MASALODEH RANGUP

Masalodeh

Isya_Irfan@myresipi.com


Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi-dihiris (jika suka pedas)
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment