Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

KERABU MANGGA

Dsc00143

ala Thai

Bahan-bahan ( 1 orang pun boleh habis makan )

  • 2 biji mangga muda (jgn muda sgt) 1 sudu besar sos ikan 1 biji cili merah 1 biji cili hijau 1 labu bawang besar 1 sudu besar udang kering 2 sudu besar kacang tanah digoreng tanpa minyak)

Cara-cara

  1. parut mangga , masuk kan sos ikan hiris halus lada merah, lada hijau dan bawang besar, tumbuk kacang tanah, kasar kasar masuk kan udang kering gaul sebati

KERABU PUCUK KUNYIT

Kerabu_pucuk

che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
  • 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
  • 1 sk udang kering basuh dan digoreng
  • 1 biji bawang merah
  • 10-12 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
  • *1 biji limau kasturi
  • *sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

  • Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan
  • Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda *, tumbuk kasar2 pun tak pe..
  • Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...

RUMPAI LAUT ASIATICA

Dscn2086

ala2 kerabu mangga@sotong la..tapi resipi ni guna rumpai laut..byk jual di pasar dkt kk sabah..kita mkn for dinner tadi..makan dgn nasi panas+ikan bakar+sotong bakar+sambal kicap..sedapp!!

Bahan-bahan ( sekali makan )

  • rumpai laut
  • sedikit mangga muda - potong nipis2
  • 2 biji tomato - potong sesuka hati
  • 1 ulas bawang besar - potong nipis2
  • cili padi - kuantiti sesuka hati
  • 3,4 biji limau nipis
  • garam dan sos ikan

Cara-cara

  1. potong rumpai laut, basuh kasi bersih, ramas dgn garam n celur dgn ari panas then toskan
  2. gaulkan semua bahan, perah limau n ready to eat..(kalau rasa dia xmenepati citarasa..pepandai la modified..)
  3. Dscn2087
    dah siap pun..

KERABU PUCUK PAKU LADY

Untitled

Bahan-bahan ( Sehidangan )

  • 2 ikat pucuk paku (dicelur)
  • 200gram perut lembu (direbus)
  • Daun kesum (dihiris halus)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Sebatang serai (dihiris halus)
  • Kerisik
  • 3 biji limau nipis
  • 3 tangkai cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  • Celur pucuk paku sehingga empuk dan tos. Selepas itu rebus pula perut lembu sehingga empuk.
  • Campurkan semua bahan yang telah dihiris termasuk kerisik.
  • Kemudian gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Dah boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

URAP PUCUK UBI

Urapp

Ala-ala kerabu tapi javanese (jawa) style

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
  • Sedikit taugeh dibuang ekor
  • 2 sudu besar lada boh
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit
  • * 6-8 cekur (ikut saiz)
  • * 1 sudu besar udang kering direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 2-3 helai daun cekur dihiris halus
  • 100 gm kelapa parut
  • 2 susu besar air asam jawa
  • garam, gula n perasa ikut suka

Cara-cara

  • Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
  • Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
  • Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap....
  • Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.

THAI VERMICELLI SALAD @ YUM WOON SEN


Kerabu soh hoon thai, dibungkus dalam kepingan salad kobis (lettuce) dan dimakan begitu saja...Adunan rasa bergabung antara cili padi, masam, masin, manis dan rangup, amat mengasyikkan....

Bahan Utama:-

  • 100 g soo hoon
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • 300 g isi udang
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang, hiris halus
  • 4 tangaki daun sup, hiris halus

Bahan Dressing:-

  • 3 biji limau nipis, ambil jusnya
  • 4 camca besar sos ikan
  • 4 ulas bawang putih, cincang lumat
  • 6 biji cili padi siam, hiris halus
  • 2 camca besad gula

Bahan Lain:-

  • Kobis salad (lettuce)

Cara membuatnya:-

  • Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
  • Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.

URAP KANGKUNG DAN TAUGE BONDA ELLA


Sumber: Bonda Ella
salah satu juadah yang disediakan bila kita membuat Nasi Ambeng.


Bahan-bahannya
  • Taugeh 30 sen
  • kangkong 70 sen
  • Kacang Panjang 70 sen--(4 batang aje)
  • Kelapa parut buang kulit 1 dollar---disangar sampai kuning sedikit
  • daun cekur atau cekur sedikit-----kisar sekali dgn bahan2 yg dikisar
  • Udang kering segenggam---Disangar dan dikisar kasar
  • Lada merah 4 batang-----disangar dan dikisar kering
  • Bawang merah kecil 3 biji----disangar dan kisar kering
  • Bawang putih 2 ulas---sangar dan dikisar kering
  • Belachan sedikit-----disangar dan dikisar kering
  • minyak sedikit untuk menumis
  • garam dan gula secukop rasa
Cara-caranya:
  • Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yg dikisar kering dan goreng sedikit sampai wangi.
  • Selepas itu masukkan garam dan gula ikut rasa anda.
  • Bila sudah sebati baru masukkan kelapa dan balik-balikkan sampai sebati.
  • Bila sudah siap angkat dan ketepikan.
  • Rebus air dan campakkan garam sedikit.
  • Bila air sudah mendidih celurlah sayur-sayuran nya setengah masak atau suka hati anda yea.
  • Kemudian campurkan kedalam kelapa yg dah masak itu...

URAP DAUN SILOM


Urapsilom

Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak...


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  • Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  • Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  • Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  • Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  • Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!

KERABU TAUGEH


Dscn0705

sherry_mz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  • Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  • Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Hiris halus bawang merah & cili padi.
  • Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  • Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  • Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

LAWA


Dscf1068-blog_resize

Resepi nenek kesayangan masakan kelantan. Lawa ( sejenis kerabu ) masam dan sedap


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 2 ekor ikan tamban SEGAR ( atau 1 mackerel )
  • 2-3 biji limau nipis
  • Segenggam daun kesum ( potong nipis )
  • Segenggam kacang panjang ( atau fine bean )
  • 1 cili padi ikut selera

Cara-cara

  • fillet ikan,basuh bersih2, potong diced
  • perahkan lime dalam bekas ikan tadi. perap 15min @ isi ikan masak (jadi putih)
  • sejat, buang air.
  • taruk sedikit garam,cili, daun kesom & kacang panjang yg telah di potong kecil2.
  • bole makan dgn nasi as kerabu.

KERABU PUCUK PAKU DGN KERANG


pembuka selera...........


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 ikat pucuk paku
  • setengah kilo kerang(direbus dan ambil isinya)
  • kerisik
  • 4 ulas bawang kecil @ 1 biji bawang besar(dimayamg halus
  • 2 batang serai
  • sedikit bunga kantan
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

  • Pucuk paku di potong sederhana dan rendam dalam air panas sekejap sahaja supaya zatnya tak hilang.kemudian toskan
  • Mula2 satukan bawang yang telah dipotong,serai dan bunga kantan yang dimayang halus serta kerisik sehingga sebati
  • Kemudian masukkan pucuk paku dan isi kerang serta garam dan gula secukup rasa.
  • Bagi mereka yg suka pedas boleh tambahkan cili padi atau cili merah yang dipotong halus ke dalam kerabu tadi.....slmt mencuba.pasti terangkat.

Nyonya Kerabu Pasta


Step_by_step_352

Wangi, pedas dan harum......idea asal dari "Amy Beh"......makan slow2 ok!!!


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 180 g spaghetti, celur ikut arahan pada bungkus, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
  • 8 - 10 ekor udang besar, bersihkan dan celur 30 saat. Toskan. Simpan air rebusan

Bahan A:-

  • 4 biji bawang merah kecil ,dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
  • 1 camca besar hirisan daun ketumbar
  • 1 camca besar hirisan daun bawang
  • 1 camca besar hirisan daun pudina

Bahan B:-

  • 6 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan, dibakar
  • Secubit garam dan gula
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya

Bahan C:-

  • 4 camca besar jus limau kasturi
  • 2 camca besar stok udang (guna air rebusan udang diatas)
  • 1 camca besar gula
  • 1/2 kiub pati ayam "MAGGI"

Cara-cara

  1. Step_by_step_349
    Tumbuk bahan2 B, kecuali limau kasturi, hingga lumat. Masukkan jus limau kasturi, gaul rata. Ketepikan.
  2. Step_by_step_350
    Dalam satu bekas, masukkan 3 camca besar sambal belacan (no.1) dan bahan C, gaul hingga sebati. Masukkan spaghetti, udang celur dan semua bahan A. Gaul hingga rata dan mesra.
  3. Step_by_step_348
    Hidangkan segera. Boleh kurangkan sambal belacan jika tak kuat pedas. Udang tadi jgn lupa dibuang kulit dan juga urat nya.

KERABU MANGGA


Kerabumangga

asal dari Thai kutt..ntah ler. masa buat terpulang pd kecepatan anda.

Bahan-bahan ( 2-3 makan )

  • 5 biji mangga muda.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 biji cili merah.
  • 1 biji cili hijau.
  • 3 ekor sotong basah saiz sederhana.
  • 1 sudu makan udang kering.
  • Sedikit kacang gajus / kacang tanah (untuk hiasan).

Cara-cara

  • Mangga dibuang kulit dan diparut halus.
  • Bawang besar dimayang.
  • Cili merah dan cili hijau dipotong dadu.
  • Sotong basah dicelur hingga empuk dan dipotong bulat.
  • Udang kering ditumbuk halus.
  • Kacang gajus / kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul.
  • Taburkan kacang gajus / kacang tanah.

Kerabu Epal


Pic_028

masakan ala siam

Bahan-bahan ( 4 )

  • 1-2 biji epal hijau/mangga muda
  • 1 biji carrot
  • 1/2 biji bawang besar
  • hirisan sotong kering - dicelur dgn air panas
  • 1/2 biji timun
  • garam (lebih kurang 1 sudu besar)
  • gula (4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara-cara

  1. Hiris nipis epal hijau/mangga muda, carrot, bawang besar dan timun.
  2. Untuk elak epal menjadi lebam, rendam epal hijau dalam air garam.
  3. Campur semua bahan hiris dan hirisan sotong kering.
  4. Letakkan garam dan gula dalam campuran bahan hirisan. Gaul rata. Akhir sekali, letak sos tiram dan gaul.

KERABU MANGGA


Kerabu_mangga

pedas, masam dan manis

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 biji mangga muda
  • 2 sudu sos nam pla (fish sauce)
  • 1/4 cawan kacang
  • 2 biji cili padi
  • 2 sudu besar udang kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
  2. Potong memanjang mangga
  3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
  4. Tambahlah garam dan gula secukupnya