Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

BISKUT COKELAT WARNA-WARNI
















Bahan-bahannya
  • 200 gm Top flour
  • 70 gm tepung kastad
  • 100 gm Nestum
  • 75 gm gula halus
  • 180 gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh baking powder
  • 60 gm cokelat rice
  • 250 gm cokelat coating/mohrenglanz (eg.brand Tulips)-dicairkan
  • sedikit hundreds & thousands (berwarna-warni)
Cara
  • Campurkan Top flour, tpg kastad, nestum, baking powder dan cokelat rice lalu diketepikan. Pukul mentega dgn gula hingga kembang sedikit , dan masukkan telur lalu pukul lagi hingga rata. Selanjutnya, tuangkan campuran tepung tadi,
  • gaul rata hingga sebati. Kemudian canai dan terap dengan acuan biskut hati atau mengikut citarasa anda. Bakar selama kira-kira 20 - 25 minit. Sementara menunggu biskut sejuk, cairkan cokelat dulu dgn kaedah double-boiling. Celupkan separuh biskut tadi dgn cokelat cair dan taburkan hundreds & thousands ke atasnya.

Kek Coklat


Kekcokelat_

Kek coklat tanpa butter



Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

Bahan A

  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

==============================
** Topping **

  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Chocolate bread


P6220069

Roti coklet yang yummy



Bahan-bahan ( 5-8 orang )

  • 1 biji Telur
  • -sila lihat cara no 1- Air
  • 100 ml Susu
  • 450 g Tepung roti
  • 15 ml Serbuk koko
  • 7.5 ml Garam
  • 40 g Gula caster
  • 25 g Butter
  • 7.5 ml Yis Kering
  • * 75 g Chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan telur ke dalam measuring cup dan tambahkan air sehingga keparas 225 ml.
  2. Masukan telur,air dan susu kedalam bread maker.
  3. Ayak tepung bersama serbuk koko.Kemudian, taburkan keatas telur,air dan susu tadi.
  4. Selepas itu,masukkan lain-lain bahan kecuali yang bertanda * ke dalam bread maker.
  5. On kan bread maker.Apabila bread maker mengeluarkan bunyi,masukan chocolate chips.

Kek Keju Coklat Beroren (baked)


P1010001

Weekend ari tuh buat, nak share experience. Resepi asal dari Betty Saw – buku Petua Dari Dapur.

Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )

  • KULIT
  • 150g biskut digestive
  • 90g mentega, dicairkan
  • INTI
  • 120g coklat gelap - suhu bilik
  • 125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
  • 500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
  • 180g gula halus (castor sugar)
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar jus oren

Cara-cara

  1. Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
  2. Mcvities_digestive_250g
    Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
  3. P1010008
    Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
  4. Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
  5. Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
  6. P1010003
    Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
  7. P1010007
    Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
  8. Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).
  9. TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.
  10. TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)
  11. TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.

Aiskrim Coklat

Bahan-Bahan:

42 gm coklat masak
2 cawan susu pekat (dipanaskan)
1 camca besar tepung jagung
½ cawan gula Secubit garam
1 ½ camca teh esen vanila
1 camca krim, untuk hiasan

Cara:

Dengan menggunakan double- boiler, cairkan coklat & tuangkan susu yang dipanaskan ke dalamnya. Campurkan tepung jagung bersama gula & garam. Gaulkan bersama coklat. Masak hingga pekat & biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, masukkan esen vanila. Tuang adunan coklat ke dalam acuan & bekukan di dalam peti sejuk. Ketika menghidang bubuh krim di atas aiskrim.