KEK KEJU SURABAYA

Sumber : Majalah saji


BAHAN A:

375 gm mentega

375 gm krim keju

450 gm susu pekat manis

BAHAN B:

225 gm tepung gandum

BAHAN C:

6 biji telur


CARA MENYEDIAKAN:

1. Putarkan bahan A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B.

2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan C sehingga kembang.

3. Campurkan kedua-dua bahagian dan gaul hingga sebati.

4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar cara ‘steambath’.

5. Bakar menggunakan api bawah selama 20 minit dan selepas itu guna api atas bawah selama sejam atau hingga masak.

0 comments:

Post a Comment