Showing posts with label puding roti. Show all posts
Showing posts with label puding roti. Show all posts

PUDING ROTI ( BAKED )

Jas_016
Bahan-bahan ( 10 orang (satu baking tray) )
  • 1/2 loaf roti gardenia (or any brand would do), dikoyak-koyakkan
  • 1 peket santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 8 sudu tepung custard
  • 3 sudu tepung jagung
  • 25gm butter (dicairkan)
  • 3 scoops susu tepung (dibancuh bersama 250ml air)
  • Cinnamon Powder (serbuk Kulit Kayu Manis)
  • Essence Vanilla
  • 125gm gula (boleh dikurang ataupun ditambah mengikut kesesuaian)

Cara-cara

  1. Satukan santan, air susu dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga sebati
  2. Masukkan tepung custard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dan pastikan kesemua tepung larut serta tidak berketul-ketul
  3. Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu kecil cinnamon powder dan sedikit essence vanilla
  4. Kemudian masukkan pula roti yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan ini. Pastikan semua roti dibasahi oleh bancuhan ini. Jika masih terlalu banyak cecair berbanding dgn roti, bolehlah tambah sekeping dua roti lagi
  5. Tuang adunan ini tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan cinnamon powder di permukaan atas adunan ini. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 8 minit dan kemudian kurangkan suhu ke 150C selama 25 minit (ini bagi memastikan permukaan puding tidak terlalu keras)
  6. Selepas masak,biarkan sejuk sebelum potong. Lebih enak jika disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba. Gambar diatas tu adalah gambar selepas siap dibakar... tak sempat nak potong sebab malas nak tunggu sejuk hehehe

Puding roti berkismis

P7050005

Enak dimakan bersama ice-cream

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  • Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  • Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  • Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

Puding Roti ( 1 )

100_0811

Bahan-bahan ( 4 )

  • 6 keping roti
  • 30 gm mentega dicairkan
  • 80 gm kismis
  • 4 biji telur dipukul
  • 475 ml susu segar
  • 150 gm gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  • Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.
  • Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  • Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

## sedap dimakan sekiranya diletakkan di dalam peti ais terlebih dahulu setelah masak.

Puding roti ( 3 )


Pudingroti

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • sebuku roti (roti yang murah je)
  • 4 biji telor
  • sedikit marjerin
  • sesudu kecil esen vanila
  • setin susu cair

Cara-cara

  • Roti disapu marjerin (semua roti)
  • Roti diatur cantik didalam loyang
  • Putar telur dan gula
  • Kemudian masukkan susu cair dan esen vanila
  • Kemudian curahkan ke dalam loyang
  • Bakar sehingga kekuningan sedikit (dalam 15-20minit)