Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

PUDING HAK MILIK KEKAL

Sumber : Majalah SAJI

BAHAN-BAHAN:

1 peket agar-agar serbuk (tiada warna)

1 tin susu cair

2 sudu besar tepung kastard

Pewarna hijau dan merah

250 gm gula

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air.

2.Bubuhkan pewarna hijau. Biarkan ia mendidih.

3.Tuangkan dalam bekas. Ketepikan.

4.Sementara itu satukan satu sudu kecil agar-agar serbuk dengan satu cawan susu cair, setengah cawan gula,

setengah cawan air serta tepung kastard.

5.Gaul sebati sehingga adunan pekat.

6.Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk.

7.Sementara itu didihkan lebihan susu cair bersama satu sudu kecil serbuk agar-agar dan lebihan gula tadi.

8.Campurkan dengan setengah cawan air dan sedikit pewarna merah.

9.Setelah ia mendidih,tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.

10.Biarkan ia mengeras.

PUDING COKLAT SALJU

Puding_choc

Bahan-bahan ( 10 0rang )

  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

Cara-cara

  1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
  2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.
  3. Puding_choc
    Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.
  4. Puding_choc
    **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
  5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Myresipi1

firasyira@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • A) 2 sudu besar gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

CHERRY BLOSSOM PUDDING

Sakura5

sunkist@myresipi.com

Bahan-bahan ( )

  • 10gm agar-agar (strips)
  • 10 biji buah laici (dlm tin)
  • 21/4 cwn air
  • 1 cwn sirap buah laici (air buah laici yg di dlm tin)
  • Gula secukupnya (sy letak 2/3 cwn)
  • sedikit pewarna merah (optional) (sy guna pewarna merah ceri Nur)
  • ceri merah - dipotong dua

Cara-cara

  1. Sakura9
    Rendam agar agar selama lebih kurang 1 jam.
  2. Sakura8
    Gunting buah laici sehingga menjadi bentuk bunga.
  3. Kemudian, cairkan agar-agar dgn air dan sirap buah laici diatas api. Tambah gula secukupnya. Titiskan sedikit pewarna merah jika mahu.
  4. Bila agar2 sudah cair, angkat dan tapiskan agar2.
  5. Sakura3
    Tuangkan sedikit agar-agar ke dlm acuan agar agar. Kemudian letakkan laici yg telah digunting bentuk bunga tadi & ceri merah ditengahnya.
  6. Sakura7
    Tuangkan lagi agar-agar sehingga penuh. Kemudian, boleh disejukkan.
  7. Sakura6
    Boleh dimakan begitu saja ataupun dgn sos kastard.

AGAR - AGAR KOKTAIL

Agar-agar

honey@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

AGAR - AGAR COCKTAIL

Pudding

azwalissa@myresipi.com


Bahan-bahan ( Loyang 8" )

  • 1 pek agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • Kek span (2 jenis perisa) - saya guna pandan dan coklat
  • Buah-buahan segar (anggur/ peach/ strawberry)
  • sedikit Nata de Coco

Cara-cara

  1. Masak agar-agar seperti arahan pada paket
  2. Tuangkan 1 lapisan agar-agar setinggi 1 cm dalam loyang.
  3. Susun kek span yang telah di potong sebesar kotak mancis bersama buah-buahan dan nata de coco dalam loyang.
  4. Curahkan baki agar-agar kedalam loyang sehingga menutupi keseluruhan khazanah dalam loyang. Biarkan sejuk.
  5. Setelah agar-agar keras, terbalikkan agar-agar atas pinggan hidang dan letakkan buah-buahan segar dan agar-agar cincang sebagai hiasan.

JELLY CENDOL

70

Rasa mcm mkn Ais Cendul - lemak santan & gula melaka.

Bahan-bahan ( satu bekas sederhana )

  • 1 peket Agar-agar serbuk (13g)
  • 800ml Air
  • 80g Gula Melaka (gula serbuk)
  • 170g Gula
  • 200g Cendul
  • 350ml Susu Segar/Cair
  • 150ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan

Cara-cara

  1. Rebus 5g agar-agar dgn 400ml air & Daun pandan sampai agar-agar cair. Masukkan gula melaka & kacau sehingga larut. Buang daun pandan & tuang ke dlm acuan.
  2. Rebus baki agar-agary & 400ml air & daun pandan sehingga agar-agar cair. Masukkan gula & kacau sehingga larut. Masukkan susu & santan. Buang daun pandan & masukkan cendul. Tuangkan ke atas lapisan gula melaka tadi.
  3. Cucuk2an permukaan lapisan agar-agar yg pertama sebelum di tuangkan lapisan kedua supaya ianya tidak lekang apabila di potong.
  4. Sejukkan di dlm peti ais sehingga beku.

AGAR - AGAR RAMBUTAN

Agarrambutan

uminaj@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • agar2 - 20 gram
  • air
  • 10 bj rambutan - dibuang kulit & biji, diblender dgn sedikit air
  • gula - kalu suka or kurang manis
  • pewarna merah - kalau suka

Cara-cara

  1. masak agar2 dgn air hingga hancur...
  2. bila sudah hancur, masukkan rambutan yang sudah diblender dgn sedikit air td.biarkan ia mendidih agak lama kerana takut agar2 akan cair.
  3. tambahkan gula jika mahu, kalau tidak agar2 hanya 'manis2 buah' sahaja.tutup api dan tmbh pewarna jika mahu.
  4. tuangkan agar2 dalam bekas dan biarkan ia mengeras...

TAPAI PULUT HITAM

18407451

shima27@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 tupperware )

  • 400gms pulut putih
  • 100 gms pulut hitam
  • 1/2 biji ragi saiz kecil (saiz duit 20sen)

Cara-cara

  1. pulut dibasuh & ditoskan...panaskan kukusan...nisbah air mesti sama dgn nisbah pulut...kalau 1 cwn pulut = 1 cwn air...tanak dulu beras pulut lebih kurang 15min...pastu keluarkan pulut..gembur2kan...tanak kembali sampai masak
  2. kemudian kukus pulak pula hitam sama spt di atas cuma masa mengukus perlu ditambah sbb pulut hitam yg x direndam terlebih dahulu akan ambil masa nk masak...
  3. dah siap, ratakan pulut atas dulang...biarkan betul2 sejuk br tabur ragi (if not takut tapai jd kemerah2an..)
  4. ambik ragi & penapis air...parut ragi dlm penapis & ayak rata atas pulut...
  5. terbalikkan pulut...ayak lagi ragi smapai rata sepenuhnyerr...
  6. bubuh dlm bekas tupperware/daun pisang berselang seli antara pulut putih & hitam...kemudian balut dgn kain....peram di tempat gelap selama 2 mlm ( i terpaksa peram 3 mlm sbb sini sejuk)...

RICH CHOC PUDDING

Picture_721

junjs11@myresipi.com


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 / 15 gram agar2 tali masak dengan 5 cawan air

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  • Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  • Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

CREAM CARAMEL

100_3607__small___wince_

Bahan-bahan ( 4 hingga 5 orang )

  • 4 sdbsr gula pasir ( cairkan atas api)
  • 4 biji telur
  • setengah tin susu manis/pekat
  • 1 tin susu cair (carnation/ideal)
  • 1 sdth essen vanilla
  • Luyang berukuran 19 cm

Cara-cara

  1. 100_3608__small___wince_
    Letakkan luyang (yg berukuran19cm) di atas api yang perlahan dan cairkan gula pasir.. tak perlu tambah air...kacau tanpa henti dan tunggu sehingga gula berwarna perang dan sejukkan.
  2. Satukan telur, susu pekat, susu cair dan vanilla didalam mangkuk dan pukul hingga sebati....
  3. 100_3606__small___wince_
    Tuang ke dalam luyang ( caramel gula ) yang sudah sejuk dan kukus selama 30 minit...Sejukkan didalam peti sejuk...dan siap untuk dhidang.

PUDING TELUR BERSANTAN

Pudingtelur

salieysa@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 20gm agar - agar serbuk
  • santan dari sebiji kelapa
  • 3 biji telur ayam
  • 6 gelas air
  • setengah kerek manisan (boleh tukar gula melaka, gula perang, gula apong)

Cara-cara

  • masak agar - agar dengan air
  • manisan tu ricih - ricih, kemudian masukkan dalam periuk agar - agar tadi.
  • sementara tu, blendkan kesemua santan dengan telur, biar sampai berbuih.
  • kemudian tuangkan ke dalam periuk agar - agar tadi, kacau sampai mendidih. dah tu tutup api dan bolehlah letakkan dalam loyang/bekas.
  • dah sejuk nanti, puding ni akan jadi 2 lapis, lapisan coklat jernih kat bawah, atasnya bewarna krim (telur dan santan).

PUDING BUIH

Puding_buih

Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa
UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  • Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  • Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK MEMBUAT KUAH:
  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  • Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  • **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

PUDING SUSU BUAH2AN

Picture_1277

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

PICKLES DE MANGO

Jeruk_mangga

tanpa pewarna ...tanpa pengawet...dan...rangup.

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 20 biji mempelam padi muda
  • 1 camca besar garam
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan air

Cara-cara

  • Buang kulit mempelam dan dibelah2.
  • Basuh dan toskan.
  • Gaul dengan garam hingga rata dan simpan semalaman supaya ia layu.
  • Sementara itu masak air gula dan sejukkan.
  • Esok...toskan mempelam tadi dan masukkan dalam air gula.
  • Sabar2 tunggu . Esok baru boleh makan.

TELUR BELANGKAS (Taik Itik)

Telur_belangkas

Lebihan putih telur..resipi nih saya amik dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
  • 200g kelapa parut – tanpa kulit ari
  • 10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
  • 300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)

Cara-cara

  • Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
  • Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
  • Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak.

Puding roti berkismis

P7050005

Enak dimakan bersama ice-cream

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  • Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  • Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  • Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

PUDING ROTI MARBLE

Sumber: Kak Hanieliza

Bahan A
  • 10 gm serbuk agar-agar cap bintang
  • 1 Liter air
  • 1 cawan gula
Bahan B
  • 7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air buah koktel atau peach
  • 1 s/k esen vanilla
  • 1 biji telur ayam
Bahan C
  • 3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
  • 2 s/b serbuk koko + 4 s/b air
Cara
  • Masukkan bahan A dalam periuk dan masakkan shingga mendideh.
  • Blend halus Bahan B.
  • Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
  • Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
  • Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  • Bancuhkan serbuk kok dan air dan masukkan dalam salah satu bahagian.
  • Masakkan semula bahagian yg dicampurkan dengan serbuk kok sehingga masak [berbunyi dan nampak blup..blup gitu]. Tutup api.
  • Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan kok berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
  • Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

PUDING COKLAT LAGI

Picture_383

Bahan-bahan ( 1 loyang agak besar )

  • 700ml susu cair
  • 300gm fresh/whipped cream
  • 125gm coklat masakan-cincang sket
  • 100gm gula
  • 22gm serbuk agar2
  • 25gm serbuk koko

Cara-cara

  • masak susu, agar2, serbuk koko n gula hingga larut.
  • masukkan coklat masakan n cream, kacau n biar mendidih.
  • masukkan dalam acuan n biar sejuk. masukkan dalam fridge.

Puding Tauhu

Puding_tauhu_2

Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

Untuk membuat kuahnya
  • Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat tauhunya
  • masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  • Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  • Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  • Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  • Puding_tauhu_1
    Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..