KUIH JONGKONG


beberapa hari yg lepas anak zanie kalut nak makan kuih jongkong..apalagi zanie pun tepaksa laa buka kitab utk cari resipi tu.. cari punya cari jumpa laa resipi ni dalam buku koleksi masakan zanie yg dah beberapa kurun yg lalu..masa tu zanie belum ada blog lagi. sooo..mai kita tengok resipinya :

Bahan - bahannya

  • 375 grm tepung beras
  • 11/2 biji kelapa parut [ jadikan 4 cawan santan pekat ]
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 5 helai daun pandan [ zanie x guna pn ]
  • Daun pisang secukup membungkus

Cara - caranya

1. Didihkan 2 cawan santan sambil dikacau, masuk sedikit2 tepung beras sambil dikacau rata.

2. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa juga air daun pandan . Masuk baki santan tadi adun sebati tapi jangan bergentel.

3. Potong daun pisang selebar 8 in. Buat bentuk kon, semat dengan lidi.

4. Tegakkan daun pisang tadi dalam pengukus tuang adunan tadi 3/4 penuh buat hingga habis. Kukus hingga daun pisang tadi kembang.Padamkan api dan sedia untuk dimakan.

0 comments:

Post a Comment