Showing posts with label ikan bakar N goreng. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar N goreng. Show all posts

LAUK NASI LEMAK TERENGGANU

Nasilemakikan

sitiazma@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit sos tomato
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  • Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (jgn lama takut lembik)
  • Goreng ikan tersebut dlm minyak. (supaya ikan pejal dan tidak hancur)
  • Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  • Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  • Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  • Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.

GULAI TAUCU

Pcdv0005

ada rasa masam,manis dan masin. sedap hirup kuahnya

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 ekor ikan kembung.
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia.
  • 1/2 batang timun
  • sedikit kunyit
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara

  • Bersihkan ikan kembung. potong dua dan kunyitkan serta goreng garing.
  • potong timun seperti hendak buah acar, iaitu panjang-panjang bahagian tengah dibuang.Belahkan cili tetapi jangan sampai putus. Bawang besar dibelah 4.
  • Panaskan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih dengan halia.
  • Masukkan taucu. kacau dan biarkan garing sedikit.Masukkan sedikit serbuk kunyit serta kacau.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukan timun, cili, dan bawang. Rasa masinnya.
  • Akhirnya, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih baru padamkan api.

IKAN PARI MASAK HIJAU

Sumber: Suria TV dalam rancangan Masak Apa?

Bahan-Bahan
  • 5 keping Anak ikan pari
  • 10 biji Bawang putih
  • 1 sudu makan Sambal belacan
  • 2 sudu makan Minyak untuk menggoreng
  • Beberapa helai daun kari
  • Beberapa batang lada hijau
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Cara Cara
  • Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan garam secukup rasa. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ikan pari tadi setelah agak garing masukkan daun kari dan lada hijau yang telah dihiris.
  • Gunakan ikan pari yang kecik sedap. Tak hijau sebab KC goreng ikannya dengan kunyit sikit.

Ikan Bakar Berlada


Bakar

Untuk menambahkan resepi ikan bakar....

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 3 ekor ikan cencaru (600gm). Boleh juga guna ikan siakap, jenahak, gerut atau pari.
  • 5 sb cili boh / lada giling
  • *3 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *1/2 inci kunyit
  • *1/2 inci halia
  • 1 sk pati asam jawa adabi / 2 sb air asam jawa
  • sedikit garam, gula dan pak aji ikut sedap rasa
  • 1 btg serai dititik
  • 2-3 biji limau kasturi

Cara-cara

  • Siang
    Bersihkan ikan, sbb ikan ni kecik saya buat poket kat belakang ikan, kalau guna ikan besar mcm jenahak, siakap lebih elok belah tgh terus mcm ikan masin.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumis lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan kisar. Letakkan serai yg dititik. Bolehlah letak asam jawa, garam, gula dan perasa. Tumis sampai garing. ( sambal ni boleh buat byk simpan fridge ). Kalau tumis garing boleh simpan sampai 1 minggu.
  • Sumbat
    Sumbat sambal dalam ikan. Kalau guna ikan besar, letak sambal pd bhgn dlm ikan. Bakar ikan.
  • Perahkan limau kasturi masa makan.

IKAN MASIN BERCILI

Ikam_masin_kurau

lelayong@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Ikan kurau masin-dipotong kepingan kecil
  • Bawang Merah-dihiris nipis
  • Cili hijau-dihiris nipis / boleh digantikan dgn cili keirng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin separuh masak.
  2. Kemudian masukkan bawang merah dan cili hijau / kering,goreng sehingga naik bau @ layu.
  3. Sedia utk dihidang bersama lauk utama yg lain.

Pecel Ikan Cencaru


Pecel

Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 kilo Ikan Cencaru
  • 5 bawang merah kecil (digoreng)
  • 3 biji bawang putih
  • 200 grams akar cekur (kencur)
  • 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
  • 50 grams cili padi
  • 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
  • Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
  • garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara

  • Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.

PATIN BERLADA

Source: Penyulawa (FRD)

Ingredients
  • 1 whole ikan patin (around 600 gm) - cleaned
  • 1 tbsp turmeric powder
  • 1/2 tbsp salt
  • 3 cloves garlic - pounded
  • 1 big onions - sliced
  • 2 scoops of blended chillies
  • 1 1/2 tbsp vinegar
  • salt to taste
  • Cooking oil

Directions
  • 1. Mix the patin with turmeric powder and salt. Fry until golden & little bit crispy. Put aside.
  • 2. Heat 3 tbsp of cooking oil in a pan. Fry the garlic till golden, put in the chillies (blended) stir-fry till the chillies a bit dry.
  • 3. Add in vinegar, sugar and salt. Add in the sliced onion and the patin. Mix well. Off fire.

IKAN TONGKOL GORENG KICAP


Ikan

Ikan yang direbus dulu sebelum goreng


Bahan-bahan ( - )

>>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram

Cara-cara

  • Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  • Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  • Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  • Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  • Sedap dimakan ketika masih panas-panas

PECEL LELE


P1230214

lg satu resipi org jawa....mmmmm...terangkattttt...

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dgn air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / di salai
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10 biji cekur ( kalo besarnya sebesar guli ) - ditumbuk
  • 2 cawan air
  • 200ml pati santan
  • air asam jawa- ( ikut suka masamnya, saya agak2 jer )
  • gula dan garam secukup rasa
  • daun cekur - dihiris halus mcm bunga rampai

Cara-cara

  • panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
  • masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
  • setelah mendidih masukkan ikan, akhir sekali perasakan dgn gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya. Sedia untuk di makan.

IKAN GORENG LADA HIJAU


Step_by_step_243

Untuk dimakan dgn bubur atau juga nasi panas.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 keping ikan goreng (seeloknya ikan tenggiri, mayong atau pun ikan merah)
  • Asam jawa sebesar ibu jari
  • 1 inci belacan
  • Garam dan sedikit gula
Bahan-bahan dihiris:-
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 - 10 biji cili hijau

Cara-cara

  • Asingkan isi dan tulang ikan, potong kiub ikan tadi dan ketepikan. Asam jawa dicampur dgn 1/2 cawan air dan ramas, tapis jusnya.
  • kemudian masukkan belacan dan hancurkan hingga larut bersama2 jus asam jawa.
  • Dalam kuali, tuang 2 camca besar minyak masak, tumis bahan2 hiris hingga perang. Masukkan isi ikan, gaul rata.
  • Tuang bancuhan jus asam jawa dan belacan tadi. Perlahankan api dan biar masak 1- 2 minit.
  • Tambah garam dan sedikit gula sehingga tahap kemasinan yg diinginkan.
  • Bagi yg suka menggunakan MSG (aji no moto), boleh juga renjiskan sedikit.
  • Gaul rata dan boleh diangkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih atau bubur nasi...

SALMON CHEESE FRY


Img_2670

mudah dan sedap

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 keping ikan Salmon
  • 4 keping cheese
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 cawan bread crumb
  • 3 s/b tepung gandum
  • garam dan lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
  • kobis yang dipotong halus memanjang
untuk sos
  • -----2 s/b tomato ketchup
  • -----1 s/b sos tiram
  • -----2 s/b air
  • -----1 s/b butter

Cara-cara

  1. buang kulit dan bersihkan ikan salmon. potong dua 1 kepingan ikan menjadikan 4 bahagian semuanya. keringkan dengan paper towel.
  2. diatas papan pemotong alas dengan cling film. letak potongan ikan kemudian alas lagi dengan cling flim.
  3. pukul dengan rolling pin sehingga nipis dan berukuran besar sedikit dari kepingan cheese.
  4. buka lapisan cling film atas dan tabur garam dan lada sulah. letak cheese.
  5. lipat salmon menutupi keliling cheese. lipat dua cheese jadi separuh.
  6. salutkan tepung gandum, telur yang dipukul sedikit dan akhir sekali bread crumb. ulang step 2-5 sampai habis semua ikan. goreng dengan minyak yang cukup melitupi separuh kepingan ikan+cheese tadi. bila agak kuning, balikkan. bila dah masak, angkat dan sejat minyak.
  7. untuk sos >>> panaskan butter dlm sos pan. masukkan tomato ketchup, sos tiram dan air. kacau dan tutup api. curah atas ikan dan bolehlah disantap bersama sauted shimeji.

KULIT MACKEREL GORENG


Mackerel

Petang tadi I buat fish ball, kulit ikan nak buang macam sayang... so i gorengkan. Sedap dimakan dgn mayo ataupun sambal.

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Kulit ikan mackerel (1 ekor saiz M)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Bersihkan dan buangkan tulang-tulang kecil kat sisi.
  • Potong kecil, perap dengan garam untuk 15 minit.
  • Gaul dgn tepung jagung dan goreng sehingga garing.

GRILLED SALMON SKEWER


Salmononskewer1

Resipi dari www.allrecipes.com. Entah apa namanya dlm bahasa m'sia. :D

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 250gm Ikan Salmon
  • 6 batang Lidi Sate

**Bahan-bahan untuk perap**
  • 30ml Soya Sos
  • 30ml Madu
  • ½ sudu kecil halia yg dicincang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 biji Lemon (utk ambil jus)

Cara-cara

  • Masukan bahan-bahan untuk perap dalam mangkuk besar, gaul sampai rata. Ketepikan.
  • Ikan salmon dipotong 6 keping yg sama besar.
  • Perap ikan salmon selama 30 mins. Cucuk sekeping ikan dalam sebatang lidi.
  • Bakar dalam ketuhar "grill" selama 4 mins, 2 mins untuk sebelah.
  • Panaskan sos yg digunakan utk perap tadi, hidangkan degan ikan salmon.

Ikan Sumbat Kelapa


Step_by_step_185

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 ekor ikan kembong (jenis besar atau kembong hijau)

BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm halia
  • 1 cm belacan
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1.5 cm kunyit hidup

BAHAN2 LAIN:-
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 camca teh jus asam jawa
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 - 2 camca teh cili kisar
  • 1 helai daun kunyit, dimayang halus

Cara-cara

  1. Step_by_step_186
    Bersihkan ikan, buang sirip2 dan ekor. Potong muncung ikan dan masukkan chop stick ke dalam perut ikan.
  2. Step_by_step_187
    Buat 1 atau 2 pusingan dantarik keluar chop stick perlahan bersama2 isi perut ikan. Buat hingga habis.
  3. Step_by_step_189
    Kemudian, gunakan pisau berhujung runcing yg tajam, belah belakang ikan perlahan dari ekor hingga ke bahagian kepala tapi jgn sampai putus. Ia akan menjadi seakan2 poket. Cuci bersih dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
  4. Step_by_step_188
    UNTUK KELAPA SUMBAT:- Satukan semua bahan2 kisar dan bahan2 lain dalam satu bekas. Gaul hingga semua bahan mesra.
  5. Step_by_step_190
    Isikan bancuhan no.4 tadi ke dalam belahan ikan tadi. Buat hingga siap. Kemudian dgn menggunakan tali (jenis cotton, dan basahkan dgn air sebelum mengikat), ikat tiga bahagian bagi setiap ekor ikan (seperti dalam gambar).
  6. Step_by_step_191
    Bakar dalam oven pada suhu 190C. selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar 10 minit lagi...gunting dan buang tali pengikat sebelum dihidangkan...(kalau bakar atas api arang....lagi terangkat!!!!)

SALMON STEAK DGN SOS


Salmonsteak

Senang nak masak ni... sos boleh diguna utk ayam, pasta, dll. Ini masakan french yg ada ciri-ciri asian sbb ada nasi.


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.

Bahan-bahan untuk sos

  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

Sediakan sos dulu:

  • Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  • Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  • Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

TELUR IKAN GORENG


Telur_ikan_myresipi

Biasanya kalau masak sabai nih, lela guna hati ayam,telur ikan ni rasa macam takde idea nak buat per..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Telur ikan,basuh dan toskan sehingga kering.
  • Bawang Merah-diiris nipis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Secubit garam, ajinomoto dan gula
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar cuka

Cara-cara

  • Telur ikan diperap dengan bahan-bahan di atas (10 minit)
  • Kemudian goreng telur ikan dgn minyak yang sedikit.

IKAN GORENG


Ikangoreng

resipi terengganu

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 5 ekor ikan sardin (atau apa saje jenama ikan)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar bawang besar (yg telah dikisar)
  • 1 sudu besar cuka
  • sedikit belacan
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan (boleh gunakan cuka untuk membasuh ikan) dan dikelar.
  2. Gaulkan bahan2 hingga sebati.
  3. Sapukan bahan2 yang telah digaul tadi pada ikan. Goreng dalam minyak yang panas dengan menggunakan api yang sederhana.
  4. Bila dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Salmon butter lemon

Salmonbutterlemon

resepi salmon goreng dengan sos lemon

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 slices salmon
  • 2 + 1 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
  • daun bawang untuk hiasan
  • tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

  1. Salmon-butter-lemon1
    Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
  2. Salmon-butter-lemon2
    Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  3. Salmon-butter-lemon3
    Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
  5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

IKAN TONGKOL GORENG KICAP


Ikan

Ikan yang direbus dulu sebelum goreng

Bahan-bahan ( - )

>>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram

Cara-cara

  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Ikan bakar air asam


Ikanbakar

air asam- masam manis dan pedas

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
  2. [ Persediaan untuk air asam ]
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa