Showing posts with label aneka mee. Show all posts
Showing posts with label aneka mee. Show all posts

MEE REBUS TULANG

Mee_rebus3

che'iza@myresipi.com


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
*UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka

Cara-cara

  1. Rebus tulang hinnga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
  2. Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
  3. Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
  4. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  5. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
  6. Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  7. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....

SIZZLING YEE MEE

Sizzle_yee_mee01

Masakan cina, citarasa jawa...


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

MI / SOTO PEKALONGAN

Soto_enak

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1/2 kilo daging -dipotong kecil2
  • halia sebesar ibu jari - diketuk
  • lengkuas sebesar ibu jari - diketuk
  • 6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit
  • 1 cawan kicap manis
bahan2 berikut hendaklah dikisar bersama:-
  • 5 batang lada merah
  • 15 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
bahan2 utk taburan:-
  • 1 ikat su'un - dicelur hingga lembut dan dipotong 1 inc.
  • bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • sambal kicap cili padi
  • mi hoon - dicelur hingga lembut atau -
  • nasi himpit - dipotong kecil
  • tauge - dicelur

Cara-cara

  • daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang.
  • bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih .
  • bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.)
Cara menghidang:-
  • Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain.
  • sajikan ketika panas2.

MEE KARI

Sumber : Zaliana

Bahan-bahan

  • 2 bungkus mee kuning
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar rempah kari ayam
  • 1/ 2 kilogram udang
  • RM 2 udang kering-basuh bersih dan tumbuk
  • Santan pekat-dari 1 1/2 kelapa
  • Fish cake dan fish ball
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar potato starch-campurkan dengan air sebagai pemekat #
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping dada ayam -rebus dan siat-siat isinya

Bahan hiasan

  • Daun sup
  • Bawang goreng-ni sepatutnya ada tapi tak de :)
  • Cili merah
  • Sawi dan Taugeh - dicelur
  • Limau kasturi
  • 2 keping tauhu-goreng seketika dan hiris

Cara-cara

  • Tumis bahan rempah dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan rempah kari dan cili kisar, biar hingga garing.
  • Kemudian masukkan pula udang kering,kacau.
  • Masukkan santan yang cair dahulu, biarkan hingga menggelegak.
  • Masukkan fish cake dan fish ball.
  • Masukkan udang.Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
  • Setelah mendidih,masukkan santan pekat. Biarkan seketika , masukkan bancuhan potato starch. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
# potato starch boleh digantikan dengan tepung jagung.

MEE KARI UDANG

Gambar_052

qirah75@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

  • Tumbuk bahan *
  • Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  • Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
  • Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  • Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  • Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

KUEH TEOW LADNA

Dscf5021

Bahan-bahan ( 2 org )

  • kueh teow
  • 3 ulas bawang putih dicincang kecil2
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu sos tiram
  • sekeping dada ayam
  • lobak merah
  • kobis bunga
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • cili padi
  • kobis
  • air
  • garam dan secubit ajinomoto

Cara-cara

  • panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
  • Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  • masukkan lobak merah terlebih dahulu.
  • bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  • Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

MIHUN GORENG TOMYAM

Mihun_goreng_tomyam

nor_67@myresipi.com

Bahan-bahan ( 7 org makan )

  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

MIHUN REBUS ALA KAMPUNG

Mihun_rebus_kampung

nor_67@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 - 7 org )

  • 1 bungkus mihun - celurkan sekejap
  • 300gm isi ayam
  • 300gm isi ikan (selayang ke, tenggiri ke, ikut suka)
  • 1sk tepung jagung
  • 1/2 sk garam
  • 1sk serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
  • 2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 liter air
  • sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
  • daun saderi
utk lada kicap:
  • 5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
  • 5sb kicap manis
  • 4 sb cuka

Cara-cara

  • Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
  • Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
Utk buat bebola ikan*
  • ambil isi ikan (buangkan semua tulang yg kasar maupun yg halus). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
  • Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
  • Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
  • Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
  • Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
Utk membuat lada kicap
  • hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
  • Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
  • Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..
  • Selamat mencuba...

MEE REBUS TO'KUN

Meerebus

sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 15 orang makan )

  • 1 kg mee kuning - direbus
* untuk kuah
  • 15 - 20 tangkai cabai kering - digoreng terlebih dahulu
  • 5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
  • asam jawa sebesar ibu jari - goreng dulu juga
  • 500g udang kecil- direbus
  • 500g udang besar- direbus
  • 4 ulas bwg putih - diketuk
  • daun sup
  • kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 5 liter air, garam dan gula secukupnya
  • 2 biji tomato - potong dadu
*bahan tabur :-
  • 4 biji telor potong bulat2
  • daging direbus dan dipotong nipis2
  • cucur udang - potong nipis
  • cili - dipotong nipis2
  • bawang goreng dan limau nipis
  • daun sup dan daun bawang
  • taugeh direbus
  • tauhu digoreng dan dipotong dadu

Cara-cara

cara buat kuah :-
  • kisar cili kering, ubi dan udang kecil
  • tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah. kemudian masukkan pula udang besar.
  • bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak takut pekat sangat kuahnya
  • biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk tabur tadi
  • boleh tambah air jika kuah terlalu pekat

MEE KARI BONDA

Mee_kari_bonda

rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

Bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
Lain-lain bahan & hiasan :
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara

Untuk kuah :
  • Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  • Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  • Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
Cara hidangan :
  • Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

BIHUN GORENG TAUCU

Sumber : Kak Hanieliza/ Diana

Bahan
  • 1 paket bihun [rendam sehinggan lembut dan toskan]
  • 250 gm daging [hiris kecil dan rebus lembut]
  • 1 mangkuk sawi/ sayur kucai
  • 1 mangkuk kobis racik
  • 1/2 batang carrot sagat
  • 1/2 cawan taucu masin
  • 1/2 cawan air
Bahan tumis
  • 3 s/b minyak
  • 3 s/b cili mesin
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] tumbuk
Bahan hiasan
  • 1 keping tahu goreng [hiris kecil]
  • 1 pokok daun sup [racik]
  • 1 pokok daun bawang [racik]
  • 2 tangkai cili merah [hiris]
  • bawang goreng
Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
  • Bila daging telah sebati masukkan taucu, bihun dan sayuran.
  • Kacau rata dan rasakan garam.
  • Angkat dan haskan dengan bahan hiasan.

Sizzling Yee Mee

Sizzle_yee_mee01

Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  • Masukkan 2 cawan air.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  • Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  • Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

MEE REBUS


Sumber: Ishzah

Bahan-bahannya

  • 1 kilo mee kuning ~ dicelur
  • 300gm daging tetelan ~ potong kecil dan rebus dengan sedikit lengkuas yg di ketuk
  • 1 biji keledek sederhana besarnya ~ direbus dan dikisar
  • 3 s/mkn penuh tauchu ~ dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 2 labu bawang merah ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 150gm udang kering ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dikisar
  • 1 inci lengkuas ~ dikisar
  • 8 tangkai lada kering ~ rebus hingga kembang dan kisar
  • 3 s/mkn penuh rempah kari daging
  • garam dan gula ~ secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • 3 s/mkn penuh tepung jagung + sedikit air ~ di bancuh
  • ( Optional:Ini untuk memekatkan lagi kuahnya jika anda suka)
Bahan Hiasan (Anggaran secukupnya)
  • tahu yang digoreng ~ dipotong kecil
  • daun bawang/saderi ~ dimayang halus
  • bawang goreng
  • telur rebus ~ dibelah dua
  • lada hijau ~ dipotong bulat
  • taugeh ~ dicelur
  • limau kasturi ~ dibelah dua
  • Udang geragau kering ~ di goreng
  • Isi ayam ~ di rebus dengan sedikit halia lalu di siat-siat (jika suka)
Cara Menyediakan
  • Cara-cara untuk Kuah
  • Rebus daging hingga lembut. Ketepikan. Usah di buang air dagingnya.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia,chili kering, lengkuas, serai dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu.
  • Masukkan garam, gula.
  • Bila dah garing masukkan rempah yg telah di tumis ke dalam periuk yg mengandungi air dan daging yg direbus.
  • Biarkan mendidih lalu masukkan keledek.
  • Jika anda mendapati kuahnya kurang pekat...anda boleh masukkan air bancuhan tepung jagung.(jika suka)
  • Rasa apa yang kurang bolehlah di tambah. Padamkan api.
Cara untuk menghidang
  • Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  • Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun bawang/saderi, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi, isi ayam dan udang geragau yg telah di goreng.

Mee Bandung

Photo-0127

resepi wat sendri...nk share ngan semua..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 peket mee kuning
  • 100g udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 50g kacang tanah ( digoreng tanpa myk dan dblend kasar )
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  • Celur mee kuning
  • Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air,kacang tanah dan udang basah yang telah dibersihkan. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  • Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili. Siap utk dimakan.....SeLaMaT MeNcUba....

MEE SOTO



Sumber: Resepi ROZZAN

Bahan-bahannya
  • 2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
  • 500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
  • 1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
  • 3-4 liter air
  • 100 ml santan pekat
  • 3 sudu makan ketumbar }
  • 3 sudu makan jintan kasar }
  • 2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • 2.5 cm lengkuas , dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 8 biji bunga cengkih
  • 1 sudu teh gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 200 ml minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar hiris
Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk
Bahan2 Sampingan/Taburan
  • secukup daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • bagedil
  • sambal kicap cili padi
  • isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi
  • 25 biji cili padi merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
  • 1/2 sudu teh gula (optional)
  • jus dari perahan 2 biji limau kasturi
  • (Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)
Peraturan Membuat Kuah Soto:
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
  • Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.


Cara Menghidangkan Mee Soto
  • Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

MEE HOON GORENG PUTIH



Sumber: Resepi ROZZAN

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
  • 6 ulas bawang putih }
  • 4 ulas bawang kecil } ditumbuk/kisar
  • 200 gm udang hidup (dibersihkan, potong kecil atau biarkan seekor2)
  • 200 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
  • 2 keping fish cake (hiris)
  • 1 pkt crabstick (potong kecil2)
  • secukup sayur sawi (potong kecil)
  • secukup kobis (hiris)
  • 1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan sos oyster
  • 1 sudu makan sos abalone
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh lada putih serbuk
  • secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
  • bawang goreng, lada jeruk
  • telur dadar utk hiasan
Cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih/kecil hingga kekuningan dan masukkan sotong, crabstick dan fishcake. kacau sebentar lalu masukkan udang hidup, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi.
  • Kacau sebentar hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau sebentar.
  • Kemudian masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur, lalu kacau sehingga rata.
  • Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar. Selamat mencuba!
Nota:
  • Anda juga boleh menggunakan hirisan daging lembu (jika suka). Rebus dahulu hirisan daging tersebut hingga empuk sebelum digunakan)

MEE SIAM GORENG / KUAH TAUCO





Sumber: Resepi ROZZAN

Bahannya
  • 1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat hingga lembut, toskan)
  • 250 gm taugeh (bersihkan)
  • 1 cawan lada kering kisar (kalau kurang pedas, boleh tambah)
  • 3 biji bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
  • 2 sudu makan udang kering (rendam, kisar)
  • beberapa keping fish cake (potong ikut suka)
  • sedikit belacan (sikit jerr)
  • 3 sudu makan tauco (lecek halus)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • daun sup/bawang, bawang goreng, lada merah hiris, hirisan telur dadar, limau kasturi.
Cara
  • Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, belacan dan campurkan dgn cili kering kisar tadi. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumislah bahan2 kisar ini.
  • Setelah garing, masukkan tauco, gula, garam dan kacau lagi. Kemudian masukkan taugeh dan fish cake, udang dan seterusnya mee hoon yg telah dicelur tadi.
  • Akhir sekali masukkan sos tomato dan gaul rata-rata. Angkatlah dari kuali dan bubuhlah bahan taburan di atas mee siam ini.
Nota:
  • Kalau nak buat Mee Siam berkuah, siapkan rencah tumisnya (i.e bawang besar/putih, cili kisar,belacan) seganda (twice the amt).
  • Tumis rencah ini sehingga garing, masukkan sedikit gula, garam. Ketepikan. Kemudian ambil 1/3 rencah panaskan dan masukkan taugeh dan mee hoon jer. Gaul rata.
KUAH TAUCO
  • Untuk kuahnya, ambil lebihan rencah tumis tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air (kira-kira 3-4 mangkuk, atau lebih) .
  • Bubuh 1/2 botol tauco yg telah di tumbuk separuh halus, sedikit garam, air asam dan gula. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih.
  • Boleh juga dibubuh sedikit kacang tanah yg telah sangai dan ditumbuk kasar2. Sesuaikan rasanya, ada rasa tauco, masam sikit dan manis.
  • Bahan-bahan seperti fish cake, udang hidup, daun sup/bawang, lada merah hiris, telur dadar tidak digunakan.
CARA MENGHIDANG
  • Untuk menghidangkan, ambil Mee Siam tadi dan bubuh dlm pinggan, tuangkan kuah & taburkan di atasnya hirisan daun kucai, potongan tahu yg digoreng, sedikit bawang goreng, telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis biasa.

Mee Rebus

Bahan-bahannya

  • 1½ kg mee kuning (dicelur)
  • ½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya

  • 1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
  • 3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
  • 300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
  • 2½ cm halia*
  • 2 cm lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 sudu makan penuh rempah kari ikan
  • 6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
  • 1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
  • sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
  • lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
  • garam dan gula secukupnya
  • 3 senduk minyak masak.

Cara:

  • Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing.
  • Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan Taburan (Garnishing)

  • Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.

Nota:

  • Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya.
  • Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya.
  • Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.

Black Pepper Beef

Photo-0007

resepi utk dikongsi bersama bg penggemar western food

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 500gm slice beef
  • 2 sudu myk msk
  • skit garam
BHN SOS BLACK PEPPER
  • 1 sudu black pepper
  • 1 sudu mentega
  • 1 kuib ayam
  • sebatang saderi-dicincang
  • sebiji bawang besar- dicincang
  • 2 cwn air
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
  • garam skit
BHN MACARONI
  • segengam macaroni - direbus dan ditos
  • mix vagetable - direbus dan ditos
  • 2 sudu mayonis
  • sesudu air lemon
BHN SMASHED POTATO
  • 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
  • sos black pepper
BHN SAMPINGAN
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus - direbus dan toskan

Cara-cara

  • Daging bubuh skit garam dan masak atas kuali dgn myk yg sedikit sehingga masak.
  • Utk buat sos black pepper - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
  • Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis dan air lemon. Gaul hingga sebati.
  • Utk smashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar. curahkan sos black pepper cam di atas td.
  • Hidangkan dengan kentang goreng dan asparagus. Sy tambah chicken chop coz anak tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang..

SOTO AYAM


Soto Ayam....hmm sedapkan....jadi tak de apalah nak komen, kalau rasa macam terliur, sudi2kan lah ye mencuba.....makan kenyang2 yeaaa!!!!

Bahan Untuk Kuah Soto:-

  • 2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
  • 20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
  • 2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 2 camca besar rempah sup "ADABI"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

Bahan Kisar Halus:-

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan Lada Kicap:-

  • 10 - 15 biji cili padi
  • 2 biji bawang putih
  • 1 cawan kicap manis

Bahan2 Lain:-

  • Nasi Impit
  • Tauhu, goreng dan dihiris
  • Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
  • Taugeh, dicelur sekejap
  • Bawang goreng
  • Daun sup/bawang
  • Begedel (resipi dibawah)
  • Kacang tanah goreng

Cara membuat kuahnya:-

  • Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
  • Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 3 - 4 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana. Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
  • Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing. Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.
Penyedian Soto:-
  • Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).
Untuk Lada Kicap:-
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.
BEGEDEL:-
Bahan-bahannya:-
  • 5 biji kentang
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 camca besar hirisan daun sup
  • 1 camca besar hirisan daun bawang
  • 1 camca teh rempah sup "ADABI"
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 camca teh tepung jagung
  • Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
  • 1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu
Cara membuatnya:-
  • Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek hingga lumat. Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum. Gaul hingga rata.
  • Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas. Buat hingga habis.
  • Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali. Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan. Gunakan api sederhana. Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel...Selamat mencuba untuk semuaa!!!!