Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Spaghetti Sihat


P1150011

Mudah dan fleksibel...rasa ala-ala fusion food (Italian Asian).


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  • Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  • Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  • Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  • Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  • Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  • Mesti dihidang terus, panas-panas.
Tips :
  • Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Pasta sejuk


Spaghetti

cold pasta with tomato dressing


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 160g pasta
  • 3 biji tomato(sederhana besar)
  • 2 ulas bawang putih- cincang halus
  • 1 btg cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar olive oil
  • garam secukupnya
  • serbuk lada putih secukupnya
  • 1/2 sudu kecil jus lemon

Cara-cara

  • Potong tomato ke pada bentuk dadu lebih kurang 1cm
  • Panaskan olive oil, masukkan bawang dan lada kering. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan pula tomato, kacau sekejap dan tutup api.
  • Masukkan tomato dressing ni ke dalam mangkuk. Tambahlah garam, serbuk lada putih dan juga jus lemon. Kacau mesrakan . Kemudian simpan dalam peti ais.
  • Rebus pasta sehingga masak. Kemudian rendamkan ke dalam air sejuk yg mengandungi ketulan ais. Toskan.
  • Keluarkan tomato dressing dan letaklah ke atas pasta tadi.

Mee Kuning - Homemade


P9070097

Mee sihat tanpa air abu tanpa asid borik


Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye)
  • Sedikit kunyit serbuk

Cara-cara

  1. P9070091
    Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
  2. P9070090
    Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). 'On' kan mesin.
  3. P9070093
    Nah! sekarang mee kuning dah keluar.
  4. P9070094
    Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
  5. P9070095
    Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
  6. Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.
  7. Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.


Cream Cheese Scroll Lasagna


Dsc02604

Dapat dari member...tak susahpun nak buat.



Bahan-bahan ( 4 orang - 2 scroll each )

  • 8 keping lasagna
  • 2 cawan spinach (after chop) (*)
  • 1/4 cawan mayonnaise (*)
  • 120gm cream cheese - (*)
  • 1 1/4 cawan mozarella cheese - parut (*)
  • 1 1/2 cawan daging cincang (**)
  • 1 1/2 sudu teh white pepper (**)
  • 1 1/2 sudu teh black pepper (**)
  • 1 1/2 cawan pasta sauce (**)
  • gula dan garam sebagai perasa
  • sedikit olive oil untuk tumis daging
  • sedikit oregano, dry parsley dan italian seasoning (ikut suka) (**)

Cara-cara

  • rebus lasagna ikut cara di belakang kotak. keluar dan ketepikan
  • tumis daging dengan sedikit olive oil. Bila daging dah bertukar warna, masukkan semua bahan2 bertanda (**). Perasakan dgn gula dan garam. Kalau nak pedas, boleh tambah pepper. tak perlu tunggu hingga mendidih, agak2 dah panas ketepikan.
  • dalam bowl yang lain satukan semua bahan2 bertanda (*). Ketepikan.
  • masukkan 1/2 - 3/4 cawan sos pasta yg telah dimasak tadi (cara no. 2) ke dalam sayur yg telah dicampur dengan mayonnaise dan cream cream (cara no. 3). kacau. Ini kita panggil "Inti lasagna".
  • ambil sekeping lasagna dan letak lapisan bahan inti dan gulung. buat hingga semua kepingan lasagna tadi habis.
  • Susun semua kepingan lasagna yg telah digulung ke dalam loyang yg telah di gris dgn butter. Terpulang nak susun menegak atau baring. Susun lasagna bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelakkan ia terbuka.
  • taburkan lebihan sos pasta tadi di atas scroll. cover loyang dgn aluminium foil dan bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 min. Sedap makan semasa panas.


Spaghetti Segera


Dsc01184

resepi sendiri



Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 6 biji bawang merah (dicincang halus)
  • Isi ayam 1 mangkuk sederhana (ikut suka)
  • Lobak merah 1-2 biji,brocolli (ikut suka,potong kecil)
  • 3 sudu paste cili kering (sape nk pedas tambah lg ler)
  • 1 botol sos speghetti oregano + garlic kecil Kimball @ Prego
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sebungkus spaghetti

Cara-cara

  • Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.Angkat setelah spaghetti lembut.
  • Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.Setelah naik bau,masukkan cili kering.Tumis sampai naik minyak.
  • Setelah itu,masukkan isi ayam.Masukkan sedikit air,biar sekejap.Kemudian masukkan semua sayur.
  • Then,masukkan sos spaghetti.Gaul rata.Dan bolehlah dihidangkan bersama spaghetti.SELAMAT MENCUBA..


SPAGHETTI CARBONARA

Sumber : Yanti

Bahan

  • 1 bungkus spaghetti direbus dgn sedikit minyak & tos
  • 2 sudu makan olive oil
  • Isi ayam 300gm
  • 1 tin cooking cream (saya beli jenama Nestle)
  • 200ml fresh milk
  • 1 tin button mushroom(slice nipis)
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 3 biji bawang putih ditumbuk halus
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Parmeson Cheese utk dtabur

Cara

  • Panaskan olive oil, tumis bawang putih & bawang besar yang didadu tadi sampai wangi.
  • Masukkan isi ayam, tunggu sehingga masak baru masukkan mushroom.
  • Masukkan fresh milk & cooking cream, masukkan sedikit air. (Agak2 sbb kuah dia mesti pekat2
  • sikit)
  • Perasakan dengan garam & lada sulah.
  • Lastly masukkan spaghetti, kacau rata. (saya x campurkan sekali dgn kuah)
  • Bila nak makan, taburkan cheeseee...nyummmyyyy....

Tom Yam Laksa


Step_by_step_327

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 bungkus mee laksa, rendam 15 minit, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 500g ayam, dipotong kecil, perap dgn asam limau 10 minit, cuci bersih dan toskan
  • 10 - 15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
  • 7 - 8 ekor sotong sederhana besar, dipotong bulat dan bersihkan
  • 2/3 botol "LIFE" tom yam paste
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 genggam daun kesom
  • 200 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
  • 1 liter air (atau lebih mengikut keperluan)
  • Sos ikan (nampla) secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:-

  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:-

  • Tauhu, digoreng dan hiris nipis
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Timun, dihiris halus
  • Daun selasih, dihiris halus
  • Taugeh, dicelur
  • Cili padi, dihiris halus
  • Bawang besar, dihiris halus
  • Limau kasturi, dibelah dua

Cara-cara

UNTUK KUAH:-

  • Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk. Masukkan serai titik dan bahan2 dikisar halus. Tumis hingga wangi, masukkan "LIFE" tom yam paste dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Kecutkan ayam 5 minit.
  • Step_by_step_325
    Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan daun kesom, bunga kantan dan daun limau purut, biar mendidih. Masukkan sotong dan udang diikuti pati santan. Bila mendidih masukkan sos ikan ( anggaran 4 - 5 camca besar) secukup rasa. Biar mendidih pada api perlahan 2 - 3 minit.

UNTUK PENYEDIAN LAKSA:-

  • Dalam mangkuk, isi kan mee laksa, hirisan bawang, timun dan taugeh.
  • Tuang kuah hingga menutupi mee tadi.
  • Hias dgn hirisan tauhu, daun selasih, cili padi, limau kasturi dan telur rebus....boleh lah makan lepas tu....
  • Step_by_step_332
    Ini rupa rempah tom yam "LIFE" yang mat guna utk resipi nie...
  • Step_by_step_331
    Bagi yang tak berapa pasti mcm mana rupa paras daun selasih atau sweet thai basil boleh rujuk pada gambar.

MEE BANDUNG

  • Bahan-Bahan:

  • 500 gm mee kuning (dicelur)
  • 300 gm daging (dipotong)
  • 300 gm daging ayam (dipotong)
  • 300 gm udang
  • 200 gm tauge
  • Garam & minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 mangkuk stok ayam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 biji telur
  • Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:

  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Cadangan Hidangan:

  • Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

MEE LAKNA

Bahan-Bahan:

  • ¼ kg mee atau makarona
  • 3 camca besar minyak masak
  • ¼ kg daging ayam yang telah dibuang tulang dan dipotong kecil-kecil
  • ½ camca besar tepung kanji nisya (cairkan)
  • 100 gm sayur kobis dan bunga kobis
  • 3 camca besar cendawan butang (jika ada)
  • 2 biji cili merah(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit kicap, garam secukup rasa
  • Daun bawang, bawang goreng dan cabai potong untuk hiasan

Cara:

  • Mee digoreng bersama minyak dan masukkan 2 sudu kicap pekat. Setelah lembut baru diangkat. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bawang putih, daging ayam dan sedikit air sekurang-kurangnya semangkuk. Apabila sudah mendidih, masukkan kobis, bunga kobis, cendawan dan cili. Gaul hingga sebati dan masukkan cecair tepung kani tadi, garam dan kicap secukup rasa. Setelah masak, kuah ini dituangkan ke atas mee yang telah digoreng tadi.

MEE KARI

Bahan-Bahan:

  • 300 kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya)
  • 30 gm udang kering
  • 1 batang serai
  • 2 camca besar cili boh atau cili kering
  • 1 camca besar serbuk kunyit
  • 1 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • ½ cawan air
  • ½ ekor ayam
  • 50 gm udang hidup
  • 30 gm sawi
  • 20 gm tauhu
  • ½ cawan minyak
  • 5 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus)

Cara:

  • Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata. Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat. Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong.

MEE UDANG

Bahan-Bahan:

  • 1 kati mi kuning
  • ½ kati udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

Cara:

  • Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
  • Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  • Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  • Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  • Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Tambahan:

  • Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.

MEE SIAM

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus mihun (direndam & ditoskan)
  • 250 gm udang hidup kecil (disiang kulit
  • dibuang uratnya & jangan dibuang kulitnya.
  • 600 leter air
  • 2 sudu garam
  • ½ cawan minyak makan
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 keping tauhu kuning (dipotong dadu sebesar 2.5 cm)
  • 1 sudu taucu

Bahan Sos:

  • 1 sudu minyak makan
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu lada merah giling
  • 1 sudu taucu (ditumbuk)
  • 2 sudu kicap cair
  • 125 taugeh (dibuang ekornya)
  • 60 gm daun kucai (dipotong sepanjang 2.5 cm)
  • 2 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
  • 8 ulas bawang merah (dihiris & digoreng hingga garing)
  • 2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
  • 125 gm limau kasturi (dibelah dua & dubuang bijinya)
  • 2 sudu gula
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 ½ cawan santan
  • Garam secukup rasa

Cara:

  • Rebus kulit udang dengan air untuk mendapatkan 1 cawan air rebusan.Tapis air rebusan itu & masukkan garam. Pijarkan minyak di atas api yang sederhana.Goreng bawang putih hingga garing,kemudian masukkan udang.Gorengkan selama 2 minit.Masukkan mihun & tumis dengan berkacau cepat-cepat selama 4-5 minit.Masukkan taugeh & kucai.Goreng hingga mihun masak,sambil mengacaunya selalu. Isikan ke dalam pinggan & hiaskan dengan lada,bawang merah & telur. Hidangkan limau kasturi secara berasingan.

Untuk menyediakan sos:

  • Pijarkan minyak & tumiskan tiga bahan yang pertama hingga garing. Masukkan gula.Apabila telah larut,masukkan bahan-bahan selebihnya. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit.Tuangkan ke dalam mangkuk sos hidangkan dengan mee siam.

Cadangan Hidangan:

  • Untuk 4-6 orang saja

MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee atau makarona
  • 10 ekor sotong (dipotong)
  • 200 gm udang kering
  • ½ kg udang besar
  • 3 camca besar cili boh atau cili serbuk
  • 1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diperah ambil santannya)
  • 10 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sm halia
  • ¼ kg sawi atau sabaneh
  • 10 biji telur
  • Sedikit garam, daun bawang

Cara:

  • Bawang merah, bawang putih halia dan udang kering dimesin hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimesin bersama cili boh hingga naik baunya. Masukkan sedikit air dan santan. Bila mendidih, masukkan sotong, udang dan garam. Sawi dan mee dicelur berasingan. Telur digoreng mata kerbau. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

MEE JAWA

Bahan-Bahan:

  • 300 gm mee kuning (dicelur)
  • 100 gm tauge
  • 200 gm udang
  • 200 gm daging (dihiris)
  • 100 gm sawi (dihiris)
  • 2 keping tauhu goreng (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 keping fish cake (dihiris) 1 mangkuk stok daging
  • 2 biji keledek (rebus & dilecek)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam & minyak masak

Cara:

  • Panaskan minyka masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:

  • Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng & cili hiris.

MEE REBUS JOHOR

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gm tauge
  • 2 tangkai daun sup (dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 8 biji cili merah (dihiris)
  • 4 keping tauhu goreng (dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • 6 biji telur (dibelah)
  • 6 biji limau kasturi (dibelah).

Bahan Penumis Dikisar:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 6 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil jintan manis Bahan Kuah:
  • 300 gm daging (cincang)
  • 200 gm tetel (direbus)
  • 300 gm keledek (direbus)
  • 250 gm udang basah
  • 5 sudu besar taucu
  • 1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cm lengkuas (diketuk)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam, gula & air secukupnya

Cara:

  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan daging cincang, tetel & udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan kacang tanah, air, gara, gula & taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.

Cadangan Hidangan:

  • Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi, cili merah, daun sup & daun bawang. Kemudian tuangkan kuah panas hingga penuh. Taburkan bawang goreng.