Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Waffle Simple


Mywaffle

Memang simple - tengok gambar ni, my 13 yr old son pun boleh buat resipi ni dgn cantik nya.



Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Dsc02762
    Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

Pancake


Dsc02703

Favourite anak2. Memang best mkn pagi atau petang...mkn dgn maple sirap & iceream.... Along selalu nya buat 2 bancuhan sekali gus...



Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
  2. Dsc02688
    Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
  3. Dsc02689
    Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
  4. Dsc02692
    Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
  5. Dsc02693
    Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  6. Dsc02699
    Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
  7. Pancake_syrup
    Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
  8. Blueberry_syrup
    Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.

Zui Kueh


Imgp2631

Makanan cina yang terkenal di Singapore, selalunya ada jual kat hawker centers atau pun food courts.



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • Topping:
  • 3-4 sb minyak masak
  • 2 biji bawang kecil, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 150g lobak asin (chye-po), direndam dan toskan
  • ½ cawan air
  • ½-1 sb gula
  • ½ sk kicap pekat
  • Kueh:
  • 75g tepung beras
  • 15g tepung ubi / kanji
  • ¼ sk garam
  • 50ml air
  • 300ml air panas
  • ½ sb minyak bawang

Cara-cara

  1. Topping: Panaskan minyak dlm kuali, goreng bawang sehingga garing. Keluarkan bawang dan ½ sb minyak bawang, ketepikan.
  2. Masukkan lobak asin ke dlm kuali, goreng sehingga kering. Masukkan gula, kicap pekat dan air. Masakkan sehingga air tinggal separuh, masukkan bawang yg telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga campur. Matikan api.
  3. Kueh: Masukkan tepung beras, tepung ubi, garam dan 50ml air ke dlm mangkuk besar, gaulkan sehingga sebati. Masukkan air panas dan kacaukan cepat2, lepas tu masukkan minyak bawang dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dlm mangkuk2 kecil lebih kurang 1" tinggi, kukus degan api besar selama 15-20 minit. Keluarkan kueh dari steamer, biar sejuk selama 5-10 minit.
  5. Hidang: Keluarkan zui kueh dari mangkuk, susun di atas pinggan. Letak sedikit toppings dan sambal tumis jika suka.
  6. Notes: -Saya guna tin patty kek yg kecil2 utk kukus. -Jika suka, boleh tambah sedikit ayam/daging dlm topping. -Zui kueh yg panas agak lembik, biar sejuk sikit baru keluarkan dari mangkuk.

Crepe cake


Picture_941__small_

idea dr tenet, resepi crepe dr majalah rasa..leh jugak guna resepi mil crepe yani...



Bahan-bahan ( 3 biji kek comei )

  • 50gm gula
  • 5gm garam
  • 6 biji telur
  • 20gm butter-cairkan
  • 200gm tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • choc frosting secukupnye

Cara-cara

  1. campurkan butter ngan gula, garam n masukkan telur satu persatu, kacau sebati.
  2. masukkan tepung dan susu, kacau sebati.
  3. tapis bancuhan tadi.
  4. panaskan non-stick pan, griskan ngan minyak/butter sikit dan masukkan satu sudu makan adunan tadi, ratakan nipis2.
  5. biarkan kekuningan, angkat.
  6. letak satu crepe, sapu choc frosting atasnya (nipis aje), tutup ngan crepe, sapu choc lagi n seterusnya hingga habis. salut seluruh kek ngan lebihan choc frosting tadi.
  7. masukkan dalam fridge, biar choc beku, hidangkan.
  8. Picture_937
    selain tu, leh makan crepe cara lain. salut potongan kecil sosej yg dipanggang atau makan ngan jem/custard..kalu nak melayu sket, makan ngan sambal ikan bilis..hehehe

Tau Sa Piah


Tsp

Kuih tradisi, dulu orang cina khawin selalu ada kuih ni tapi saiz besar sikit.



Bahan-bahan ( 15 biji )

  • Doh A:
  • 120g tepung gandum, diayak
  • 60g shortening
  • Doh B:
  • 120g tepung gandum, diayak
  • 30g gula icing
  • 30g shortening
  • 60ml air
  • Inti:
  • 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
  • 3 sb minyak masak
  • 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
  • 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk kulit oren yg telah dicincang
  • Lain:
  • 1 biji telur (untuk sapu)
  • Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara

  1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
  3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.
  4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
  5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
  6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
  7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
  8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
  9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.

Apam yogurt


Apamyogurt

Sesuai dimakan begitu saja ataupun letak inti



Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 100g plain yogurt
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 150g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
  5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

Pai Tee


Dsc01433

Versi sendiri



Bahan-bahan ( 25 biji )

  • KULIT PAI:
  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
  • INTI:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
  • Sos pencicah

Cara-cara

  1. UNTUK KULIT PAI:
  2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
  3. Dsc01361
    Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  4. Dsc01409
    Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
  5. Dsc01410
    Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  6. Dsc01423
    Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
  7. UNTUK INTI:
  8. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  9. Dsc01431
    Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
  10. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

Mil crepe


Milkcrepe

sesuai utk dessert



Bahan-bahan ( 17 keping )

  • 45g mentega-dicairkan
  • 3 biji telur
  • 60g gula halus
  • 450ml susu segar
  • 195g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • * 200ml fresh cream
  • *1 sudu besar gula halus
  • *80g cream cheese-suhu bilik
  • *apricot jam secukupnya

Cara-cara

  1. Milkcrepe1
    Masukkan ke dalam mangkuk telur, gula dan susu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  2. Milkcrepe2
    Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam no.1. Kacau dan masukkan pula mentega yg telah dicairkan. Lepas tu masukkan pula ke dlm blender. Blend sehingga tak nampak tepung yg berketul-ketul. Simpan adunan dalam peti ais selama 1/2 jam.
  3. Sementara tu, sediakan krim. Pukul fresh cream dengan gula sehingga pekat. Masukkan pula cream cheese, pukul sehingga keras.
  4. Keluarkan adunan dr peti ais, biarkan berada di suhu bilik lebih kurang 10 minit.
  5. Milkcrepe3
    Sapukan minya pada kuali( kalau guna kuali jenis tak melekat tak payah sapu minyak). Ambik satu senduk kecik dan tuangkan ke dalam kuali. Buat macam bentuk lempeng. Buat senipis yang boleh. lagi nipis lagi sedap.
  6. Milkcrepe4
    Bila crepe dan siap dan sejuk. Buatlah lapisan crepe->cream->crepe->jam->crepe.. dan seterusnya.
  7. Milkcrepe5
    Wrap dgn sling film dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong. Dlm gambar ni i potong 2 sebelum disimpan coz my peti ais tak muat..heheh ;)

Samosa


Samosa

Resepi malas nak buat kulit karipap sebenarnya ni.



Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • >> INTI <<
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. >>Sediakan Inti:
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  3. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  4. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  5. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  6. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  7. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  8. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  9. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

snowball


Snowball

dapat resepi ni dari kawan



Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )

  • 140g tepung
  • 60g almond powder
  • 100g mentega tanpa garam- pada suhu bilik
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sugar powder secukupnya

Cara-cara

  • Masukkan mentega dalam mangkuk, pukul sehingga lembut.
  • Tambah gula dan garam, pukul lagi sampai keputihan.
  • Ayak tepung dan almond powder, masukkan ke dalam mangkuk mentega tadi. Gaul sebati.
  • Ambik secubit, bulatkan sebesar ibu jari. Atur atas plastik wrap, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit
  • Panaskan oven sehingga 170C, atur bebola tadi di atas dulang beralas, bakar selama 20-23 minit. Sejukkan.
  • Masukkan bebola tadi dalam beg plastik bersama sugar powder. Kembungkan dan tutup mulut beg. Kocak supaya gula bersalut pada cookies.

Madeleines


Madore

masak dengan microwave



Bahan-bahan ( 18 biji )

  • 80g tepung
  • 1sudu kecil baking powder(BP)
  • 80g mentega tanpa garam
  • 80g gula
  • 2 biji telur
  • 2 sb susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Ayak tepung, BP dan garam
  2. Cairkan mentega dengan microwave selama 1 minit
  3. Letak telur dalam mangkuk dan pukul dengan hand mixer selama 5 saat. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang
  4. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
  5. Masukkan susu dan mentega cair dan kacau lagi
  6. Masukkan dalam acuan. kemudian bakar dengan microwave pada suhu 600W selama 1 minit - 1minit 20 saat.
  7. ** Acuan tu boleh juga pakai muffin cup

murtabak segera


Dscf5178

sgt mudah disediakan..



Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Buah Melaka Special

Bahan-Bahan:

tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)

Cara:

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Tambahan:

1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.