PENGAT CANDIL & MUFFIN KELADI

Muffin keladi ni zanie buat dari lebihan keladi yang zanie buat untuk kuih talam sedap dimakan waktu muffin masih panas

MUFFIN KELADI SERATAH
  • 100 grm keladi seratah
  • 100 grm tepung gandum
  • 50 grm mentega dicairkan
  • 50 grm gula
  • 1 biji telur suhu bilik
  • 1 s.k baking powder
  • 50 grm susu segar
  • pewarna purple dan perasa keladi
Cara - caranya
  1. Panaskan ketuhar, pukul sedikit telur cuma setakat berbuih saja.Bersihkan keladipotong kecil2 dan rebus hingga empuk. toskan airnya.
  2. Ambil bekas, lecek keladi tadi hingga halus, masukkan susu segar kacau biar rata. lepas tu masukkan telur pewarna dan perasa keladi, diikuti pula bahan ayak tadi kacau biar sebati dan akhir sekali baru masukkan mentega cair.
  3. Isikan dalam papercup, bakar hingga masak

PENGAT CANDIL + KELADI

pengat ni zanie pakai agak2 aja bahannya x ada sukatan pun. apapn zanie bagi gaklah pada yang nak cuba sonang aje

Bahan - bahannya
  • keladi dibersihkan dan potong2 kiub
  • gula pasir ikut manis
  • santan pekat
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • adunan tepung untuk candil [ tepung gandum + sedikit tepung pulut dijadikan doh]
Cara - caranya
  1. Satukan bahan diatas kecuali adunan tepung dan santan pekat, masak hingga keladi empuk.
  2. Ambil adunan tepung tadi buat bentuk bebola sebesar guli buat hingga habis didihkan lagi hingga bebola tadi timbul baru masukkan santan pekat dan didihkan sekali lagi baru matikan api.

0 comments:

Post a Comment