Showing posts with label aneka kek N bahulu gulung. Show all posts
Showing posts with label aneka kek N bahulu gulung. Show all posts

CHOCOLATE ROLL CAKE

Chocolaterollcake

kek gulung coklat yg ringkas

Bahan-bahan ( 30x30 cm )

  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
krim
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  7. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

SWISS ROLL TEMBAM & FLUFFY BUTTERCREAM


Swissroll11

Kombinasi swiss roll dan buttercream, kegebuan, kelembutan dan buttercream yang ala ice-cream

bahan-bahan ( 8 roll )

Untuk Swiss Roll Tembam

  • 20 biji kuning telur (sejuk)
  • 12 biji putih telur (sejuk)
  • 375 gram gula halus
  • 2 sudu teh double acting baking powder
  • 40 gram ovalette
  • 50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 200 gram tepung gandum/ tepung hong kong/ top flour
  • 120 gram tepung jagung
  • 200 gram mentega, dicairkan (hangat)
Untuk Fluffy Buttercream
  • 500 gram krimwell
  • 250 – 300 gram gula aising
  • 250 gram majerin/ mentega
  • 10 – 12 ketulan air batu (ice cubes)
  • Cara-cara

  • Swissroll2
    Cara membuat Swiss Roll Tembam
  • Swissroll3
    Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali mentega. Pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan pekat seperti digambar.
  • Swissroll4
    Kemudian masukkan mentega cair dan pada kelajuan perlahan pukul sehingga adunan sebati.
  • Swissroll5
    Ini adunan yang telah digaul sebati dengan mentega cair.
  • Swissroll8
    Gunakan daya kreativiti anda untuk mencorakkan design pada Swiss Roll.
  • Apa yang D gunakan. - Tuala yang bersih, spray sikit dengan air jangan terlalu basah nanti Swiss Roll melekat - mangkuk secukupnya untuk you all warnakan adunan Swiss Roll
  • Swissroll10
    D menggunakan loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci.
  • Alaskan kertas kuih pada dasar loyang dan isikan adunan setengah ketinggian loyang. Tidak payah anda sapukan mentega pada loyang ataupun kertas kuih.
  • Kertas kuih yang telah digunakan boleh diterbalikkan untuk digunakan pada bahagian bawah untuk membakar Swiss Roll yang baru.
  • Swissroll12
    Bakar menggunakan ‘api atas bawah’ selama 180’C selama 8 minit atau sehingga permukaan swiss roll bertukar warna kekuningan coklat.
  • Swissroll6
    DESIGN YANG D CUBA BUAT
  • Swissroll7
    Design memang D hentam sahaja, ada macam Cik Abang D cakap macam belang harimau pun ada.
  • D hanya gunakan hujung sudu dan lorekkan bentuk “U” turun naik dan ada juga D bentukkan seperti ‘comma’, you all boleh ler juga buat ala macam marble ke apa-apa yang suka.
  • Nak tabur chocolate rice pun boleh, macam-macam boleh buat.
  • Swissroll9
    Lagi satu design D gunakan lorek 'comma'
Cara membuat Fluffy Buttercream
  • Pukul krimwell, gula dan majerin/ mentega sehingga ia sebati.
  • Masukkan satu persatu ketulan air batu. Nanti akan bunyi keletang kelenting dalam mangkuk mixer, tak apa jangan risau memang macam gitu.
  • Swissroll1
    Ketulan air batu inilah yang akan membuat buttercream ini fluffy (gebu).
Nota:
  • Buttercream ini boleh anda sediakan terlebih dahulu, simpan dalam Tupperware letak kat dalam peti sejuk. Boleh juga gunakan Nutella ataupun Coklat Ganache. Anda juga boleh pelbagaikan rasanya seperti: - Blueberi Buttercream – letak sikit blueberry filling dalam buttercream Strawberry Buttercream – letak sikit strawberry filling dalam buttercream Chocolate Buttercream – letak sikit chocolate emulco dalam buttercream

Fruit roll cake


Rollcake

Boleh ganti dengan apa saja buah-buahan yang bersesuaian.


Bahan-bahan ( 30x30cm )

  • 4 biji telur
  • 60g gula halus
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 60g tepung gandum
  • 10g corn starch
  • esen vanila secukupnya
  • *200ml fresh cream
  • *15g gula aising
  • *vanila esen secukupnya
  • *buah-buahan secukupnya

Cara-cara

  1. Rollcake1
    Persediaan awal: Panaskan oven ke 170C. Alaskan dulang dengan kertas minyak. Sediakan meringue- pukul telur putih dan gula sehingga kembang.
  2. Rollcake2
    Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning, esen vanila dan yogurt sehingga sebati.
  3. Rollcake3
    Masukkan adunan no.2 ke dalam meringue. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Rollcake4
    Masukkan pula tepung gandum dan corn starch yang telah diayak. Kacau perlahan-lahan dengan spatula.
  5. Rollcake5
    Tuangkan ke dalam dulang. Ratakan adunan tadi. Bakar selama 12 minit
  6. Rollcake7
    Keluarkan dari oven dan sejukkan
  7. Masukkan fresh cream, gula aising dan esen vanila. Pukul sehingga jadi krim yang keras. Simpan dalam peti sejuk sebelum di gunakan.
  8. Rollcake8
    Bila kek dan sejuk, sapukan krim tadi dan letaklah buah. Kemudian gulung. Balutkan kek dengan cling film. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.

LEMON ROLL LAPIS


Lemonrollcakek

kek gulung perisa lemon


Bahan-bahan ( 30x30 cm )
  • 3 biji telur- asingkan kuning dan putih
  • 70g gula halus
  • 1 biji kulit lemon- parut
  • 55g tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar minyak masak

Krim:

  • 100g mascarpone/ cream cheese
  • 20g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 100ml fresh cream/whipping cream

Cara-cara

  • Alaskan dulang oven dengan baking paper. Asingkan putih dan kuning telur. Naikkan suhu oven ke 180C.
  • Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.
  • Masukkan pula ke dalam no. 2 tadi, telur kuning sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  • Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yg telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak. Kacau dengan spatula.
  • Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 12-13 minit.
  • Bila dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  • Utk krimnya. Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim.
  • Bila kek dan sejuk. Letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.
  • TIP: Kalau nak dapatkan hasil yg cantik, panaskan dulu mata pisau sebelum potong kek.

KEK LAPIS KIPAS - ROLL KIPAS ( 4 )


Roll_kipas2

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji roll )

BAHAN2 A:

15 biji Kuning Telur
6 biji Putih Telur
250g Gula halus
200g Tepung Hong Kong / superfine
1 camca Ovalette
50g Tepung Jagung

BAHAN2 B:

450g Mentega
4 camca Susu pekat manis
1 tin kecil Seri kaya

BAHAN C:

Pewarna Merah, Hijau, Kuning

BAHAN2 KULIT:

10 biji Kuning telur
4 biji Putih telur
150g Tepung Hong Kong
150g Gula Kastor
20g Tepung Aiskrim
1 camca Ovalette
1 camca teh serbuk penaik
50ml Air ais
125ml Mentega cair
1 botol jem strawberi

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
  2. Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
  3. Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
  4. Myresipi-cutter
    Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.

SWISS ROLL BATIK

Sumber :apek (FnR)
Kiriman : Mak Lang Azie

Bahan-bahan


  • 6 biji telur gred A @ B
  • 4oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet
  • 3oz tepung gandum
  • 1 sudu bsr susu tepung
  • 4oz mentega cair
  • Sedikit coklat emulco
  • Jem strawberri secukupnya


Cara Membuatnya

  • Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit).
  • Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.
  • Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
  • Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang.
  • Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.
  • Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.
  • Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga
  • rata.
  • Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap