Showing posts with label aneka kek lapis. Show all posts
Showing posts with label aneka kek lapis. Show all posts

KEK LAPIS JENTAYU

Sumber : Majalah saji

BAHAN INTI: (A)

16 biji kuning telur gred A

4 biji putih telur

270 gm gula kastor

200 gm tepung hong kong

1 sudu besar ovalatte

1 sudu kecil sodium benzoate

BAHAN B:

500 gm mentega

5 sudu besar susu pekat manis

50 gm kaya

BAHAN C:

Golden churn butter (untuk sapu lapisan)

Sedikit jem untuk melekatkan inti


CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga sebati dan kembang.

3. Satukan adunan, gaul rata.

4. Bahagikan adunan kepada lapan bahagian. Setiap adunan bahagian seberat 180 gm.

5. Masukkan pewarna dan bakar selapis demi selapis hingga masak.

6. Apabila masak tekan dengan penekan zig-zag.

7. Setelah masak sejukkan dan potong tiga segi (cutter 4/4)


PESAN SAJI: Pewarna peach, biru, blueberi emulco, esen pandan dan hijau.


BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS DAN BAWAH:


BAHAN A:

12 biji kuning telur

6 biji putih telur

200 gm tepung hong kong

250 gm gula kastor

1 sudu kecil ovalatte

BAHAN B:

450 gm mentega

4 sudu besar susu pekat

1 sudu besar kaya

BAHAN C:

Sedikit pewarna biru


CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar bahan A hingga kembang dan dalam bekas berasingan putar bahan B hingga kembang dan rata.

2. Satukan adunan dan gaul hingga sebati.

3. Bahagikan kepada dua adunan. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna biru.Masukkan ke dalam piping bag.

4. Sediakan acuan dan bakar selapis demi selapis, setiap lapis paipkan warna biru.

5. Setelah selesai satu adunan susun inti dan bakar lagi selapis demi selapis.


PESAN SAJI:

Acuan saiz 8 1/2 x 8 1/2 x 3 1/2 = 1 acuan (untuk lapisan atas dan bawah)

Acuan saiz 8 1/2 x 8 1/2 x 2 1/2 = 1 acuan dan penekan zig zag.

Pemotong saiz 4/4 untuk inti.

BAHULU LAPIS KOKO

Lapis_koko

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 350 g tepung gandum - sangar hingga ringan
  • 20 biji kuning telur - A
  • 12 biji putih telur
  • 480 g gula halus
  • 1 sm vanilla oil/esen vanilla
  • 3 sb rata serbuk koko - ayak
  • 4 sb susu pekat manis
BAHAN PERSEDIAAN :-
  • 30 g mentega
  • 50 g QBB

Cara-cara

  1. Mentega dan QBB dicairkan dan ketepikan,utk dibuat sapu pd lapisan kek.
  2. Dlm mangkuk mixer,pukul putih telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula dan terus pukul hingga pekat.Masukkan pula kuning telur sebiji2 dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 dan pukul terus,masukkan pula vanilla dan pukul lagi hingga rata dgn kelajuan sederhana.
  4. Adunan dibahagi dua,satu bahagian campurkan koko dan susu manis,satu bahagian lagi dibiarkan plain.
  5. Loyang di alas kertas dan disapu mentega lebih2.
  6. Bakar selapis2 dgn menggunakan api grill berselang-seli warna koko dan plain=3 senduk setiap lapis,mulakan dgn yg plain dahulu.Untuk lapisan koko,setelah di bakar,sapu dgn mentega,QBB yg cair tadi lebih2.Bakar selapis2 hingga habis.

KEK KUKUS LAPIS

Kek_kukus_lapis__2_
Bahan-bahan ( 20cm )
  • 1cup kaya(sy guna kaya tuk roti dlm cup)
  • 1cup butter
  • 1cup susu pekat manis
  • 1cwn suku tpg gndum(sy guna cwn minum teh)
  • 1cwn gula halus
  • 1sd kcl soda bikarbonat
  • 1sd kcl baking powder
  • 1sd kcl ovalette
  • 1sd kcl esen vanila
  • 2sd bsr horlikcs
  • 1sd bsr nescafe(dbancuh dgn sdikit air)
  • atau boleh diganti dgn 1sd bsr coklat emulco
  • pwarna merah,kuning dan hijau

Cara-cara

  1. pukul telur+gula+=gebu
  2. ayakkan tpg+bikarbonat+baking pwder
  3. didlm bekas yg lain,satukan kaya+butter+susu pekat manis=sebati.kemudian msukkan ke dlm adunan telur td.
  4. msukkan tpg yg di ayak td,kemudian ovalette dan horlicks.=sebati dan gebu
  5. dh sebati dan gebu,bhgikan kpd 4 bhgian dan warnakan.
  6. kemudian dkukus slapis demi slapis,hingga abs.(2minit tuk 1 lapisan)
  7. p/s:tuk kek yg cantik,sy balutkan tudung pgukus dgn kain...

KEK LAPIS REMPAH ( 3 )

Kek_lapis

Dimple@myresipi.com


Bahan-bahan ( 7inch loyang empat persegi )

  • 15 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 3 sudu besar susu manis
  • 250g butter
  • 150g gula halus
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 80g /3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh essence vanilla
  • 1 sudu teh rempah (rempah kek

Cara-cara

  • Pukul putih telur dgn 80g gula pada kelajuan yg tinggi sehingga kembang.
  • Pukul kuning telur dgn 70g gula dlm mangkuk yg lain pd tahap kelajuan yg tinggi.
  • Masukkan butter,susu manis,rempah dan essense vanilla ke dlm mangkuk adunan.Pukul pada kelajuan biasa.
  • Campurkan kesemuan adunan.
  • Masukkan sesenduk adunan kedlm loyang yg sudah digris bersama kertas.
  • Bakar selama 5-6min.Gunakan api atas dan bawa.
  • Untuk lapisan kedua dan seterusnya bakar sehingga kuning keemasan(3min) dan gunakan api atas saja.
  • Selamat Mencuba!

KEK LAPIS SUZANA

Suzana

maryam81@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

Bahagian Dlm Kek.
  • 15 Biji Kuning Telur
  • 6 Biji Putih Telur
  • 320gm Gula Halus
  • 300gm tepung Hongkong
  • 150gm air ais
  • 1 ½ sudu makan Ovelete
  • 450gm Mentega
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 200gm chocolate emulco.
Bahagian Atas & Bawah Kek.
  • 8 Biji Kuning Telur
  • 3 Biji putih telur
  • 160gm gula halus
  • 1 sudu makan ovelete
  • 250gm mentega
  • 2 sudu makan susu.
  • Jem secukupnya.

Cara-cara

  1. Bahan A ( Telur hingga Ovelete ) di pukul dgn laju hingga kembang
  2. Bahan B ( Mentega & Susu ) pukul hingga putih.
  3. Bahan A di campur kedlm bahan B
  4. Bahagi 2 :- Coklat dan plain ( krim)
  5. Sediakan acuan saiz 8” x 8”
  6. Bakar berasingan ( acuan utk coklat : lapiskan coklat sahaja begitu juga acuan utk Plain)
  7. Setelah masak dan sejuk.. Potong 1 inci dan potong lagi seinci tadi supaya menjadi segi tiga.
  8. Cara membuat Atas & Bawah Kek
  9. Campur semua bahan kecuali jem. Pukul hingga kembang.
  10. Bakar lapisan bawah dahulu hingga 3 ke 4 lapis.
  11. Lekatkan kek warna coklat dgn plain yang telah di potong tadi menggunakan jem
  12. Jika sudah di lekatkan, ianya menjadi segi empat tepat
  13. Susunkan kek tersebut ke atas kek yang baru dibakar
  14. Buat habis susunan dan kemudian baru bakar semula
  15. Bakar lapisan atas sama seperti lapisan bawah kek

KEK LAPIS PUTIH TELUR BLUEBERRY

Kek_lapis_putih_telur_blueberri

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 inchi bulat )

  • 450g Putih Telur (12 biji)
  • 180g Gula Kastor
  • 350g Butter (Along rasa 300g pun cukup sbb berminyak lah Along buat tadi)
  • 100g Susu pekat
  • 180g Blueberri pie filling
  • 180g Tepung Gandum

Cara-cara

  • Dlm mangkuk yg kering, pukul putih telur & gula sehingga berbuih pekat & tidak berair.
  • Dlm mangkuk yg berasingan, pukul butter & susu pekat sehingga kembang. Masukkan tepung & gaulkan. Campurkan adunan telur putih yg di pukul tadi.
  • Bahagikan adunan kpd dua adunan. Satu bahagian di campurkan dgn blueberri.
  • Lengserkan acuan bulat 8 inchi dgn mentega. Ratakan 6-7 sudu besar adunan putih. Kukus selama 8 minit. Lapiskan pula dgn lapisan blueberri. Buat sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 45 minit sehingga masak.
  • Sejukkan dulu baru di potong.

KEK LAPIS TASIK BIRU





















Sumber: Bro ROZZAN

Bahan-Bahan
  • 24 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 500 gm mentega
  • 300 gm gula kaster
  • 180 gm tepung halus
  • 200 gm walnut (dicincang)
  • 30 ml air dingin
  • 1 sudu makan penstabil
  • 1 sudu makan vanilla atau minyak berperisa mentega
  • pewarna biru
Cara
  • Satukan mentega dgn vanilla atau minyak berperisa mentega dan pukul hingga putih. Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, penstabil, tepung halus dan airdingin di dalam mangkuk lain lalu dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan pula adunan mentega dan digaul rata.
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 2 bahagian dicampurkan dgn walnut dan yg 1 bahagian lagi diwarnakan biru.
  • Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan walnut ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan walnut dan bakar lagi 2-3 minit.
  • Kemudian , bubuh 2 senduk adunan biru, ratakan dan bakar. Ulangi proses melapis berselang-seli 2 lapis adunan walnut dan 1 lapis adunan biru.
  • Pada lapis penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama 5-10 minit.

KEK LAPIS KANDOS CHEESE

Wow.. memang teruja betul dengan hasil kek-kek lapis yang telah dihasilkan oleh Abang Rozzan, memang berseni dan lawa-lawa belaka. TQ Abg Rozzan...kawan-kawan jgn lupa layari web Abang Rozzan tau.....

Sumber : Rozzan

Bahan-bahannya :
  • 20 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 6 oz tepung Hong Kong
  • 10 oz gula halus
  • 16 oz mentega
  • 2 sudu makan susu manis
  • 1 sudu makan ovalet
  • 2 paket serbuk santan segera
  • 6 paket choc. Kandos (36 keping - dipatah dua)- saya gunakan 6 keping chocolate HERSHEY
  • 2 paket cheddar cheese diparut (saya gunakan 1 kotak)
  • Sedikit warna hijau
Peraturan :
  • Pukul mentega dan susu hingga kembang.
  • Pukul telur, gula, ovalet, tepung dan santan hingga pekat.
  • Satukan adunan dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg satu lagi di bubuh pewarna hijau.
  • Bakar warna asal selapis dan taburkan cheese parut. Bila masak lapiskan pula dengan warna hijau dan susun secara rawak(rambang) coklat yang telah dipatahkan 4 dan bakar masak.
  • Lapiskan semula dengan warna asal dan tabur cheese serta bakar masak. Bakar lagi warna hijau dengan ditaburi coklat. Ulang hingga habis.

KEK LAPIS RAINBOW PRUNE

Lagi satu resipi dari Abang Rozzan. D suka tengok Kek Lapis Rainbow Prune ini lawa sungguh, berwarna warni lagi. Kepada Abang Rozzan, thank you for sharing.

Sumber: Abang Rozzan

Bahan-bahannya:
  • 20 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 11 oz gula halus (10 oz bagi yg ingin kurang manis)
  • 16 oz mentega
  • 5½ oz tepung Hong Kong }
  • 1 sudu teh baking powder} ayak bersama
  • 7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
  • secukup chocolate bar(optional)-potong kecil- kecil (saya gunakan cokelat cadbury yg blackforest)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh vanilla
Peraturan:
  • Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
  • Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi. Pada setiap lapisan ganjil bubuhkan cokelat.

KEK LAPIS PURNAMA




According to the source, it is one of Puan Rabiah Amit's collection of Kek Lapis Sarawak.

Bahan A

  • 16 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 200 gram gula halus
  • 150 tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelette

Bahan B

  • 450 gram mentega
  • 1/2 tin susu pekat manis (saiz biasa)

Bahan C

  • 1 tin kecil seri kaya
  • 100 gram Nestum
  • pewarna hijau, kuning,coklat dan oren (saya tukar kpd coklat, merah, oren & kuning)
  • perasa pandan, pisang, kopi, oren (saya tukar kpd coklat, strawberry, oren & mangga)

Cara Menyediakan-ikut buku Rabiah Amit

1. Pukul bahan A hingga ringan & kembang.
2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang.
3. Satukan adunan A & B, gaul sebati.
4. Masukkan seri kaya dan Nestum. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian:

a) 1 bahagian warnakan coklat & masukkan perasa coklat
b) 1 bahagian warnakan merah dan perasa strawberry
c) 1 bahagian masukkan oren dan masukkan perasa oren
d) 1 bahagian warnakan kuning dan perasa mangga

5. Sediakan acuan 8 ½ " X 8 ½ " X 4". Tuang selapis nipis bahagian warna hijau. Bakar dengan api grill di dlm ketuhar bersuhu 250 darjah celcius selama 3 minit.
6. Ulangi langkah 5 hingga adunan habis.
7. Ulang proses sebagaimana dalam langkah 5 dan 6 dengan warna kuning, oren dan coklat sehingga adunan habis.
8. Akhir sekali, bakar di dlm ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 5 minit.
9. keluarkan dan biarkan kek sejuk di dlm acuan.

KEK LAPIS TASIK BIRU





















Bahan-Bahan
  • 24 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 500 gm mentega
  • 300 gm gula kaster
  • 180 gm tepung halus
  • 200 gm walnut (dicincang)
  • 30 ml air dingin
  • 1 sudu makan penstabil
  • 1 sudu makan vanilla atau minyak berperisa mentega
  • pewarna biru
Cara
  • Satukan mentega dgn vanilla atau minyak berperisa mentega dan pukul hingga putih. Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, penstabil, tepung halus dan airdingin di dalam mangkuk lain lalu dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan pula adunan mentega dan digaul rata.
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 2 bahagian dicampurkan dgn walnut dan yg 1 bahagian lagi diwarnakan biru.
  • Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan walnut ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan walnut dan bakar lagi 2-3 minit.
  • Kemudian , bubuh 2 senduk adunan biru, ratakan dan bakar. Ulangi proses melapis berselang-seli 2 lapis adunan walnut dan 1 lapis adunan biru.
  • Pada lapis penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama 5-10 minit.

KEK LAPIS PELANGI SENJA
























Bahan-Bahan
  • 27 biji kuning telur
  • 480 gm mentega
  • 230 gm gula kaster
  • 160 gm tepung gandum
  • 1 sudu makan penstabil
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • coklat cip secukupnya
  • pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
  • Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan.
  • Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata.
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning.
  • Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit.
  • Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4.
  • Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan.
  • Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.

KEK LAPIS MOCHA



Bahan A:

  • 7 biji putih telur
  • 15 biji kuning telur
  • 350 gm gula
  • 1 sudu makan ovallet
  • 250 gm tepung hong kong
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu makan horlick
  • 60 gm air
  • 1 sudu makan esen vanilla

Bahan B:

  • 500 gm mentega

Bahan C:

  • 3 sudu kecil nescafe
  • 1 sudu makan pes kopi

Cara:

  • Masukkan semua bahan A dan B di dalam mangkuk yang berlainan dan putar hingga kembang. Satukan adunan dan gaul rata. Ambil 1/3 adunan dangaulkan dgn Bahan C. Baki adunan biarkan plain atau boleh juga masukkan pandan paste. Ratakan 4 sudu makan adunan plain dan bakar.Bila masak ratakan 4 sudu makan lagi adunan yang sama dan bakar masak. Lapis ketiga baru ratakan adunan yg bercampur nescafe. Ulang seperti tadi hingga habis.

Nota dari Deeyana:

  • Resipi ni dari majalah mingguan wanita keluaran khas aidilfitri 2005.
  • Resipi ini menggunakan acuan empat segi saiz 9" x9". kalau tak ada 8" pun boleh.

KEK LAPIS SAMPOERNA

























Bahan-Bahan
  • 25 biji kuning telur
  • 500 gm mentega
  • 250 gm gula kaster
  • 170 gm tepung gandum
  • 100 gm ceri (didadu)
  • 50 gm halwa pala (dicincang)
  • 50 gm badam (dipanggang dan dikisar)
  • 1 sudu makan penstabil
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu teh esen buah pala
Cara
  • Satukan mentega, susu, madu dan esen pala. Pukul hingga putih dan ketepikan.
  • Satukan telur, gula, penstabil dan tepung lalu dipukul hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega dan digaul rata. Masukkan pula ceri, halwa pala dan badam. Gaul rata-rata.
  • Sediakan loyang berukuran 9 x 9 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan, ratakan dan bakar selama 2-3 minit.
  • Ulangi proses melapis sehingga adunan selesai.
  • Pada lapis terakhir, apabila kek telah nampak kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.

KEK LAPIS DURIAN













Kek Lapis Durian

Bahan A
  • 400g mentega ( saya gunakan 450 g)
  • 300gm gula halus
  • 500g puree durian (dari isi dikisar tanpa air)- saya blend jer dgn mixer
  • 4 sudu makan susu manis
  • sedikit paste durian (saya tak taruk sbb not available, instead saya bubuh 1 steh vanilli)
Bahan B
  • 180g tepung naik sendiri
  • 24 biji kuning telur
  • 8 biji putih telur (saya gunakan 7 saja sbb saya gunakan telur saiz besar)
Cara:
  • Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
  • Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
  • Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
  • Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
  • Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
  • Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.
Nota :
  • saya gunakan telur saiz besar dan lebihkan sedikit sukatan mentega.
  • Saya gunakan loyang saiz 10" x 7" dan dapati ada lebihan adunan yg kemudiannya saya bubuh dalam acuan cupcakes. Saya taburkan sedikit parutan keju cheddar ke atasnya.

















Bahan-Bahan
  • 16 oz mentega
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 14 oz isi durian
  • * Pukul semua bahan hingga kembang …………. BAHAN (A)
  • 20 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 10 oz gula halus
  • 5½ oz tepung naik sendiri
  • * Pukul semua bahan dgn high speed ………… BAHAN (B)

Cara:
  • Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Kacau rata-rata.
  • Bakar selapis selapis hingga selesai dengan api grill.
Note:
  • I've been using this recipe for many years and it has never failed me. ** So, whichever recipe you would like to use, I'm sure you too will succeed. Best of luck!

KEK LAPIS COFFEE PRINCESS



BAHAN (A)
  • 15 BIJI KUNING TELUR SEJUK
  • 4 BIJI PUTIH TELUR SEJUK
  • 270 GM GULA HALUS
  • 40 CC AIR SEJUK
  • 160 GM TEPUNG HONG KONG
  • ¾ SUDU BESAR OVALETTE
  • 1 SUDU TEH BAKING POWDER

BAHAN (B)

  • 270 GM MENTEGA
  • 4 SUDU BESAR SUSU PEKAT
  • 2 SUDU BESAR COFFEE OIL
  • ¼ SUDU TEH GARAM HALUS
  • SEDIKIT PEWARNA MERAH

PERATURANNYA

  • PUKUL BAHAN A HINGGA SEBATI DAN KETEPIKAN.
  • PUKUL BAHAN B SAMPAI PEKAT.
  • MASUKKAN BAHAN B SEDIKIT-SEDIKIT KE DALAM BAHAN A. KACAU RATA-RATA.
  • BAHAGI ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU DIWARNAKAN MERAH DAN YANG SATU LAGI DIBIARKAN PLAIN. ANDA BOLEH GUNAKAN LOYANG BERUKURAN 9" X 6".
  • BAKARLAH 1 LAPIS PLAIN DAN 1 LAPIS MERAH SEHINGGA SELESAI.

KEK LAPIS CEMPEDAK



KEK LAPIS CEMPEDAK (sumber : Pn Zaleha Osman)

Bahan A

  • 500 gm mentega
  • 1 sudu besar esen vanilla (saya gunakan vanilli)

Bahan B

  • 20 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 275 gm gula halus

Bahan C

  • 100 gm tepung Hong Kong
  • ½ sudu teh baking powder


Bahan D

  • 500 gm cempedak kisar }
  • ¼ tin susu pekat manis } – dikacau rata

Cara

  • Pukul Bahan A hingga kembang selama 3 minit. Pukul Bahan B hingga pekat selama 5-7 minit. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau hingga rata.
  • Kemudian, masukkan Bahan C dan kacau lagi hingga sebati. Bakar dgn menggunakan grill, selapis selapis. Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk adunan tepung.
  • Bakar selama 2-3 mminit (saya bakar selama kira-kira 6-7 minit dgn suhu 210 – 215 darjah Celsius).
  • Satu lapisan plain, satu lapisan dicampur dgn 2-3 sudu besar cempedak kisar (Bahan D). Buat begini sehingga adunan selesai. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum diterbalikkan di atas redai (rak kek).

Nota:

  • Apabila melapis adunan lapisan cempedak, bakarlah sehingga kering cempedaknya baru dilapis adunan plain tadi.



KEK LAPIS MANGGA






Terdapat pelbagai kek-kek lapis yg berperisakan buah-buahan seperti durian, cempedak, pisang, oren, strawberry dan lain2. Saya telah mencuba membuat Kek Lapis Mangga yg mana resipinya telah ada dalam simpanan saya sejak bertahun2 lamanya tapi tak pernah mencuba. Resipi ini yg saya petik dari sebuah majalah, telah saya buat sedikit olahan. Walaupun kek ini tidak berapa lemak sebagaimana kek2 lapis biasa, namun hasilnya tidak mengecewakan. Berikut adalah resipinya:


Bahan-Bahan :

  • 12 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 230 gm mentega
  • 180 gm gula halus
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen mangga
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan puree mangga
  • sedikit pewarna kuning

Cara:

  • Mentega, esen mangga dan susu pekat dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur dgn baking powder hingga pekat sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga pekat.
  • Campurkan adunan mentega, puree mangga, pewarna kuning dan adunan telur lalu dikacau rata. Akhir sekali, masukkan tepung Hong Kong dan kacau rata sekali lagi. Bakar selapis-selapis dgn api grill (suhu 200 – 220 C) sehingga selesai.

KUIH LAPIS


Picture_501

kuih kukus yg ni memang my kids suke..senang aje nak buat...

Bahan-bahan ( satu loyang kecil. )

  • 250gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa,
  • tambah 1 sudu besar minyak..ikut selera masing2)

Cara-cara

  • Campur semua sekali dalam mangkuk. kacau sebati.
  • Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada dua.
  • isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian. kat sini jun letak merah ngan hijau..colourful gitu..
  • Kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
  • Biar sejuk baru potong. Kat sini gambarnya x brapa cantik sebab anak jun x sabar nak makan, belum sejuk betul dah potong..hee

KEK LAPIS PANDAN


16062007412

Nampak macam rumit tapi mudah dan sedap...


Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )



BAHAN2 UNTUK KEK:-
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair

BAHAN2 UNTUK KASTARD:-

  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam
  • Cara-cara

  • Step_by_step_117
    UNTUK KEK:-
  • Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu.
  • Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Masukkan juga susu. Gaul rata.
    • Step_by_step_118
    Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  • Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  • Abcd0019
    Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  • Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
  • Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
  • Abcd0018
    UNTUK KASTARD:-
  • Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas.
  • Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat.
  • Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
  • Abcd0017
    UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-
  • Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit.
  • Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong.
  • Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
  • Step_by_step_119
    Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
  • Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
  • Abcd0016
    Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah.
  • Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
  • Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...
  • 16062007412
    Ini yg betul2 sejuk (baru potong sat tadi....buat sarapan lagi