Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

SARDIN MASAK KICAP

Img_2438

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( ikut bpe byk hidangan yg nk dsediakan )

  • sardin dlm tin
  • bawang besar - dihiris
  • lada besar ijau n merah - dihiris
  • kicap - hana gune kicap manis
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar...Masukkan sardin..sos sardin jgn buang..masukkan jek!
  2. Masukkan kicap n lada.kacau...tutup api. dh siap!
  3. SeLaMaT MeNcubE...

IKAN GORENG 3 RASA

Fish2

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • Ikan bawal/siakap 1 ekor
  • bawang besar kuning (potong nipis) 2-3 biji
  • bawang putih (ketuk) 2 ulas
  • halia cincang halus/ketuk 2cm
  • cili kering kisar 3-4 sudu makan
  • serbuk kulit kayu manis 1/2 sudu teh
  • susu cair 1/2 cawan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Lumurkan garam pada ikan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan bawang besar ke dalam kuali yg sama. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Kisar hingga hancur.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali. Goreng sampai garing.
  4. masukkan susu cair dan serbuk kulit kayu manis. Biarkan menggelegak.
  5. Masukkan bawang goreng kisar, kacau dan masukkan ikan. Biarkan sehingga kuah pekat.
  6. Fish1
    Tambahkan garam secukup rasa.

TALAPIA TUMIS CILI PADI

Ikan__custom_

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 2 ekor ikan talapia
  • 10 btg cili api (nak lebih pun boley)
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • Garam, gula & kunyit

Cara-cara

  • Gaul talapia ngan garam dan kunyit. Goreng shg garing. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan belacan.
  • Panaskan 2 sb minyak dlm kuali. Tumis bhn tumbuk td.
  • Stlh wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila hampir kering, tutup api. Curah atas talapia td. Sodap makan ngan nasik paneh..

IKAN LAMPAM BERSAMBAL TAUCU

Taucu

meow@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng)
  • 2 sudu besar taucu masin - dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit
  • minyak utk menumis
  • gula dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan ditumbuk halus
  • 1 genggam lada api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan ditumbuk kasar
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
Bahan dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam gelugor

Cara-cara

  • sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus.
  • Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api
  • Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas..

KEMBUNG BERLADA

Image_03_

Bahan-bahan ( sorang makan )

  • Ikan kembung., dibersihkan (ikan apa-apapun boleh)
  • *Cili padi, cili merah
  • *Bawang besar
  • *Bawang putih
  • *Sedikit belacan
  • 1/2 biji timato- dicincang kasar
  • Garam, ajinomoto, fish sos
  • Minyak masak

Cara-cara

  • Ikan digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng hingga garing
  • Bahan-bahan bertanda * ditumbuk..jangan terlampau halus.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik minyak/wangi.

BEGEDIL IKAN

Bergedilikan

Kitar semula sebarang ikan goreng yang tak habis

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 400gm kentang - dipotong 4 memanjang
  • 2 ekor ikan ikan goreng - ambil isinya dan ditumbuk/kisar sedikit
  • 1 sdb udang kering - kisar halus
  • 1 sdk serbuk lada sulah
  • 1/2 sdk garam
  • segenggam bawang goreng - tumbuk/ramas sedikit
  • sedikit daun sup - dipotong halus
  • 1 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara

  • Goreng kentang sehingga masak/garing. Setelah itu, angkat, toskan minyak dan terus lenyek lumat kentang tersebut. Jgn tunggu sehingga kentang sejuk kerana kentang akan mengeras dan susah untuk dilenyek.
  • Campurkan kesemua bahan lain (kecuali telur untuk menggoreng) dan gaul rata.
  • Bentukkan seperti bebola, kemudian leperkan sedikit.
  • Celup di dalam telur sebelum digoreng.
  • Goreng pada minyak 3/4 tenggelam. Goreng kira-kira telur yang menyaluti bergedil ini masak/garing sahaja.

P/S: Jgn gunakan api yang terlalu kecil ketika menggoreng kerana ini akan menyebabkan bergedil serap terlalu banyak minyak.


GULAI MASAM IKAN KEMBUNG

Gulai_masam_ikan_kembung

rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 ekor ikan kembong bersaiz sedang - dipotong 2
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • Belacan - secukup rasa
  • Sebatang serai - dititk
  • 3 tangkai daun cendehum / kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji tomato - dibelah 4

Cara-cara

  • Tumbuk cili kering bersama sedikit garam. Setelah lumat, masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga bawang pulak lumat.
  • Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  • Masukkan sekali kesemua bahan2 lain termasuk ikan kembung.
  • Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. Kalau nak kuah banyak, masukkan air lagi.
  • Tenggek atas api hingga mendidih dan masukkan tomato.
  • Siap untuk dihidangkan...hmm...terliur pulak. Terasa kemasamannya...

RENDANG PEDAS IKAN PARI

Rendang_pedas_ikan_pari

Variasi rendang pedas Perak.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 kg ikan pari - dipotong2 (boleh juga guna ikan kayu @ ikan tongkol)
  • 10 biji cili kering (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 3 batang serai - dihiris (*)
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 liter santan - kurangkan jika terlalu banyak
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit bersaiz sederhana - dihiris halus2
  • 2 cawan kelapa parut
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • *** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
  3. Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
  4. Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
  5. Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
  6. Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
  7. *** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.
  8. *** Saya punya rendang ni tak sempat nak bubuh daun kunyit sebab kehabisan daun kunyit.

Tenggiri black pepper

Img_0057

Bahan-bahan ( 2 )

  • Tenggiri block - 1 potong
  • Bawang merah - 3 ulas
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Biji lada hitam - 1 sudu besar
  • Bawang besar - dimayang
  • Halia - 1 inci
  • Tomato dan cili merah hiasan
  • Kicap masin secukup rase

Cara-cara

  • Goreng ikan tenggiri dan ketepikan.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia yang ditumbuk hingga kuning. Masukkan bawang merah yg dimayang.
  • Setelah bawang agak layu, masukkan ikan yang telah digoreng tadi berseta dgn biji lada hitam yg telah ditumbuk.
  • Kacau sebentar, masukkan cili dan tomato bila hampir masak.

Salmon baked with mix pepper

Dsc01688

Cepat dan mudah..:)


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • ~ dua ketul ikan salmon
  • ~ sos ikan
  • ~ sos tiram
  • ~ mix pepper (lada hitam campuran, em..betul ke? :p)

Cara-cara

  1. Mula-mula bersihkan ikan salmon tue..
  2. Perapkan ikan dengan sos ikan, sos tiram (kalau tak suka masin, tak payah tambah garam sebab sos ikan tu dah masin) selama setengah jam.
  3. Sebelum bakar, taburkan mix pepper di atas salmon tu secukup rasa...kalau suka, boleh letak banyak2.
  4. Bakar pada 150C selama 20-30 minit.
  5. setelah siap, boleh la buat air asam, sedap di makan masa panas2..:p
  6. Dsc01692
    Ni air asam segera saya la, campur je tomato, cili api dan bawang besar yg dipotong kecik2. Tambahkan garam dan perah dengan air limau nipis sesedap rasa.. air asam lain pun sedap juge!

Ikan 3 rasa

Imported_photos_00022

ziehelmy@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 org kot.... )

  • Ikan siakap/ Kerapu
  • lengkuas 1 in
  • halia 1 in
  • Cili api 3 biji
  • Sayur2... karot, kobis bunga, timun, tomato
  • Perahan air limau
  • Daun ketumbar utk hiasan
  • Sos ikan
  • Serai 3 btg
  • Bawang putih 3 ulas dihiris

Cara-cara

  • Goreng ikan dlm minyak yang banyk.... biar garing. Ketepikan
  • Lengkuas, serai, halia & cili api ditumbuk.
  • Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan2 yg ditumbuk. Biarkan sampai masak.
  • Bila dah cili dah masak, masukkan sayur2. Kalau nakkan kuah sikit, tambah air.
  • masukkan sos ikan, perahan air limau dan garam dan gula jika suka.
  • Selepas semua selesai, taburkan di atas ikan tadi. Hiaskan dgn daun ketumbar. Diingatkan letak daun ketumbar lagi sedap.
  • Makan dengan nasi panas2. Sesuai dgn selera org yg berbadan dua....hehehehe

Otak otak

Image025

mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 keping saiz 4"x6"x1" )

  • isi tenggiri 1 kg
  • 2-3tbsp santan pekat
  • 2 biji telur
  • 100g tepung ubi
  • lbh kurang 1/4 cwn minyak masak
  • garam, aji,gula
**bhn sambal**
  • 3-4tbsp cili boh
  • 4 biji bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 4 biji bwg putih
  • 1" halia
  • 1" kunyit
  • 1" lengkuas
  • 4-5 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1- 1 1/2 tsp belacan
  • 3-4 tbsp rempah kari

Cara-cara

  • Bersihkan ikan macam biasa.Kikis isi tenggiri, asingkan
  • kisar semua bahan sambal
  • tumis dgn 1/4 cwn minyak. kalo time tumis rase xcukup minyak, leh tmbah minyak sket
  • Image018
    masukkan bahan perisa dan tumis sampai agak pekat. ni le end result sambal tu..
  • tutup api n biar sejuk
  • bila dah sejuk, ambil sambal n masukkan dalam isi ikan tadi .(masukkan sikit2 dulu)
  • masukkan juga tepung, santan n telur. gaul sebati
  • Image022
    alaskan plastik dlm bekas tupperware 4 segi. masukkan otak2 tu,tututp balik ngan plastik, tekan2 sket bg mampat..n keep frozen. bile nak bakar/kukus..thaw skejap
  • kalau rajin, bule bungkus kecik2 n bakar/kukus.
**note:
  • sambal tu xsemestinye abis guna. kna agak2. camtu gak ngan tepung. kalo xmoh liat, kurangkan tepung. kalo xmoh lemak sgt, kurangkan santan

Fish Head Curry

Sumber:AlongRoz

My curry is very simple to prepare & sharing the recipe herewith in case anyone needs it:

INGREDIENTS:

  • 1 Fish Head
  • 4-5 tbsp Vegetable Oil
  • 5 Shallots*
  • 3 Garlic* (*sliced)
  • 2 sprigs Curry Leaves
  • 1 tsp Mustard Seeds
  • ½ tsp Methi Seeds
  • 5-6 tbs Curry Powder (I used Adabi Kari Ikan Mamak) - add enough water to form thick paste
  • 2 bowl Coconut Milk
  • 1 tbsp Tamarind - add 4 tbsp water to produce tamarind juice
  • 1-2 Tomato - cut 4
  • Salt & MSG (optional)

METHOD:

  • 1. Heat up oil in pot & fry sliced shallots, garlic, curry leaves, mustard seeds & methi seeds. Add in curry paste & stir until fragrant and oil surface out from the paste.
  • 2. Add in coconut milk & tamarind juice. When boiled, add in fish head. Add in salt & MSG. Boil until fish head is well cooked inside.
  • 3. Serve with white rice.

ASAM PEDAS IKAN PARI /LADA HIDUP



BAHAN-BAHANNYA
  • 1 kg ikan (saya gunakan ikan pari) -dibersihkan dan potong ikut suka
  • 15 btg lada merah
  • 10 btg cili padi kampung
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh lada hitam
  • sedikit belacan
  • (Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)
  • 10 btg sayur bendi (yg kecil)
  • 1 btg terung (potong kecil)
  • sedikit daun kesum
  • 1/2 biji bawang besar hiris
  • 2 btg serai (dititik)
  • 2-3 mangkuk air
  • secukup perahan air asam
  • garam secukup rasa
  • secubit serbuk perasa atau 1/2 steh gula (optional)
  • minyak secukupnya (abt 1-2 senduk)
Cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
  • Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
  • Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan terung, bendi, air asam, garam & perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
  • Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

SEMBILANG SALAI DAUN GELUGUR

Sumber: KakNor (FRD)
fuhhhh terliur sekejap. Sedap di makan dengan nasi panas …Mudah untuk dimasak dan rasanya pasti sedap!...

Bahan-bahan
  • 1 kg ikan sembilang
  • 2 biji kelapa - diperah 3 cawan pati santan
  • 100 gm cili api - ditumbuk halus
  • 5 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
  • 5 helai daun gelugur - diracik halus
  • garam secukup rasa
Cara Membuat
  • Ikan dibersihkan dengan asam dan garam untuk menghilangkan bau hanyirnya kemudian disalai hingga kering.
  • Daun asam gelugur dicelur hingga empuk kemudian diramas dan dibuang airnya untuk menghilangkan rasa masamnya.
  • Masukkan pati santan, bahan-bahan tumbuk dan daun gelugur kedalam periuk kemudian jerang diatas api yang sederhana.
  • Bila mendidih, masukkan ikan sembilang salai dan garam. Kacau untuk seketika dan angkat.

Satar ikan


Satar

satar ikan

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara

  • Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  • Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  • Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  • Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  • Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Bergedil Ikan


Bergedilikan

Kitar semula sebarang ikan goreng yang tak habis


Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 400gm kentang - dipotong 4 memanjang
  • 2 ekor ikan ikan goreng - ambil isinya dan ditumbuk/kisar sedikit
  • 1 sdb udang kering - kisar halus
  • 1 sdk serbuk lada sulah
  • 1/2 sdk garam
  • segenggam bawang goreng - tumbuk/ramas sedikit
  • sedikit daun sup - dipotong halus
  • 1 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara

  • Goreng kentang sehingga masak/garing. Setelah itu, angkat, toskan minyak dan terus lenyek lumat kentang tersebut.
  • Jgn tunggu sehingga kentang sejuk kerana kentang akan mengeras dan susah untuk dilenyek.
  • Campurkan kesemua bahan lain (kecuali telur untuk menggoreng) dan gaul rata.
  • Bentukkan seperti bebola, kemudian leperkan sedikit.
  • Celup di dalam telur sebelum digoreng.
  • Goreng pada minyak 3/4 tenggelam. Goreng kira-kira telur yang menyaluti bergedil ini masak/garing sahaja.
  • P/S: Jgn gunakan api yang terlalu kecil ketika menggoreng kerana ini akan menyebabkan bergedil serap terlalu banyak minyak.

Ikan Talapia Goreng Cili


Dscf3304_copy_resize

simple, thai style


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 ekor ikan talapia(apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5-10 cili padi
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tbs sos ikan
  • garam
  • tepung jagung
  • minyak utk mengoreng ikan + menumis

Cara-cara

  • ikan di bersih, belah dua, season dgn garam+tepung jagung. goreng dgn minyak banyak.
  • semua bahan2 di potong kecil.
  • panaskan i senduk minyak. tumis semua bahan diatas hingga kuning. masukkan sos ikan.
  • curah sos diatas ikan tadi

Lemak Tempoyak Ikan Haruan


Step_by_step_165

Boleh digantikan dgn ikan merah, tenggiri atau apa saja ikan laut (ikan yg boleh dimakan)...


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 5 - 6 keping potongan ikan haruan
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2
  • 1/2 cawan isi petai (boleh tambah jika suka)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 camca besar tempoyak
  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh garam kasar

Cara-cara

  • Step_by_step_163
    Cuci bersih ikan haruan dgn asam limau dan garam, dan perap dgn sedikit garam dan kunyit (kurang lebih 30 minit). Panggang hingga sedikit garing. Boleh guna oven atau dipanggang atas bara api (atas bara api lagi sodapppp...)
  • Step_by_step_167
    Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dgn bahan2 tumbuk hingga rata. Ketepikan.
  • Tuang satu cawan air dan ramas kelapa parut. Perah santan pertama dalam satu bekas. Tuang lagi 2 cawan air dan ramas. Perah dalam bekas lain utk santan no. 2.
  • Step_by_step_164
    Dalam periuk, satukan bahan2 tumbuk, santan no.2 dan serai yg dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan ikan haruan panggang tadi.
  • Step_by_step_162
    Bila mendidih, masukkan petai dan biar 1 - 2 minit. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau perlahan dan gunakan api sederhana saja.
  • Step_by_step_166
    Akhir sekali tuang santan pekat. Biar mendidih 2 - 3 minit, sambil dikacau perlahan. Rasa kuahnya kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam.

Ikan Masak Taucu


Dscf5486

mudah disediakan..


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 ekor ikan (ikan pape pon bole)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia(potong panjang2)
  • 3 biji cili api(nak pedas tambah lg)
  • 2 sudu besar taucu
  • air asam jawa
  • serbuk kunyit
  • minyak
  • garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  • goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  • sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api.
  • masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
  • setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.