Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

JELATAH PERANTAU

Img_0168

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  • potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  • carrot dipotong memanjang
  • campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  • sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
tips 1:
  • jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
tips 2:
  • kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

KACANG BUNCIS DGN TELUR


Cimg0781

simple tapi menyelerakan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun bole)
  • 2 ulas bawang merah di tumbuk
  • 2 ulas bawang putin di tumbuk
  • Secubit garam
  • Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  • Panaskan minyak goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  • Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
  • Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit.
  • Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih.
  • Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap.


Coleslaw


Sesaper yang suka makan coleslaw KFC tu, buat sendiri lagi sedap la...


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan kubis dicincang kasar
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus-halus
  • 1 biji telur rebus (dihancurkan)
  • 5 camb. mayonis

Cara-cara

  • Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.
  • Sesuai untuk minum petang dan makan bersama nugget, fries.