Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

DONUT BLACKPEPPER CHICKEN DAN COKLAT

Donut Sifu Suria dan sumbat inti blackpepper chicken dan juga coklat (lebihan topping coklat Misleha). Memang sedap dan boleh juga digunakan untuk buat Instant Puff Cranko dan juga pie. Resipi filling coklat (ikut resipi topping coklat dari Misleha), D berikan dalam kuantiti yang boleh disediakan untuk buat donut sifu suria nih. 1 adunan dapat 18 biji donut size besar.
PERHATIAN: Kalau buat donut dengan filling coklat, lepas masak harap hati2 ya takut anak2 kecil sekali NGAP alahai intinya masih panas dan jenis yang cair. FILLINGS CONTENT ABSOLUTELY HOT!!! Jadi sejukkan dulu.
Selain dari inti Blackpepper Chicken boleh juga sumbat dengan inti sardine kemudian salut donut dengan serbuk roti dan goring. Untuk kelainan adunan donut boleh ditambah serbuk koko untuk mendapatkan donut perisa coklat, boleh isikan inti coklat seperti yang D buat dulu.
Sumber:

BLACKPEPPER CHICKEN FILLING

Bahan-bahannya
  • 200 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepong gandum
  • 1/2 cawan atau lebih sikit susu segar
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (yang crack fresh punya lagi sedap)
  • ,garam dan gula secukupnya
Cara-caranya
  • Perapkan isi ayam dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat.
  • Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus. Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat. Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.
COKLAT FILLING (RESIPI TOPPING COKLAT MISLEHA)

Bahan-bahannya
  • 100 gram coklat masakan
  • 75 gram whipping cream
  • 1/2 sudu teh mentega
Cara-caranya
  • Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair. Biarkan ia sejuk dan sebaiknya sediakan satu hari lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Bila isi dalam donut filling dah agak keras sikit jadi mudah kalau tidak cair susah nak isi.

FRENCH DOUGHNUTS (BINET)

Source: Yochana

Ingredients:
  • 180 gm. water
  • 180 gm. milk
  • 100 gm. butter
  • 1/2 tsp. salt
  • 240 gm. plain flour
  • 60 gm. sugar
  • 1 tsp. vanilla essence
  • 4 nos. eggs
For dusting: 100 gm. very fine sugar + 1 tsp. cinnamon powder

Method:
  • Boil milk, water, butter and salt together till simmering boil.
  • Pour in all the flour, take the pan off the heat and stir vigorously till it combines into a dough.
  • Return dough onto stove and stir till dough leaves the side of the pan.
  • Pour into a mixing bowl and let it cool till warm till break in the eggs and beat till smooth, adding eggs one at at time.
  • Add in vanilla essence and put dough into a piping bag fitted with a star nozzle.
  • Brush some greaseproof paper with shortening and then pipe the dough onto the paper.
  • Heat oil in a wok and deep-fry doughnuts till golden brown. Take it out and leave it on top of some kitchen towels.
  • Coat doughnuts with cinnamon sugar.

Donut cheese


Donut_suria

sesuai juga dijadikan sebagai base pizza


Bahan-bahan ( 25-30 )

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung
Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan

Cara-cara

  • Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  • cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  • Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  • kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

Donut


Donut1

Senang dah sedap (asas doh dari German Berliner)


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • * 1/2 sudu kecil garam
  • * 250 gm tepung
  • * 25 gm gula
  • * 1 biji kuning telur
  • * 1 sudu besar minyak
  • * 2 sudu kecil yis
  • * 125 ml susu suam

Cara-cara

  • Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
  • Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
  • Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas.
  • Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
  • Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin.
  • Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat.
  • Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
  • Biarkan naik sekali ganda lagi > Lebih kurang 30 min.
  • Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut.
  • Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping kegemaran masing-masing.

:Buat Donut Menggunakan Breadmaker:

  • Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
  • Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min).
  • Ikut cara-cara seterusnya kat atas mula dari no.3.

Donut kentang


Donut_kentang1

daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan ( 14 biji (ikut saiz) )

  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
  3. Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
  4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit (doh memang melekit ,tak perlu tambah tepung).Rehatkan doh 1/2 jam.
  5. Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
  6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.

Donut gebu


Donut

The easiest way to make a doughnut

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Donut


Imgp2037

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.