KEK BUTTER KUKUS

112

AlongRoz@myresipi.com


Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )

  • 4 biji Telur
  • 125g Gula Kastor
  • 1/2 sb Ovalet
  • 190g Tepung Superfine
  • 220g Butter
  • 2 sb Susu Pekat
  • 1 st Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
  2. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
  3. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
  4. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.

TALAM MARBLE

Talam_marble

Talam yg mudah di sediakan dan tk perlu dikukus.

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 250 g tepung Hoen Kwee (putih)
  • 450 g gula halus
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.

TART KEJU

Tart_keju_pineapple

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart. )

Bahan2 doh tart:-
  • 450 g mentega - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 100 g gula halus (saya guna gula icing)
  • 100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
  • 1 kg tepung gandum - ayak
Bahan2 inti :-
  • 2 biji nenas - diparut
  • 450 g gula pasir
  • 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)

Cara-cara

  1. Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan sejukkan.
  2. Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.
  3. Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
  4. Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
  5. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

MEE REBUS TULANG

Mee_rebus3

che'iza@myresipi.com


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
*UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka

Cara-cara

  1. Rebus tulang hinnga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
  2. Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
  3. Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
  4. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  5. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
  6. Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  7. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....

KUIH LAYANG2 KULIT POPIA

Layang2_popiah

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )

  • Secukup kulit popiah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Secukup gula kastor
  • Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat

Cara-cara

  1. Layang2_cara2_part_1
    Ambil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
  2. Layang2_cara_part_2
    Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.
  3. Layang2_cara2_gunting
    Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.
  4. Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara

BISKUT BANTAL PELUK SALOMA

Bantal_p

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( 70 - 80 kpg. )

  • 200 g mentega - lembut
  • 100 g gula halus (saya guna gula icing-ayak)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 biji telur - dikocok sedikit
  • 50 g tepung jagung - ayak
  • 300 g - 400 g tepung gandum - ayak
  • secukup korma - dibuang biji dan dibelah dua
  • 1 biji telur - kocok,utk sapu atas biskut

Cara-cara

  1. Mentega dan gula digaul hingga sebati dan masukkan telur dan esen gaul lagi hingga rata.
  2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul dan masukkan pula 300 g tepung gandum dan uli hingga sebati. Jika adunan masih lembek, tambah lebihan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh di kepal.
  3. Ambil sedikit doh, canai dan potong persegi panjang, bubuh korma dan gulung kemas2. Atur atas dulang pembakar. Sapu telur di atasnye dan bakar pd suhu 150C selama 20 min. atau hingga keperangan.
  4. Bantal_p
    Sejukkan biskut di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara.

KEK MARBLE PUTIH TELUR

Marble_telur

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

  • A - 250-280 g putih telur
  • 2 biji kuning telur
  • 200 g gula halus
  • 57 g air (paip)
  • 250 g tepung gandum- diayak
  • 1 sb ovalette
  • B- 200 g mentega cair
  • 1 sb susu manis
  • 1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)
  • C- pewarna merah, kuning, hijau dll..

Cara-cara

  1. pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
  2. bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
  3. bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
  4. bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
  5. bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

GULAI DAGING CAMPUR

Gulai

Mummy7857@myresipi.com

Bahan-bahan ( Ikut suka la nak banyak mana )

  • Daging, hati dan paru -direbus dahulu(jimat masa) kemudian potong
  • Rempah kari daging
  • Bawang merah, bawang putih, halia- ditumbuk halus
  • 4 sekawan (kayu manis dan seangkatan)
  • Sedikit jintan manis dan jintan putih
  • Santan
  • Daun kari
  • Tomato, kentang, karot- dipotong bite saiz
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah,putih dan halia. Masukkan 4 sekawan, jintan manis dan jintan putih. Tumis hingga agak wangi
  2. Masukkan rempah kari daging. Kacau segera agar rempah bercampur dengan minyak tumisan, dan supaya tidak hangus. Bila agak sebati, masukkan air. Kacau sebentar, kemudian tutup periuk.
  3. Biar rempah tadi masak dan hingga pecah minyak. Masukkan daun kari.
  4. Bila rempah dah garing, barulah dimasukkan air,diikuti dengan santan, karot dan ubi kentang. Masukkan juga daging, hati dan paru.
  5. Biar hingga mendidih dan ubi empuk. Perlahankan api dan biar hingga naik minyak. Sebelum tutup api, masukkan tomato. Kacau sebentar, dan siap.
  6. Selamat mencuba

MUFFIN OREN

P1000343

Mummy7857@myresipi.com


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula (jangan penuh sangat, kurangkan sikit)
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen oren
  • 1 sudu teh pekatan pati oren sunquick (boleh juga diganti dengan perahan jus oren)
  • 2 sudu besar susu tepung (for baking)
  • 2 biji ceri merah - di cincang
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 sudu kecil ovallet
  • 1/4 cawan coklat cip
  • parutan kulit oren
  • 2 sudu besar gajus/badam yang ditumbuk kasar
  • Beberapa titis perwarna oren

Cara-cara

  1. Tepung diayak bersama soda bicarbonat
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  3. Masukkan minyak masak, perwarna oren, esen oren/jus oren
  4. Masukkan tepung, putar perlahan diikuti dengan ovallet
  5. Masukkan badan/gajus, ceri, parutan kulit oren dan coklat cip. Kalau cair, boleh tambah tepung lagi
  6. Isikan ke dalam acuan muffin. Hanya 3/4 penuh
  7. Bakar selama 30 minit (atau hingga masak) dengan suhu 180 darjah celcius
  8. SELAMAT MENCUBA

AYAM GORENG CRISPY

Ayamgorengcrispy

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

PEACH CHOCO PUFF

Peachchocopuff

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 8 keping puff pastry
  • buah peach secukupnya(dlm tin)
  • chocolate chips secukupnya
  • 1/2 biji telur
  • almonds sliced secukupnya

Cara-cara

  1. Bawa keluar buah peach dr tin. Lap buah peach dgn kitchen paper. Kemudian potong dadu peach tersebut.
  2. Peachpuff
    Letakkan peach yg telah dipotong dadu tadi dan chocolate chips ke atas puff pastry. Sapukan telur di bahagian tepi puff. Lipat biar jadi bentuk segitiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu.
  3. Sapukan telur pada permukaan puff yg dah siap. Taburkan almonds sclied ke atasnya. Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.

SAMBAL TUMBUK

Img_0383

mamalya@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 25 biji cili api (lagi pedas lagi best)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • gula

Cara-cara

  1. gorengkan ikan bilis, bawang dan cili.
  2. kemudian tumbuk lumat. tambah gula sikit untuk balancekan rasa pedas n masin bilis.
  3. siap. kalau nak perah limau pun boleh. ikut selera memasing.

BISKUT SUJI

Biskut_suji

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( + - 350 kpg kecil2 )

  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi QBB
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.

CUSTARD EPAL PIE

92

Bahan-bahan ( 10-11 inci daimeter )

  • 250g Tepung
  • 125g Butter beku
  • 3 tbsp Gula
  • 1 telur kuning
  • 1-3 tbsp Air
  • 6-8 biji epal
  • 1-2 tbsp Gula - utk tabur
  • 2 biji Telur
  • 1 tin Krim
  • 1 tsp Esen Vanilla
  • 1/2 cwn Gula kastor

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, gula & butter shingga menjadi spt serbuk roti. Jgn di ramas tp guna taktik potong dgn pisau atau yg ada food processor pun ok. Masukkan telur kuning & gaul sehingga menjadi doh. Campurkan air jika perlu sedikit2.
  2. Sejukkan pastri 20 minit & gelekan & letakkan ke dlm tin pai.
  3. Potong epal spt dlm gambar susun ke dlm pastri. Tabur gula & bakar 200C selama 20 minit.
  4. Pukul telur & gula. Masukkan krim & esen & pukul sehingga sebati. Tuangkan ke atas epal tadi.
  5. Bakar 180C selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan & chill. Enjoy!

KEREPEK PAGODA

Kerepek_pagoda


Bahan-bahan ( 1 family @ 2 tin biskut )

  • tepung gandum 1kg
  • udang kering dikisar 5-6 sb
  • cili serbuk@cili boh 1sb(kalau nak pedas leh tambah lg)
  • garam 1sk
  • setangkai daun kari dihiris halus
  • ketumbar kisar 1sb
  • jintan halus kisar 1sb
  • telur 1 biji
  • minyak 5sb (dipanaskan)
  • air sejuk dalam peti ais
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan , masukkan air sikit2 dan uli sebati hingga doh tidak melekat tangan. cam nak wat karipap.
  2. rehatkan doh 10-15min
  3. bulatkan doh kecik2 dan leperkan
  4. gelek doh kat mesin mi guna no 1. sampai nipis
  5. kemudian gelek pulak kat bhagian mi besar. buat sampai habis
  6. goreng guna api sederhana sampai keperangan. siap.
  7. lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak2 x sesuai la...)

KERABU MANGGA

Dsc00143

ala Thai

Bahan-bahan ( 1 orang pun boleh habis makan )

  • 2 biji mangga muda (jgn muda sgt) 1 sudu besar sos ikan 1 biji cili merah 1 biji cili hijau 1 labu bawang besar 1 sudu besar udang kering 2 sudu besar kacang tanah digoreng tanpa minyak)

Cara-cara

  1. parut mangga , masuk kan sos ikan hiris halus lada merah, lada hijau dan bawang besar, tumbuk kacang tanah, kasar kasar masuk kan udang kering gaul sebati

SAGON

Image028

zhiela_85@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 orang n lbh... )

  • Kelapa parut
  • Tepung beras secukupnya
  • Gula (ikut suka)

Cara-cara

  1. Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak
  2. Gunakan api sederhana kecil.
  3. Bila kelapa hampir kering & kekuningan,masuk tpg beras secukupnya...jgn terlalu byk..
  4. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus.
  5. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika...
  6. Dlm bekas lain,masukkan gula n bolehlah dmkn bersama durian...

CHOCOLATE CHIP COOKIES

P1010344

MamaInaz@myresipi.com


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )

  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
  4. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

AGAR - AGAR COCKTAIL

Pudding

azwalissa@myresipi.com


Bahan-bahan ( Loyang 8" )

  • 1 pek agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • Kek span (2 jenis perisa) - saya guna pandan dan coklat
  • Buah-buahan segar (anggur/ peach/ strawberry)
  • sedikit Nata de Coco

Cara-cara

  1. Masak agar-agar seperti arahan pada paket
  2. Tuangkan 1 lapisan agar-agar setinggi 1 cm dalam loyang.
  3. Susun kek span yang telah di potong sebesar kotak mancis bersama buah-buahan dan nata de coco dalam loyang.
  4. Curahkan baki agar-agar kedalam loyang sehingga menutupi keseluruhan khazanah dalam loyang. Biarkan sejuk.
  5. Setelah agar-agar keras, terbalikkan agar-agar atas pinggan hidang dan letakkan buah-buahan segar dan agar-agar cincang sebagai hiasan.

SARDIN MASAK KICAP

Img_2438

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( ikut bpe byk hidangan yg nk dsediakan )

  • sardin dlm tin
  • bawang besar - dihiris
  • lada besar ijau n merah - dihiris
  • kicap - hana gune kicap manis
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar...Masukkan sardin..sos sardin jgn buang..masukkan jek!
  2. Masukkan kicap n lada.kacau...tutup api. dh siap!
  3. SeLaMaT MeNcubE...

ROJAK BETIK

Rojak_betik_1

makanan tradisional org terengganu


Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )

  • 1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
  • 1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
  • 2 biji timun
BAHAN UTK KUAH
  • 9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
  • 5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap
  • 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 liter air

Cara-cara

  1. Betik_sagat
    Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td
  2. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
  3. Utk membuat kuah:
  4. Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  5. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  6. Kuah_rojak
    Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
  7. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
  8. Utk. menghidang:
  9. Betik
    Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
  10. Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

JELLY CENDOL

70

Rasa mcm mkn Ais Cendul - lemak santan & gula melaka.

Bahan-bahan ( satu bekas sederhana )

  • 1 peket Agar-agar serbuk (13g)
  • 800ml Air
  • 80g Gula Melaka (gula serbuk)
  • 170g Gula
  • 200g Cendul
  • 350ml Susu Segar/Cair
  • 150ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan

Cara-cara

  1. Rebus 5g agar-agar dgn 400ml air & Daun pandan sampai agar-agar cair. Masukkan gula melaka & kacau sehingga larut. Buang daun pandan & tuang ke dlm acuan.
  2. Rebus baki agar-agary & 400ml air & daun pandan sehingga agar-agar cair. Masukkan gula & kacau sehingga larut. Masukkan susu & santan. Buang daun pandan & masukkan cendul. Tuangkan ke atas lapisan gula melaka tadi.
  3. Cucuk2an permukaan lapisan agar-agar yg pertama sebelum di tuangkan lapisan kedua supaya ianya tidak lekang apabila di potong.
  4. Sejukkan di dlm peti ais sehingga beku.

AGAR - AGAR RAMBUTAN

Agarrambutan

uminaj@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • agar2 - 20 gram
  • air
  • 10 bj rambutan - dibuang kulit & biji, diblender dgn sedikit air
  • gula - kalu suka or kurang manis
  • pewarna merah - kalau suka

Cara-cara

  1. masak agar2 dgn air hingga hancur...
  2. bila sudah hancur, masukkan rambutan yang sudah diblender dgn sedikit air td.biarkan ia mendidih agak lama kerana takut agar2 akan cair.
  3. tambahkan gula jika mahu, kalau tidak agar2 hanya 'manis2 buah' sahaja.tutup api dan tmbh pewarna jika mahu.
  4. tuangkan agar2 dalam bekas dan biarkan ia mengeras...

RENDANG KERANG WARISAN

Dscn3332

waheedeana@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1-1 1/2kg kerang direbus
  • 1 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai
  • 15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu gula
  • 1 1/2 cawam pati santan
  • garam dan bhn perasa secukup nya
  • daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-cara

  1. Dscn3326
    sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas
  2. Dscn3328
    masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping
  3. masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit
  4. Dscn3329
    masukkan kerang dan gaul sebentar
  5. tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
  6. akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
  7. klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
  8. selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

ROTI TUNA

Roti

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • ******************
  • 2 tin tuna
  • 1/2 biji bawang besar
  • mayonis

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan.. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bua bentuk bulat dah rehatkan selama 10 minit.
  3. 1
    Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
  4. 2
    Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
  5. 3
    Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
  6. 4
    Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit


MAGNOLIA BAKERY VANILLA CUPCAKE

Picture_1787

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20-25 cup sederhana )

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan (2 sticks) butter-suhu bilik
  • 2 cawan gula
  • 4 telur saiz A
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. campurkan kedua2 tepung, ketepikan.
  2. pukul butter hingga berkrim, masukkan gula, pukul lagi.
  3. masukkan telur satu persatu, pukul. masukkan tepung dalam 3 bahangian diselang selikan dengan susu n esen.
  4. masukkan dalam cawan kertas n bakar selama 20-25min.
  5. biar sejuk n hias ikut suka. (jun letak strawberry filling kat dlm, x payah letak aising lagi..hehe)

MASALODEH RANGUP

Masalodeh

Isya_Irfan@myresipi.com


Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi-dihiris (jika suka pedas)
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

PUMPKIN PIE

Dsc05132

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu pie )

  • Labu kuning dipotong dan rebus hingga lembut (setelah dilenyek menghasilkan 2 mangkuk - 1/2 biji labu bersaiz sederhana)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 10-12 keping biskut digestive (saya guna McVities - paket kecik pun dah cukup)
  • 3-4 sudu makan butter

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Dsc05129
    Biskut digestive dihancurkan dan gaulkan dengan butter sehingga sebati. Tekan dan ratakan biskut tadi di dasar acuan kek springform.
  3. Dsc05128
    Di dalam satu mangkuk, masukkan labu yang telah dilenyek. Campurkan susu pekat manis, telur, dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Rasa manisnya. Jika kurang manis, tambahkah gula yang 1/2 cawan tadi mengikut citarasa manis anda.
  4. Tuangkan adunan labu kedalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit. Cucukkan dengan garpu jika garpu keluar bersih, pie sudah masak.
  5. Pumpkin Pie lebih enak jika disejukkan dahulu sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan whip cream. Memang lazat.
  6. ** NOTA: Acuan yg saya gunakan bersaiz 9 x 3 inci.

KASWI LABU KUNING

Kaswi_kuning

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • 500 g labu kuning - kukus dulu baru timbang
  • 500 g gula pasir
  • 500 ml santan - (dlm kotak)
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sk garam
  • 700 ml air
  • 300 g tepung sagu
  • 150 g tepung gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 1 sk alkaline water/ air kapur(1sb)
  • 1 sk pewarna kuning
  • 1/2 sk esen vanilla/ros(opt)

Cara-cara

  1. Labu kukus dilecek halus .
  2. Santan, gula, garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.
  3. Bancuh tepung2 dgn air dan tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain lalu tapis.
  4. Masak adunan yg ditapis hingga naik wap dan tuangkan ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
  5. Hidangkan kaswi labu bersama kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sedikit garam

HASH POTATO

Hashpotato

homemade hash potato

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1/3 sudu kecil garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit potato
  2. Hashpotato1
    Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus.
  3. Hashpotato2
    Ambik sebiji lagi, cincang kasar.
  4. Hashpotato3
    Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W
  5. Hashpotato4
    Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.
  6. Hashpotato5
    Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.
  7. NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.