digulung seperti didalam gambar.

4. Buat begitu hingga habis dan boleh dah kalau nak di NGAAPP..!!!!

KUIH SOM - SOM

dah dua tiga hari kebelakangan ni cuaca agak panas. terasa nyaman bila kuih ini dimakan tau, lagi sedap bila kuih ini disejukkan dahulu didalam peti ais. jom..kita layanzz

kuih yang agak simple zanie buat. kali ini x bubuh dalam mould. saja jerk nak ringkas..potong2 aja.kes malezz la nie. hahaha...!!!

Bahan - bahannya :
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung sagu
  • 1/2 sudu kecil garam halus2 sudu besar krim jagung [ zanie x bubuh coz x ada dalam simpanan ]
  • 4 cawan air
Untuk air gula :
  • 150 grm gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • air secukup untuk memasak gula tadi
*masak hingga mendidih dan agak pekat bahan2 ini

Cara membuat kuih somsom :

1. Satukan semua jenis tepung, masukkan santan di ikuti garam dan krim jagung. kacau rata2 agar tidak bergentel.

2. jerang atas api sambil dikacau menggunakan wisk dengan menggunakan api yg sederhana besar kacau selalu agar tidak hangus. kacau hingga adunan pekat dan nampak berkilat baru diangkat. tuang dalam mould yg digemari.

3. Biar hingga sejuk baru boleh dihidangkan bersama air gula yg telah dimasak tadi.

4. Selamat mencuba

BELEBAT UBI KAYU

inilah dia belebat ubi yang telah siap dikukus


Belebat ubi ni lama dah zanie buat cuma x sempat2 nak postkan kat cni. jadi ari ini zanie nak kongsi resipinya pada yg sudi nak mencuba.

Bahan - bahannya :

  • 2 cawan ubi kayu yang sudah siap diparut
  • 1/2 biji kelapa [ ambil 1 1/2 cawan pati santannya ]
  • 4 helai daun pandan yang di kisar bersama kelapa tadi
  • 1/2 cawan gula pasir
  • secubit garam
  • Daun pisang secukup membungkus [ layukan dahulu ]
Cara - caranya :

  1. Tuskan ubi parut tadi pada penapis seperti dalam gambar diatas tapi jangan di perah biar agak2 lembab ubi parut tadi.
  2. Mendakkan air ubi tadi , bila sudah nampak berasing air dengan patinya buang air tadi. ambil ubi parut campurkan pada ubi yg sudah dituskan.
  3. Satukan bahan - bahan lain seperti santan pekatbercampur air daun pandan, gula dan sedikit garam gaul rata - rata.
  4. Sediakan daun pisang yg sudah dilayukan, ambil sedikit adunan tadi bubuh kedalam daun pisang dan bungkus seperti biasa.
  5. Akhir sekali didihkan dahulu air salam pengukus baru masukkan belebat tadi dan kukus selama 15 hingga 20 minit

Ubi kayu yang telah siap diparut dan sedang dituskan airnya

TODAY MY BESDAY


CUPPIES COKLAT MOIST

update 06 jan 09

ini fast time daku mendeco cuppies..lihat laa huruf tu, senget benget..ciankan ..resipi
buttercream tu dari blog nina SL.. sori ya nina zanie pakai resipinya..apapn memang mebeleszzzz tau buttercream tu. kena lak ngan kek yg moist tu..itulah komen dari my hubby cuma deco tu zanie kena lebih mendalami secara step by step..

05 jan 09

HEPI BEDAY TO ME..HAPPY BIRTHDAY TO ME..HEPI BEDAY TO MEEEE...!!!!

Sendirik ucap selamat ler.. saper lagi selain my hubby tercinta, merangkap [cintan cantunku, BOYPREN tu KEKASIH laa.., KAWANnnn... dan SAHABAT] gamaknya ler..N anak2 tersayang.../ada lagi kot yg nak ucap SELAMAT HARI JADIK..wakakaka....

update today 06 jan 09


HARAPAN UNTUK DIRIKU SENDIRI ...


*Semoga ALLAH senantiasa memberi taufiq dan hidayah kepada diriku

*Semoga diriku senantiasa di tetap dan diperteguhkan iman oleh ALLAH
*Ku ingin menjadi hamba ALLAH yg bertaqwa
*Ku ingin menjadi isteri yg solehah
*Ku ingin menjadi ibu mithali
*Ku ingin majukan diriku dalam bidang yang ku gemari ... dalam bisnes laa..apa la
gi.. x kirala bisnes apa..terutama yg sedang ku ceburi dewasa ini seperti melayer kek, menjala maruku, punahkan [ reapair ] komputer laa..hahaha..
*lastly ku berangan2 nak ada satu small bakery..buat masa ni operasi ku hanya dirumah saja..dihujung ceruk dapur yg telah ku ubah suai sedikit untuk memudahkan ku untuk
baking membaking dan melayan tepung...bila ada orderrr!!

HADIAH..!!

05 jan 09

Adiah x de lagik laa...cuma baru dapat dari celcom, celcom bagi bonus 8pax 7 ari 7 mlm free sms N call mulai ari nie..best gak kan..!! boleh gayut jerk..kahkahkah...

Massage yg zanie terima dari celcom berbunyi..SELAMAT HARI JADI! NIKMATI 7 HARI 7 MALAM PERCUMA PANGGILAN SMS KE 8PAX SEKARANG..
info : www.celcom.com.my / sender : 28882

Woow..!! caya laa...yg sebenaqnya taun lepas pn zanie dah dapat dah masa beday, zanie ingat taun nie x dapat dah, ialah kan ramai lagi yg menanti giliran..tapi tuah zanie sape yg tau. Mungkin zanie guna sampai 2 no celcom, tu yg ada sepecel ckit kottt..!!Apapn zanie nk ucapkan
tengkiu2..
THANX 4 CELCOM

*psst..baru dapat postkan aktiviti semalam coz line x de..hubby cabut moderm wat test kat umah costumer..almaklumlah kalau dah kije bahagian stryemix..nak cepat.. ha kau.!! x pasal2 kena hangkut plak moderm kat umah..haku yg telopong x der line..uuwwaaaa.. wakakaka.. apalagi...zzzzzz tido lerrrr
Lapuran today 06 jan 09


PRESENT FROM MY HB
12 jan 09

packing yang simple namun apakah isi didalamnya?

Jeng jeng jeng...Hengpoooong..... bestnya

tengkiu tengkiu sayang..

I LAB YOU