Showing posts with label makanan tradisional india. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisional india. Show all posts

VADAI

Recipe nya:
  • 250 g kacang dhall
  • 2 tangkai chili kering di hiris halus
  • 1 tangkai daun curry di hiris halus
  • 1/2 labu bawang basar di cincang halus
  • 1/2 camca teh jintan manis
  • garam secukup rasa
  • dan minyak secukup nya untuk mengoring
Cara membuat nya:
  • Rendam kacang dhall selama 4 jam (Auntie redam semalaman )
  • Tos kan kacang sehingga kering
  • Kisar kacang dhall sehingga halus, tidak mengapa kalau terdapat sedikit kacang tidak
  • berapa hancur
  • Satu kan bahan dalam satu bekas, dan digaul rata
  • Leperkan di atas tapak tangan yang di lapek dengan plastic
  • yang di sapu dengan minyak untuk mengelakan dari melekat
  • Di susun di atas dulang yang di lapik dengan plastic dan di sapu sedikit minyak
  • Akhir sekali goring dengan api yang sederhana

BATURA /KEEMA MADRAS



Sumber: Resepi ROZZAN


BATURA

Bahan-Bahan:

  • 400 gm tepung gandum
  • 120 gm susu cair
  • 100 gm minyak sapi
  • ½ sud uteh garam
  • 1 sudu makan yeast segera
  • 3 sudu makan tairu
  • ½ sudu teh bacom A100 (sejenis pemangkin)- saya gunakan bread improver
  • 1 sudu teh baking powder
  • secukup minyak jagung utk menggoreng (saya guna minyak biasa)

Cara:

  • Satukan kesemua bahan dan uli hingga rata. Kemudian perap doh selama 10 minit.
  • Selepas itu, ambil secukup doh, canai setebal 5 mm ( ½ cm) dalam bentuk bulat atau bujur.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sekeping doh tadi perlahan-lahan ke dalamnya.
  • Teruskan menggoreng hingga kekuning-kuningan dan masak.
  • Angkat dan toskan. Hidangkanlah bersama Keema Madras.



KEEMA MADRAS

Bahan-Bahan:

  • 350 gm daging lembu atau ayam (kisar)
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 cawan sayur campur (mixed vege)
  • beberapa tangkai daun ketumbar
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan garam masala (saya gunakan 1 sudu makan)
  • 4 sudu makan rempah kari daging (tumis bersama halia, b.putih)

Cara:

  • Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini hingga garing. Masukkan bawang besar serta garam masala dan terus menumis hingga bawang layu. Masukkan daging cincang, kentang dan tomato.
  • Tuang air secukupnya dan masaklah hingga daging dan kentang empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan sayur campur. Masak hingga kuahnya agak pekat.

Pemerhatian Saya:
1) Resipi Batura ni mmg sedap cuma.. agak muak sedikit kerana penggunaan minyak sapi yg agak banyak – 100 gm bagi 400 gm tepung. Mungkin, percubaan seterusnya, saya akan kurangkan sukatannya atau gunakan 50 gm minyak sapi + 50 gm minyak jagung/biasa.

2) Oleh kerana susu cair/sejat pun agak lemak, mungkin anda boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak.

3) Oleh kerana tidak terbiasa dgn pengunaan garam masala, saya telah ubah sedikit resipi keema ini dgn menambah serbuk rempah kari ke dalamnya.

4) Di negara India/Pakistan, Batura juga dimakan dgn hidangan Chana Masala iaitu sejenis lauk yg diperbuat dari kacang kuda.

VADAI

kepada makngah n Rinnchan,terima kasih kongsi resepi vadai

Sumber: Rinnchan – Apron of Love/ Makngah (FRD)

Bahan-bahan:
  • 250gm kacang dal
  • 2 tangkai cili kering, dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari, dihiris
  • 1/2 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 camca teh jintan manis biji
  • 1/2 camca teh garam, secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
  • Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam.
  • Toskan sehingga kering.
  • Kisar kacang dal hingga halus. Tidak mengapa jika masih terdapat sedikit kacang yang tidak hancur.
  • Satukan semua bahan didalam satu bekas.
  • Gaul rata.
  • Leperkan diatas tapak tangan yang dialas dengan plastik yang telah disapukan sedikit minyak masak. Ini untuk mengelakkan dari melekat.
  • Susun diatas dulang beralas plastik yang disapu sedikit minyak masak.
  • Goreng diatas api yang sederhana besar.
  • Siap digoreng.

VADEI


Dsc01098

"Makanan kaya protein yg sesuai utk kanak2 sedang membesar" - quote kata2 mak tentang snack ini.

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 200 gm ( 1 cawan) kacang hitam (Janggri) yg telah dibuang kulitnya
  • 110 ml air
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
  • 2 tangkai daun kari (gunting halus)
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  • Dsc01101
    Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
  • Dsc01093
    Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.
  • Dsc01097
    Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

KEEMA


Image003

Masakan india..sdp di makan ngan roti pita, roti jala, chapati..nasik pun bule =)

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 200g daging hancur
  • 1 biji bwg besar (di dadu)
  • 1 biji kentang (dadu)
  • 1 tbsp cili boh
  • *1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar)
  • *1 tsp garam masala
  • *1 tsp serbuk kunyit
  • *1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk)
  • *2 tsp serbuk kari daging
  • 1 biji tomato (dadu)
  • stgh cwn air
  • 1 tbsp serbuk badam
  • 2 pokok daun ketumbar (hiris)
  • 1 cwn kacang peas
  • garam dan bahan perisa secukup rasa
  • Cara-cara


  • tumiskan bawang besar sampai kekuningan
  • masukkan cili boh..tumis sampai agak garing
  • masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar (sampai masak lah tu..)
  • masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit
  • kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas. tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa...
  • Image006
    masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit.masakan ni mmg tak berkuah..tp kalo suke, bule je tambah air..=)

TOSEY MASALA - DOSA MASALA


Cimg1386a

makanan popular bagi orang india and arab kt dubai, try le

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan nasi semalaman (nasi yang tak habis di biarkan semalaman)
  • 1 cawan black gram di rendam semalaman
  • sedikit garam
Untuk Isi dalam tosey
  • Beberapa helai daun kari
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 biji kentang di rebus
Utk sos
  • 1/2 biji kelapa parut (bahagian putih saja di parut)
  • 3 biji cili hijau (cili api pun boleh, i pakai cili padi)
  • 3/4 cawan roastery wt
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tosey-Blender nasi , black gram, garam dan sedikit air. Biarkan semalaman lagi sampai ia naik buih. Jangan terlampau cair krn adunan ini agak pekat.
  2. Cimg1395
    Tosey-u all boleh pilih samada buat cara di atas atau u all beli yang instant tosey(dosa) atau yang dalam paket. Bagi yang dlm paket u all still kene rendam semalaman. Kalu yang instant boleh buat terus.
  3. Ada 2 cara utk masak tosey ni. Panaskan kuali leper letak sedikit butter dan ambil sesenduk adunan tosey tadi dan(buat mcm spt masak lempeng).
  4. Satu lagi cara, letak sedikit adunan tosey ke dalam acuan yang boleh masuk microwave dan acuan tersebut di sapu dengan sedikit butter. Kemudian masak di dlm microwave selama 3 minit.
  5. Cimg1393aa
    Untuk sos-kisar kelapa parut, garam,cili, sedikit air masak dan roastery. Kalu nak tambah biji sawi pun boleh. Di dalam gambar ni ada sos berwarna hijau ia sama tapi ditambah dengan sayur.
  6. Utk inti dalam tosey-goreng daun kari dan biji sawi. Kemudian masukan bawang goreng sehingga masak dan letak kentang yang di lenyek kecil2 dan sedikit garam. Setelah masak bolehlah letak di dalam tosey yang dimasak seperti lempeng tadi.
  7. Tosey juga dimakan dengan kuah dal masala. Nanti i add dal masala untuk u all semua. Siap untuk disantap.
  8. Cimg1392
    ini cth gambar kuah dal.
  9. Cimg1397
    ini cth roastery wt

TOSAI


Tosai

Resepi dari kawan india kat sekolah .

Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

  • 2 cwn beras -rendam 8 jam
  • 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
  2. masukkan garam dan kacau rata
  3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
  4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
  5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhan