Showing posts with label jeruk. Show all posts
Showing posts with label jeruk. Show all posts

PICKLES DE MANGO

Jeruk_mangga

tanpa pewarna ...tanpa pengawet...dan...rangup.

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 20 biji mempelam padi muda
  • 1 camca besar garam
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan air

Cara-cara

  • Buang kulit mempelam dan dibelah2.
  • Basuh dan toskan.
  • Gaul dengan garam hingga rata dan simpan semalaman supaya ia layu.
  • Sementara itu masak air gula dan sejukkan.
  • Esok...toskan mempelam tadi dan masukkan dalam air gula.
  • Sabar2 tunggu . Esok baru boleh makan.

jeruk buah kundang

Cimg3086

Bahan-bahan ( 1 botol besar )

  • buah kundang muda
  • garam dan gula

Cara-cara

  • buah kundang di basuh dan di belah dua....buang biji yang purple tu
  • rendam dengan air garam semalaman
  • pastu toskan. buat air gula macam masak air sirap sejukkan
  • buah kundang di masuk dlm botol dan tuang kan air gula
  • selepas 1 hari simpan dlm fridge sbb kita tak pakai pengawet

JerJERUK KEDONDONG

Abcd0006

sedap n senang sgt - yg penting xde pengawet! kalau ada ni memang susah saya, susah nak berhenti!!

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain spt mangga muda, cermai, eh - apa2 buah le yg korang nak jerukkan!
  • 1/2 cawan garam kasar - larutkan dalam 2 liter air (x larut sgt pun xpe, masa merendam buah nanti larut la dia..
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula kabung ( boleh ganti dengan 2 sb gula melaka atau gula merah - x letak pun xpe)
  • 4 biji cili padi (optional - saya suka ada rasa pedas pedas sikit)
  • 2 liter air untuk air gula
  • 1 sk garam halus atau secukup rasa

Cara-cara

  • kupas, basuh dan tuskan buah kedondong - rendam dalam air garam semalaman.
  • bilas buah kedondong dan tuskan.
  • masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus. akhir sekali masukkan cili padi.
  • bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum step 2 supaya by the time kita dah siap tus buah, air gula dah cukup sejuk
  • simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.

Telur Asin


Telur_asin

Telur asin/telur jeruk. slau buat mkn ngan nasi kerabu.


Bahan-bahan ( 5-10 )

  • 10 biji telur
  • garam
  • air suam

Cara-cara

  • Bersihkan telur & jemur seharian
  • Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
  • Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
  • Selepas 2 ke 3 minggu, bolehla direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.

Halia jeruk


Haliajeruk

halia jeruk basah


Bahan-bahan ( - )

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan(200ml) cuka
  • 70g gula

Cara-cara

  1. masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sampai gula hancur.
  2. Didihkan 1 cerek air.
  3. Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  4. Haliajeruk1
    Letakkan halia ke dalam penyejat. Curahkan air panas ke atasnya.
  5. Haliajeruk2
    Semasa masih panas tu masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
  6. Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.

Cili Jeruk ala Johorian


Fizammar_cili_jeruk

One of the most popular recipe in Johor.Resepi ni my sister yg ajar coz die kawin ngn org Johor.Dulu i pon tak prnh mkn coz i org Perak.Once dah mkn, fuh terangkat!sedap dimkn dgn mee Maggi, bihun atau mee kuning dlm apa jua cara dimasak.Try it now!


Bahan-bahan ( hidangan utk sekeluarga yg gemar pedas )
  • Cili Hijau Besar (bilangan biji terpulang pada individu)(selalunya, saya penuhkan 1 botol ladys choice mayonnaise yg bsr tu)
  • 1 Botol kecil cuka makan

Cara-cara

  • Potong (ikut keratan rentas) cili hijau.(potong serong atau lurus terpulang pd individu). Masukkan cili ke dalam bekas bertutup.Ketepikan.
  • Tuang (habiskan) cuka makan ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih, dan tutup api.(klu tak mndidih pn takpe, asalkan betul2 pns).klu pnskn pki microwave lg cpt, pnskn dlm 1min pn dh ok
  • Tuang (secepat mungkin) cuka yg masih pns tadi ke dalam bekas yg mengandungi cili potong tadi. Setelah agak sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais.
  • Setelah sejuk, bolehlah dimakan dgn maggi, bihun atau mee kuning kegemaran anda.

Jeruk Lobak


Pc170008

resepi dari ibunda


Bahan-bahan ( 1 keluarga buleh makan )
  • 1 kg lobak putih ( isi sekali dgn daunnya )
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu besar cuka
  • cili boh sket
  • garam sket
  • air panas secukupnya

Cara-cara

  • bersihkan lobak, kendian dipotong lebih kurang 1 inci....buleh jugak diracik-racik
  • sediakan satu bekas, masukkan lobak, gula, asam keping, ciliboh ( jgn byk sgt ye ), cuka & garam.
  • tuang air panas yg sedang mendidih
  • kacau sebati....setelah sejuk, simpan di dlm peti ais.
  • lagi lama, lagi sedap....tapi tak tahu la korang buleh tahan ke idak baunya yg semerbak....ape pun, rasanya pasti sedappp gitu