Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

chocolate ice blended


Lain2006

resepi sendiri yg diolah drp pemerhatian kat kedai2 yg jual ice blended n dr pglmn tgk membe jual2 kat U dulu cubala..pasti xnyesal! ;D


Bahan-bahan ( utk 2 gelas minuman (250ml x 2 gelas) )

  • 5 sudu besar milo
  • 2 gelas susu segar
  • 2 sudu besar ice cream (vanilla/coklat)
  • anggaran 5-6 ketul ais
  • whipping cream/ice cream (sy gune ice cream je)-utk atasnya
  • choc rice - hiasan atas

Cara-cara

  • masukkan susu,milo dan ice cream dlm blender.blen smpai cmpuran sebati.
  • masukkan ketulan ais.blendkan smpai ketulan ais jadi hancur dan halus.
  • hiaskan atasnya dengan ice cream.klu nak cantik lg pakai whipping cream.tabur sekali choc rice.
  • siap dihidang..yummy!!;D

AISKRIM LAICI SIMPLE


Aiskrim

pelbagaikan bentuk aiskrim... guna bekas kiub ais

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 tin laici
  • bekas kiub ais

Cara-cara

  • Potong 2 laici. Masukkan ke dalam bekas kiub ais.
  • Kemudian masukkan sirapnya. Bekukan dalam peti ais.
  • ** Boleh juga gantikan laici dengan buah-buah tin yang lain

Coffee Mousse


Cofeemousse

antara aiskrim dan puding


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji telur putih
  • 3/4 cwn(150ml) coffee pekat
  • 120ml fresh cream
  • 40g gula
  • 8g gelatin

Cara-cara

  • Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air-> kacau
  • Dalam mangkuk lain, campurkan 2 sudu besar instant coffee(atau ikut kepekatan yg disukai) dengan 3/4 cwn air panas dan gula - kacaukan.
  • Kemudian masukkan gelatin tadi. Kacau campai gelatin hancur.
  • Alaskan campuran coffee tadi dengan mangkuk yg ada ketulan ais + air . Kacau sehingga menjadi agak pekat.
  • Dalam mangkuk lain pukul fresh cream sehingga pekat.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran cofee tadi sambil dikacau dengan perlahan.
  • Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga kembang dan bertanduk.
  • Masukkan telur ini ke dalam campuran tadi sambil dikacau dengan perlahan-lahan.
  • Akhir sekali masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan di dalam peti ais selama 40 minit.

Vanilla Icecream


Icecream

Vanilla tu boleh ganti dgn essence2 lain yg disukai. Tidak sesuai untuk yg mengandung sebab ada telur mentah.


Bahan-bahan ( 3 cawan )
  • 1 biji Telur
  • 1/8 sk Garam
  • 2 cawan Susu Segar
  • 3/4 cawan Susu Condensed yg Manis
  • 1 sk Vanilla Extract

Cara-cara

  • Pukul telur sehingga kembang. Masukan bahan2 lain sambil pukul.
  • Masukkan campuran telur yg dipukul ke dalam aiskrim mesin, sedikit demi sedikit. Ikut arahan kat mesin.
  • Bagi yg tidak ada aiskrim mesin, tuangkan campuran telur itu ke dalam bekas.
  • Masukkan bekas ke dlm freezer. Kacau/pukul dgn hand mixer setiap satu jam utk 3 kali. Biar beku sebelum dihidangkan.
  • Tips: Bagi yg suka manis, guna lebih condensed milk dan kurangkan susu segar.

Ais Krim Vanila


Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 2 1/2 cawan gula halus
  • 8 cawan susu cair
  • 6 biji telur (dipukul)
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu teh vanila

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan-bahan.
  • Pukul rata-rata.
  • Tuangkan ke dalam kontena yang ada penutupnya.
  • Kemudian bekukan di dalam peti ais.

Yogurt Ice Cream


Aiskrim

aiskrim yogurt


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 120ml fresh cream
  • 240ml plain yogurt
  • 60g gula halus

Cara-cara

  • Campurkan gula dan yogurt. Kacaukan.
  • Dalam bekas lain, pukul fresh cream sehingga jadi bentuk cream- bila diceduk sedikit akan jadi bentuk tanduk.
  • Kemudian campurkan fresh cream dengan gula dan yogurt tadi. Kacau.
  • Bekukan dalam freezer. Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Ulang sehingga 2-3 kali.

Resepi Aiskrim Karstad

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 sudu tepung karstad
  • 300 gm gula kastor
  • 1 tin susu cair
Cara:

  • Masukkan gula kastor dan susu cair ke dalam mesin adunan dan pukul sehingga kembang.
  • Masak agar-agar dengan sedikit air sehingga cair dan masukkan tepung karstad yang telah di bancuh dengan air masak bersama agar-agar sehingga menjadi pekat.
  • Kemudian masukkan kedalam mesin adunan dan di pukul sehingga kembang.
  • Setelah kesemua bahan telah di pukul kembang masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

Aiskrim simple..


Eskem_coklat

resepi ni terjumpa kat mana ntah...tp mmg mudah sangat nak dibuat..sekali buat, nak buat selalu!!! Anak2 pun suka....



Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he

Aiskrim Tiramisu


Tiramisu2e

Guna biskut marie dan koko. Modified Tiramisu umi_e. Hehehe~!



Bahan-bahan ( 10 atau lebih orang )

  • 1 bungkus biskut marie perasa coklat
  • 250g cream cheese
  • 1 liter whipping cream
  • gula (ikut citarasa)
  • air bancuhan koko pekat
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang (sehingga menjadi krim)
  2. *update* Celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun biskut marie yang dicelup tadi ke dalam bekas.
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan krim yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses sehingga menjadi tiga lapisan atau lebih.
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, hias kan dengan taburan koko di atasnya.
  5. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk beku.

Ais krim bakar


Dsc00216

mudah disediakan... hehehe tukar nama yang mudah ler ;)

Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 20cm sponge flan (atau apa2 kek pun boleh)
  • 2 sudu makan jam strawberi
  • 500ml ais krim (ikut suka nak perasa apa)
  • 175gm gula kastor
  • 3 biji putih telor
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 220-240c terlebih dahulu. Kemudian pukul putih telor+gular+secubit garam ---> hingga jadi maringue.
  2. Dsc00200
    Sementara mixer bekerja memukul putih telor, sapukan cake dengan jam stroberi
  3. Dsc00201
    Kemudian sapukan ais krim ke atas kek tadi dan buatlah bentuk 'dome'
  4. Dsc00202
    Sapukan maringue menutupi ais krim dengan cepat - takut cair :D
  5. Dsc00203
    Ratakan maringue dan pastikan jangan ada sebarang lubang - nanti cair lak ais krim tu masa dalam oven ;)
  6. Dsc00207
    Bakar sehingga maringue kekuningan...
  7. Dsc00210
    Potong ikut suka - bolehlah dihidangkan segera
  8. Dsc00215
    ermmmm tak sampai 5 mins masak dah tinggal 1/2 :D (kanak2 memang suka ni...)

Roti aiskrim goreng


A3

jom buat

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 2 keping roti
  • aiskrim (sebarang jenama)
  • tepung jagung (dibancuh dgn air)
  • coklat chip

Cara-cara

  1. Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak

Aiskrim simple..


Eskem_coklat

resepi ni terjumpa kat mana ntah...tp mmg mudah sangat nak dibuat..sekali buat, nak buat selalu!!! Anak2 pun suka....


Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he

Ais Krim Kacang Merah


Step_by_step_335

Tengah panas? Tengah geram?....Releks laaa!!..Jom kita makan ais krim kacang merah....


Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar
  • 100 g gula halus (gula kastor)
  • 1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
  3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Aiskrim goreng.


Cimg1056a

Unikkan, sedap dan menjilat jari.. try le


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 4 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu kecil instant yis
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 2 sudu besar butter
  • Secubit garam
  • Bahan lain
  • aiskrim vinella
  • 1 biji telur
  • 1 cawan Breadcrupt

Cara-cara

  1. Campur ke semua bahan A dan sedikit air sehingga menjadi satu doh yang lembut (seperti membuat donut)
  2. Bahagikan doh beberapa bentuk bulat untuk dicanaikan. Kemudian ambil satu doh tersebut dan canaikan nipis seperti membuat kulit karipap
  3. Panaskan minyak dahulu kerana ia memperlukan jangka masa pendek untuk digoreng kalu tidak, doh akan menjadi lembik kerana aiskrim akan cair jika di biarkan terlalu lama. Kemudian pukul telur ke dalam satu mangkuk.
  4. Setelah di canai isikan satu sudu aiskrim ke dalam doh dan klipkan bahagian tepi doh agar aiskrim tadi tidak terkeluar bila digoreng.
  5. Cimg1055a
    Letak doh ke dalam telur , angkat dan balik balikan doh ke dalam breadcrupt. Terus goreng untuk 1 minit ke 2 minit sahaja.
  6. Sedia untuk disantap. Guna aiskrim vinella kerana lambat cair jika digoreng (perasa apa2 pun boleh)

Aiskrim goreng


Aiskrimgoreng

aiskrim bersalut conflakes dan walnut

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya

Cara-cara

  1. Scope
    Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
  2. Aiskrimgoreng1
    Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Aiskrimgoreng2
    Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
  4. Aiskrimgoreng3
    Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
  5. Aiskrimgoreng4
    Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
  6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
  7. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Mango gelato


Mangogelato

asal dari itali. Boleh juga guna mango puree sebagai ganti buah

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 400g mango(3 biji)
  • 300g plain yogurt

Cara-cara

  1. Potong mango kecil-kecil dan bekukan.
  2. Mangogelato1
    Masukkan yogurt ke dalam beg plastik. Ratakan biar jadi nipis dan bekukan.
  3. Mangogelato3
    Setelah kedua-duanya beku. Masukkan pula ke dalam food processor. Mix sehingga smooth.
  4. Siap untuk dihidangkan. Kalau nak keraskan sikit boleh simpan dalam freezer lebih kurang 20~25minit

Apple Sherbet


Apple-sherbet

Apple sherbet aiscream.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 300ml air
  • 50g gula
  • 2 sudu besar lemon jus
  • 1 biji epal

Cara-cara

  1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
  2. Sherbet1
    Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
  3. Sherbet2
    Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri.
  4. Bekukan dalam freezer.

AISKRIM TEMBIKAI


Aiskrem

aiskrem buat sendiri!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 300cc tembikai
  • 1sb madu
  • 300cc fresh cream
  • 3 sb gula halus

Cara-cara

  1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
  2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
  3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
  4. Bekukan dalam freezer
  5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

Aiskrim Laici


Aiskrim

pelbagaikan bentuk aiskrim... guna bekas kiub ais

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 tin laici
  • bekas kiub ais

Cara-cara

  1. Potong 2 laici. Masukkan ke dalam bekas kiub ais. Kemudian masukkan sirapnya. Bekukan dalam peti ais.
  2. ** Boleh juga gantikan laici dengan buah-buah tin yang lain

Aiskrim Goreng

Bahan-Bahan:


ais krim(nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

*jem stawberry

Cara:

1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cadangan Hidangan:

letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan:

makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk