Showing posts with label snek. Show all posts
Showing posts with label snek. Show all posts

CARAMEL CANDY

P1000364

Badot Gendot@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-15 biji )

  • 1 cwn heavy cream
  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn corn syrup
  • 1/4 st garam
  • 4 sb butter
  • 1/2 st esen vanilla
ALAT-ALAT YG DIGUNAKAN:
  • 10-inch-square pan (utk acuan caramel)
  • waxed paper (bleh ganti dgn baking paper klau xde)
  • wooden spoon
  • a heavy,tall-sided saucepan (utk msk caramel)
  • candy thermometer(kalau ade lagi bagus)

Cara-cara

  1. Sediakn semua bhn dan p'alatan tlebih dahulu.
  2. Letak waxed paper kat 10-inch-square pan.(so that caramel x melekat kat permukaan pan)
  3. Campurkn semua bhn ke dlm tall-sided pan KECUALI butter dan esen vanilla.
  4. Kacau sehingga gula larut menggunakn senduk kayu(wooden spoon).Guna api sederhana atau kecil.
  5. Bila gula dh larut,add butter dan kacau smpai butter cair.Berhenti kacau bila larutan dh mendidih.
  6. Kalau guna candy thermometer,jgn kacau larutan tu bila suhunya mencecah lebih 248 Farenheit.
  7. Tutup api,letakkan esen vanilla,kacau hingga sebati,kemudian curahkan ke pan yg telah diletakkan waxed paper tadi.
  8. Biarkn sejuk dlm suhu bilik,bila dah sejuk,bolehla dibentukkan ikut suka hati.
  9. Balutkan dengan kertas plastik atau masukkn ke dlm airtight container.
  10. TIP 1:Make sure guna periuk yg tinggi (tall-sided pan) sbb bila ada cream,dia berbuih byk dan meninggi.
  11. TIP 2:Kalau xde heavy cream,boleh ganti dgn 1/3 cwn melted butter dan 3/4 cwn susu

LOLLIPOP LEPAK TANPA THERMOMETER / CANDY

P1000322

Badot Gendot@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 batang )

  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 - 4 titis perisa mangga (ikut citarasa sendiri)
  • 2 sudu light corn syrup (optional)
  • Lidi satay (8-10 batang)
  • Sedikit minyak masak atau butter

Cara-cara

  1. Tuangkan 4 sudu gula pasir dan 2 sudu light corn syrup ke dalam periuk leper yang telah dipanaskan.
  2. Kacau gula pasir bersama-sama light corn syrup sehingga larut/cair.(Jangan sampai hangus gula tu)
  3. Agak2 kalau panas sangat perlahankan api.(leceh sket sbb x guna candy thermometer)
  4. Bila gula dah cair,alihkan periuk leper tu and then boleh masukkan beberapa titis perisa atau pewarna yang digemari.
  5. Gaul seketika,kemudian tuangkan larutan gula tu ke atas permukaan yang telah disapu minyak masak atau butter supaya die x melekat.
  6. Pastikan lepas tuang tu,cepat2 cucuk lidi kat tengah2 gula sebab gula lollipop ni cepat mengeras.
  7. Dah siap!Bagi makan kat budak2 smpai diorang rosak gigi xpon boleh makan mase tengah melepak tgk cerita hindustan.
  8. P/s:Nak bagi lagi sedap,salut dgn serbuk citric acid (masam!).
  9. CAUTION!!!!Jangan sentuh gula yg masih molten lagi,sbb boleh cause severe (3rd degree) burn.Boleh melecur teruk.

KUIH LAYANG2 KULIT POPIA

Layang2_popiah

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )

  • Secukup kulit popiah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Secukup gula kastor
  • Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat

Cara-cara

  1. Layang2_cara2_part_1
    Ambil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
  2. Layang2_cara_part_2
    Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.
  3. Layang2_cara2_gunting
    Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.
  4. Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara

KEREPEK PAGODA

Kerepek_pagoda


Bahan-bahan ( 1 family @ 2 tin biskut )

  • tepung gandum 1kg
  • udang kering dikisar 5-6 sb
  • cili serbuk@cili boh 1sb(kalau nak pedas leh tambah lg)
  • garam 1sk
  • setangkai daun kari dihiris halus
  • ketumbar kisar 1sb
  • jintan halus kisar 1sb
  • telur 1 biji
  • minyak 5sb (dipanaskan)
  • air sejuk dalam peti ais
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan , masukkan air sikit2 dan uli sebati hingga doh tidak melekat tangan. cam nak wat karipap.
  2. rehatkan doh 10-15min
  3. bulatkan doh kecik2 dan leperkan
  4. gelek doh kat mesin mi guna no 1. sampai nipis
  5. kemudian gelek pulak kat bhagian mi besar. buat sampai habis
  6. goreng guna api sederhana sampai keperangan. siap.
  7. lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak2 x sesuai la...)

SAGON

Image028

zhiela_85@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 orang n lbh... )

  • Kelapa parut
  • Tepung beras secukupnya
  • Gula (ikut suka)

Cara-cara

  1. Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak
  2. Gunakan api sederhana kecil.
  3. Bila kelapa hampir kering & kekuningan,masuk tpg beras secukupnya...jgn terlalu byk..
  4. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus.
  5. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika...
  6. Dlm bekas lain,masukkan gula n bolehlah dmkn bersama durian...

KEREPEK BAWANG

Dscn0166
DOH PEDAS:
  • 1 Kg tepung gandum
  • 200 gm bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
  • 3 batang serai *
  • 3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
  • 6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
  • garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
  • 1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
DOH PUTIH:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 3/4 cawan majerin
  • 1 sk garam
  • air

Cara-cara

DOH PEDAS:
  • blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
  • lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang.
  • masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
  • gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
  • doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap
DOH PUTIH:
  • gaul tepung dgn majerin dan garam
  • masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
  • bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
  • ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan
Dscn0170
  • kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
Dscn0152
  • letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
  • selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
Dscn0155
  • buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
Dscn0153
  • ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
  • Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.SELAMAT MENCUBA...

KUIH PENIRAM

Dscn0163

kakfiza@myresipi.com

Bahan-bahan ( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )

  • 1 kilo tepung beras (cap gajah)
  • 800 gm gula merah
  • 50 gm @ segenggam tepung gandum

Cara-cara

  1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit.
  2. angkat dan tapis air gula tadi.
  3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
  4. Dscn0161
    adunan tadi perlu diperap semalaman .
  5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
  6. Dscn0159
    cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya.
  7. angkat dan goreng dgn api perlahan.
  8. Dscn0162
    semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.
  9. sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...SELAMT MENCUBA...

SAMBAL TEMPE

Photo-0218

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5 keping tempe
  • segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
  • segenggam kacang tanah goreng (hana xde stok yg kcg tanah biasa tu)
  • 4-5 sudu besar chili giling/chili kering
  • 1/2 biji bawang besar - blend
  • 2 ulas bwg putih - blend
  • seinci belacan
  • sesudu air asam jawa
  • garam
  • gula melaka

Cara-cara

  • Potong nipis2 tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
  • Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga btol2 masak chili tuh.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
  • Kemudian bleh la masukkan tempe,kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. tp jgnlah lama sgt nnti hangus kang sambal tuh. Dah siap bleh la dihidang.

FRUIT CRUMB BARS

Fruitcrumbbars

Bahan-bahan ( 30 keping )

Bahan-bahan untuk Crumb
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
  • Secubit serbuk kayu manis (cinnamon)
  • Secubit garam
  • 1 biji telur (dipukul, tak payah kembang)
  • 1 cawan mentega
Bahan-bahan untuk Isi
  • 3 cawan blueberry atau buah-buahan lain (I buat peach dan blueberry)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil tepung jagung (corn starch)

Cara-cara

  • Panaskan oven, 190C.
  • Masukkan tepung, gula, garam dan sebuk kayu manis ke dalam mangkuk besar. Gaul sampai rata.
  • Masukkan telur dan mentega, gaulkan dgn tepung sehingga jadi crumb (ketulan kecil). Saya guna jari.
  • Gris loyang saiz 9x13". Masukkan separuh crumb tadi dan tekan-tekan supaya jadi padat.
  • Dalam manguk lain, gaulkan blueberry dgn gula dan tepung jagung. Masukkan buah ke dalam loyang.
  • Taburkan crumb di atas dan bakar selama 40-45 minit.
  • Biar sejuk sebelum potong. Boleh dapat lebih jika potong kecil-kecil

Taco

Imgp1707

Boleh makan degan corn chips juga. Jika ada sos taco lagi sedap.

Bahan-bahan ( +-12 taco )

Inti Daging:
  • 500g daging cincang
  • 1 tin kacang borlotti (optional), toskan
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1-2 biji tomato, dicincang
  • 2 sudu besar tomato puree (ketchup pun ok)
  • 1/2 sk paprika
  • 1/4 sk serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/4 sk serbuk kari (optional)
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sb minyak masak
  • 1/2 cawan air (jika guna 2 biji tomato, air boleh kurang sikit)
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan lain:
  • 12 keping taco shells (1 kotak)
  • Daun soup, secukupnya (Lettuce) - saya guna kubis
  • Tomato, secukupnya
  • Parutan lobak merah, secukupnya (boleh juga guna sayur lain)
  • Parutan Keju (cheddar), secukupnya

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng sehingga layu. Masukkan tepung gandum, kacaukan supaya rata dan melekat pada bawang.
  • Masukkan daging, kacau selalu supaya tidak berketul-ketul, dan goreng sehingga masak. Masukkan bahan-bahan lain kecuali air, kacau sehingga rata.
  • Masukkan air, masak selama 10-15 minit atau sehingga daging jadi agak kering. Boleh dihidangkan.
  • Panaskan taco dalam microwave (200watt) selama 40 saat supaya ia jadi lebih ranggup.
  • Imgp1712
    Isikan taco degan inti daging dan sayur-sayuran. Taburkan cheese kat atas. Boleh juga letak bahan2 dalam pinggan dan dihidangkan secara self-service.

Tempe Goreng

Photo-0212_

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap

Cara-cara

  • Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  • Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  • Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  • Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  • Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...

Cendawan Goreng Tepung

Picture_044

sofieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Cendawan
  • Tepung Kentucky (Gorengan ayam)
  • 1 biji Telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Picture_039 Cendawan dicarik-carik seperti dalam gambar. Jangan terlalu besar kerana nanti bila digoreng,cendawan itu tidak rangup-lembik.
  2. Picture_042 Pecahkan telur dan dipukul sedikit supaya putih dan merah bercampur. Tuang dalam cendawan. Gaulkan sebati.
  3. Picture_040 Tuang tepung Kentucky. Gaulkan cendawan sebati.
  4. Picture_043 Goreng cendawan hingga berwarna kecoklatan dalam minyak panas.


>> KALAU TIADA TEPUNG KENTUCKY, BOLEH GANTIKAN DENGAN TEPUNG GANDUM DAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG.TAMBAHKAN JUGA SEDIKIT GARAM. << ~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ~

Bendi Goreng Salut Tepung

Dsc04862

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 2-3 orang )

  • 1 cawan tepung kacang kuda (chickpeas flour)
  • semangkuk bendi dipotong tangkai dan dibelah dua memanjang
  • garam, dan black pepper secukupnya
  • secekak daun ketumbar dihiris halus
  • air lebih kurang 1/2 cawan
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu makan cumin seed (jintan kurus bukan yg gemuk tu)

Cara-cara

  • Masukkan tepung dalam mangkuk. Masukkan garam satu sudu teh, jintan, dan black pepper. Campurkan air sedikit demi sedikit sampai tepung jadi pekat lebih kurang macam nak celup goreng pisang tu.
  • Masukkan daun ketumbar. Panaskan minyak. Celupkan bendi dalam tepung dan goreng sampai garing. Memang best...

KUIH PENERAM

Ahmad Sukeri Bin Ahmad
Puchong, Selangor.
sukeri@nct.net.my


Bahannya

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula melaka/gula kabung
  • 2 cawan air
  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:

  • Jerang gula, gula melaka dan air hingga mendidih dan gula hancur.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air gula pans-panas, gaul dengan senduk. Jika air gula tidak cukup, tambah dengan sedikit air panas.
  • Bila sebati dan menjadi doh, tutup adunan dan biar selama 4 jam.
  • Canai dan terap dengan acuan kemudian goreng hingga masak. Angkat dan sejatkan.

Kacang Bawang



Bahan :
  • 600 gr kacang tanah mentah
  • Minyak goreng
  • 5 ulas bawang putih, goreng
Kisar dan campur jadi satu :
  • 4 ulas bawang putih, haluskan
  • 1/4 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • 1/4 sudu makan ketumbar
  • Sedikit air
Cara Buat :
  • Didihkan air,masukkan kacang biarkan sebentar, matikan api.
  • Biarkan kacang terendam pada air panas beberapa saat sampai air terasa suam, kupas kulit ai kacang.
  • Campurkan bahan kisar halus dengan kacang kupas, biarkan agak lama (lebih kurang 5 jam) agar bahan kisar tadi meresap.
  • Goreng sampai kuning sedikit ke coklatan.
  • Sejukkan, campur dengan bawang putih goreng

Jejari keju


- Resipi dari Mummy Asmah LaILI /MamaElla

Bahannya
  • 700gm Plain flour
  • 500gm butter
  • 200gm Cheese
Method
  • Rub Butter dgn tepung sampai menjadi serbuk roti.
  • kemudian masukkan grated cheese dan adunan sehingga menjadi dough.
  • Potong sampai 3 bahagian dan simpan didalam peti ais selama sejam
  • keluarkan dan cetak mengikut kesukaan anda.
  • Bakar sehingga ia nya garing di psuhu 180..

MARUKU BIJAN

Sumber: Hajah Zahara Sudi

Bahan-bahan A
  • 600 gm tepung beras
  • 600 gm tepung pulut
  • 375 gm mentega
  • 50 gm jintan putih
  • 200 gm bijan
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 atau 3 sudu teh serbuk cili
Bahan B
  • 1300 ml air dicampur dengan 1 sudu teh garam
  • 2 1/2 botol minyak untuk menggoreng
  • acuan muruku yang berbunga bintang
Cara-caranya
  • Dalam sebuah bekas yang besar, gaul rata semua bahan A sehingga ia menjadi abuk roti. Lubangkan ditengah-tengah adunan dan tuangkan air garam, sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi satu adunan doh yang lembut, supaya ia mudah ditekan apabila menggoreng.
  • Panaskan minyak didalam kuali. Pastikan penutup acuan sudah diketatkan. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan tadi, dan tekanlah dengan mengikut lingkaran bulat diatas minyak yang panas. Ketika menggoreng, jangan terlalu kerap dikacau. Biarkan seketika, baru dibalekkan, supaya ia tidak mudah patah.
  • Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan. Bila sejuk, simpanlah didalam botol atau tin bertutup rapat. Gunakanlah minyak yang baik mutunya, jika mahukan maruku yang enak rasanya dan tahan lama.

JERUK MANGGA MUDA BERSIRA PEDAS LIZA

Jeruk_sedap_liza

jeruk mangga muda sedap resepi mama

Bahan-bahan ( 3 botol kuih sederhana besar )

  • buah mangga muda
  • 1 kampit garam
  • 4 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • cili kering

Cara-cara

  1. Buah_mangga_muda
    petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...
  2. Direndam_air_garam
    rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...
  3. Air_gula
    jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk...
  4. Cili_blend
    cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...
  5. Jeruk_sedap_liza
    satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis :P

INANG - IN ANG


Inang2

Snac tradisional yg senang tuk di buat..... Jommm buat sendiri...

Bahan-bahan ( 55-60 kpg )

  • 1 kg beras pulut
  • Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
  • sedikit garam
  • Pewarna kuning, hijau n merah (nak buh biru pun boleh)
  • sedikit kapur yg dicampur dgn sikit air

Cara-cara

  • Rendam pulut ngan air, satu jam pun okey dah. Basuh pulut n toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus Hingga pulut tanak.
  • Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dgn pewarna. Jgn byk sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
  • Letak pulut atas dulang ker atau loyang besar. Tekan pulut n ratakan nipis-nipis. Sebelum tu basahkan sikit tgn dgn air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dlm dulang n jemur sampai betul-betul kering. Kalau cuaca panas, 2 hari pun dah okey dah.
  • Bolehlah di goreng buat makan sambil tgk tv.

EASY GRANOLA BARS

Sumbangan: Allrecipes.com/ Kak Serene (FRD)

Jika anda tidak suka terlalu manis, Kak Serene sarankan agar anda gunakan hanya ½ cawan white chocolate chips.

Bahan-bahannya
  • 3 cawan oats segera
  • 1 (14 oz) susu pekat manis
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1 cawan flaked coconut (kepingan kelapa)
  • 1 cawan kepingan badam
  • 1 cawan semisweet chocolate chips
  • ½ cawan sweetened dried cranberries
Cara-caranya
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175’C. Sapukan mentega pada loyang berukuran 9 x 13 inci.
  • Didalam mangkuk yang besar, campurkan oats segera, susu pekat manis, mentega, kelapa, badam, chocolate chips dan cranberries dengan tangan sehingga ia bergaul rata.
  • Kemudian ditekan adunan didalam loyang yang telah disediakan.
  • Bakar selama 20 – 25 minit didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Terpulang kepada tahap keranggupan yang anda mahukan.
  • Untuk mendapatkan granola bars yang lembab dan lembut bila dikunyah tepinya bila dibakar akan kelihatan kekuningan sedikit.
  • Biarkan ia sejuk selama 5 minit selepas dibakar dan kemudian dipotong persegi empat dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihidang.