Showing posts with label aneka nasi. Show all posts
Showing posts with label aneka nasi. Show all posts

CHICKEN RICE

Chicken Rice

Recipe by Amy Beh


Ingredients

  • 1 chicken, about 1.2-1.5kg
  • 1-1½ tsp sesame oil
  • 1 tsp light soy sauce
  • 2 cups (300g) rice, rinsed and drained
  • 1 tbsp oil
  • 1 tbsp margarine
  • 3 cloves garlic, chopped
  • 4cm knob ginger, lightly smashed
  • 2 screwpine leaves, shredded and knotted
  • 1 piece chicken stock cube
  • 1 tsp salt
  • 1½ tsp sugar or to taste

    Method

    • Bring just enough water to a boil in a large stock pot (water is just enough to cover the chicken). Once the water boils, put in the chicken then turn down the heat to low. Cook covered for about 10 minutes. Turn off the flame and leave the chicken in the water for about 35-40 minutes. Take the chicken out and immerse in a basin of cold water for 15 minutes. Remove chicken and hang up for a while.
    • Brush the chicken with combined sesame oil and light soy sauce mixture.
    • Chop chicken into serving pieces and return the chicken feet and neck portion to the chicken stock to boil.
    • Heat oil and margarine in a wok and fry garlic and ginger until fragrant. Add rice and stir-fry well. Transfer rice to an electric rice cooker.
    • Add enough chicken soup stock. Put in screwpine leaves, chicken stock cube, salt and sugar.
    • Cook until rice is done. Stand for 10 minutes before serving rice with the prepared chicken.
  • NASI AYAM PENYET PALEMBANG

    sumber:Diana / Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

    Bahan A (untuk merebus ayam)
    • 1 ekot ayam (belah empat)
    • 1 batang serai
    • 2 ibu jari halia
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 liter air
    • Garam secukup rasa
    Cara-caranya
    • Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
    • . Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
    • Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
    • . Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.
    TIP:
    • Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.
    Bahan B (untuk goreng ayam)
    • 2 biji telur
    • 175 gram tepung beras
    • 50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
    • 1 sudu teh serbuk kunyit
    • 1 sudu teh rempah kari daging
    • 1 sudu teh serbuk lada
    • Garam dan air secukupnya
    Cara-caranya
    • Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
    • Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
    • Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
    • Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.
    Nota:
    • Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

    Bahan C (Untuk nasi dan sup)
    • 1 kilo beras (cuci dan toskan)
    • 150 gram mentega
    • 1 cawan minyak masak
    • ½ cawan minyak bijan
    • 6 – 8 helai daun pandan
    • 1 batang serai
    • 5 ulas bawang putih (ketuk)
    • Garam secukup rasa
    • Air rebusan (stok) ayam secukupnya
    Cara-caranya
    • Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
    • Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.
    Bahan D (untuk sambal dan ulam)
    • 3 batang lada merah
    • 3 biji lada padi
    • 10 ulas bawang kecil
    • 3 labu tomato
    • 100 gram ikan bilis goreng
    • 100 gram belacan
    • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)
    Cara-caranya
    • Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
    • Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.
    Nota:
    • Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.
    Bahan D (untuk sos hitam)
    • ½ botol sos tiram
    • ½ botol air
    • Segenggam gula paisr
    • Sedikit minyak bijan
    Cara-caranya
    • Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

    NASI HARISSA



    bahan-bahan
    • 1kg beras basmathi
    • (air ikut padat beras dan lebihkan 100ml)
    Bahan kisar:
    • 1 sudu kecil jintan halus
    • 3cm halia
    • 10biji bawang putih
    • 3 biji bawang besar dihiris
    • 500g lobak merah (diparut kasar)
    • 3 ikat daun ketumbar (ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau)
    • 2 jari kulit kayu manis
    • 6 kuntum bunga cengkih
    • 10biji buah pelaga
    • garam secukup rasa
    • bawang goreng
    • minyak atau mentega untuk menumis
    cara-cara
    • Beras dicuci bersih. Gaul dengan lobak merah dan tos hingga kering. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu.
    • Masukkan kayu manis, cengkih dan pelaga. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis hingga garing. Masukkan air dan garam. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.
    • Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan masak hingga tanak. Hidangkan dengan lauk-pauknya.

    Nasi Dagang Terengganu

    Dscf5114

    minami133@myresipi.com

    Bahan-bahan ( 5-6 orang )

    **NASI**
    • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
    • 1/2 tin santan
    • garam dan gula
    • 1 sudu besar halba
    • bawang dan halia (hiris halus2)
    • air

    **GULAI IKAN TONGKOL**
    • 1 tin santan
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 4 cm lengkuas } di'blend'
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
    • 6 keping asam keping
    • garam dan secubit ajinomoto
    • gula
    • 5-6 biji cili padi
    • 1 ekor ikan tongkol
    • 1 cm belacan

    **ACAR**
    • 2 batang timun
    • 1 batang lobak merah
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1 biji lada besar
    • cuka, garam, gula

    Cara-cara

    • NASI:
    • Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air.
    • Tunggu sehingga air mendidih.
    • Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit.
    • Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar.
    • Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua.
    • Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
    • masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air.
    • Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
    • Kuah
      GULAI IKAN TONGKOL:
    • Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan.
    • Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air.
    • Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit.
    • Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
    • kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali.
    • Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.).
    • Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan.
    • Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping.
    • Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus.
    • Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
    ACAR:
    • Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang.
    • Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
    • Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

    NASI GORENG CENDAWAN


    Img_0321

    masa penyediaan x sampai 30 minit


    Bahan-bahan ( 1org )

    • dihiris:
    • 1/4 bj bwg besar dan 2 bj bwg putih
    • 4 kpg cendawan dipotong
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis (ikut suka)
    • 1 pinggan nasi putih
    • 1 bj telur
    • lada sulah dan garam secukup rasa
    • minyak utk menumis
    • lbh krg segenggam udang atau 1 potong ayam dipotong dadu
    • cili api ikut pedas ( dipotong bulat)

    Cara-cara

    • tumis kedua2 jenis bwg. Bila dh garing, masukkn udang(atau ayam) dan gorengkan lagi selama beberapa minit
    • masukkn sos tiram dan cendawan. Kacau lagi dan masukkan kicap dan cili api.
    • Masukkan telur, kacau utk ratakan telur dan masukkan nasi.
    • lengkapkn rasa dgn lada sulah dan garam. Padamkn api dan hidang segera.

    nasi goreng cheddar

    Image_103_

    irralishah33@myresipi.com

    Bahan-bahan ( 2 orang )

    BAHAN A

    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang besar
    • 3 batang cili hijau
    • 1 batang cili merah
    • ikan bilis (rendam ngan air sikit)

    BAHAN B

    • ikan bilis (cuci bersih)
    • 2 sudu besar minyak masak (irra guna canola oil)
    • 1 biji telur
    • sedikit garam
    • sedikit belacan
    • satu mangkuk kecil cheddar yg diparut halus
    • 2 mangkuk nasi sejuk

    Cara-cara

    • tumbuk bahan A, bagi sebati.
    • panaskan minyak,goreng ikan bilis sampai garing. ke tepikan.
    • masuk kan bahan A,goreng garing. masuk kan telur,hancur2 kan.
    • masuk kan nasi sejuk,gaul rata. masuk kan serbuk belacan,garam. gaul hingga sebati.
    • akhir sekali,masuk kan cheddar...gaul...tutup api.
    • masuk kan kedalam pinggan. hiasan,letak lebihan cheddar ke atas nasi goreng itu.

    NASI DAGANG PERANTAU

    Nasi-dagang


    Bahan-bahan ( 6 orang )

    • 4 cawan beras jasmen
    • 1 tin(400ml) santan pekat
    • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
    • 1cm halia - hiris macam bilah mancis
    • 1 sudu kecil halba
    • garam
    • gula

    Cara-cara

    1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
    2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
    3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
    4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
    5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
    6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.
    7. Halba
      Inilah rupa halba(funegreek). Boleh didapati dari kedai yang jual spices.

    NASI TOMATO - 3


    Img_0168

    simple dan gerenti sedap

    Bahan-bahan ( 4~5org )

    • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
    • 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • 1/2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 5 cm kulit kayu manis
    • 1 biji bawang besar dicincang
    • 160g tomato puree (dlm tin)
    • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
    • daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
    • bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

    Cara-cara

    1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
    2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
    3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
    4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
    5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.

    Nasi Ayam Hainan


    Chickenricemeal

    Resepi ini sebenarnya saya baru belajar nak buat tapi agak senang dan cara penyedian dalam 1 jam ke 1 1/2 jam.



    Bahan-bahan ( 4 orang )

    • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
    • **1 ekor ayam
    • **1/2 ulas halia
    • **3 ulas bawang putih
    • **kayu manis
    • **Daun Pandan dan sedikit garam
    • >> Sos Ikan
    • >> 5 biji Cili Merah
    • >> 1 ulas Halia
    • >> 5 ulas Bawang Putih
    • >>Sedikit air perahan limau/lime
    • >>Gula,garam dan cuka
    • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
    • @1 1/2 liter air
    • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
    • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
    • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
    • @1 - 1.5 sudu kecik garam
    • @1 biji bawng besar (potong separuh)

    Cara-cara

    1. Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
    2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
    3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
    4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
    5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
    6. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
    7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
    8. Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
    9. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
    10. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
    11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
    12. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
    13. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
    14. Ok dah boleh makan :D

    NASI TOMATO - 1


    Nasi-tomato

    nasi tomato

    Bahan-bahan ( 4 orang )

    • 2 cawan beras basmati
    • 2 biji tomato-potong dadu
    • 2 cawan air
    • 1/2 cawan susu
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 1 helai daun pandan
    • sedikit garam
    • ## Bahan tumis ##
    • 2 sudu mentega/ minyak sapi
    • 2cm kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 1 biji buah pelaga
    • 2 ulas bawang putih-hiris
    • 1/4 bawang besar dihiris
    • ## Hiasan ##
    • Bawang goreng

    Cara-cara

    1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
    2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
    3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
    4. Masaklah nasi macam biasa.
    5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

    NASI TOMATO - 2

    Bahan-Bahan:

    • 2 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
    • ½ cawan minyak sapi
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 biji buah pelaga 2 ½ cawan air
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • 2.5 sm kulit kayu manis
    • 2 cawan beras
    • ¾ cawan tomato sos

    Cara:

    • Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.