Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

SAMBAL TUMBUK

Img_0383

mamalya@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 25 biji cili api (lagi pedas lagi best)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • gula

Cara-cara

  1. gorengkan ikan bilis, bawang dan cili.
  2. kemudian tumbuk lumat. tambah gula sikit untuk balancekan rasa pedas n masin bilis.
  3. siap. kalau nak perah limau pun boleh. ikut selera memasing.

TEMPOYAK MASAK

Tempoyakmasak
Bahan-bahan ( 3 org kot )
  • 15 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili besar
  • 4 biji cili api
  • sehelai daun kunyit
  • sebatang serai
  • sedikit garam
  • segengam ikan bilis yang dah siap siang

Cara-cara

  1. tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
  2. daun kunyit dihiris halus-halus
  3. serai dititik
  4. campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata.
  5. masak atas api kecil selama 1 ke 2 minitje.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.

Sambal Tumis Ikan bilis dan Jering

Dsc_0019__small_

SallySalina@myresipi.com

Bahan-bahan ( terpulang )

  • Bawang putih
  • halia
  • Bawang merah
  • Jering tua
  • Ikan bilis
  • Cili Bo
  • garam, gula
  • asam keping

Cara-cara

  • Semua bahan diblend kecuali ikan bilis, cili bo asam keping dan jering.
  • Goreng ikan bilis sampai garing, masukkan gula supaya ikan agak sedikit crunchy bila masak.
  • Masukkan bahan yang dblend, tumis bagi naik bau, masukkan asam keping jering, sedikit garam dan kacau sebati sampai masak.
  • Dah masak boleh hidang bersama nasi panas.. fulamak terangkat makan.

SAMBAL LONTE


Sambal Lonte kira macam pembuka selera, ada juga sesetengah orang panggil Sambal Lanun hehe tak tahu ler kesahihannya lanun dari pelusuk mana yang suka makan.
Sesuai dihidangkan bersama sayur sup dan lauk pauk yang seangkatannya. Nak buat pun mudah sangat.

Bahan-bahannya
  • 5 - 7 batang cili hijau
  • 15 batang cili padi
  • 3 - 5 biji bawang kecil (dipotong 2)
  • 1 inci belacan
Cara-caranya

  • Cili hijau, cili padi, bawang kecil dan belacan digoreng bersama sedikit minyak.
  • biarkan belacan garing dan bahan-bahan yang lain bangkit baunya dan layu sedikit.
  • Kemudian bahan-bahan tersebut diangkat dan kemudian ditumbuk kasar-kasar. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

KUAH ROJAK

Rojak

Rojak Buah - Persatuan Wanita Desa Mahkota

Bahan-bahan ( dpt 15 bekas dadih )

Buah-buahan:
  • Mangga, kedondong, jambu, nenas dll
Bahan kuah:
  • 2 botol sos cli (Aminah Hassan)
  • 1 botol kicap manis
  • 1 kilo gula
  • 1/2 buku gula kabung /gula melaka
  • 1 genggam cili api
  • sedikit belacan -dibakar
Untuk taburan:
  • Kacang digoreng - dikisar kasar

Cara-cara

  • Campurkan ke semua bahan kuah.
  • Nyalakan api sederhana dan sentiasa kacau bahan tersebut (Jangan sampai hangit). Kacau sehingga pekat
  • BIla dah pekat. Sejukkan. Dan boleh hidangkan bersama-sama buah-buahan yang telah dipotong kecil dan taburkan kacang .

SAMBAL BELACAN MEMPELAM

No picture

sesuai bagi penggemar buah pelam(buah mangga)

Bahan-bahan ( hidangan 2 @ 3 orang )

  • 6 biji lada merah (kalu suka pedas boleh tambah bilangan lada)
  • 1/2 bhgn belacan bulat yg besar (ikut suka cap apa)
  • 1 biji buah pelam sederhana besar (pastikan setengah masak)
  • gula secukup rasa

Cara-cara

  • 1/2 bhgn belacan perlu di bakar terlebih dahulu sehingga naik bau..tapi jgn sampai hangus.
  • kemudian buah pelam tadi di kupas kulit dan di racik halus atau potong dadu(sederhana besar)
  • tumbuk lada merah hingga lumat bersama belacan yg telah di bakar td..letak gula sedikit (dalam 1 sudu kecil)
  • setelah sambil betul2 sebati..keluarkan dalam mangkuk,masukkan pelam kemudian gaul hingga rata(di tekan2 sedikit supaya jusnya keluar)
  • sesuai di hidang sewaktu makan tengahari bersama dengan sedikit ulam-ulaman kesukaan anda.. selamat mencuba..pasti nak lagi..

SAMBAL TEMPOYAK GORENG


Sambal_tempoyak1

Tak pasti resepi asal mana..tapi kalu buat ni makan ngan nasi putih panas saje pun sedap sesgt.......


Bahan-bahan ( sukatan ni bergtg kpd byk mane selera korang )

  • 10-12 biji cili padi (ini pun bgtg kpd thp ketahanan korang terhadap kepedasan cili)
  • segenggam ikan bilis (bersihkan dan rendam sampai lembut sikit)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • sedikit garam

Cara-cara

  • Tumbuk cili sampai lumat. Kemudian dlm lesung yang sama tambah ikan bilis. Tumbuk sampai ikan bilis pecah-pecah.
  • Tambah tempoyak dan secubit garam kemudian gaul sehingga sebati
  • Panaskan minyak, tumis campuran tadi sehingga garing..angkat dan hidang.
Tips:
  • Kalau nak warna sedikit merah guna cili merah dan hijau.
  • Mesti sentiasa kacau sampai garing. Jgn biar di atas api tanpa kacau kerana ia akan cepat hangit
  • Resepi ni boleh tahan lama (up to 3 days....)

KERANG DGN SAMBAL CUKA


Step_by_step_193

Simple dan boleh makan sambil borak, gelak2 dan kecoh2........


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 2 kg kerang, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*dihiris halus)
BAHAN2 SAMBAL CUKA:-
  • 3 - 4 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7- 8 camca besar gula
  • 50 ml cuka makan
  • 1/3 camca teh garam

Cara-cara

  • Tumis bahan2 hiris dalam kuali menggunakan 1 camca besar minyak masak hingga wangi. Masukkan kerang dan 1/2 camca teh garam. Gaul hingga rata.
  • Tuang 1/2 cawan air dan tutup permukaan kuali.
  • Masak dgn api sederhana besar kurang lebih 10 - 15 minit atau hingga kerang betul2 masak. (Bila kopek dia mudah terbuka).
  • Step_by_step_194

UNTUK SAMBAL CUKA:-
  • Tumbuk kesemua bahan utk sambal, kecuali cuka dan gula. Bila lada hampir lumat, masukkan gula dan terus menumbuk hingga lumat.
  • Tuang cuka dan kacau hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin atau manis boleh tambah lagi gula/garam.

SAMBAL SOTONG BERKUAH KACANG


Pc050144

sedapppppp lain dari yg lain...:D

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
**Bahan Kisar**
  • * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  • panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  • masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  • masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  • akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


Dsc00320

masakan Pahang belah Lipis & Raub, resepi dari mak saya....boleh simpan lama dalam peti sejuk..makan dgn nasi panas2..sedapp...

Bahan-bahan ( 2 org atau lebih )

  • -3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lg cun)
  • -4 papan petai (ambil isinya)

bahan tumbuk:-
  • 2 ulang bawang merah ,
  • 2 ulang bawang putih,
  • 5-8 cili padi merah2 (nak pedas tambah lg)dan sedikit garam.
  • 1 labu bawang besar potong bulat2
  • segenggam ikan bilis
  • sehelai daun kunyit muda diracik halus (utk harum)-tambahan sahaja
  • secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit (utk warna)
  • 5 sudu minyak masak utk menumis

Cara-cara

  • panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
  • masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit td...tunggu sebentar dan angkat...

Sambal Sempoi


Dsc04093

Sambal express yg kick!!! Sedap dimakan b'sama nasi panas.


Bahan-bahan ( 2 Orang )

  • Setengah genggam ikan bilis
  • 1 biji kentang - dihiris nipis.klu kentang tu kecik tambahla lg sebiji dua
  • 2-3 ulas bawang merah
  • 5-7 biji cili padi
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • * pd sesapa yg tak tahan pedas tu bolehla gantikan cili api dgn lada.tp klu nak sedap,letakla 2-3 biji cili padi sbb rasa pedas tu la yg buat sambal ni kick.nak tambah tempe goreng yg dihiris nipis pun ok gak.

Cara-cara

  • Ikan bilis & kentang digoreng berasingan sehingga garing.
  • Cili padi & bawang ditumbuk sehingga agak lumat.Ayu campur sekali garam masa menumbuk bahan2 ni.
  • Tumis bahan yg telah ditumbuk sehingga agak garing.
  • Masukkan air asam jawa & kacau sebentar.Tambah sikit gula utk mengimbangi rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis & kentang.Kacau seketika biar sebati sebelum diangkat.Siap!!!

KECIPIR


Picture_972

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 200gm ikan bilis-digoreng garing
  • 3 biji ubi kentang-dihiris nipis dan digoreng
  • 200gm bawang merah-dihiris dan digoreng
  • 100gm bawang putih-dihiris dan digoreng
  • 50gm kacang tanah-digoreng
  • 1 bungkus tempe-dipotong kecil2 dan digoreng
Bahan kisar:-
  • 50gm bawang merah
  • 30gm bawang putih
  • 100gm cili kering
  • 3 biji buah keras
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan kering airnya. (ini untuk menjadikan sambal ni tahan lama)
  • Masukkan bahan2 yg digoreng tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan sejukkan sebentar. Jika ingin simpan lama, masukkan kedalam bekas kedap udara.

TELUR LADA HITAM


Img_0296

resipi nk habiskn stok telur + utk panaskn badan

Bahan-bahan ( 5~6org )

  • 10 biji telur rebus
bhn ditumbuk:
  • 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan 2 sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar air
  • 5 tangkai cili kering ( direbus dan dipotong dlm anggaran 2 cm)
  • bhn dihiris:
  • 1 bj bwg besar, 3 ulas bwg putih dan 2cm halia
  • garam dan minyak

Cara-cara

  • goreng telur rebus sampai kekuningan dan ketepikan
  • tumiskn bhn hirisan, ketumbar dan jintan manis.
  • setelah garing, masukkn air dan kacau perlahan2
  • masukkn lada hitam, cili kering dan garam ikut rasa.
  • setelah lebih krg 2minit, masukkn telur rebus tadi dan kacau rata. Tutup api dan boleh dihidangkn.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambalpetai

Ini resepi mama saya & makanan kegemaran keluarga. Sesiapa yang suka makan petai, pasti akan jatuh cinta dgn resipi ini :o) -


Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • seulas bawang putih - dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara

  • panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
  • masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
  • masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
  • masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
  • kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dgn nasi panas atau roti bom
  • resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya

SAMBAL BERUPAH


Step_by_step_a

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 4 biji cili merah (boleh guna cili padi kalau nak pedas)
  • 1 camca besar udang kering, rendam hingga lembut, toskan
  • 3 camca besar kelapa parut putih
  • 2 camca besar tempoyak
  • Sedikit garam dan gula
  • Ulam - ulaman ikut kegemaran masing2.

Cara-cara

  • Tumbuk cili dan udang kering, bila hampir hancur masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga lumat.
  • Akhir sekali masukkan tempoyak, garam dan sedikit gula. Gaul rata dan boleh dihidangkan bersama ulam2man kegemaran.

SAMBAL TOMATO SPECIAL


P1010307

Resepi dari kawan.. Memang special rasanya.. Sesuai dimakan dengan sup ayam..


Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )

  • 2 biji tomato (dipotong dadu kecil)
  • 2-3 biji cili padi ditumbuk halus (kalau tak mahu pedas, kurangkan dan sebaliknya)
  • 2 biji limau kasturi (diperah, ambil airnya)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan-bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing. Sekiranya kurang rasa limaunya, boleh perahkan air limau lagi.
  • Amat sesuai dimakan bersama-sama sup ayam atau telur dadar.

SAMBAL KEROPOK LEKOR


Dsc00153

diblender

Bahan-bahan ( beberapa orang )

  • sedikit air
  • beberapa cili padi
  • bawang putih beberapa ulas
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • blenderkan air,cili padi,bawang putih dan garam.

Sambal Pecal


Dscn0083

Pencicah istimewa orang jawa!


Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga )

  • 300 gm kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 6 biji cekur @ kencur
  • 30 gm asam jawa
  • 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
  • 100 gm cili api
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

Terlebih dahulu :

  • Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.

TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.

KUAH KACANG AYAM


Kuahkacang

Sambal kacang ni sedap untuk nasi himpit, pecal, tauhu sumbat dll.

Bahan-bahan ( Dapat semangkuk besar )

  • 300 g isi ayam (potong dadu)
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 5 sudu gula merah/ gula melaka
  • 2/3 cawan gula putih
  • garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan pekat

Bahan-bahan tumis :-

  • 2 batang serai
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak

Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):

  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar

Cara-cara

  • Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
  • Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  • Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
  • Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
  • Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
  • Siap untuk dihidang.

KUAH KACANG


Kuahkacang

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam

Cara-cara

  • Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  • Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  • Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  • Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  • Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  • Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  • Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!