Showing posts with label spageti. Show all posts
Showing posts with label spageti. Show all posts

Spaghetti Bolognese


Spaghetti

30 mins preparation + cooking time. Our fave recipe during uni days


Bahan-bahan ( 5-6 )

  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
  • Oregano
  • Sedikit margerine/butter

Cara-cara

  • Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)
  • Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
  • Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.
  • Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.
  • Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
  • Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
  • Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.
  • Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
  • Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
  • Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
  • Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,oregano)
  • Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalm sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.

Spaghetti Garlic


Dsc_0035

Senang murah dan lazat!



Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

  • 250g Spaghetti (direbus ikut arahan dkt pek) nak guna pasta lain pon bley. penne ke macaroni ke...
  • Dada ayam (ambil isi dan potong kiub)
  • 5-6 biji Bawang Putih (hiris)
  • 1 Kiub pati ayam (or chicken stock sendiri)
  • Lada Hitam (cracked atau coarse)
  • 1 cawan air
  • Garam sekup rasa

Cara-cara

  • Tumis bawang putih dengan minyak masak or olive oil sampai naik bau.
  • Masukkan isi ayam (kalau nak lg jimat tak payah letak.)
  • Lepas tu masukkan air panas atau air rebusan spaghetti.
  • Letak kiub pati ayam. (kalau pakai home-made chicken stock skip no.3)
  • Masukkan spaghetti, gaul.
  • Masukkan garam dan lada hitam. Gaul sekejap, rasa dan terus boleh hidang.