Showing posts with label aneka masakan ayam. Show all posts
Showing posts with label aneka masakan ayam. Show all posts

AYAM MASAK MADU

Ayam_madu_1

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya


Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

AYAM MASAK MERAH

Ayam_masak_merah

wat pedas2 skit baru sedap nk makan ;)


Bahan-bahan ( 5org )

  • 500g ayam (goreng separuh masak)
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • 15 batang lada kering
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram

ayam masak cheese

1

Bahan-bahan ( 3org )

  • beberapa ketul ayam
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • 2 sudu Parmessan cheese
  • 1sudu tomato puree
  • carrot-dipotong
  • cauliflower
  • brocoli
  • tomato
  • daun bawang
  • sedikit air
  • sedikit garam dan minyak untuk menumis

Cara-cara

  • ayam dipotong dan dibersihkan
  • bawang putih,bwang merah dan halia dihiris nipis dan ditumis
  • setelah naik bau,masukkan ayam dan biarkan seketika..shingga air ayam kering.kemudian masukkan air.tunggu sehingga mendidih
  • kemudian masukkan parmessan cheese diikuti tomato puree.masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam secukup rasa.
  • setelah mendidih masukkan semua sayur-sayuran..masak sehingga sayur kelihatan sedikit layu. taburkan daun bawang.
  • sedia dihidangkan.resepi org malas..semua ada..lauk dan sayur..resepi perantau. selamat mencuba.

CHICKEN RENDANG

Ingredients

  • 1 chicken, cut into small pieces
  • 1 cup coconut milk
  • 1/2 cup ‘kerisik’
  • 2 turmeric leaves
  • 3 tablespoon pounded dried chilli
  • 1 tablespoon juice of tamarind pulp

Pounded Ingredients

  • 1 1/2 large onion, chopped
  • 3 cloves garlic
  • 2 cm galangal
  • 3 cm ginger
  • 2 cm fresh turmeric
  • 3 tablespoon chopped lemon grass

Method

  • Mix chicken with pounded ingredients and chilli and cook in wok for about 15 to 20 minutes (medium flame) . Add coconut milk, turmeric leaves, ‘kerisik’, tamarind juice and season with salt and sugar. Cook until the gravy thick. Serve with rice, glutinuos rice, bread, etc

Ayam Masak Halia

Ayam_msk_halia

fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4org )

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bwg putih(dimayang)
  • 2bj bawang besar(dimayang)
  • 6bj cili padi(suke pedas bleh tmbh)(dihiris)
  • 2inci halia muda(dimayang)
  • 3sudu besar sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  • potong ayam mengikut kesukaan masing2, sy suke ptg agk kecik n cuci
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau
  • selepas itu, masukkan ayam yang telah di potong
  • masukkan juga sos tiram, air, sedikit garam dan gula
  • masak sehingga ayam empuk dan bolehlh dihidangkan

AYAM UNGKEP

Ungkep

fidadaud@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-12 orang )

  • 1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
  • 30-40 gm ketumbar - dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sudu makan gula
  • Garam - secukup rasa
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
  • Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air. Gaul lagi.
  • Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  • P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Ayam Halia


Sumber: Mekar Mewangi

Bahan-bahan:


  • Ayam -potong kecil, taruk garam dan gorengsekejap
  • 1 onion-sliced
  • 3 garlic-crushed
  • Halia-banyak
  • cili-potong nipis2
  • potato- sliced, goreng
  • 2 tbs oyster sauce
  • 1 tbs tomato sauce
  • 5 tbs minyak utk menumis

cara-cara:

  • panaskan minyak,tumis garlic + halia . masukkan bawang besar + cili.
  • masukkan tomato + oyster sauce + ayam + potato.
  • masak sekejap. tambah sedikit air jika perlu.
  • siap

CHICKEN RENDANG

By Ida

Last night I cooked chicken rendang to eat with coconut rice (nasi lemak). This is very simple rendang and easy to make.

Ingredients

  • 1 chicken, cut into small pieces
  • 1 cup coconut milk
  • 1/2 cup ‘kerisik’
  • 2 turmeric leaves
  • 3 tablespoon pounded dried chilli
  • 1 tablespoon juice of tamarind pulp

Pounded Ingredients

  • 1 1/2 large onion, chopped
  • 3 cloves garlic
  • 2 cm galangal
  • 3 cm ginger
  • 2 cm fresh turmeric
  • 3 tablespoon chopped lemon grass
Method
  • Mix chicken with pounded ingredients and chilli and cook in wok for about 15 to 20 minutes (medium flame) . Add coconut milk, turmeric leaves, ‘kerisik’, tamarind juice and season with salt and sugar. Cook until the gravy thick. Serve with rice, glutinuos rice, bread, etc

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH



bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (potong dan dibersihkan dan goreng setengah masak)
  • 3 biji bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3cm kulit kayu manis
  • 200g tomato puree (kak rossya guna sos tomato)
  • 4 biji tomato (dipotong enam)
  • sedikit kacang peas dan bawang goreng
  • 2 batang serai dititik
  • 3 cm lengkuas dititk
  • 2 tangkai daun ketumbar (digunting kasar)
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 batang lada kering
  • 4 biji bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
cara-cara
  • Panaskan minyak. tumis bawang besar, kayu manis, cengkih, pelaga , serai, lengkuas dan bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air, ayam goreng, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila pekat, taburkan buah tomato, kacang peas , bawang goreng dan daun ketumbar.
  • Tutup periuk dan matikan api. Sesuai dimakan dengan roti, roti prata dan nasi.
note
  • Sorry.. ader typo-error for kek roll (tertinggal putih telur) . Secretary tak pass lagi.. hehee. I have updated and make amendments.
  • ~ Telur sejuk... Sejukkan telur dahulu dalam peti sejuk.. baru digunakan..
  • Acuan kek roll ader bermacam size.. Sama seperti loyang empat persegi.. cuma ketinggian hanya 1 inci. Tapi guna loyang empat persegi biasa (baking trays for cookies) pun boleh. I used loyang 11X 8 inch.. boleh dapat around 3 kek rolls.
  • Nota ~ Aduanan cream diaatas adalah untuk mengisi DUA adunan kek roll.

AYAM SAPIT


Sumber: Hawa Ismail/ Ella (FRD)


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam dipotong mengikut suka
  • 1 biji kelapa, ambil 1 mangkok santan pekat
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 keping asam gelugor
  • gula & garam secukup rasa
Rempahnya
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca teh lada hitam
  • 20 tangkai lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 20 ulas bawang merah (kecil)
  • 2 batang serai
  • sedikit belacan & lengkuas
  • 2 sudu makan kerisik
  • minyak secukupnya
Cara-cara memasaknya
  • Ayam dibersihkan dan dipanggang setengah masak.
  • Tumis rempah giling sampai garing dan wangi. Masukkan daun limau purut, asam, gula, garam dan santan. Akhir sekali masukkan ayam.
  • Masak sampai pekat lalu diangkat. Boleh dimakan dgn nasi atau roti perancis.

GULAI AYAM PEKAT



Sumber : Encik Mat Gebu/ Maklang (FRD)

Bahan Utama
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
  • 2 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 1 biji lemon, diambil jusnya (mklang letak asam keping)
  • 1 camca besar gula Melaka (mklang letak gula merah)
  • 2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar kerisik
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1/2 camca teh jintan kasar
Bahan Tumis :
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang,pelaga,cengkih
  • 4 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
Cara membuatnya
  • Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  • Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan. Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan.
  • Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

AYAM KUAH BADAM




Sumber : Buku Kompilasi Masakan Ayam/ Ayu (FRD)


BAHAN UTAMA:
  • 400 gm isi ayam - dipotong
  • 120 ml minyak masak
BAHAN A:
  • 40 gm bawang merah (10 ulas size kecil @ 5 ulas size besar) }
  • 20 gm bawang putih (4 ulas size besar @ 2 ulas size besar) } dicincang halus
  • 15 gm halia }
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu kecil biji sawi
BAHAN B:
  • 50 gm serbuk badam
  • 10 gm serbuk jintan manis
  • 10 gm serbuk jintan putih
  • 10 gm serbuk ketumbar
  • 10 gm serbuk cili
  • 2 gm serbuk kunyit
  • 1 biji tomato - dihiris
  • 300 ml air
BAHAN LAIN:
  • 10 gm garam
  • 2 gm daun ketumbar - dihiris
  • 20 gm badam - digoreng (Ayu guna hirisan badam yang Ayu sangai)
CARA-CARA:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi..
  • Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati dan menjadi pekat..
  • Masukkan isi ayam dan biarkan ia mendidih dan masak..
  • Akhir sekali, tambahkan garam secukup rasa dan kacau sekali lagi..
  • Hiaskan dengan daun ketumbar dan badam..

SWEET SOUR CHICKEN


Sumber: JC (FRD)


BAHANNYA
  • 3 keping dada ayam - potong kiub besar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit kunyit garam & pepper
  • Gaul semua dan goreng.
SOS
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 in halia
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar plum sos
  • 1 sudu besar gula perang
  • sedikit air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya
  • Kisar bawang2 & halia tumis dgn sikit minyak. Masukkan semua sos dan air reneh masukkan ayam sesuaikan rasa. Boleh letak bell pepper, tomato biji jika suka.

OYAKODON


Tn_oyakodon

Nasi Ditutup dengan Ayam dan Telur

Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • Ayam 80gm
  • Bawang Besar 40gm
  • Telur 1 biji
  • Kicap Cair 2 sudu besar
  • Minyak Bijian 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam sedikit
  • Lada sedikit
  • Kicap Pekat sedikit
  • Air Tepung (Air+Tepung Jagung)

Cara-cara

  • Tuang sedikit minyak, goreng bawang besar, dan ayam. Masuk kicap cair , minyak bijian, gula, garam , lada dan kicap pekat. Tuang air tepung untuk jadi pekat sedikit.
  • Sediakan semangkuk nasi, masuk laut di atas nasi, dan goreng telur matahari atas ayam.
  • **Haraf maaf kalau bahasa saya salah, sebab saya orang cina, walaupun Malaysian, tapi tak pandai dalam bahasa melayu

TOMYAM GORENG

No picture

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200 g ayam
  • 1 labu bawang besar
  • serai (dititik)
  • 2 kiub tomyam atau 1 paket pes tomyam
  • kubis bunga
  • cili padi diketuk (ikut suke kalo nak pedas)
  • jagung muda
  • lobak merak (dipotong baji)
  • minyak masak
  • sedikit air
  • garam
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • daun limau purut

Cara-cara

  • Potong ayam kecil2 macam nak masak paprik dan perapkan dengan pes tomyam selama 10 minit)
  • Goreng ayam tadi ngan minyak yang sikit sampai masak. Tak payah garing. Kalau boleh pakai kuali yang tak lekat.
  • Bile ayam dah masak masukkan sebatang serai yang dah dititik dan sayur-mayur tadi. Taklup juga daun limau purut dan cili padi.
  • Kalau kering sangat tambahkan sikit air. Last skali masukkan masukkan bawang besar yang dihiris bulat2.

Thai Green Curry

Step_by_step_112

Dari buku masakan Sedapnyaaa.....(chef wan), tapi telah diolah sedikit.....memang sedap makan dgn nasi hangat...


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan
  • 300 ml pati santan
  • 1- 2 cawan terung pipit
  • 15 biji cili padi thai, belah dua
  • 4 - 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
BAHAN2 DIKISAR HALUS (REMPAH):-
  • 10 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 3 pokok ketumbar, dicuci bersih dgn akar sekali
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar ketumbar biji
  • 2 camca besar jintan kasar biji
  • 1 camca teh lada putih biji
  • 1 camca teh serbuk kunyit
BAHAN2 LAIN:-
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 3 biji limau kasturi, diambil jusnya
  • Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan2 rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  • Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml).Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  • Step_by_step_113
    Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan2 hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan. DALAM GAMBAR:- Rupa terung pipit yg mat guna utk resipi nie.
  • Step_by_step_115
    Yang ni pulak gambar pokok terung pipit tu. Tengah gila berbuah sekarang nie.

KUZI AYAM


Dsc02546

Cara buat kuzi menggunakan rempah sendiri.Sesuai bagi yang susah untuk mendapatkan rempah kuzi.

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Bahan A- (Rempah)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 1 kuntum caber
  • 2 kuntum bunga lawang
Bahan B
  • 800 gram - 1kg ayam
  • sedikit saffron
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
Bahan C
  • 150 gram bawang besar
  • 20 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 40 gram kismis
  • 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
Bahan D
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 200 ml susu sejat
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan penyukat sos tomato
  • 700 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula

Cara-cara

  1. Dsc02537 Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
  2. Dsc02539 Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
  3. Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
  4. Dsc02541Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.
  5. Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
  6. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  7. Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
  8. Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  9. Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.

AYAM GORENG PERCIK BERKUAH


Ayam_percik_berkuah

Penyediaan bahan 20 minit, memasak 20 minit, resepi dari bonda tercinta. Gambar daripada laporan masakan oleh mutiarazura.

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)

Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  • Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  • Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  • Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  • Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  • Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  • Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

AYAM KUKUS


Pict0107

kukus for about 20 minutes only

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 300gm ayam
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit halia (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
  • garam secukup rasa
  • lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)
  • beberapa cili padi (dipotong)

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
  • Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
  • Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili. *Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah..

RENDANG AYAM BONDA


Picture_116

resepi dalam collection...


Bahan-bahan ( 6-8 org... )

  • 1 ekor ayam-potong2
  • 30gm cili kering-kisar
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • 10 biji buah keras-kisar halus
  • 20gm kerisik
  • garam n gula secukupnya

bahan tumis (kisar):-
  • 160gm bawang merah
  • 100gm bawang putih
  • 40gm halia
  • 40gm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 20gm kunyit hidup

Cara-cara

  • tumis bahan tumis bersama cili kering hingga kekuningan.
  • masukkan santan, buah keras, daun salam, daun limau serta ayam.
  • masukkan garam n gula. bila agak pekat, masukkan kerisik. masak hingga agak kering.