Showing posts with label puding buah. Show all posts
Showing posts with label puding buah. Show all posts

PUDING BUIH

Puding_buih

Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa
UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  • Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  • Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK MEMBUAT KUAH:
  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  • Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  • **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

PUDING SUSU BUAH2AN

Picture_1277

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Puding koktel

Collage15

sbg pencuci mulut, sesuai untuk jamuan yang kecik2

Bahan-bahan ( utk 2 bekas )

  • 20gm agar-agar (bersama 3 cawan air - untuk dimasak bersama)
  • 1 tin fruit cocktail (ambil airnya)
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan air

Cara-cara

  • Masak agar-agar bersama 3 cawan air. Apabila sudah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
  • Sementara menunggu gula untuk sebati dengan agar-agar, pukul telur dan masukkan susu cair, esen vanila dan air
  • Apabila gula sudah cair sepenuhnya, masukkan fruit cocktail bersama-sama sirap. Biarkan mendidih seketika
  • Masukkan campuran susu tadi dan kacau. Masak seketika dan alihkan.
  • Tuang ke dalam acuan dan sejukkan

PUDING BUAH SOS KASTAD


Sumber: Kak Hanieliza/ Kak Muza (FRD)

Pencuci mulut yang mudah dan sedap untuk disediakan. Terima kasih Kak Muza dan Kak Hanieliza sudi berkongsi resipi ini dengan kita semua......


Bahan puding
  • 10 gm agar agar serbuk
  • 6 gelas air
  • 1 tin fruit cocktail{asingkan airnya}
  • 1 helai daun pandan{simpulkan}
  • 2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu cair
  • pewarna.
Cara
  • masukkanserbuk agar agar,air dan daun pandan dalam periok,Masak hingga mendideh.
  • masukkan gula dan air dari fruit cocktail,biarkan mendideh lagi.
  • Tutup api dan buangkan daun pandan tadi.
  • Masukkan susu cairdan sedikit perwarna,dan kacau.
  • Masukkan dalam acuan atau loyang,sejukkan.
Bahan sos kastad
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 s/b tepung kastad
Caranya
  • Masukkan semua bahan dalam periok.
  • Masakkan dengan api yang sederhana sehigga mendideh dan nampak agak pekat dari sebelumnya.
  • Sejukan.
  • Hidangkan dengan puding dan juga fruit koktel tadi.