Showing posts with label cara buat burger. Show all posts
Showing posts with label cara buat burger. Show all posts

VADA PAV / BURGER SAYUR











by

Bahan:
  • 4-5 biji kentang (sederhana)
  • Daun ketumbar (cincang halus)
  • 1-2 tsp biji sawi
  • 4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • minyak masak
  • garam
  • bun burger
Cara:
  • Rebus kentang hingga empuk dan lenyek (mashed). Ketepikan.
  • Tumis biji sawi dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Ketepikan.
  • Gaul kentang, tumisan biji sawi dan bawang putih serta daun ketumbar sehingga rata.
  • Bulatkan adunan dan leperkan seperti gambar dibawah.
  • Goreng menggunakan non-stick pan atau kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Angkat dan hidang bersama bun burger.

DAGING BURGER MINI


Dsc00133

buat sendiri

Bahan-bahan ( beberapa orang )

  • ambil daging ayam
  • beberapa hiris bawang putih
  • lada hitam
  • beberapa hiris bawang merah
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Blender daging ayam,bawang putih,lada hitam,bawang merah dan garam. Masukkan daging yang dah diblender ke dalam pan kecil.buat daging kecil dulu,gorengkan.terbalikkan.masakkan daging burger besar terakhir.bila daging burger besar dah siap,sapukan mayonis dan masukkan dalam biskut.

BURGER NASI AYAM


Burger_nasi_mini

satu lagi cara nak mengolah nasi lebih... sesuai utk anak2 kecil yang tak mau makan nasi...

Bahan-bahan ( 8 biji mini )

  • 2 cawan nasi
  • *50gm carot
  • *50gm celary
  • * sayur boleh digantikan dengan sayuran yang disukai...
  • 50gm chedar cheese - potong kecil2
  • 1 biji telor - untuk disapu atas mini burger
  • 1 sudu teh perasa maggi (ikut suka)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Cuci sayur dan potong kecil kemudian masukkan ke dalam mangkok yang berisi nasi dan cheese. Campurkan kesemua bahan dan letakkan peras secukupnya
  2. Masuk dalam food processor dan biarkan semua bahan sebati - jika tak ada food processor bolehlah gunakan blender kering atau apa saja cara untuk lumatkan semua bahan agar sebati
  3. Ambil sedikit adunan dan bulat2 kan dan ditekan leper - macam buat burber atau bergedil
  4. Sapukan telor ke atas burger mini tadi dan masak atas kuali yang telah dilenser dgn minyak/butter
  5. Masak kedua bahagian hingga garing dan bolehlah dihidangkan bersama roti atau makan begitu sahaja dengan sos kesukaan anda...

DAGING BURGER


Daging-burger

'Homemade' daging burger


Bahan-bahan ( 15-20 keping )
  • 2 cawan daging cincang
  • 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • 1 labu bawang besar-saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar worcestershire sauce
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  • Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
  • Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
  • Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
  • Lepas tu bolehlah digoreng.
  • Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.

PATTIE AYAM FOR BURGER


Picture_356

pattie ayam home made tanpa lemak.

Bahan-bahan ( 12 patties. recipe from: umah )

  • 2 ketul dada ayam di cincang
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil five spices powder
  • 2 sudu kecil sebuk parsely @ parsely segar choped
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit garam dan sebuk pepper
  • 2 sudu kecil olive oil

Cara-cara

  • masukkan semua bahan-bahan kecuali tepung jagung. sebatikan campuran tadi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sebati. buatkan bulat di atas tray oven and leperkan aje jadi betuk pattie burger. kalau guna non stik tray tak perlu sapu minyak atas tray. masukkan dalam oven yang dipre heat 200 C selama ia masak agak agak dalam 15-20 min. Once dah siap boleh lah buat burger ayam atau simpan di dalam freezer

BOTHAM BURGER


P1010015

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 500 gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar merah dicincang
  • 1 biji telur saiz besar
  • 1-2 genggam serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • secubit serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil mustard (Dijon atau American)
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Campur dan gaul semua bahan-bahan. Gunakan breadcrumbs untuk "bind" adunan.
  2. Bahagi empat dan bentukkan menjadi bebola daging burger mengikut citarasa. Lebih elok buat kecil-kecil.
  3. P1010011
    Gunakan baking paper sebagai alas, tabur breadcrumbs dan letak daging burger sebelum menggoreng.
  4. P1010012
    Goreng atas kuali leper menggunakan sedikit minyak hingga garing.
  5. Hidang dengan bun burger dan sos serta cheese jika suka.

BURGER MALAYSIA


Burger

Roti goreng ikan bilis

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis