Showing posts with label aneka biskut. Show all posts
Showing posts with label aneka biskut. Show all posts

BISKUT SARANG SEMUT MILO

Sarang_semut_milo

kak fida@myresipi.com
.

Bahan-bahan ( 120 - 130 kpg. )

  • 140 g mentega - lembut
  • 130 g gula serbuk
  • 2 biji kuning telur
  • 160 g tepung naik sendiri
  • 140 g tepung gandum
  • 1/2 sk emplex (tak ada pun tak apa)
  • 80 g serbuk Milo
  • 1/2 sk esen vanilla
  • secukup colour rice - untuk hiasan

Cara-cara

  1. Mentega dan gula serbuk dipukul hingga putih.
  2. Masukkan kuning telur dan vanilla pukul hingga rata.Masukkan pula tepung2,emplex dan serbuk milo dan pukul/uli hingga sebati.
  3. Doh_ssm_disagat
    Parut doh menggunakan penyagat keju ke dlm mangkuk.
  4. Sarang_semut_milo_sblum_bakar
    Bubuh sedikit doh yg diparut ke dlm paper cup kecil dan taburkan sedikit colour rice.
  5. Bakar hingga masak selama 10-15 min pd suhu 200C.
  6. Biar biskut sejuk dan simpan di dlm bekas kedap udara.
  7. **utk memudahkan memarut adunan,doh dikepal2 menjadi bebola dan simpan dlm chiller hingga 1/2 jam atau hingga keras.

TART NANAS SEMPOI

Img_0898

Jue Hussin@myresipi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 300gm butter / majerin
  • 2 biji kuning telur
  • 370gm tepung gandum
  • 40gm tepung kastad
  • 30gm susu tepung (susu anak pun boleh)
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. pukul mentega sampai agak lembut, masukkan telur
  2. Masukkan tepung gandung, tepung kastad, susu tepung & uli hingga menjadi doh
  3. Canai & terap dengan acuan yg disukai. Boleh jugak dijadikan tart gulung
  4. Bakar selama 15 minit @ hingga masak
  5. Acuan
    Ni acuan yang digunakan... sebelum tercabut tangkainya
  6. Acuan
    ni plak setelah tercabut tangkainya... hehehe

CAPPUCINO CRUNCH

Capuccino_crunch

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 50 kpg )

  • 250 g mentega - lembut
  • 160 g gula serbuk
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sb coffee oil
  • 1 sb serbuk koko
  • 80 g tepung susu
  • 50 g tepung kacang hazel (atau apa saja kekacang yg dikisar halus)
  • 350 g tepung gandum
  • 250 g choc. block - potong dadu kecil (utk inti)
  • 250 g choc.masakan *
  • 1 sb mentega *
  • Bahan bertanda * dicairkan secara double-boil
  • secukup bahan hiasan :- 100 thousands atau kekacang yg di cincang
  • secukup mangkuk kertas yg kecil

Cara-cara

  1. Dalam sebuah mangkuk, kacau 4 bahan pertama hingga rata.
  2. Masukkan 3 bahan berikutnya dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Ambil sedikit adunan,isikan sebutir choc. block yg didadu dan bentukkan bulat seperti guli dan susun diatas dulang pembakar.Buat hingga habis.Bakar hingga masak pd suhu 150C selama 10-15 min.Sejukkan biskut.
  5. Celup biskut ke dlm choc. cair dan isikan kedlm mangkuk2 kertas dan taburkan atasnya dgn bahan hiasan pilihan masing2.
  6. Biarkan choc.nya keras sebelum disimpan di dlm bekas yg bertutup rapat.(boleh juga dimasukkan didlm freezer 2-3 min saje setakat utk membekukan choc.)

BISKUT BUNGA CINA

Biskut_bunga_cina

nor_67@myresipi.com

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.

BISKUT LADY BITES

Image001

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 80gm tepung jagung(ayak)
  • 120gm tepung gandum(ayak)
  • 70gm gula castor
  • 30gm bread crumb-diblend kering sampai hancur
  • 30gm nestum-diblend sampai hancur
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 tsp baking powder
  • 100 gm butter
  • 1 tbsp shortening
  • kuning telur(untuk disapu diatas adunan)
  • gajus dan gula2 manik warna warni sebagai hiasan.

Cara-cara

  1. Pukul kuning telur,butter dan gula dgn senduk kayu sebatikan.
  2. Campur semua bhn,gaul sebati (dgn tgn),canai dan terap dgn acuan kesukaan.
  3. Sapu kuning telur,letak hiasan dan bakar.Suhu 180 darjah dlm 20-25 minit ikut kepanasan oven masing2.

TART KEJU

Tart_keju_pineapple

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart. )

Bahan2 doh tart:-
  • 450 g mentega - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 100 g gula halus (saya guna gula icing)
  • 100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
  • 1 kg tepung gandum - ayak
Bahan2 inti :-
  • 2 biji nenas - diparut
  • 450 g gula pasir
  • 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)

Cara-cara

  1. Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan sejukkan.
  2. Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.
  3. Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
  4. Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
  5. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

BISKUT BANTAL PELUK SALOMA

Bantal_p

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( 70 - 80 kpg. )

  • 200 g mentega - lembut
  • 100 g gula halus (saya guna gula icing-ayak)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 biji telur - dikocok sedikit
  • 50 g tepung jagung - ayak
  • 300 g - 400 g tepung gandum - ayak
  • secukup korma - dibuang biji dan dibelah dua
  • 1 biji telur - kocok,utk sapu atas biskut

Cara-cara

  1. Mentega dan gula digaul hingga sebati dan masukkan telur dan esen gaul lagi hingga rata.
  2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul dan masukkan pula 300 g tepung gandum dan uli hingga sebati. Jika adunan masih lembek, tambah lebihan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh di kepal.
  3. Ambil sedikit doh, canai dan potong persegi panjang, bubuh korma dan gulung kemas2. Atur atas dulang pembakar. Sapu telur di atasnye dan bakar pd suhu 150C selama 20 min. atau hingga keperangan.
  4. Bantal_p
    Sejukkan biskut di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara.

BISKUT SUJI

Biskut_suji

kak fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( + - 350 kpg kecil2 )

  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi QBB
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

P1010344

MamaInaz@myresipi.com


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )

  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
  4. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

BANGKIT KERISIK

Bangkit_enak

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg ikut besar,kecil penerap biskut )

  • 600 g tepung sagu
  • 100 g tepung gandum
  • 300 g butter
  • 300 g gula tepung/icing
  • 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk coconut essence
  • 1 sk garam halus
  • ceri merah - potong kecil utk hiasan

Cara-cara

  1. Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
  2. Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
  3. Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
  4. Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.
  5. Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.

ROTI COOKIE

Roticookie

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 100g roti (plain bread)
  • 40g fresh milk
  • 25g telur (1/2 biji)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 40g dry fruit

Cara-cara

  • Potong dadu roti kecil-kecil. Panaskan oven sehingga 180 degree.
  • Masukkan fresh milk, telur dan tepung ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi.
  • Masukkan roti dan dry fruit. Kacau serata. Kemudian buat bentuk bulat kecil-kecil.
  • Bakar selama 15~20 minit.
TIP:
  • Kalau nak lagi rangup, roti tu hendaklah dikeringkan dulu dan hancurkan jadi macam bentuk breadcrumbs. Masa bakar pun kena pendekkan iaitu 12~13 minit.

BISKUT WHOLEMEAL

Dsc05049-1

chiany2605@myresipi.com


Bahan-bahan ( 50 - 60 biji )

  • 200 gm butter
  • 100 gm gula castor
  • 90 gm gula perang
  • 270 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung wholemeal
  • 30gm toasted sesame seeds (bijian) - dikisar
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara

  • Goreng bijian tanpa minyak, kisar and tepikan dulu [saya pemalas sekadar pakai lesung je]
  • Pukul gula dan butter sehingga lembut. [Original resipi gunakan gula castor je, tapi campur gula perang lagi enak]
  • Campurkan dengan bahan-bahan lain hingga menjadi doh.
  • Canai setebal 1/4 tebal dan potong dengan cutter bulat.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 175C
  • Sejuk-kan sebelum stor dalam tupperware

FANCY BALL

Snow

Mummy7857@myresipi.com

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji )

  • 2 cawan tepung biskut/tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (boleh kurangkan gula...kalau tak suka manis sangat)
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • *1 sudu besar minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
  • *1 sudu kecil planta
  • *1 sudu kecil shortening
  • Sedikit garam
  • Hazelnut/badam/gajus-dibakar dahulu hingga masak. Kalau badam/gajus..potong kecil sedikit
  • Gula halus -untuk menyaluti biskut
  • Perwarna ikut suka (saya guna purple, oren dan hijau)

Cara-cara

  • Dalam bekas besar, masukkan tepung dan gula halus.
  • Masukkan minyak sapi. Uli dahulu hingga sebati
  • Kemudian, masukkan bahan2 bertanda * sedikit demi sedikit. Sambil itu terus menguli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Kalau terlembik, boleh tambah tepung. (pastikan bahan2 * tidak terlalu banyak digunakan, sbb nanti hilang plak bau minyak sapi tu) Masukkan bahan2 * secara sekata.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian, kemudian warnakan...INGAT!!, jangan campur air dalam pewarna,hanya titiskan perwarna dan gaul dengan doh tadi.
  • Cubit setiap doh berwarna dan bulatkan, kemudian cantumkan tiga bahagian. Ditengah2 nya, letaklah kacang hazel tadi. (saya punya biskut ni, kacangnya di dalam..sbb tu tak nampak)
  • Bila dh siap, bakar selama 20 minit, 180'c atau hingga masak
  • Sejukkan dulu, kemudian barulah digolek dalam gula halus. Lepas tu boleh lah letak dalam paper cup (jika suka)

SHORTBREAD CHOCOLATE CHIP COOKIES

Imgp2066

Chocolate chips boleh ganti dengan chocolate lain, contohnya choc yg rupa dia macam batu, M&M dll.

Bahan-bahan ( 30-36 biji )

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ⅛ sudu kecil garam
  • ½ cawan mentega tanpa garam
  • ¼ cawan gula halus
  • 1 sudu besar gula melaka
  • ¼ cawan semisweet chocolate chips (lebihkan jika suka)
  • ½ sudu kecil chocolate essence (optional)

Cara-cara

  • Panaskan oven pada suhu 150C.
  • Dalam mangkuk besar, krim mentaga bersama gula. Lepas itu masukkan chocolate essence dan gaulkan sehingga sebati.
  • Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran mentaga. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan chocolate chips dan gaulkan lagi.
  • Lapis baking tray dengan baking paper. Letak 1 sudu kecil adunan ke atas baking tray, leperkan sedikit degan jari. Ulang sampai habis.
  • Bakar selama 10 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
  • 1 cawan = 250ml

Blueberry Bonanza Bars

Blueberry Bonanza Bars

From:Living

Ingredients

  • Vegetable-oil cooking spray
  • 1/2 cup slivered almonds, toasted
  • 2 cups all-purpose flour
  • 3/4 cup confectioners' sugar
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon coarse salt
  • 3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter , cold, cut into pieces
  • 1 large egg
  • 1 large egg yolk
  • 3/4 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups blueberry jam
  • Almond-Coconut Granola

Directions

  1. Line a 9-by-13-inch baking dish with foil, allowing a 2-inch overhang. Coat with cooking spray. Set aside.
  2. Process almonds in a food processor until finely ground. Add flour, sugar, baking powder, and salt; pulse to combine. Add butter; process until mixture resembles coarse meal.
  3. Lightly beat egg, egg yolk, and vanilla in a small bowl. With processor running, add egg mixture; process just until clumps form. Pat dough into bottom of dish; refrigerate until firm and cold, about 30 minutes.
  4. Preheat oven to 350 degrees. Prick dough all over with a fork. Bake until edges are golden, about 25 minutes. Let cool on a wire rack.
  5. Spread jam over crust; top with granola. Bake until jam is bubbling and granola topping is browned, about 30 minutes. Let cool on wire rack. Lift out, and cut into 2-inch squares. Bars can be stored in airtight containers at room temperature up to 1 day, or frozen up to 1 week.

SHORTBREAD

Biskut_john

rosshi@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu balang kecil )

  • 4oz tepung gandum
  • 2oz tepung beras
  • 2oz gula castor
  • 4oz pure butter

Cara-cara

  • Ayak dulu tepung gandum n tepung beras.Masukkan gula, tepung gandum n tepung beras ke dalam mangkuk.Gaul rata dengan tangan.
  • Masukkan pula butter.Gaul rata hingga macam serbuk roti.
  • Uli tepung tuh hingga menjadi doh. Dah siap bleh la taburkan skit tepung beras di atas papan canai kemudian bleh la canaikan n terapkan mengikut shape masing2.
  • Taburkan skit tepung di atas loyang. Then bleh la letak biskut td. Sblm tuh cucuk2 ngan garfu biskut tuh.
  • Panaskan oven. Pastu bleh la bakar biskut dengan kepanasan 170c or mengikut tahap kepanasan oven masing2 selama 30minit or kekuningan.
  • Dah masak...sejukkan dulu.Then bleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara atau masuk dlm mulut! hehehe.....
  • Selamat mencuba....

Almond Drop

Img_1542

zana08@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 250 gm butter
  • 3/4 cawan gula perang
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung hong kong (beli di kedai arab spt bajrai)
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 cawan coklat chip

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula perang hingga kembang
  2. Masukkan badam dan coklat chip
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung Hong Kong
  4. Img_1533
    Sudukan ke dlm dulang pembakar mengikut citarasa anda.
  5. Img_1530
    Bakar selama 20 minit / suhu 140c

Biskut Seri Murni

Biskut_seri_murni

maryam81@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 Balang )

  • 1 Gelas Gula Di kisar
  • Tepung gandum secukupnya
  • 300gm Kacang tanah di sangan & dikisar halus
  • 1 botol kecil Minyak Seri murni - jangan habiskan
  • Sebiji telur - di pukul

Cara-cara

  • Gaul semua bahan-bahan kering
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit. Hingga menjadi adunan dan boleh di terap. Kalau terlebih minyak boleg masukkan tepung lagi...
  • Terap dgn corak yang anda suka. Sapukan telur ke atas biskut
  • Bakar selama 10-15 minit . Suhu 160'Degre

Ghee Cookies

Dsc00890

~ annie ~@myresipi.com

Bahan-bahan ( 60 biji +- )

Bahan A:
  • Icing Sugar 80g Garam ¼ tsp Tepung 160g Almond Flour 50g
Bahan B:
  • Ghee 110g
  • 1 biji telur kuning utk sapu

Cara-cara

  • Campurkan Bahan A dlm mangkuk besar, gaul sebati.
  • Masukan Bahan B ke dalam (1) gaul sehingga jadi doh. Tutupkan doh dengan kain bersih @ beg plastik selama 4 Jam.
  • Buatkan dengan corak @ bentuk yg kamu suka, atur cookies tadi di atas dulang yg dilapis dgn over paper. Sapukan permukaan cookies dgn telur kuning (blh juga hias dgn candied sprinkles)
  • Panaskan oven sehingga 170'c. bakar selama 15 minit / sehingga perang.
  • * Jangan pukul ghee dgn mesin, kalau tdk cookies akan jadi KERAS!!!* Jadi gunalah tangan gaul hingga jadi doh ^_^
  • Cookies yg perlu masa panjang utk "rest"

Haw flakes cookies

Hawflakescookie

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 60-70 keping )

  • 140g butter- suhu bilik
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 200g tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 5 pek haw flakes

Cara-cara

  • Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  • Masukkan gula pukul sehingga putih.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila. pukul sehingga sebati.
  • Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam no.3.
  • Lepas tu masukkan pula haw flakes. Buka sekeping-sekeping. Kacau biar semua bergaul rata.
  • Bahagi adunan kepada dua bahagian. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Buatlah bentuk bulat dan memanjang. Lepas tu balut dengan oven paper. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.. (atau sehingga keras utk senang dipotong)
  • Potong setebal 7mm. Kemudian bakar selama 15 minit dgn suhu 180C.