AWAS....!! PINTU AUTO MAUUUT.....


Inginkan cerita selanjutnya? nantikan dan tunggu kisah benar yang terjadi..stress Uuuu....

Pada ahad 18 jan lebih kurang 12.35 tghari kami menghantar anak balik ke hostel.
onthe way balik zanie beria2 sangat nak pergi window shopping di sebuah hypermarket. padahal sebelumnya zanie kureng minat utk kemana2 waktu siang hari memandangkan zanie yang agak alah dengan cuaca siang tapi apa hangin hari itu pun zanie tak tahu ialah beria2 benar naknya tu. HB pun tak kisah sbb hari minggu saja yang dia off jadi hari itu kami ambil kesempatan yang ada untuk berjalan2 bersama2. kalau nakkan zanie pergi shopping sendiri..lambat la ckit..malezznya nak drive sendiri. tahulah bandar pontian sekarang bukan mcm 10 thn yang lalu. sesak selalu.....leceeeh..!!

Nak dijadikan cerita sesampai saja kami dihyper tu zanie terus dapat tempat parking hampir plak dengan pintu utama hyper tu seronok kerana tak susah2 2-3 x pusing sbb nak cari tempat parking tak payahlah nak jalan jauh2.tak seperti hari yang sebelum2nya walau hari itu hari shopping bagi warga pontian.

Pada hari itu adalah sedikit barang yang dibeli jadi memandangkan sudah hampir 1 jam zanie pun pergi kekaunter membuat pembayaran dan bergegas keluar, sambil berjalan dan meninjau2 koisk dikiri kanan lorong, kami pun sampai dihadapan pintu. zanie follow HB yang berada lebih kurang suku depa dihadapan yang sedang melangkah keluar pintu jadi sambil memandang ke arah kanan
zanie pun nak melangkah juga melepasi pintu kaca tu bila tetiba terasa macam sesuatu yang melanggar datangnya dari sebelah kanan bahu zanie tapi tak tahu apakah menda itu, yang zanie tahu bila HB mendengar bunyi berdentum dia menoleh kebelakang dan melihat zanie dah terbaring disitu,HB dan pak guard tu segera meluru kearah zanie yang tengah posing dan terus bangunkan zanie..rupa2nya zanie dilanggar dek pintu maut yang datangnya dari arah kanan bahu. Nasib baik waktu tu tak ada sesiapa yang keluar / masuk hyper tu dan melihat kejadian itu melainkan HB, pak guard diluar dan 3 warga cina yang memandang dari arah dalam.
Syukur alhamdulillah.. ALLAH masih sayangkan zanie, ialah..bayangkan jika ramai yang nampak kejadian tu. kalau tidak tak tahulah apa nak kata ..uuwwaaa.... pak guard cuba nak mententeramkan zanie ..lalu dia pun menceritakan apa yang terjadi semenjak pintu kaca tu dipasang.

Kejadian seorang kanak2 tersepit dipintu yang sedang tertutup, bayangkan apa jadi pada kanak2 itu? kesian kaann!!!

Kejadian pekerja warga bangla yang terpaksa terima akibat dari kesalahan yang bukan dipinta. Ialah.. bayangkanlah kerja warga bangla tu mengemas, mengutip, menyusun dan menyorong troli diluar dan menolak untuk dibawa masuk.., bila sampai ditengah2 pintu, tetiba pintu itu tertutup rapat. Apalagi berpusing baliklah troli2 tu dan sebahagian yang berada diluar terus mengelongsor ketengah jalan dan menyapu kereta yang ada ditempat parking. Taukeh hyper tu tak banyak cakap terus membayar ganti rugi tuan punya kereta tu tapi yang malang ialah.. warga bangla.., kena potong gaji dia beb..!!

Kejadian seterusnya yang paling2 kesian ialah seorang perempuan cina sedang keluar sambil menolak troli yang berisi sayur apabila punggungnya [ montotnya ] dilanggar dek pintu maut tuu..., nak tahu apa sudah jadi dengan perempuan cina tu? almaalumlah pintu depan tu kan agak curam sedikit jadi terTUNGGIN dan meNUNGGENlah diaa.. kesian kaaannn!!!

Yang jadi kemuskilannya taukeh tu kata pintu tu tak salah yang salah ialah kejadian tu..apalah banggangnya pemikiran orang seperti itu ya!!

tapi zanie memang betul2..., alhamdulillah.. bernasib baiklah, pak guard tu bagitahu apa sebabnya zanie jadi mcm tu.. sbb masa zanie tengah melangkah keluar, pintu tu dah awal2 detect orang terdahulu sebelum zanie maksudnya bila orang dihadapan zanie tu dah lepas keluar dia akan autometik tertutup tanpa mengesan apa yang ada dibelakang. gitulah dia kata.. zanie nie kalau bab pintu mintu nie kurenglah ckit, lagi2 pintu maut nie..dia kata zanie entah orang yang keberapa pun dia tak tahu..itulah yang membuatkan zanie rasa tak selesa demam pun belum kebah lagi badan masih sakit2 lagi.. itu kot yang jadi stress, tensen mcm nak marah dan moody selalu mungkin juga kerana sakit dikepala masih terasa lagi dek hentaman pintu maut tuu.

Maaflah ya jika ada pihak2 yang terasa / tersinggung dengan apa yang zanie terangkan dan lalui dan juga yang terlibat. saja nak kongsi pengalaman pada rakan2 dan pelawat hypermarket tu agar lebih berhati2 bila kesana..

sekian wassalam

0 comments:

Post a Comment