Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

air kembang semangkuk ala cikong


Dscn3319

sesuai diminum panas ataupun sejuk dan yg mempunyai masalah tonsil....sedappppp

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 6-7 biji kembang semangkuk
  • 1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
  • 12-14 biji buah mata kucing ( kering )
  • 7-8 ketul buah kabung/kundur
  • 1 1/2 - 2 jag air

Cara-cara

  • Dscn3312
    rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang didalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air.
  • buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya
  • Dscn3311
    masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yg berisi air kembang semangkuk tadi
  • masak air tersebut dengan api sederhanasehingga mendidih
  • setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung/kundur dan kacau.
  • tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dgn air dan bolehlah padamkan api.
  • sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing

Pati calpis


Calpis

meh buat air calpis sendiri!!


Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  • Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  • Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  • Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

Air barli

1a4

untuk minuman buka posa


Bahan-bahan ( 5-6 gelas )
  • 1 paket kecil buah barlie
  • 2 cawan gula
  • 3 -4 jag air (1 periuk sederhana) atau lebih

Cara-cara

  • Basuh dan rendam barli untuk seketika. Masak Barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih... sehingga barli tu kelihatan putih serta air akan bertukar warna putih. Angkat. Boleh di minum secara suam-suam panas atau sejuk. **Rebus barli dari air penuh satu penuh sehingga menjadi setengah periuk sederhana, jika perlu tambah air**
  • Note: Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli. Selamat mencuba!

Apple Sherbet


Apple-sherbet

Apple sherbet aiscream.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 300ml air
  • 50g gula
  • 2 sudu besar lemon jus
  • 1 biji epal

Cara-cara

  1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
  2. Sherbet1
    Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
  3. Sherbet2
    Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri.
  4. Bekukan dalam freezer.

AIR SOYA & OKARA


Freshsoyabeans_okara

Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya)

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  • Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  • Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  • Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  • Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

TEH TARIK ORANG PERANTAUAN


Img_0245

Resepi belajar sendiri

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • Serbuk wangi teh (cap istana atau apa2 pun boleh asalkan ada serbuk teh)
  • Susu cair
  • Condense milk
  • Air panas yg baru masak
  • Kain serbuk teh

Cara-cara

  1. Letakkan 3 sudu besar serbuk teh dalam mangkuk dan tambahkan air dan masak sebentar.
  2. Tuangkan sedikit susu cair dan condense milk dlm tako air.
  3. Bila serbuk teh dah mengelegak, tuangkan ke dalam kain serbuk teh dan tuangkan kedalam teko yg dah diisi dengan susu.
  4. Tambahkan air panas dan kacau semua bahan ikut kemanisan masing2.
  5. Air panas yg digunakan mesti yg baru masak barulah rasa teh tarik nie sedap. Bila nak tuangkan dlm cawan tarik tinggi2 supaya dptkan buih.

Jus epal yogurt


Jusepalyogurt

Minuman kesihatan. Boleh elak sembelit dan juga menguatkan antibodi

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1/2 biji epal
  • 1 cawan(200ml) plain yogurt
  • 1/2 cawan(100ml) susu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam juice mixer or blender. Kisar sampai sebati.
  2. Siap untuk diminum. Kalau suka manis bolehlah tambah sedikit madu atau gula.

Tag

Banana Shake Adlin


Banana_shake_adlin

minuman berkhasiat yang mudah bagi penggemar pisang - projek anak bungsu hari ni hehehehe



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 500ml susu segar
  • 3 biji pisang
  • 1 sudu makan gula (ikut suka manis)
  • serbuk coklat (optional)

Cara-cara

  1. Blend kesemua bahan.
  2. Tuangkan ke dalam bekas minuman dan taburkan dengan serbuk coklat (jika suka) dan hiaskan dengan potongan pisang.

Jus apple hijau kasturi dan asam boy


Jus

Boleh juga diamalkan untuk melangsingkan badan.



Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 5 biji apple hijau
  • 9 biji asam boy
  • Gula
  • Ais batu
  • Air masak
  • 6 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
  2. Blend bersama air dan gula
  3. Kemudian masukkan kedalam jug.
  4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
  5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Iced Chocolate


Img_0029

Ala-ala iced chocolate with whipped cream kat secret recipe :P



Bahan-bahan ( 1 )

  • Hersheys chocolate syrup
  • Magnolia fresh milk

Cara-cara

  1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
  2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
  3. Kalau ade whiped cream semburkan. Barula sebijik cam secret resipe. tak pecaya pi selongkar die nye kitchen, mesti ade magnolia fresh milk.
  4. Img_0042
    Inilah die hersheys choloate syrup. price RM9.60

Jus Epal Susu


Epalsusu

Senang dibuat sedap diminum



Bahan-bahan ( 1 )

  • 1 biji epal hijau
  • 1 camca besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Sedikit air dan ais

Cara-cara

  1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).

Jus Anggur


Jus-anggur

Jus anggur hijau



Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 20-25 biji anggur hijau
  • 1/2(100ml) cawan plain yogurt
  • 1 cawan kiub ais

Cara-cara

  1. Belah dan buang biji anggur
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend sehingga jadi bentuk puri.
  3. Tuangkan ke dalam gelas. Bolehlah minum.

Jus Anggur


Anggur

Jus ini boleh mengelakkan darah tinggi dan menghilangkan rasa letih.



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 15-20 biji anggur
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara-cara

  1. Anggur1
    Bersih anggur. Belah dua dan buang bijinya
  2. Masukkan anggur dan air ke dalam blender/mixer. Blend sehingga anggur hancur.
  3. Kalau suka minum sejuk bolehlah tambah ketul ais

Jus avogado


Avogado-juice

jus ini baik untuk melancarkan pengaliran darah, elak darah tinggi dan mencantikkan kulit.



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 biji avogado
  • 1 cup(200ml) fresh milk
  • 1/2 cup(100ml) plain yogurt

Cara-cara

  1. Buang biji dan kulit avogado. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama-sama bahan-bahan lain. Blend.
  2. Kalau suka manis boleh tambah sedikit gula.

JUS TIMUN


Jus-timun

Jus ini boleh melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan lebam di mata

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 sudu kecil lemon jus(jus limau kasturi pun ok)
  • 1/2(100ml) cawan air
  • madu secukupnya

Cara-cara

  1. Timun
    Bersih dan potong bulat-bulat timun
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender/mixer. Mix
  3. **Peringatan: Kalau sakit perut tak boleh minum jus ni dan hanya boleh ambik satu gelas dalam sehari.

Pati calpis


Calpis

meh buat air calpis sendiri!!



Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.