Showing posts with label . LAUK. Show all posts
Showing posts with label . LAUK. Show all posts

MENU YG DAH TERLEPAS PANDANG....

hati & pedal masak kari tanpa santan

rojak timun + sengkuang + taugeh

SAMBAL DAGING BALDU@SERUNDING DAGING


Resipi turun temurun keluarga.....

Bahannya:
  • 600 grm daging - rebus empuk N siat2 halus
  • 2 biji kelapa tua - ambil santan yg pekat
  • 4 batang serai
  • 25 grm cili kering / tambah cili pada yg sukakn lebih pedas - cuci - toskan
  • 15 biji bawang kecil
  • 10 biji bawang putih
  • 10 sen ketumbar - disangai
  • Garam, gula, perasa secukupnya
Cara membuatnya :

1. Siat2 halus daging yd telah direbus tadi hingga habis, ketepikan.
2. Mayang serai masukkan dalam blender + kan bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Kisar hingga halus bahan2 tadi ketepikan.
4. Sangai ketumbar hingga naik wangi, ketepikan
5. Ambil kuali yg agak besar satukan santan, daging tadi bersama bahan2 yg dikisar tadi.
6. Masukkan gula,garam dan perasa secukupnya..masak hingga agak kering dgn api yg sederhana kacau2 selalu agar tidak hangus, pastikan api tidak terlalu kuat.


7. Setelah kering kecilkan api, deraikan daging tadi dgn menggunakan garfu buat hingga semuanya berderai seperti tali guni


8. Peringatan -" daging mudah berderai jika cukup santan pekatnya"
9. Setelah itu baru masukkan ketumbar tadi gaul rata dan serunding agak kering dan ringan..
10. Sejukkan dahulu baru disimpan dalam bekas tahan selam 1-2 bulan jika disimpan dgn petiais..
11. Selamat mencuba

ASAM PEDAS PARI..KARI AYAM & BROKOLI CAMPUR





PERUT / BABAT MASAK LEMAK CILI API

Ermm.. sedap makan waktu panas2 babat / perut masak lemak cili api nie ..meh layan gambar ya..!!

TUMIS PEDAS KERANG

Hari ini hari yg teramat malas utk zanie kedapur ... huhuhuuu ... malas la selalu .. x berasap dapur tu masih ampun lagi kang kalau dah perut yg meragam apa pn x jadi .ish2x apa la nak jadi nie ...eheheh ...mau x mau kena gerak juga neh, tinjau2 dlm petiais ada kerang yg dah siap di kopik , ha!! resipinya zanie main campak aje so jadi la gak lauk hari ini ... tumis pedas kerang ....


SAMBAL KERANG

Sambal kerang yg simple saje resipinye sesiapa pn bleh buat jadi zanie tempek je la gambarnya ya!! saje je nak penohkan collum kat umah nie ..eheh !!


MENU HARI INI

Hohoho....menu hari nie, menu org malezzzzz tapi mcm sedap kan !! nak try telur dadar tu x ? sedap tau...kalau di tv shiela rosli buat iklan telur dadar versi shiela, zanie pn nak try gak tapi guna vegetarian, sesiapa yg berminat sila scrolL kebawah N ada resipinya disanaaa....
JOM!!


SUP REBUS SAYUR CAMPUR SEHAT

Bahannya :
  • 1 keping tauhu lembut - potong dadu
  • 1 btg lobak merah - potong nipis2
  • 4 biji jagung muda - potong menyerong
  • 2 biji cili api - mayang
  • 1 ulas bawang putih - mayang halus
  • 1/2 biji bawang besar - mayang nipis
  • 2 cawan air / secukupnya
  • 1 sudu teh minyak zaiton
  • garam , gula, perasa secukupnya
Caranya :
  1. Hidupkan api, dalam bekas periuk masukkan air, minyak zaitun, cili api,2 jenis bwg yg telah dimayang tadi.
  2. Lepas tu masak hingga mendidih. masak lagi hingga agak2 sayur2 tu 1/2 layu dan tauhu masak.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  4. Matikan api sedia utk di hidang..

*************************************************************************************


TELUR DADAR SAYUR BERMAYONIS VERSI ZANIE


Bahannya :
  • 1 btg jagung muda - potong dadu kecil2
  • 1/2 btg kecil lobak merah - potong dadu kecil2 jugak
  • 1/2 labu bwg besar - potong dadu jugak laa..
  • 1 sudu makan mayonis
  • 1/4 sudu teh gula
  • garam dan perasa secukup rasa
Caranya :
  1. Satukan semua bahan2 diatas kacau bersatu dan masak la seperti telur dadar yg biasa tuuu
  2. Masak dengan api yg kecil agak2 sayur tu dah layu cukup laa.. dan lihat hasilnya
  3. yum3x sedap...!!
  4. Sori..gambar x terang ya!!
**Utk sayuran zanie guna carrot dan jagung muda..yg ada dlm stok jee..hehehe.. boleh juga diganti dengan citarasa masing2 ya!!


nie yg dah disatukan

KERANG BAIDURI

Hari ini zanie masak tumis kerang + jagung muda, eheheh..... yg nak tegelaknya apa? HB kate letak la nama kerang baiduri. nape ya? haa....sebabnya kerang tu comei2 mcm permata soo kan kena dgn nama tuu...huhu...saje nak bagi semangat kat zanie kot..ialah sejak akhir2 nie dapur x berapa mau berasap..bila nampak zanie turun padang happy la dia dapat gak lagi merasa masakan MEM dia. resipi yg simple tapi kalau kena dengan citarasa ( ada masin ada manis dan lebih rasa pedas) ummmp..terangkat gak bila makan dengan nasi yg masih panas2 lagi.


kalau ada sesiapa yg ingin mencuba resipinya ada dibawah nie ya!!

Bahannya :
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 4 batang jagung muda - yg kecil2 tau - potong menyerong
  • 1 manggkuk kecil kerang yg telah direbus dan di buang kulitnya
  • 10 biji cili padi - potong menyerong ( kalau nak pedas lagi boleh tambah cilinya)
  • garam , gula secukup rasa
Caranya :
  1. Bawang merah, bawang putih dan cili padi di tumis, masukkan jagung muda tadi kacau rata jangan sampai jagung layu ya!! nanti x rangup plak.
  2. Masuk pula bawang besar yg di potong bulat juga kerang tadi gaul rata2 masuk garam , gula dan perasa secukup rasa.
  3. Matikan api sedia utk di makan bersama nasi yg masih panas lagi

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahannya:

  • 2 biji telur itik
  • 1 biji kelapa - diperah santannya & dibhg kpd 2 bhgian ( pekat & cair)
  • 20-25 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  • Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat.
  • Masukkan bhn tumbuk dan santan cair kedlm kuali.
  • Masak dgn api yg perlahan.
  • Masukkan garam dan asam gelugur.Kacau lagi.
  • Setelah mendidih , masukkan telur, santan pekat.
  • padamkan api.

MENU SEMALAM BEB !!

Nie menu semalam, bayam masak lemak, sambal tumis telur & ikan masin kapak tapi x de dlm gambo hehehe....Jom makan...ada 2 biji telur je ne sape cepat dia punyaaa....

KERANG MASAK SERAI


Bahannya:
  • 500grm kerang dibersihkan
  • 2 batang serai dititik
  • 1/2 n halia dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah hiris halus
  • 2 ulasa bawang putih
  • 4 sudu besar kicap pekat lemak manis sebarang jenama
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili merah hiris nipis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
Caranya :

  1. Panaskan minyak tumis sesrai, halia, bawang M+ P hingga naik wangi
  2. Masukkan kerang, kicap, sos tiram dan garam secukup rasa
  3. Tutup kuali biar kerang masak baru masukkan cili hiris tadi juga bawang yg dipotong bulat
  4. Kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan
  5. Selamat mencuba

TELUR REBUS BERKICAP



Lama x masak telur berkicap wei, masak campur kacang panjang jgn sampai sayur layu, my peberet tu ... buat kuahnya pekat2 kaw gitu, ermmm sedapnaya ... resepinya simple aje mcm masak ayam / daging / yg sewaktu dgnnya

<> beberapa biji telur yg sudah di rebus N buang kulit > kacang panjang yg muda secukupnya > kicap pekat > air asam jawa > gula > cili boh / cili api di hiris nipis2 > rempah biji > bwg merah
<> masak seperti biasa .



NASI LEMAK KARI AYAM & SAMBAL TELUR

Menu tengahari yg lepas nasi lemak berlaukkan ayam masak kari N sambal telur .... sbb x de resepi, soo ... jom jemput makannn

TAPAI UBI GORENG & AYAM MASAK KICAP

beberapa hari yang lepas adik dtg bawakan tapai kesukaan zanie, tapai x tahan lama bila kita simpan diluar suhu bilik so..zanie pun packinglah dalam plastik dan bubuh dalam petiais keras beku tuu. bila zanie terasa nak makan zanie keluarkan dan biar 10- 15 minit diluar .hari ini zanie goreng tapai utk buat sarap. teman2 pernah x rasa tapai goreng? eerrmmm..!! sedap x terkata tau!! nak cuba mudah saja. goreng seperti kita mengoreng pisang aja


*lebeh sedap kalau guna tepung gandum bancuh better pula biarlah pekat sedikit dari biasa agar tepung bersalut pada tapai tadi ya!!


Ayam masak kicap nie resepinya mcm biasa je

cuma zanie tambah kentang goreng di menu ini..meh kita layan mata!!!