SATAY GORENG

Raya haji tahun nie agak banyak gak zanie dapat daging korban. Pelbagai menu dah zanie buat dengan daging2 tu tapi masih x mau habis2 lagi jadi ari ini zanie pun rajinkan diri untuk membuat satay dari daging korban tuuu...namanya satay goreng.. kepada yg sudi untuk kongsi resipi ini..meh..! kita layanzzzz...

Bahan - bahannya :
  • 1 kg daging lembu [ potong2 dadu saiz kecil
  • 150 grm gula pasir
  • 100 grm gula merah
  • 100 grm madu
  • 2 s/k garam
Bahan kisar :
  • 3 s/b ketumbar biji disangai
  • 2 s/k jintan halus disangai
  • 1 s/b lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai di hiris
  • 1/2 ibu jari kunyit hidup
Kisar hinga halus kesemua bahan2 diatas

Cara - caranya

1. gaul semua bahan- bahan kisar tadi pada daging diikuti pula gula, garam dan madu hingga rata dan perap selama 1 jam dalam peti ais [ zanie perap 1 malam ]

2. Panaskan minyak secukup menggoreng satay tadi. Goreng hingga daging empok.

3. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering / agak2 lembab sedikit [ basah ] matikan api dan sedia untuk dihidang

4. Enak dimakan bersama nasi impit dan ulaman lain

0 comments:

Post a Comment