Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts

UBI BERSIRA



Sumber: Ishzah

Bahan-Bahan

  • 3 ketul sederhana panjang ubi kayu ~ buang kulitnya
  • 1 s/teh garam
  • Air untuk rebusan ~ secukupnya
  • * Rebus ubi hingga empuk dengan sedikit garam.
  • 180gm gula pasir
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 1 helai daun pandan ~ simpulkan
  • Secubit garam
  • 1 s/mkn tepung jagung + sedikit air ~ untuk memekatkan santan.
Cara-caranya
  • Rebus ubi hingga empuk dan airnya berkurangan sedikit.
  • Lalu masukkan gula. Kacau perlahan-lahan hingga gula semua sebati dengan ubi.
  • Padamkan api. Toskan dan ketepikan.
  • Didihkan santan bersama sedikit garam dan daun pandan. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Kacau hingga santan agak pekat sedikit.
  • Padamkan api serta sejukkan.
  • Letakkan ubi yg bersira gula ke dalam piring, lalu sirakan sos santan ke atas ubi.
  • Siap untuk di hidang.
Note:
  • Gula pasir boleh anda tukarkan ke gula melaka jika suka. Dengan cara cairkan gula melaka dengan sedikit air hingga sedikit pekat lalu tapis.
  • Begitu juga dengan gula pasir, jika anda tidak mahu campurkan kesemua gula ke dalam ubi....,anda boleh buat seperti sirap gula pekat, bila nak hidang anda sirakan sirap gula dan santan.

GADO-GADO

Kuah Gado-Gado harus ada rasa pedas, masam, manis baru terangkat. Sayur-sayuran pula terpulang kepada anda apa yang ingin anda suka seperti tempe, kentang, tahu, kobis, kangkung, kacang panjang, timun, tauge dan telur. Resipi yang D kongsi kali ini adalah dari Mami Asmah Laili. Dari segi bahan-bahan yang digunakan tidak banyak bezanya dengan resipi dari Mummy D sendiri. Kepada semua Selamat Mencuba.

D juga berikan gambar contoh cekur/ kencur. Tujuan utama dalam masakan Gado-Gado ini ialah supaya kuahnya mempunyai aroma yang bangkit. Lain rasa kuah Gado-Gado jika tidak letak cekur/ kencur.
Sumber: Mami Asmah Laili /Diana

Bahan-bahan

BAHAN UNTUK KUAH
  • 600 gram kacang tanah, digoreng hingga garing dan ditumbuk kasar
  • 1 sudu makan asam, digaulkan dengan 1 cawan air, dan tapis
  • 4 sudu makan atau lebih gula tanjung
  • 30 biji lada kering,
  • 15 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 1 ibu jari lengkuas dikisar halus
  • 4 batang serai
  • 2 atau 3 biji cekur
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN
  • 2 bungkus lontong, direbus dan satelah sejuk, dipotong dadu
  • 2 keping tauhu, di hiris dan digoreng
  • 3 keping tempe, dihiris dan digoreng
  • 2 biji kentang, direbus dan didadu
  • 10 biji kacang panjang, dipotong ½ jari dan direbus
  • 1 biji timun di hiris
  • 6 biji telur, direbus dan dibelah dua
  • 300 gram tauge, dicelur dan ditoskan
  • ½ kobis dirampai
  • Keropok udang
  • Bawang goreng
Cara Menyediakan
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Bila naik minyak masukkan kacang tanah dan sedikit air. Gaul rata.
  • Apabila mendidih tuangkan air asam, masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga kuahnya mendidih, kemudian matikan api. Kuah gado-gado sedap rasanya, jika manis sedikit.
CARA MENGHIDANG
  • Atur didalam pinggan, sayur-mayur serta tempe dan tauhu goreng. Tuangkan kuah. Kemudian taburkan bawang goreng dan hiaslah dengan sebelah telur rebus serta keropok udang.