Showing posts with label aneka kek. Show all posts
Showing posts with label aneka kek. Show all posts

KEK KEJU SURABAYA

Sumber : Majalah saji


BAHAN A:

375 gm mentega

375 gm krim keju

450 gm susu pekat manis

BAHAN B:

225 gm tepung gandum

BAHAN C:

6 biji telur


CARA MENYEDIAKAN:

1. Putarkan bahan A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B.

2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan C sehingga kembang.

3. Campurkan kedua-dua bahagian dan gaul hingga sebati.

4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar cara ‘steambath’.

5. Bakar menggunakan api bawah selama 20 minit dan selepas itu guna api atas bawah selama sejam atau hingga masak.

KEK PISANG SUPER

Dsc04905

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 4 biji pisang medium size di lecek (saya guna pisang Montel)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan plain yogurt drink
  • secubit garam
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin.
  2. Campur tepung, soda, baking powder, garam, cinnamon powder. Ayak dan ketepikan.
  3. Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Campurkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Last sekali masukkan yogurt drink.
  4. Tuang dalam tin kek dan bakar selama 35-40 minit. Texture kek ni lembab dan gebu. Bila makan takleh berenti...tak sesuai untuk orang yg tengah diet :)

KEK MENTEGA ELITE

Elite

akma_4th@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji )

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila

Cara-cara

  1. Bahan A dipukul sehingga sebati.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.

KEK BUTTER KUKUS

112

AlongRoz@myresipi.com


Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )

  • 4 biji Telur
  • 125g Gula Kastor
  • 1/2 sb Ovalet
  • 190g Tepung Superfine
  • 220g Butter
  • 2 sb Susu Pekat
  • 1 st Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
  2. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
  3. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
  4. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.

KEK MARBLE PUTIH TELUR

Marble_telur

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

  • A - 250-280 g putih telur
  • 2 biji kuning telur
  • 200 g gula halus
  • 57 g air (paip)
  • 250 g tepung gandum- diayak
  • 1 sb ovalette
  • B- 200 g mentega cair
  • 1 sb susu manis
  • 1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)
  • C- pewarna merah, kuning, hijau dll..

Cara-cara

  1. pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
  2. bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
  3. bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
  4. bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
  5. bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

KEK COKLAT

Kekcokelat_

Kek coklat tanpa butter

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

BAHULU GULUNG MINI COKLAT STRAWBERRY















Sumber: 1001 resepi /Umi Amir

Bahan-bahannya:
  • 2biji telur
  • 50gm gula halus
  • 10gm tepung jagung
  • 15gm serbuk coklat
  • 25gm tepung gandum
  • ½ sudu teh ovellete
  • 25gm mentega (cairkan)
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Jem strawberry secukupnya.
Caranya:
  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko then ayakkan
  • pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.(pastikan betul2 kembang)
  • Masukkan bahan2 yang diayak tadi gaul perlahan hingga tepung hilang dari
  • pandangan.
  • Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan.Gaul sebati.
  • Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang telah dilapik kertas, adunan lebih
  • kurang setinggi 2cm.
  • Bakar dalm oven selama 10 minit suhu 180ºc.
  • Angkat dan balikkan ke atas kertas roti yang telah ditabur gula halus atau serbuk koko.
  • Sapukan jem ¾ adunan lalu digulung kemas dan wrape dengan cling film.Boleh dipotong dan dihidangkan bila sudah sejuk.

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Marble_ciskek

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 7" loyang bulat )

Bahan A
  • 180 gram mentega
  • 20 gram serbuk koko, diayak
  • 120 gram tepung naik sendiri, diayak
  • 1 sudu teh baking powder, diayak
  • 170 gram gula kaster
  • 3 biji telur (kita guna saiz B)
Bahan B
  • 250 gram krim keju
  • 60 gram gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur

Cara-cara

  • Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
  • Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
  • Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
  • Tuangkan baki adunan A.
  • Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins atau dikukus selama 1jam atau sehingga masak.Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
  • kita bakar 50minit pun dah cukup
  • kalau koko powder tu kaler gelap lagi cantik kek nih :)

KEK GULUNG BATIK

Kekbatikgulung

ibu_an@myresipi.com

Bahan-bahan ( 36cmX36cm@30cmX30cm pun boleh. )

  • 6 biji telur gred A @ B
  • 4oz(100gm) gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3oz(75gm) tepung gandum
  • 4oz(100gm) mentega
  • sedikit coklat emulco
  • jem@kaya@cream secukupnya

Cara-cara

  • Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
  • Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.
  • Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
  • Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
  • Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah. Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.
  • Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.
  • Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap

BLACKCURRANT CAKE

Dsc01886

Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan barn/rye
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • cream cheese perasa vanila (~200g)
  • Blackcurrant/redcurrant/cranberries (saya guna frozen blackcurrant je.senang nak dapat kat kedai)

Cara-cara

  • Cairkan butter.
  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk (butter hendaklah suam2 aje). Kacau sehingga puas hati.:)
  • Masukkan adunan dalam bekas (mould sized 18-20cm).
  • Penuhkan dengan blackcurrant/redcurrant/cranberries pada bahagian atas kek. Letakkan pula dengan cream cheese perasa vanila (sehingga memenuhi seluruh kek).
  • Bakar pada 200C selama 30 minit.

KEK KUKUS

Steam_fruit_cake

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

  • 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
  • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
  • 3 biji telur Gred A
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
  • 150 g gula perang (gula halus pun ok)
  • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
  • 1 biji pala, diparut
  • 30 g badam keping
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_032
    Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Cake_and_muffin_031
    Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
  3. Cake_and_muffin_033
    Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  4. Cake_and_muffin_034
    Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  5. Cake_and_muffin_035
    Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  6. Cake_and_muffin_036
    Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  7. Cake_and_muffin_030
    Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
  8. Cake_and_muffin_037
    Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
  9. Cake_and_muffin_038
    Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
  10. Cake_and_muffin
    Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
  11. Cake_and_muffin_039
    UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus.

KEK MARBLE CHEESE

Marble_cheese

umifeeza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 cm )

Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 cwn fresh milk

Cara-cara

  • Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  • Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  • Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  • Blo_bakar
    Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  • Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.

KEK MENTEGA PANDAN KELAPA

Kek_butter_kelapa

sedap & wangi kek nih....

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 270 gm mentega
  • 230 gm gula kastor
  • 5 biji telur B
  • 60 ml santan segar@kotak
  • 1 sudu besar pes pandan (kita guna pandan emulco)
  • 1/4 sk pewarna hijau
  • 240 gm tepung kek (kita guna tepung gandum ayak 2x)
  • 30 gm kelapa kering
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
*** Bahagian atas (topping) ***
  • 40 gm mentega
  • 35 gm gula aising
  • 55 gm kelapa kering

Cara-cara

  • Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  • Masukkan santan,pewarna hijau dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas diikuti dengan kelapa kering dan gaul sebati.
  • Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
Untuk membuat toppingnya
  • pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
*** kita tak sempat nk buat topping, tapi still sedap
*** kita bakar dalam 40minit je, bergantung pada oven masing2

KEK MARBLE PISANG

Picture_1394__small_

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 loaf tin/loyang sederhana )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek
  • 2 biji telur size A
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan semi sweet choc chip (jun guna 1/2 sudu besar choc emulco j)

Cara-cara

  • gris n alas loaf tin/loyang. campurkan tepung, soda bikarbonat, baking powder n garam, ketepikan.
  • krimkan bahan2 lain kecuali coklat cip. sementara itu, coklat cip dicairkan dalam microwave , kacau n sejukkan(abaikan cara ni jika guna coklat emulco)
  • masukkan campuran tepung kedalam bahan2 basah, kacau sebati. ambik 1/3 dari adunan, campurkan ngan coklat cip cair/coklat emulco, kacau rata.
  • letak satu senduk adunan putih, kemudian adunan coklat, selang seli hingga habis. lalukan chopstick kedalam adunan beberape kali supaya jd bentuk marmar. bakar selama 1 jam.

KEK KUKUS MOCHA

Kek2

Resepi Kek Kukus cuma mengambil masa 20 minit.

Bahan-bahan ( 7inci )

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Air
  • 1 Cawan Minyak Mazolla
  • 1 Cawan Mocha
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 2 biji telur

Cara-cara

  • Mengunakan mixer, telur bersama gula halus diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak Mazolla dan putar hingga rata.
  • Setelah sebati, masukkan Mocha kesemuanya dan putar sehingga rata. Kemudian masukkan Bikarbonat dan Baking Powder dan putar.
  • Masukkan air diselang-selikan tepung gandum yang diayak,tepung hendaklah dimasukkan dengan kuantiti sedikit demi sedikit ke dalam adunan supaya tepung tadi tidak berketul di dalam mixer.
  • Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang. Dan kukus selama 20-45 minit. Selepas kek masak, cara hiasan terpulang kepada kreativiti anda.

KEK BATIK BRUNEI

Kek_batik_brunei

Kek yg wajib ada di hari raya...kalo nak try buat 1/2 adunan shj

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 16oz mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 12 biji telur
  • 1 tin tepung gandum (guna bekas tin mentega 16oz)
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 paket kecil milo
  • 1 paket kecil horlick
  • 1 paket kecil nestum (blh tambah jika suka)
  • 3 sudu mkn gravy browning
  • 2 bungkus roti tunjuk (juga blh guna roti marie)

Cara-cara

  • Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Pukul sebati
  • Kemudian masukkan susu, tepung, milo, horlick, nestum dan gravy browning. Gaul adunan hingga rata
  • Apabila sudah sebati masukkan adunan kedalam kuali dan masak diatas api yg kecil hingga agak pekat (kita guna kuali non-stick)
  • Masukkan roti tunjuk / roti marie dan gaul lagi sehingga adunan mengeras
  • Padatkan didalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk

CHIFFON CAKE ( 1 )

Kek_chiffon

Macam chiffon pandan yang slalu kita beli kat Carefour @ Tesco.

Bahan-bahan ( acuan chiffon 10 inci )

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula halus
  • 8 biji kuning telur
  • 8 biji putih telur
  • 8 camca besar minyak masak
  • 10 camca besar air daun pandan
  • 1 camca teh krim tartar
  • sedikit garam dan pewarna hijau

Cara-cara

  1. Bancuhan
    Satukan semua bahan kecuali putih telur dan krim tartar. Kacau sebati.
  2. Telur_putih
    Campurkan putih telur dan krim tartar. Pukul hingga putih telur tu kaku/"bertanduk".
  3. Bancuhan_dan_telur
    Masukkan putih telur ke dalam adunan 1 dan kaup balik adunan dengan menggunakan senduk hingga sebati.
  4. Tuang ke dalam acuan chiffon(yg berlubang tengah tu) dan bakar selama lebih kurang 45 minit atau hingga masak.
  5. Tp yg ni saya guna sukatan 1/2 daripada bahan2 di atas. Pastu guna lak loyang kek bulat je, sbb acuan chiffon x dpt dikesan dlm simpanan. Tu yg nmpk kurang menarik. Tp mmg spongee dan sedappp...

APPLE CAKE

Applecake

yani@myresipi.com


Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  • Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

KEK PISANG CARROT

Dsc01205

Bahan-bahan ( 1 biji Kek )

  • 3 cwn / 295 gram tepong biasa
  • 2 cwn / 300 gram gula
  • 4 biji telor ayam (B grade)
  • 1 cwn minyak sunflower
  • 1 sudu teh kecil baking soda
  • 2 biji buah pisang(di lenyek)
  • 2 biji karot/lobak(di sagat)

Cara-cara

  • Dsc01204 - masukan gula,telor dan minyak dan dipukul sehingga kembang,
  • - Ayakkan tepong tadi bersama baking soda dan ketepikan
  • - setelah telor,gula dan minyak tadi kembang,campurkan tepong yg telah diayak tadi
  • Dsc01207 - kacau sehingga sebati dan masukan kedlm acuan tadi dan bakar (boleh juga guna paper cup...lagi comel...)
  • - suhu ketuhar Oven 170C dlm masa 45 min tanpa di buka.
  • - klu terlebih manis boleh kurangkan gula,kadang2x pisang juga dah manis...
  • selamat mencuba...

PLAIN CHEESECAKE

Dsc01202

Bahan-bahan ( 1 biji Kek )

  • 6 biji telor ayam (gred B)
  • 125 gram gula halus
  • 62 gram margerine
  • 200 gram UHT whipping cream
  • 250 gram keju philadelphia
  • 60 gram tepong jagong
  • 1/2 biji air perahan limau
  • 1/4 tbsp zest parutan kulit limau
  • secubit garam
  • vanilla spange cake (utk dibuat lapisan bawah)

Cara-cara

  1. Dsc01201
    -masukkan margerine,gula & keju dan pukul sehingga kembang,
  2. -kemudian masukkan telor kuning satu persatu & kacau sehingga sebati,
  3. masukan UHT whipping cream,air perahan limau tadi dan kacau sehingga sebati
  4. Dsc01200
    Akhir sekali campurkan tepong jagong dan secubit garam dan gaulkan sehingga sebati & ketepikan
  5. putih telor tadi di pukul bersama sedikit gula sehingga kembang dan menjadi merangue(keras)
  6. Masukkan putih telor tadi dengan keju tadi dgn mengunakan mesin
  7. Dsc01201
    kemudian masukan adunan tadi kedlm acuan yg telah dilapiskan dgn spange cake. & masukan kedlm Oven dan bakar dlm suhu ketuhar 175-180C & lebih kurang 45 min
  8. lapiskan dgn dulang berisi air agar lapisan spange tadi tidak hangus(kerana spange cake tadi sudah masak)