Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

PERIA GORENG UDANG

Peria oh peria!!!!....walau pun pahit tapi banyak khasiat.....sedapnya kalau makan dengan nasi hangat......aduhhh terliur!!!


Bahan Utama:-

  • 1 biji peria kambas
  • 1/3 cawan isi udang
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 cawan air

Bahan Tumbuk Lumat:-

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-

  • Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  • Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  • Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi.

SAMBAL KULAT SISIR CAMPUR TELUR


Picture_047

resepi kakak ipar..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 cawan kulat sisir-bersihkan n tumbuk kasar
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • garam n gula
  • serbuk perasa jika suka

Cara-cara

  • tumis bawang2 n cili kering hingga naik bau. masukkan kulat, gaul.
  • pecahkan telur n gaul rata. masukkan garam, gula n serbuk perasa.
  • kacau 2-3 kali hingga kulat n telur bercampur, angkat.

PETOLA TUMIS AIR


Petola__large_

One of my fav...

Bahan-bahan ( sorang pun bley abih )

  • 3-4 biji petola (buang kulit dan potong bulat)
  • 20sen suun (rendam)
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Air
  • Minyak
  • 1/4 kiub ikan bilis

Cara-cara

  • Hiris bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan sesudu minyak dan tumis bahan hiris. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya.
  • Masukkan petola yg dah dipotong bulat. Masukkan juga suun tadi.
  • Pecahkan telur dan kacau. Tambahkan kiub ikan bilis dan perisakan dengan garam.
  • Wokeh... Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja..