Showing posts with label kuih kukus. Show all posts
Showing posts with label kuih kukus. Show all posts

MANGO MOCHI

31

Ala2 ondeh2 tapi cara masak tak sama.


Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 300g Tepung pulut
  • 60g Tepung beras
  • 1 sudu besar Serbuk Santan
  • 1 1/2 sudu besar Minyak jagung
  • 200ml Air panas + 45g Gula
  • 160ml Susu Cair Ideal
  • 240ml Mango juice
  • Kelapa parut & pewarna kuning
  • 1 -2 biji Mangga manis

Cara-cara

  • Campur kesemua bahan kecuali buah mangga & kelapa parut. Kacau sehingga sebati. Tapis jika bergentel.
  • Tuang adunan ke dlm bekas kukusan yg di minyakkan. Kukus 30 minit.
  • Kacau & sejukkan.
  • Taburkan kelapa parut ke atas piring kecil. Ambil sesudu adunan & isi dgn ketulan mangga. Bulatkan & golekkan dgn kelapa parut.
  • Makan terus atau pun di sejukkan dulu.
  • Nota: Kuih ni sesuai utk yg gemar kurang manis. Pastikan mangga yg di gunakan tu cukup manis jika tidak, boleh lebihkan sukatan gula kat adunan tu.

ANGKOO [ Red Koo Kuih ]

Angkoo (Red Koo Kuih)



Recipe by Amy Beh

Ingredients


(A):
  • 250g glutinous rice flour - sifted
  • 1 tbsp tapioca flour
  • 75g steamed sweet potato - mashed
  • 3 tbsp sugar
  • 1-2 tbsp corn oil

    (B):
  • 150g water
  • 1/8 tsp orange-red colouring
  • Banana leaves - cut into small circles and greased
  • Corn oil for glazing

    Filling:
  • 200g split and skinned green peas - washed and soaked overnight;drain well
  • 150g sugar
  • 1-2 tbsp corn oil
  • 2 pandan leaves

    Method

    • Mix (a) in a large bowl. Make a well in thecentre and add corn oil and (b). Mix well and knead to form a smooth but not sticky dough.
    • Divide dough into equal portions and roll into balls. Flatten each portion slightly, add a small ball of filling. Pinch and seal the edges. Lightly dust angkoo mould with glutinous rice flour. Press each ball of dough into the mould. Knock mould lightly against table and the angkoo will slide out. Place each angkoo on greased, cut-out banana leaves.
    • Steam angkoo over boiling water for four minutes, then open the lid and continue steaming for six more minutes or till cooked. This will ensure that the pattern comes out sharp and clear after cooking.
    • Remove angkoo from steamer and brush lightly with corn oil to prevent them from sticking to one anotherand also to get the sheen.
    To make the filling:

    • Steam green peas in a steamer for 20-30 minutes or till soft. Mash the green peas.
    • Heat a non-stick pan, add in all filling ingredients and stir till mixture is almost dry. Remove the pandan leaves and leave aside to cool. Roll green pea paste into small balls and set aside to be used as filling
  • COCONUT BLOSSOM


    Resipi ini dari Saudari Lady Aries Coconut Blossom yang berintikan kelapa. Mengikut kata Aries resipi ini adalah resipi Apam Mekar

    Sumber: Kak Hanieliza/ Aries/Diana

    Bahan
    • 250 gm gula
    • 2 biji telur sejuk
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 200 ml santan pekat
    • 300 gm tepung gandum
    • 1 sudu besar ovalette
    • 1 oz air pandan } aries gunakan pes pandan
    • 1 tsp warna hijau } instead
    • acuan kertas
    Cara membuatnya :
    • Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.

    NAGASARI JAGUNG















    Bahan-Bahannya:
    • 1 tin jagung (whole kernel corn)
    • 250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
    • 450 ml air
    • 175 gm gula pasir
    • 1 helai daun pandan
    • (dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
    • 200 ml air
    • 1 paket tepung Hoon Kwee
    • (dicampur dan kacau rata)
    Cara:
    • Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.
    • Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.
    • Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.
    • Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .
    • Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!!

    MAKOKE


    Kuih apam makoke ni dah lama saya tak buat. Resipinya saya dapatkan dari seseorang (tapi tk ingatlah, sbb dah lama kot) . Anyway, kalau sesiapa nak cuba, here's the recipe.

    Bahan-Bahan Utk Ibunya

    • 1 mangkuk (kira-kira 500 gm) nasi sejuk
    • 1 keping ragi (bulat sebesar syiling 50sen)

    * Ragi dihancurkan hingga halus dan digaul dgn nasi hingga rata. Masukkan ke dalam bekas dan simpan selama 2-3 hari sehingga menjadi tapai nasi.

    Bahan (A)

    • 1 senduk lauk tapai nasi (kira-kira 200 gm)
    • 6 oz air
    • 12 oz gula

    * Ketiga-tiga bahan ini dikisar hingga halus

    Bahan (B)

    • 1 peket (600 gm) tepung beras
    • 12 oz air

    * Bahan ini disatukan dan digaul rata.

    Cara:
    • Satukan bahan (A) & (B). kacau rata. Kalau perlu ditapis adunannya.
    • Perap selama 1½ jam. Apabila nak dikukus, barulah dibubuh 2 sudu makan Eno.
    • Kemudian kacau rata-ratasebelum dikukus selama kira-kira 15-20 minit.
    • Enak dimakan dgn kelapa parut dan gula tanjung.

    APAM TEH HIJAU

    Greenteaapam

    ubahsuai dari resipi apam cream cheese

    Bahan-bahan ( 6 biji )

    • 2 susu kecil green tea powder
    • 1 biji telur
    • 150g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 75ml susu segar
    • 5 sudu besar gula

    Cara-cara

    • Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak. Pukul sehingga berbuih/ gula larut sepenuhnya.
    • Ayakkan tepung, green tea powder dan baking powder ke dalam mangkuk tadi. Kemudian kacau sehingga sebati.
    • Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kukuslah selama 8-10 minit atau sehingga masak

    APAM CREAM CHEESE

    Apam_creamcheese

    macam buat apam biasa juga cuma tambah cream cheese

    Bahan-bahan ( 6 biji )

    • 40g cream cheese
    • 1 biji telur
    • 150g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 75 ml susu segar
    • 5 sudu besar gula

    Cara-cara

    • Potong dadu cream cheese dan ketepikan.
    • Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak. Pukul sehingga berbuih/ gula larut sepenuhnya.
    • Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk tadi. Masukkan cream cheese. Kemudian kacau sehingga sebati.
    • Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kukuslah selama 8-10 minit atau sehingga masak

    PAU KARI AYAM


    Picture_577

    Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )

    • 500gm tepung (jun guna tepung pau)
    • 50gm minyak/shortening
    • 6gm yeast
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 100gm gula (jun guna 80gm j)
    • 250gm air suam

    Untuk inti kari ayam:-
    • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
    • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
    • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
    • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
    • @garam dan serbuk perasa
    • @2 sudu besar minyak

    Cara-cara

    • Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata.
    • Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
    • Tutup dengan cling film dan biar selama 10min.
    • Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
    • Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang.
    • Biar lebih kurang 1 jam.
    • Kukus selama 10min.
    Untuk inti:-
    • Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
    • Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
    • Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.

    NAGASARI


    Dsc01388_copy

    Sehingga kini kuih zaman nenek2 kita dulu masih laku, paling senang nak membuatnya.


    Bahan-bahan ( 12-15 biji )

    • 1 cawan tepung beras
    • 5 cawan santan
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar gula
    • sedikit garam
    • 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
    • Daun pandan, disimpul
    • Daun pisang secukupnya

    Cara-cara

    1. Dsc01380_copy
      1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
    2. 2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
    3. Dsc01378_copy
      3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
    4. 4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
    5. Dsc01383_copy
      5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
    6. 6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
    7. Dsc01386_copy
      7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
    8. **Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

    TEPUNG SERUNAI


    21-10-07_1116

    Resepi dari pasar batu enam KT...

    Bahan-bahan ( 20 biji )

    BAHAGIAN BAWAH
    • 300 g gula merah
    • 1 biji telur
    • 200 g tepung beras
    • 100 g tepung sagu
    • 2 cawan santan pekat
    BAHAGIAN ATAS
    • 500 g tepung beras
    • 2 cawan santan pekat
    • 1/2 sudu teh garam
    • Daun pisang secukupnya (layur dahulu)
    • Bilah lidi yang ditajamkan (1 inci setiap satu)

    Cara-cara

    • Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera).Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon.Sematkan dengan lidi.
    • Sementara itu sediakan kukusan.Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.
    • Dalam mangkuk besar campurkan kesemua BAHAN BAWAH. Adun hingga sebati.
    • Dalam mangkuk besar lain adunkan BAHAGIAN ATAS hingga sebati.
    • Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang.Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.
    • Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak.Siap untuk hidangan.

    KUIH LOMPANG


    010520081513

    salah satu kuih tradisional yang mmmmmm sedap...


    Bahan-bahan ( . )
    • 1 1/2 cawan tepung beras
    • 1 sudu makan tepung ubi
    • 1 sudu kecil air kapur
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 1/2 cawan gula merah
    • 2 cawan air
    • daun pandan
    • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

    Cara-cara

    • - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
    • satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
    • kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
    • tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
    • kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
    • hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

    APAM TAPAI


    Dsc01039

    Apam ni makan petang-petang best la

    Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )

    • 1 mangkuk nasi
    • 1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
    • 2 mangkuk tpg beras
    • 1 mangkuk gula
    • 2 mangkuk air
    • 2 sudu teh eno

    Cara-cara

    • Tumbuk ragi hgg hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
    • Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
    • Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
    • Peram bahan ini selama 5-6 jam
    • Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

    APAM TAPAI BERAS

    Bahan-bahan ( 40 biji bargantung pada saiz acuan )

    • 1 senduk kecil tapai nasi
    • 1 peket tepung baras cap teratai
    • 2 cawan gula
    • 3 cawan air
    • 4 sudu teh eno
    • pewarna secukupnya

    Cara-cara

    • gula dan air dimasak hingga gula cair dan sejukkan
    • ambil setengah peket tepung beras dan air gula tadi .blender hingga sebati
    • habiskan setengah tepung beras yang setengah tadi di campur dengan air gula dan satu senduk tapai nasi .blender sebati .
    • perap selama 5 jam atau lebih(adunan kelihatan berbuih)
    • bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama .letak pewarna kacau sebati dan masukkan eno
    • masukkan dalam acuan kukus selama 10 minit
    • untuk buat tapai nasi **1 bekas aiskrim yang bulat.. nasi sejuk di campur dengan 1 biji ragi ,gaul sebati perap semalaman atau sehingga tapai tadi kelihatan berair.
    • sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

    KUEH TEPUNG BUNGKUS


    Bahan
    • 1 cawan tepung beras
    • 2 cawan santan + sikit garam
    • Daun pisang
    Bahan-bahan inti:
    • 1/2 biji kelapa muda parut
    • 1 ketul gula melaka
    • 1 s/b gula
    • 1 s/b tepung gandum
    • 4 s/b air
    • 1 helai daun pandan
    Cara:
    • Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
    • Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
    • Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
    • Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
    • Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
    • Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
    • Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
    • Sejukkan dan hidangkan.

    PAU DAGING


    Dsc01150

    resepi mak bagi, saja nak tambah koleksi pau kat sini

    Bahan-bahan ( sekeluarga )

    kulit pau -500g tpg gandum
    • 6g yis biji
    • 100g gula pasir
    • 50g minyak jagung atau minyak masak
    • 230g air, bgtg kepada mutu tpg
    inti - 5 bj kentang - ptg dadu
    • 200g daging-ptg nipis dan kecil2
    • lada hitam
    • daun sup
    • 1 labu bwg besar
    • garam dan gula secukup rasa
    • minyak untuk menumis

    Cara-cara

    1. gaul yis dgn tpg
    2. larutkan gula dalam air
    3. uli semua bahan kulit hingga licin dan kenyal
    4. buat btk bulat lebih kurang 60g dan biarkan 10 minit
    5. canaikan dan masukkan inti. tutup inti dan lapik atas plastik atau daun pisang
    6. biarkan adunan pau dalam 35 minit.
    7. kukus degan apai kuat selama 10 minit
    8. panaskan minyak, masukkan daging dan kentang, masukkan sedikit air agar kentang dan daging empuk.
    9. bila daging dan kentang empuk masukkan lada hitam dan bawang besar. kacau sekejap.
    10. masukkan gula dan garam, akhir sekali masuk pula daun sup. kacau sekejap dan tutup api

    KUIH LOMPANG


    Cute_lil_taufiq_011

    Resepi dari ibu tersayang

    Bahan-bahan ( 40 biji )

    • 2 1/2 cawan Tepung Beras
    • 1/2 cawan Tepung Sagu
    • 1 cawan Gula
    • 1 sth Air Mawar
    • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
    • Daun Pandan

    Cara-cara

    1. Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
    2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
    3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
    4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
    5. Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
    6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
    7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
    8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..

    APAM KUKUS


    Step_by_step_030

    Khas dari Indonesia

    Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

    • 250 g tepung berserbuk penaik
    • 200 ml santan
    • 200 g gula halus
    • 2 biji telur Gred A
    • 1 camca teh vanila esen
    • 1 camca makan ovallate
    • Secubit garam
    • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

    Cara-cara

    1. Step_by_step_026
      Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
    2. Step_by_step_025
      Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
    3. Step_by_step_027
      Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
    4. Step_by_step_028
      Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
    5. Step_by_step_029
      Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

    TEPUNG PELITA


    Tepung-pelita

    kueh tradisional

    Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

    • 1 cawan tepung beras
    • 1 cawan gula
    • 5 cawan air
    • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
    • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
    • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
    • sedikit kapur dan sedikit garam

    Cara-cara

    • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
    • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
    • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
    • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
    • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
    • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
    • Sejukkan

    PAU SAMBAL TELUR


    Pau_sambal

    datin@myresipi.com


    Bahan-bahan ( 15 biji )

    • 500g tepung roti
    • 1 peket instant yeast
    • 3 sudu besar gula halus
    • 1 biji telur
    • sedikit garam
    • 2 cawan air suam

    Cara-cara

    1. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Jangan terlalu lembik.
    2. Ambik sedikit doh, buat bentuk bulat. Buatlah sampai habis. Rehatkan dalam 1/2 jam supaya dia mengembang.
    3. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Kemudian angkat.
    4. Belah pau kepada dua bahagian tapi jangan sampai putus. Isilah dengan sambal kesukaan anda.

    ABOK - ABOK DIRANTAU

    Abok2

    kuih tradisional yang hampir dilupakan...

    Bahan-bahan ( 15 biji / mangkok kecil/1 loyang sederhana )

    • 1/2 kilo sago biji
    • 2 cawan desacated coconut/kelapa parut
    • gula melaka/brown sugar secukupnya
    • garam secukup rasa

    Cara-cara

    1. cuci sagu dan toskan
    2. gaulkan sagu dengan kelapa dan garam
    3. masukkan 2 sudu campuran sagu ke dlm mangkok kecil tahan panas
    4. masukkan gula melaka/brown sugar ikut suka banyak
    5. tutup dengan 2 sudu lagi campuran sagu sagu dan ulang sampai habis... (boleh letak dalam loyang kalau tak mau guna mangkok kecil
    6. kukus sehingga masak atau nampak sagu sudah berkilat
    7. ***Kalau ada daun pisang, gulung daun pisang bentuk 'kon' dan masukkan bahan seperti yang di terangkan, lipat dgn rapi dan kukus