Showing posts with label ayam panggang dan goreng. Show all posts
Showing posts with label ayam panggang dan goreng. Show all posts

AYAM GORENG CRISPY

Ayamgorengcrispy

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

AYAM PERCIK

Bahan-bahan (1 family):
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka hati
  • 1 ltr santan - dari 2 biji kelapa
  • 2-3 camb pes cili
  • 1cm belacan
  • 1 camt halba
  • 2 keping asam keping
  • 1 camt gula
  • garam secukupnya
Bahan kisar:
  • 8 biji bawang merah
  • 2cm halia
  • 3cm kunyit
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai
cara:
  • jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih
  • bila kuah setengah pekat, keluarkan asam keping
  • masukkan ayam dan balik2kan hingga 3/4 masak
  • biar kuah atas api perlahan
  • panggang ayam dan percikkan kuah diatasnya
  • bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi

AYAM PERCIK PASAR MALAM

Percik

Ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malan

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  • Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  • Bakar dan siap untuk menjamu selera

AYAM GORENG CELUP TEPUNG SIMPLE

Ayam_celup_tepung

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 ketul ayam )

  • 6 ketul ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam
  • lada sulah
  • lada hitam
  • serbuk perasa
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • minyak - utk menggoreng

Cara-cara

  • Dalam sebuah bekas, masukkan ayam,garam,serbuk kunyit,lada sulah,lada hitam dan serbuk perasa. Gaul biar semua bahan sekata. Perap 10minit.
  • Celupkan seketul ayam dalam telur. Kemudian golekkan dalam tepung. Buat sampai habis.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan dengan api sederhana. Kalau nk garing blh goreng lama sikit.

AYAM GORENG REMPAH 2

Et_023

eton@myresipi.com

Bahan-bahan ( ikut suka brape org nak mkn )

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Ambil sedikit rempah dan gaulkan bersama ayam hingga sebati. Kalau nak sedap lagi leh perap lame skit.
  • Goreng hingga ayam kekuning2an atau hingga masak...........
  • Sedap dimakan bersama nasi putih panas2....SELAMAT MENCUBA

AYAM GORENG TELUR

Ayamgoreng

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300g isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung
  • 2 sudu besar olive oil
  • garam
  • lada sulah

Cara-cara

  • Bersihkan isi ayam. Potong nipis-nipis. Gaulkan dengan garam dan lada sulah.
  • Masukkan tepung dan gaul
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
  • Ambik isi ayam, celup ke dalam telur dan goreng.
  • Gorenglah sehingga perang.
  • *** Sedap dimakan dengan sos tomato atau cili. Guna minyak masak biasa pun tak apa.

LEMON CHICKEN


Sumber: Ishzah

Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
  • 400gm isi ayam
  • 1 s/mkn halia kisar
  • * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
  • 2 s/mkn besar tepung beras
  • 1 s/mkn besar tepung jagung
  • 1 s/mkn lada sulah
  • 1 s/teh garam
  • 1 s/mkn gula
  • 2 butir telur
  • 2 s/mkn susu sejat
Cara penyediaan
  • Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
  • Gaul hingga adunan menjadi sebati.
  • Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
  • Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
  • Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
  • Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
  • Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
  • Sedap dihidangkan semasa panas.
Sos Lemon


Bahan-Bahan
  • 4 s/mkn jus lemon
  • 5 s/mkn gula
  • 3 s/mkn tepung jagung
  • 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
  • 1 s/mkn cuka
  • Setitik dua lemon paste
Cara penyediaan
  • Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
  • Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
  • Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
  • Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.
Note:
  • Rasa sos haruslah masam manis.

COCONUT CRUSTED CHICKEN WITH HONEY MUSTARD SAUCE



Sumber: JC (FRD)
Resipi ini ala style mat salleh.
Ayam disalut dengan kelapa parut dan kemudian dihidangkan dengan sauce yang tangy.


Bahan-bahannya
  • 1 1/2 pound chicken breast fillet
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tpg gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan air
  • minyak
Cara-caranya
  • Perap ayam dgn garam dan gula selama 4 jam. Tapis ayam dan lap sikit.
  • Dlm mangkuk campurkan kelapa, tepung jagung, tpg gandum gaul rata.
  • Dalam mangkuk lain pukul telur dgn air. Panaskan minyak.
  • ambil sekeping ayam celup dalam telur kemudian gaulkan dengan campuran kelapa dan digoreng buat hingga habis. Hidangkan dengan honey mustard sos.
Honey Mustard Sos
  • 1 cawan mayonaise
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1/2 cawan honey
  • 1/2 cawan mustard
  • 3/4 cawan cider vinegar
  • 1/2-1 sudu teh serbuk lada
  • Kisar semua dalam blender.

FRIED CHICKEN

Sumber: Allrecipes.com/ Ella (My Cozy Kitchen)

Ayam goreng tersebut dihidang bersama kentang goreng dan coleslaw.
Nampak sooo sedap dan lembab ayam tu…


INGREDIENTS
  • 2 teaspoons garlic powder, or to taste
  • 1 teaspoon ground black pepper
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon paprika
  • 1/2 cup seasoned bread crumbs
  • 1 cup all-purpose flour
  • 1/2 cup milk
  • 1 egg
  • 4 skinless, boneless chicken breast halves - pounded thin
  • 1 cup oil for frying, or as needed
DIRECTIONS
  • In a shallow dish, mix together the garlic powder, pepper, salt, paprika, bread crumbs and flour. In a separate dish, whisk together the milk and egg.
  • Heat the oil in an electric skillet set to 350 degrees F (175 degrees C). Dip the chicken into the egg and milk, then dredge in the dry ingredients until evenly coated.
  • Fry chicken in the hot oil for about 5 minutes per side, or until the chicken is cooked through and juices run clear. Remove from the oil with a slotted spatula, and serve.

AYAM GORENG TEPUNG KENTANG

Sumber: Berita Harian (Singapura)/ KC

Bahan-bahannya
  • 5-8 batang lada kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 sm ketumbar biji
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung kentang (potato flour/starch)
  • 1 biji telur
  • 1/2 st soda bikarbonat
  • secukup garam dan serbuk perasa (tak payah pakai serbuk perasa pun dah cukup sedap )
  • secukup air ( resepi kat BH tak cakap pakai air so KC taruk ajelah tapi sorrylah lupa nak sukat. Buat macam adunan tepung goreng pisang.
Caranya-caranya
  • Kisar lada kering, bawang putih, halia dan ketumbar biji.
  • Satukan bahan2 kisar dengan tepung beras, tepung kentang, garam, serbuk perasa, telur, soda bikarbonat dan air.
  • Masukkan kepak ayam ke dalam rempah/adunan di atas. Gaul rata, kemudian goreng terendam hingga kuning keemasan.

BARBEQUE CHICKEN KC’S STYLE

Sumber: KC


Bahan-bahannya
  • 2 kg kepak ayam
  • 2 inci halia (tumbuk lumat)
  • 5 biji bawang putih ( tumbuk lumat)
  • 10 sudu besar oyster sos
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar cili giling
Cara-caranya
  • Satukan semua bahan dan gaul hingga rata.
  • Perap 2 jam..lebih lama lebih baik..
  • Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 200 C selama 30-40 minit.
  • Keluarkan dan terbalikkan.. Kemudian bakar lagi selama 15 minit. Hidang.

AYAM ROAST BEREMPAH



Sumber: Mami Asmah Laili/ Kak Muza (FRD)
Cara untuk menyediakannya mudah, masak sekejap lepas itu ayamnya dibakar – HARUM SATU RUMAH!!! rasanya macam rendang, tapi masakan ini tidak menggunakan santan.


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk mematikan darahnya. Angkat dan ketepikan.
Bahan untuk dikisar
  • 10 biji lada kering, buang biji dan rendam sehingga kembang
  • 20 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 sudu makan ketumbar biji }
  • 1 sudu teh jintan halus} disangai dahulu
  • ½ sudu teh jintan manis }
  • 1 batang serai, bahagian putihnya sahaja
  • ½ jari lengkuas
  • 5 biji kacang gajus
  • 1 batang serai dititik
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • Sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar untuk tabur
  • Sedikit minyak canola untuk menumis
  • Sedikit garam dan gula
Cara-caranya
  • Panaskan minyak didalam kuali. Tumis serai hingga wangi. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit.
  • Masukkan semua rempah kisar. Masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak, masukkan ayam.
  • Balik-balikkan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah.. Kemudian tuang kedalam dulang pembakar, dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180 darjah Celcius, sehingga ayamnya masak dan rempahnya garing.
  • Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. Enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti.

ORANGE CHICKEN JC

Sumber: JC (FRD)

Bahan-bahannya
  • 1 kg dada ayam tanpa tulang & kulit- potong 1 in atau ikut size yg disukai
  • 1 biji telur
  • 1-1/2 tsp garam
  • serbuk lada putih secukupnya
  • 3 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Minyak utk mengoreng
Cara-caranya
  • Campurkan telur, minyak, serbuk lada & garam pukul sikit kemudian gaulkan dgn ayam. Campurkan kedua dua jenis tepung & masukkan kedlm ayam tadi dan gaul rata2 pastikan menyaluti keseluruhannya. Goreng dada ayam hingga kekuningan. Tos dan ketepikan
Bahan Sos
  • 1 in halia - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu teh kepingan lada kering atau serbuk lada kering ( kalau suka bole bubuh lebih)
  • 2 batang daun bawang dihiris halus ( ambik putih & hijau) atau 1/2 biji bawang size sedang dicincang
  • 5 sudu besar cuka
  • 1 biji oren diambil jus dan parutan kulitnya
  • 1-1/2 sudu besar soy sos/ kicap cair
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air kacau rata (bhn pemekat)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit bijan utk taburan jika suka
  • Hirisan oren ( optional)
Cara-caranya
  • Panas kan sedikit minyak. Tumis bahan halia, b putih, serbuk lada, daun bawang kemudian masukkan cuka, soy sos, jus oren, air, gula perang, parutan oren kacau rata. Biarkan didih. Curahkan bahan pemekat kacau rata. Biarkan kuah pekat sedikit masukkan ayam yg sudah digoreng tadi. Masukkan minyak bijan & taburkan bijan kacau rata. Masukkan hirisan oren jika guna kacau rata. Boleh tambah garam dan serbuk lada jika suka.

HATI PEDAL GORENG PINDANG


Img_1820

resepi my mum..senang n sedap dimakan bersama nasi putih.


Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • 250gm hati ayam
  • 250gm pedal ayam
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi(ikut suka nak pedas atau tidak)
  • 2 btg lada hijau besar
  • air asam jawa
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara

  • rebus hati dan pedal kurang lebih 10 min..pastu potong kecik2 atau ikut suka..
  • tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,kunyit,cili padi hingga lumat...
  • tumis bahan2 yg ditumbuk tadi hingga pecah minyak..
  • masukkan hati n pedal ayam tadi...
  • kacau2..pastu masukkan air asam jawa,garam n serbuk perasa...
  • biarkan dengan api kecil hingga air asam td kering dan pecah minyak lagi...
  • bila dan betul2 kering masukkan hirisan lada hijau..biarkan seketika dan terus tutup api...
  • sedia utk dihidang

THAI CHICKEN WINGS


Sumber: JC

Bahan-bahannya
  • 1 cekak daun ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Garam
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 3 pound kepak ayam atau mana2 bahagian yg disukai
  • 1/4 cawan santan pekat
Cara-caranya
  • Kisar semua bahan kecuali santan...Kemudian gaulkan dengan kepak .
  • Perap sekurang kurangnya 3 jam atau bagus semalaman.
  • Grill atau broil kepak sambil disapu dgn santan sekali sekala.
NOTA DARI JC:
  • Boleh juga guna serbuk santan digaul bersama dengan bahan perap. Kemudian bakar dlm oven suhu 375'F hingga masak dan berwarna keperangan.

SATE AYAM


Picture_687

1st time buat setelah teruja dgn kwn yg biasa buat tp resepi ni cr sendiri melalui internet(diubahsuai sedikit)..good feedback fr family...


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40gm gula
  • lidi sate (direndam dgn air)
  • 3 sudu besar minyak
Bahan dikisar:-
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
  • 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
  • 4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
  • 1 batang serai
  • 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

Cara-cara

  • Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (jun perap 1 semalaman).
  • Cucuk ayam pada lidi sate.
  • lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
  • bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.

SATAY MELAYU ASLI


27-07-07_2039

Satay penang mari..


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  • Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  • Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  • Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  • Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

AYAM GORENG KETUMBAR


Ayam_goreng_ketumbar

DianaA@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 1 ekor ayam, dipotong kecil
  • 2 sudu makan pes halia
  • 2 sudu makan pes bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan halus
  • kunyit serbuk secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing.
  • Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

KFC ORIGINAL RESEPI


200px-kfc_chicken_potato_1_

DR ADIK YG KERJA DI KFC


Bahan-bahan ( 2 ORG )

  • 2 fryer chickens cut up into 8 pieces and marinated
  • 6 cups Crisco Shortening
  • 1 eggs well beaten
  • 2 cups Milk
  • 2 cups Flour
  • 2 teaspoons ground pepper
  • 3 tablespoons salt
  • 1 teaspoon MSG
  • 1/8 teaspoon Garlic Powder
  • 1 dash paprika

Cara-cara

  • Place shortening into the pressure cooker and heat over medium heat to the shortening reaches 400°F.
  • In a small bowl, combine the egg and milk.
  • In a separate bowl, combine the remaining six dry ingredients.
  • Dip each piece of chicken into the milk until fully moistened. Roll the moistened chicken in the flour mixture until well coated.
  • In groups of four or five, drop the covered chicken pieces into the shortening and lock the lid. When pressure builds up cook for 10 minutes.

AYAM GORENG STYLE BERIANI


Ayam_goreng_style_beriani_3

Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.


Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
  • 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar serbuk cili
  • sedikit serbuk ketumbar
  • sedikit serbuk jintan manis
  • garam secukup rasa
  • tepung beras secukupnya

Cara-cara

  • Ayam_goreng_style_beriani_1
    Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
  • Ayam_goreng_style_beriani_2
    Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
  • Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
Nota:
  • Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.