Showing posts with label aneka nasi. Show all posts
Showing posts with label aneka nasi. Show all posts

NASI MINYAK BINJAI

Sumber : Majalah SAJI

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras

2 cawan air

1/2 tin susu cair

4 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

4 cm halia (kisar)

1/2 cawan minyak sapi

2 batang kulit kayu manis

4 biji buah pelaga

5 tangkai bunga cengkih

2 helai daun pandan

2 batang serai (kisar)

Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan serai sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air dan susu cair.Rasa masin dan manisnya.

3. Selepas itu, barulah masukkan beras yang telah dibersihkan tadi. Tanak seperti biasa.

BURASAK

25-10-08_1207

cahayer@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
    Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
    Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. 24-10-08_2154
    Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. 24-10-08_2321
    Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.

NASI KUNING

100_3644__wince_

Wati_Eltham@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-8 orang )

  • 3 cawan beras basmati
  • 1 cawan santan
  • setangah biji bawang besar
  • 1 inci Halia
  • 1 sdth garam
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • 1 sdth serbuk kunyit ( boleh guna kunyit hidup kalau suka

Cara-cara

  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan.
  2. Kisar bawang besar bersama halia
  3. Masukkan bahan kisar bersama daun pandan, serbuk kunyit , garam dan santan ke dalam beras dan perap selama 30-40 minit.
  4. Selepas tu boleh masak nasi seperti biasa..
  5. 100_3641__wince_
    Siap untuk di hidang.
  6. Nota : Boleh dihidang bersama sambal, ikan sambal, rendang, ikan bilis, telur, timun, tomato dan mcm2 lagi....Ikut selera masing-masing..

NASI AYAM CENDAWAN (claypot)

01062008278

nat_rashid@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 cawan beras
  • 1 1/2 air rebusan ayam
  • 500gm ayam (Ipotong kecik jer)
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 atau lebih kuntum cendawan hitam (refer glossary)- (rendam hingga kembang dgn air panas)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
  • 2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
  • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

Cara-cara

  • Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
  • Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
  • Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.
  • Panaskan claypot (refer glossary), masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan..

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS






















From Recipes around the world by


Bahan bahan (ingredients):

  • 4 tin susu beras pulut
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • Sedikit garam
  • Daun palas secukup kegunaan
Cara-cara (Method):
  • Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak.
  • Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.
  • Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.
Cara Hidangan:
  • Potongkan dan hidangkan bersama rendang daging @ ayam.

NASI BERIANI GAM JOHOR











sumber: Mcik ptd ltd

Bahan
  • 500 gm BERAS JASMINE BASMATHI PEACOCK (dibersihkan dan ditoskan)
  • 1250 ml air
  • 4 sm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning
  • 2 camca teh esen ros
  • 500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
  • 3 biji bawang besar }
  • 5 biji cili hijau }dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih }
  • 4 sm halia }
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar }
  • 3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
  • 3 biji tomato }
  • 100 gm bawang goreng
  • 150 ml susu sejat
  • sedikit buah gajus
  • garam sebagai perasa
  • minyak untuk memasak
  • sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi
Cara Membuat
  • Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  • Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
  • Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
  • Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
  • Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.
  • Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
  • Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi

NASI KERABU


Sumber: Amrani
resipi ni x ingat dpt dari mana tp dari blogspot...tuannyner rani amik resipi yer..

NASI

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • 2 btg serai [ketuk]
  • sedikit bwg besar mayang
Cara-cara
  • Basuh beras.Masukkan air + bawang + serai +pewarna biru.Masak nasi seperti biasa.
KUAH TUMIS BUDU

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili kering
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan budu
  • 1 keping asam keping
  • minyak utk menumis
  • gula
Cara-cara
  • Bawang besar + bawang putih + cili kering + serai + halia dimesin
  • Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing
  • Kemudian masukkan santan pekat dan budu.
  • Tambahkan sedikit air dan gula sekadar perlu.
  • Bila mendidih,bolehla dipadamkan api.
SAMBAL IKAN

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung [salai atau bakar. ambil isi ketepikan]
  • 1 cawan kelapa parut [jadikan kerisik]
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai-mayang halus
  • 1/2 inci halia
  • lada hitam
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • semua bahan2 di atas ditumbuk hingga rata. Kemudian seswaikan rasanya
ULAM2
  • [mayang halus kecuali taugeh]
Bahan-bahan
  • daun kesum
  • kobis
  • serai
  • bunga kantan
  • taugeh
  • Semua ulam2 digaul kemudian dihidangkan bersama nasi.
SOLOK LADA

Sumber:citarasapilihanintan.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan [bakar @ salai]
  • 2 cawan kelapa parut
  • 6 ulas bawang
  • 3 hiris halia
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur ayam
  • 10 tangkai cili hijau
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca teh garam
Cara-cara
  • Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah.
  • Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul.
  • Masukkan telur.Gaul lagi.
  • Belah cili dan sumbat ramuan ikan.
  • Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili.
  • Masak di atas api sederhana sehingga ia masak.
Tips:
  • selain tu lauk lain seperti daging bakar[rempah biji ditumbuk + garam dibakar], telur masin, keropok dan ayam goreng

NASI KERABU IZA

Nasi_kerabu_liza

lizacomel@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga makan )

  • nasi putih (family liza makan nasi putih je) - sedap buat nasi kukus
*bahan kuah tumis*
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • cili giling
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
*bahan sambal kerisik ikan*
  • 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
*bahan budu*
  • budu - family liza suka cap sedap sengoti @ cap yacop
  • 4-5 biji cili padi
  • limau kasturi @ limau nipis @ lemon
*bahan ulam kerabu*
  • 5-10 biji kacang panjang
  • 1 biji timun
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam tauge
*lauk (opsyenal)*
  • keropok ikan
  • telur masin
  • ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
  • bawang putih jeruk
  • solok lada - (haritu x buat,so, lenkali baru liza share resipi solok pulak)

Cara-cara

  • Kuah_tumis utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
  • Sambal_kerisikutk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
  • Budu utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
  • Ulam_kerabu utk ulam kerabu:
  • kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
  • Nasi_kerabu_lizasedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera

NASI GORENG ALA JEPUN


Picture_636

resepi sendiri..cara masak yg ringkas seperti nasi goreng jepun..

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 2 mangkuk nasi
  • 1/3 batang carrot-dihiris panjang
  • 1/4 capsicum-dipotong2 (kalau nak pedas..leh guna cili api yg diketuk2)
  • 1 ketul isi ayam/daging- dihiris
  • 5 biji cendawan butang-dihiris2
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • minyak (jun guna garlic butter campur sedikit minyak)
  • 1 sudu teh garlic salt (jun x isi..x d stok, tu sbb guna garlic butter)
  • garam dan pepper (jika perlu)
  • 2 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara

  • Panaskan sedikit minyak. Goreng telur da hancurkan seperti membuat scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak (jun guna campuran minyak dan garlic butter). Masukkan isi ayam dan sayur2an termasuk bawang.
  • Masukkan garlic salt dan serbuk perasa. Masukkan nasi dan kacau.
  • Masukkan telur, kicap cair. Masukkan garam dan pepper jika perlu. Gaul rata dan angkat.

NASI AYAM SARAWAK


19-08-07_1256

Belajar dari kawan di Mukah..


Bahan-bahan ( 4 org )

BAHAN NASI
  • 500 gram beras (basuh dan toskan)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan stock ayam maggi
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam (potong 8)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ketul kiub ayam maggi
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
BAHAN ACAR
  • 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
  • 1 batang lobak merah ( potong lidi)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • Garam secukup rasa
BAHAN SOS
  • 1 cawan sos cili
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa
BAHAN KICAP
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap masin
  • 1/2 cawan air
  • 5 biji cili padi (belah 2)

Cara-cara

NASI
  • Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.
  • Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
AYAM
  • Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.
  • Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi.
NOTE :
  • air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
  • Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.
  • Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
ACAR
  • Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.
  • Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat.
NOTE :
  • Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
SOS
  • Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
KICAP
  • Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
  • Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

NASI GORENG KG


Nasi_goreng_kampung

eton@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekuaga kot... )

  • 2 mangkuk nasi putih - anggaran je ni
  • 10 tangkai cili padi - kalau tak thn pdas bleh kurangkan
  • 2 ulas bwang putih
  • 1 biji bwang besar
  • ikan bilis -ikut selera masing2 nak skit ke byak
  • sedikit balacan -nak bnyak pun bleh
  • bhn2hiasan - kangkung
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  • Tumbuk semua bhan2 mcm biasa .Pastu tumiskan sampai garing/naik bau.
  • Masukkan Nasi dam gaul sebati bila dah agak dah sebati semua masukkan kangkung dan kacau sampai layu.
  • Kemudian tambahkan serbuk parasa dan garam Angkat dan hidangkan panas2.....dah siap...

HOMEMADE INSTANT NASI IMPIT


Nasi_impit

senang nak potong & comeii..


Bahan-bahan ( sebanyak mana pun boleh... )

  • beras (kuantiti - ikut banyak mana kita nak buat)
  • plastik ais krim yang panjang (kuantiti - ikut banyak mana kita nak buat)
  • air untuk merebus

Cara-cara

  • Lubangkan plastik aiskrim. Jgn besar sangat, nanti beras terkeluar, & jgn kecik sangat.
  • Bersihkan beras & isikan beras ke dalam plastik aiskrim.
  • Masukkan cuma 1/3 dari panjang yang kita nak ikat.
  • Rebus dalam bekas besar & air yang banyak, sehingga nasi impit jadi keras.

NASI AYAM MUDAH


Nasiayam

resipi nasi ayam plg simple!!


Bahan-bahan ( 6 org mkn kot.. )

  • 1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos
bahan utk perap ayam
  • -4 sudu besar sos cili
  • -3 sudu besar kicap manis
  • -2 ulas garlic-tumbuk halus
  • -garam n gula-perasakan-elok manis skit
bahan utk sup
  • -2 ulas bwg putih, ketuk
  • -1 btg serai-ketuk
  • -1 inci halia-ketuk
  • -1 sup bunjut
Bahan utk cili
  • - 3 bijik tomato masak
  • -3 ulas bwg putih
  • -3 biji cili merah
  • -4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
  • -cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
  • -garam n gula, aji-sesuaikan

Cara-cara

  • pas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi. masuk bwg putih, serai yang diketuk, masuk skit garam.
  • rebus ayam - agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)
utk nasi
  • basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker, nasi pun dh siap
  • perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.
utk cili
  • blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
  • dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
utk sos kicap
  • ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.
  • bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya

NASI MINYAK


Image046

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara

  • mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  • dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  • masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  • bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  • bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  • masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

BUBUR NASI


Buburnasi

bubur ni 4 org2 yg demam2 or x sihat.. resipi yg simple but sedap....

Bahan-bahan ( 3-4( biasanye org yg demam 1 org je) )

  • 1 1/2 cup beras
  • sebatang lobak merah
  • sawi (dlm 2 pokok cukup la)
  • 1 kiub pati ayam knorr
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  • 1 liter air..(air ditambah shgga nasi betul2 kembang)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • lobak merah di potong dadu.. sawi dipotong halus
  • udang perlu dibuang kulit dan dipotong dua kalau udang tu besar
  • basuh beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. air kena lebih supaya bubur betul2 kembang..
  • bila beras dh lembut (hampir masak), masukkn kiub pati ayam, udang,lobak merah dan sedikit garam
  • tunggu sehingga bubur betul2 kembang baru masukkan sawi.. tambah garam secukup rasa.. tambah air kalau bubur jadi terlalu kering.. bila bubur dh betul2 kembang bolehla makan.. :)
  • nak lagi sedap.. makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang merah..

SOTO AYAM


Img_0118

Bertambahla lazat dgn bergedil

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
[Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
[Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa.
  • Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau.
  • Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi.
  • Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  • Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  • Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
Untuk kicap
  • kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Untuk resipi bergedil pula,
  • sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
  • Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  • Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

NASI LEMAK


Picture_575

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-6 orang )


Bahan untuk nasi:-
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam
Bahan untuk sambal:-
  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (jika suka)
  • garam n gula
Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  • Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  • Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  • Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


LONTONG GORENG


Dsc00081

Bahan-bahan ( 2-4 orang makan )

  • 2 bungkus nasi impit yang telah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 3 sudu besar sayuran campuran
  • 2 biji telur sederhana besar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )

Cara-cara

  • Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)
  • Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh
  • Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
  • Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati
  • Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata
  • Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.

NASI GORENG IKAN MASIN THAI STYLE


Nasi_ikan_masin

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 8 biji cili padi diketuk
  • Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan)
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang dipotong kecil
  • lobak merah di potong kecil
  • sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

  • Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
  • Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi.
  • Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
  • Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata
  • boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.
  • Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

NASI GORENG NAMPLA


Nasigorengnampla

Resepi my mum

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • 10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih
  • 2 ekor sotong (bersih & potong)
  • Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan ajinomoto
  • Sedikit minyak masak
  • **Optional:
  • boleh masukkan sayur-sayuran jika suka**

Cara-cara

  • Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
  • Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
  • Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
  • Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan ajinomoto. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.