Showing posts with label agar-agar. Show all posts
Showing posts with label agar-agar. Show all posts

AGAR-AGAR PELANGI INDAH
















(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya) /Rozzan

Bahan A
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 340 gm gula pasir
  • 1725 ml air
  • 6-8 helai daun pandan
Bahan B
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 340 gm gula pasir
  • 1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
  • - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
  • 1 sudu teh garam
Bahan C
  • Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
  • Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
  • Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
  • Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
  • Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Susun atur untuk melapis :

Contoh Lapisan:
  • LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
  • LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
  • LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
  • LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
  • LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
  • LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
  • LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
  • LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
  • LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
  • LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG























Agar- agar kemenyan


Agar2_santan

mamanaqib@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang makan )

  • 2 buku gula melaka (cincang halus)
  • 50 ml santan
  • 1 butir telur (dipukul sedikit)
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  • Masak agar- agar.
  • Setelah mendidih masukkan gula melaka, kacau lagi sampai betul2 sebati.
  • Masukkan santan dan telur.
  • Kacau sebati, didihkan dan tapis guna penapis santan ketika dimasukkan ke dalam acuan.

Lengkong seri kaya


Lengkongsrikaya

sedap dimakan waktu panas juga sesuai untuk jamuan


Bahan-bahan ( ramai boleh makan )

  • 20g agar-agar serbuk
  • 6 gelas air
  • 1 biji kelapa dijadikan 1gelas santan
  • 2 biji telor ayam
  • 300g gula merah
  • 250g gula pasir
  • garam, daun pandan dan esen vanila

Cara-cara

  • gula merah, gula putih dan daun pandan dimasak bersama hingga hancur bersama 2 gelas air
  • tapis kedalam agar2, campurkan dengan 4 cawan air lagi dan masak hingga mendidih. masukkan esen vanila
  • ambil 3/4 drpd agar2 masukkan kedalam acuan
  • yang 1/4 lagi kacau diatas api bersama santan dan garam.
  • telor dipukul sekejap dan dimasukkan kedalam adunan santan tadi,
  • masak sampai mendidih, dan tuang kedalam acuan yang ada agar2 3/4 tadi
  • tak perlu tunggu agar2 pertama keras tuang terus saja, agar2 akan membahagi sendiri kepada 2 lapisan
  • tunngu agar2 keras, masuk dalam peti sejuk lagi sodap......

Agar-agar Nata


Img_0153

dapat idea dari product di supermarket lalu balik...buat sendiri la....



Bahan-bahan ( 20 mangkuk kecil )

  • 19gm agar-agar
  • 3 cawan air
  • 3 sudu gula pasir
  • Nata de coco ( sebarang perisa )

Cara-cara

  • Masak agar-agar hingga hancur.
  • Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sedialan mangkuk2 comel dan masukkan dua atau tiga kiub nata de coco.
  • Tuangkan agar-agar dalam setiap mangkuk.
  • Bekukan.

Dragon Jelly Mooncake


Dsc01246

senang jek tapi banyak step...


Bahan-bahan ( 8 biji (besar) )



UTK JELLY EGG YOLK


Bahan A)

  • 1/2 cup air
  • 50g sugar
  • 1tsp agar2 powder
  • 2 daun pandan

Bahan B)

  • 1/3 cup coconut milk
  • 1/2 tbsp custard powder
  • 1/8 tsp red food colouring

UTK INTI(Dragon Fruit)

  • 70g Dragon Fruit
  • 1 2/3 cup air
  • 70g gula
  • 2 1/2 tsp agar2 powder
  • 2 daun pandan
  • 1/2 cup coconut milk
  • 1 tbsp custard powder

UTK SKIN:

  • 3 1/2 cup air
  • 140g gula
  • 4 daun pandan
  • 5 tsp agar2 powder
  • 2tbsp condensed milk
  • 1/2 cup coconut milk

Cara-cara

  1. Dsc01244
    UTK JELLLY EGG YOLK: Masakkan bahan A hingga mendidih. Masukkan bahan B. Masak hingga mendidih lagi. Masukkan ke dlm mould egg yolk.
  2. Dsc01245
    UTK INTI: - Campurkan Dragon fruit + 2/3 cup air, blend kan hingga sebati. Kemudian masukkan ke periuk, masukkan air yg tinggal,gula,agar2 powder & daun pandan. Masak dgn api kecil & hingga mendidih. Tuangkan ke cup kecil & masukkan 1 biji jelly egg yolk di tengah
  3. UTK SKIN: - Masakan bahan * hingga mendidih. Kecilkan api, campur bahan lain sambil masak sambil kacau hingga mendidih.
  4. Tuangkan 1/2 cm jelly utk skin ke mooncake mould, biarkan hingga keras sikit. Tambah lagi sikit jelly skin & masukkan inti tadi. Pernuhkan dgn Jelly skin.
  5. Masukkan ke peti sejuk.

Agar-agar citrawarna


Adiwa014

resepi dari majalah RASA

Bahan-bahan ( 5 )
  • 25 gm agaragar
  • 600 ml air
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 125 ml susu pekat
  • 250 ml santan
  • 240 gm gula
  • 1 biji telor
  • Pewarna kesukaan (pandan)
  • Pewarna Strawberry
  • 240 gm serbuk nescafee

Cara-cara

  • Masak agaragar bersama dengan air & gula. Masak sehingga agaragar larut sepenuhnya.
  • Tuangkan tepung kastard dan susu. Diikuti dengan santan dan telor. Kacau rata.
  • Bahagikan adunan kepada 3. Satu bahagian campur dengan serbuk nescafee, pewarna strawberry & pandan. Kemudian tuangkan ketigatiga adunan dalam satu bekas. beku dan dinginkan.

Agar-Agar Kering

Bahan-bahan ( Anggaran 1/2 kilo )

  • 33gm agar-agar
  • 150gm gula batu
  • 1.2kg gula pasir
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, merah & hijau

Cara-cara

  • Rendam agar-agar selama 4 jam. Toskan
  • Sukat agar-agar dengan mangkuk; jika agar-agar semangkuk, pastikan airnya dua mangkuk.
  • Jerang agar-agar,air,gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala hingga tinggal separuh.
  • Bahagikan tiga dan warnakan secara berasingan. Tuang ke dalam loyang dan biar keras.
  • Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di bawah matahari.
  • Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringkan dan tidak melekat. Bila agar-agar mulai bersaka ( kristal gula yang keputih-putihan) , bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Agar-Agar Kering Berperisa


Pa070227

1st time buat. Hasilnye amat memuaskan. Musuh utamanyer hujan dan sang semut.



Bahan-bahan ( Banyak wei.......k ogy buat 3 adunan )

  • 50gm Agar-agar kering
  • 400gm gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 gelas air
  • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-cara

  1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
  3. P9260175
    Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
  4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.


Puding Cendol

P9070110

tuntung15@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. P9070107
    Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Agar-Agar Semangka


Agar_semangka

agar² yg slalu i uat utk family..



Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )

  • 1 bungkus agar² yg panjang
  • 2½ cawan gula pasir (kalo suke manis, leh lebihkan sket)
  • 6 cawan kecil air
  • 4 biji putih telur
  • sedikit pewarna hijau utk kulit
  • sedikit perwarna merah/kuning utk isi
  • sedikit kismis utk biji
  • sedikit essence rose (jika suke)

Cara-cara

  1. pukul putih telur hingga kembang.
  2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. (leh dimasukkan essence rose jika suke)
  3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir² sejuk.
  4. kemudian tuangkan kedalam bekas bulat besar.
  5. 04022007_001_
    tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay). jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
  6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
  7. bila agar² da sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbagai kulit.

Agar-Agar Semangka


Agar_semangka

agar² yg slalu i uat utk family..


Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )

  • 1 bungkus agar² yg panjang
  • 2½ cawan gula pasir (kalo suke manis, leh lebihkan sket)
  • 6 cawan kecil air
  • 4 biji putih telur
  • sedikit pewarna hijau utk kulit
  • sedikit perwarna merah/kuning utk isi
  • sedikit kismis utk biji
  • sedikit essence rose (jika suke)

Cara-cara

  1. pukul putih telur hingga kembang.
  2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. (leh dimasukkan essence rose jika suke)
  3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir² sejuk.
  4. kemudian tuangkan kedalam bekas bulat besar.
  5. 04022007_001_
    tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay). jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
  6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
  7. bila agar² da sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbagai kulit.

Agar-agar Strawberry


Agar2

Rasa macam pudding...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 20gm agar-agar (kalau guna serbuk, ikut arahan kat peket)
  • 200gm strawberry
  • 4 cawan air
  • 2 cawan susu segar (boleh digantikan dgn susu pekat)
  • Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan 10gm agar-agar dgn 3 cawan air. Tambah gula secukupnya.
  2. Masukkan 100gm strawberry dalam acuan kecil, masukkan agar-agar tadi. Biar sejuk.
  3. Sementara itu, cairkan 10gm agar-agar dgn 1 cawan air, stawberry dan gula secukupnya.
  4. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan susu segar. Boleh tambah 2-3 titik perwarna merah kalau suka.
  5. Masukkan (4) dalam blender, blend sampai strawberry dah hancur. Ketepikan.
  6. Keluarkan agar-agar (2) dari peti sejuk dan potong kan besar2. Setiap ketul ada satu strawberry kat dalam.
  7. Masukkan ketulan agar-agar dalam acuan. Tapiskan agar-agar dalam blender dan isikan ke dalam acuan juga.
  8. Simpan dalam peti sejuk.

Agar-agar koktel


Agar-agar

sesuai sebagai pencuci mulut dan juga juadah berbuka

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.