Showing posts with label aneka cheesecake. Show all posts
Showing posts with label aneka cheesecake. Show all posts

DE LOVE STORY TORTE


25-07-07_0014

.Gabungan cheese cake dan 2 jenis sponge cake.


KEK SPAN VANILLA
  • 250 g tepung kek span vanilla
  • 4 biji telur grade A
  • 50 ml air
  • 80 gram mentega (dicairkan)

KEK SPAN KOPI
  • 250 g tepung kek span kopi
  • 4 biji telur grade A
  • 50 ml air
  • 80 g mentega (dicairkan)

KEK KEJU
  • 150 ml susu UHT (A)
  • 20 g gula (A)
  • 3 biji kuning telur grade A (A)
  • 20 g tepung jagung (A)
  • 250 g krim keju (B)
  • 1 biji lemon (diparut kulit luarnya sahaja) (C)
  • 130 ml krim putar (C)
  • 2 sudu besar tepung gandum (D)
  • 60 g kismis kuning (D)
  • 3 biji putih telur grade A (E)
  • 60 g gula (E)
  • 1 sudu besar jus lemon (E)

KRIM MENTEGA KOPI
  • 400 g mentega
  • 100 g shortening
  • 180 g gula icing
  • 2 sudu besar kopi emulco

GLIS COKLAT

  • 250 g dark chocolate (dadu kecil)
  • 300 g krim putar
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar madu

BAHAN HIASAN
  • 8 biji walls mini poppers
  • 4 batang biskut love letter perisa coklat (patahkan 2 setiap satunya dan dicelupkan ke dalam glis coklat)
  • Coklat putih yang telah dicairkan (double boiler)
  • Sedikit coklat urai

Cara-cara

CARA-CARA MEMBUAT KEK SPAN VANILLA/KOPI
  • Masukkan tepung dan telur ke dalam mixer dan pukul hingga pekat.Tambahkan air dan pukul lagi hingga gebu dan lembut.masukkan mentega dan gaul hingga sebati.Tuangkan dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.

CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU

  • Panaskan hingga mendidih susu (A) dan gula (A).Masukan kesemua bahan (A) dan kacau atas api perlahan hingga sebati dan pekat.Ketepikan.Biarkan sejuk.
  • Pukul krim keju hingga lembut dan licin.Masukkan (A) dan adun sebati.Masukkan (C) dan adun lagi.Masukkan (D) dan pukul hingga sekata.
  • Pukul putih telur (E) hingga berbuih.Masukkan gula dan jus lemon.Pukul hingga pekat dan tambah adunan keju.Pukul lagi.
  • Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak di bawan dan tepinya.Letakkan kek span vanilla di dasar dulang dan tuangkan adunan kek keju diatasnya.Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau hingga masak keseluruhannya.Keluarkan kek dengan segera dari dulang pembakar bila telah masak.

CARA-CARA MEMBUAT KRIM MENTEGA KOPI

  • Putar mentega dan shortening hingga licin.Tambah kopi emulco dan gula icing.Pukul hingga kembang dan gebu.

CARA MEMBUAT GLIS COKLAT

  • Masak krim putar dan madu hingga mendidih.Masukkan coklat.Kacau hingga cair dan masukkan mentega.Kacau sebati.

CARA MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS

  • Letakkan kek span kopi di atas "turn table".Sapukan bahagian atas kek span kopi dengan krim mentega kopi.Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya.Dengan menggunakan "cake cutter" utk acuan bulat 9 inci tekapkan sedikit di atas kek keju cukup sebagai penanda sempadan.Letakkan walls mini poppers di setiap segitiga yang terbentuk.Curahkan pula glis coklat keatas kek tadi dan goncangkan agar glis rata diatas kek.Cucuk di belakang poppers dengan biskut love letter.
  • Sapukan di sekeliling kek dengan krim mentega kopi dan taburkan coklat urai disekelilingnya.Kemudian dengan menggunakan "cake cutter" potonglah kek ini menjadi 8 bahagian.Buatlah belang-belang pada atas mini poppers dan love letter dengan coklat putih.Siap utk dihidangkan kepada yang TERSAYANG.
  • Seeloknya simpan kek ini dalam peti sejuk.

SLICE CHEESECAKE


P1010656

dr website masakan jepun


Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  • potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  • kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  • masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  • asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  • didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  • akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  • bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  • hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

QUIK N EZ CHEESECAKE


Img_1659r

sesuai utk mereka yg bz..coz pkai tepong ready made..cepat dan mudah...


Bahan-bahan ( 1 biji kek(20 cm) )
  • 225 gm tepong kek keju
  • 3 biji telo
  • 150gm butter
  • strawberry/ape2 aje buah yg anda suke
  • coklat ganache

Cara-cara

  1. Img_1658
    ni dia tepong ciskek yg sy gunakan(beli kat tesco)1 kotak ni bleh wat 2 adunan..
  2. Img_1661
    cara2 seperti yg tertulis pada kotak..memula pukul telo n butter hingga kembang dan gebu pastu masukkan tepong kek keju td...
  3. bakar pd suhu 180"c selama 30 min atau hingga masak..
  4. bile dh sejuk bleh hias ikut suka hati..sy letak coklat ganache n stoberi sbg hiasan..
  5. Img_1665
    klau simpan dlm fridge semlman lg sedap..

SOUFFLE CHEESECAKE


Soufflecheesecakek

Souffle cheesecake with jam

Bahan-bahan ( 20 biji(S size) )

  • *60g tepung gandum
  • *25g gula halus
  • 200ml susu segar
  • 60~80g cream cheese
  • 4 biji telur kuning
  • 80g mentega
  • 4 biji telur putih
  • 70g gula halus
  • jem aprikot dan blueberry secukupnya

Cara-cara

  1. Soufflecheesecake1
    Letakkan susu dan cream cheese yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga cream cheese cair.
  2. Soufflecheesecake2
    Kemudian masukkan butter dan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
  3. Soufflecheesecake3
    Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
  4. Sediakan meringue. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Untuk cara lebih detail sila rujuk resipi meringue oleh nure.
  5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  6. Soufflecheesecake4
    Masukkan 1/3 daripada meringue tadi ke dalam (2). Penaikkan dengan balloon whisk atau hand mixer.
  7. Soufflecheesecake5
    Kemudian masukkan pula 1/3 meringue lagi. Kacau dengan kaedah kaup balik. Masukkan pula meringue yg selebihnya. Kacau lagi.
  8. Soufflecheesecake6
    Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/2 penuh. Kemudian letakkan sedikit jem kat tengah. letak lagi adunan sehingga 80% penuh.
  9. Isikan oven plate dengan sedikit air suam. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 degree. Bakar lagi selama 30 minit.
  10. Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dgn jem aprikot untuk nampak berkilat.
  11. TIP: Boleh juga bakar dalam loyang 18cm. Tak perlu letak jem sebab nampak tak cantik bila dipotong. Rasanya tetap sedap walau tanpa jem.

CHEESE POUNDCAKE


Img_0236

rs creamcheese + lemon yg lembut

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 100g cream cheese
  • 50g non-salt butter
  • 100g gula halus
  • 3bj telur (asingkn putih & kuning)
  • 2sudu besar air perahan lemon
  • 1bj parutan kulit lemon
  • diayak: 160g tepung gandum dan 1 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara

  1. pukul cream cheese, butter dan gula sampai kembang.
  2. dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(meringue).
  3. masukkn dlm adunan(1) kuning telur dan pukul sampai rata. Kemudian masukkn putih telur yg telah dipukul kembang td dan kacau lg sampai rata.
  4. masukkn jus lemon dan kulit lemon. Kacau rata.
  5. masukkn bhn yg diayak dan kacau adunan sehingga sebati.
  6. Img_0234
    lapik bekas dgn kertas minyak. Tuangkan adunan dlm bekas 4segi panjang dan bakar dlm oven pd suhu 170C selama 40 min.

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Cotton_soft_japanese_cheese_cake_slice

mmm....pd cheesecake lover, sure xleh resist kek ni, mmg selembut & segebu kapas :)


Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  5. Cotton_soft_japanese_cheese_cake
    Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).

KEK COKLAT KUKUS CHEESE


P4260100

Tambah koleksi kek coklat anda

Bahan-bahan ( 10 x 10 )

Bahan A
  • 150gm butter
  • 100gm coklat masakan
Bahan B
  • 10 biji kuning telur - Gred A
  • 5 biji putih telur
  • 225gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalette (bumbun)
Bahan C
  • 125gm tepung gandum/superfine
  • 25gm tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine

Cara-cara

  1. Cairkan bahan A dan sejukkan.
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
  3. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  6. Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
  7. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  8. Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
  9. Kalau suka boleh la ganache kan kek. Yang ini kak ogy x ganache kek sb anak2 suka jugak kalau kek kosong je. Selamat mencuba.

CHOCOLATE CREAM CHEESE TRUFFLES


Dsc_4739

Resepi dari kawan buat yang suka sangat dengan cokolat!

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 180g gula icing (gula serbuk)
  • 60g cream cheese
  • 100g cokolat (unsweetened)
  • koko powder

Cara-cara

  • Campurkan gula icing dan cream cheese dan digaul rata.
  • Cairkan cokolat mengunakan cara double boiler. Setelah cair, bairkan sejuk seketika.
  • Campurkan adunan gula dan cream cheese bersama cokolat yang sudah dicairkan. Gaul sebati.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan ambil sedikit adunan dan di uli menjadi bulat seperti biji guli yang besar.
  • Gulingkan bebola yang di bentuk tadi di atas pinggan yang di sudah di tabur koko powder. Selaputkan bebola tadi dengan koko powder.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di makan.

CREAM CHEESE BARS

Creamcheesebars

Sesiapa yang suka cheese cake pasti akan suka ini.

Bahan-bahan ( 20 keping [approx. 1.5"x3"] )

  • 250g cream cheese (suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 keping puff pastry
  • Topping
  • 1 sudu besar majerin atau mentega (cairkan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar gula halus

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Pukul cream cheese bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan lemon butter dan esen vanilla, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Lapis 8"x8" loyang dgn baking paper, letak satu keping puff pastry yg telah dicucuk-cucuk dgn garpu. Klu takde baking paper, griskan loyang.
  4. Masukkan campuran cream cheese dan rata-ratakan. Tutup cream cheese dgn sekeping puff pastry.
  5. Sapu permukaan puff pastry dgn majerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan di atas permukaan puff pastry.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dlm peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.