Showing posts with label . SAYUR. Show all posts
Showing posts with label . SAYUR. Show all posts

ASAM PEDAS PARI..KARI AYAM & BROKOLI CAMPUR





SAMBAL GORENG

erkk...x tau nak sembang apa..tengok2 aje la ya!! sume kan dah tau masak mendealah nie..babai...
Post Options

PERIA GORENG BERTELOR

Mengidam nak makan sayur peria nie dah lama jadi kebetulan semlm zanie pergi econsave zanie pn beli la 1 btg, masak main campak2 aje tapi errmm ....Hubby kata sedaaap .... x ada rasa pahit pun ..ish3 iyola tu Hubby ....nie la hasilnya .... resipi x yah la ya!! dah ngantuk la nak tido .. layan gambar ler ....


SAMBAL PETAI , BUBUR CHACA & LEMAK TAUGEH

Menu rengkas masa berbuka di bulan pose yg lalu


BUBUR CHACA + BIJI SAGU + KELADI


MASAK LEMAK TAUGEH + TAUHU


SAMBAL PETAI IKAN BILIS GORENG

KERANG BAIDURI

Hari ini zanie masak tumis kerang + jagung muda, eheheh..... yg nak tegelaknya apa? HB kate letak la nama kerang baiduri. nape ya? haa....sebabnya kerang tu comei2 mcm permata soo kan kena dgn nama tuu...huhu...saje nak bagi semangat kat zanie kot..ialah sejak akhir2 nie dapur x berapa mau berasap..bila nampak zanie turun padang happy la dia dapat gak lagi merasa masakan MEM dia. resipi yg simple tapi kalau kena dengan citarasa ( ada masin ada manis dan lebih rasa pedas) ummmp..terangkat gak bila makan dengan nasi yg masih panas2 lagi.


kalau ada sesiapa yg ingin mencuba resipinya ada dibawah nie ya!!

Bahannya :
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 4 batang jagung muda - yg kecil2 tau - potong menyerong
  • 1 manggkuk kecil kerang yg telah direbus dan di buang kulitnya
  • 10 biji cili padi - potong menyerong ( kalau nak pedas lagi boleh tambah cilinya)
  • garam , gula secukup rasa
Caranya :
  1. Bawang merah, bawang putih dan cili padi di tumis, masukkan jagung muda tadi kacau rata jangan sampai jagung layu ya!! nanti x rangup plak.
  2. Masuk pula bawang besar yg di potong bulat juga kerang tadi gaul rata2 masuk garam , gula dan perasa secukup rasa.
  3. Matikan api sedia utk di makan bersama nasi yg masih panas lagi

LABU MASAK LEMAK



Bahannya :

  • 1/2 biji labu kuning(di potong besar skit - rebus 1/2 masak)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil (udang kering juga boleh)
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili besar
  • Sedikit garam dan perasa

Cara-cara

  1. Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi. akhir sekali masukan bawang merah, garam dan ajinamota serta lada sulah.
  2. Siap untuk di santap bersama keluarga. * semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak.

LAUK KU

ROJAK PETIS


SAYUR GORENG BENDI & TEMPE




TELUR MATA LEMBU MASAK KICAP

TUMIS LABU DENGAN SUHUN

Menu yg dah terlepas tarikh, baru perasan x n3kan disini resepi belum dapat nak di sertakan sooo nanti2 lah ya!!! hari pun dah lewat malam nie. kkkk....kite tidor duluuuuu

J
O
M
.
.
.
.
L
A
Y
A
N


KECIPIR GORENG PEDAS

nie menu semalam, simple mimple aje... digabungkan dengan telur dadar juga cencaru goreng bersambal tapi lupa la plak nak snap huhuhu..... jom layan.....

TUMIS GORENG TEMPE & KACANG KELISA

mcm x tau apa nak cerita pasai sayur goreng nie cuma nak bagitahu pokok kacang nie zanie tanam sendiri dibelakang rumah, setiap pagi zanie akan petik kacang botor / kelisa / dalam bahasa jawanya ciper. setiap kali petik x la banyak sangat tapi cukuplah utk sekali goreng anggaran dalam suku kilo gitu tapi oleh kerana kacang tu muda2 zanie geram la selain buat ulam zanie suka kalau dibuat sayur goreng lebihkan cili api ada rasa pedas2 dan masin secukupnya gitu makan pulak dengan nasi panas lawankan dgn ikan masin peeerrrgghhh ... sedaaappp...kalau x caya cuba laa. Disini x dapat nak zanie sertakan resepinya sb masak nie pakai campak2 aje lagi pun bahannya simple saje cuma memerlukan ...

  • kacang kelisa > di potong menyerong
  • tempe > di potong menyerong juga
  • bwg merah & putih > cili padi > garam > perasa> minyak utk menumis

  1. Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga naik wangi, masukkan tempe kacau hingga tempe bertukar warna .Masuk pula kacang kelisa kacau lebih kurang 5 minit sesuaikan rasanya tutup api sedia utk dimakan.
  2. Selamat mencuba

PERIA GORENG TELOR


Semalam zanie masak peria nie, sedap dan x pahit... apa yg penting cara olahan dan memasaknya yg menjadikan peria nie enak dimakan apa pn zanie x dapat nak bubuh resepi di sini sb zanie masak nie pakai campak2 aje , sooo layan gambar aje lerrrr ....

BENDI GORENG BERKARI


Masakan yng ringkas namun menyelerakan, enak dimakan bersama nasi panas. ada pulak lawannya [ ikan masin ] tiada resepi yang istemewa untuk menu tapi pada sesiapa yang nak mencuba zanie buh di bawah ni ya!

Bahan- bahannya
  • 6 btg bendi dipotong bulat setebal 1/2 in
  • 2 s/m remph kari
  • 1 s/k air asam jawa
  • bawang putih
  • bawang merah
  • perasa, garam dan sedikit gula

Cara-caranya :
  1. Cuci bendi toskan airnya baru dipotong2, ketepikan.
  2. Tumis b/m, b/p hingga naik wangi masuk pula rempah kari goreng hingga pecah minyak.
  3. Masuk pula bendi tadi kacau rata, biar selama 5 minit supaya bendi lembut baru masukkan air asam jawa, perasa, garam dan gula.
  4. Sesuaikan rasa pedas, masam, manis dan masinnya. Padamkan api, sedia untuk dihidang

SEMBILANG LEMAK CILI PADI & ACAR RAMPAI

lauk dah nak habis baru terhinggat nak snap ...ikan nie anak zanie yang sibuk2 suruh beli katanya nak mamanya masak lemak cili padi. kalu nak hikutkan ati malezz.. nak menyiangnya memang leceh..tahu2 ajalah kalau ikan jenis ni..tapi apapun sbb dah beli zanie pun tiada pilihan lain, masak ajalah. memang sedapkan bila ikan sembilang ni dimasak lemak cili padi...

ini pulak Acar Rampai yang zanie machingkan dengan ikan diatas tadi..makan sewaktu nasi masih panas2 lagi, memang berapi .... apapun kita layan gambo dulu ya..!!