KUIH TALAM KELADI SERATAH



Dah beberapa hari lepas kuih ni zanie buat tapi baru hari ini dapat zanie entry disini..oleh kerana zanie agak moody cikit hari ini soo.. jom kita layan ajalah ya..!!

Bahan Lapisan Bawah

100 grm keladi seratah [ buang kulit potong dadu dan kukus selama 2- 5 minit ]
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam dan beberapa helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas

1oo grm keladi seratah mentah yang telah dibuang kulit dan potong nipis2
3/4 cawan gila p[asir
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam dan beberapa helai daun pandan
pewarna keladi / ungu
sedikit pes keladi

Cara penyediaan lapisan bawah

1. Masak gula dengan 1 cawan air, santan pekat, daun pandan dan garam, biar hingga gula hancur dan mendidih.

2. Setelah mendidih angkat dan masukkan 1 cawan air baki tadi kedalamnya agar adunan tadi menjadi suam. Keluarkan daun pandan tadi. Tuang kedalam manggkuk pengisar.

3. Masuk pula bahan2 kering tadi sedikit2 sambil dikisar sekadar semua bahan2 tadi sebati saja.
Keluarkan dari blender.Masukkan keladi yang telah dikukus tadi kacau rata, ketepikan.

Cara penyediaan lapisan atas

1. Untuk lapisan atas pula, masukkan santan pekat, 1 cawan air, garam, gula dan daun pandan. masak hingga gula hancur dan mendidih. angkat dari dapur dan masukkan baki air tadi agar adunan menjadi suam.Keluarkan daun pandan, tuang kedalam pengisar berserta keladi mentah tadi kisar hingga keladi betul2 hancur dan halus.

2.Masukkan bahan2 kering tadi kedalam pengisar sedikit2 sambil dikisar agar semuanya bersatu dan sebati.Akhir sekali masukkan pewarna dan pes tadi.

Proses mengukusnya pula

1. Didihkan air kukusan, masukkan lapisan bawah, kukus hingga masak. Kemudian masukkan pula adunan untuk lapisan atas dan kukus lagi hingga betul2 masak dan tanak.

2. Biar betul2 sejuk baru boleh dipotong.

3. selamat mencubalah yaa..

0 comments:

Post a Comment