Showing posts with label masakan jawa. Show all posts
Showing posts with label masakan jawa. Show all posts

PECEL LELE


P1230214

lg satu resipi org jawa....mmmmm...terangkattttt...

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dgn air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / di salai
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10 biji cekur ( kalo besarnya sebesar guli ) - ditumbuk
  • 2 cawan air
  • 200ml pati santan
  • air asam jawa- ( ikut suka masamnya, saya agak2 jer )
  • gula dan garam secukup rasa
  • daun cekur - dihiris halus mcm bunga rampai

Cara-cara

  • panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
  • masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
  • setelah mendidih masukkan ikan, akhir sekali perasakan dgn gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya. Sedia untuk di makan.

AYAM MASAK PELEMBANG


Ayammasakpalembang

Resepi ni best sangat..masakan orang jawa


Bahan-bahan ( 1 family )

  • 4 senduk nasi bawang besar (kisar)
  • 2 senduk nasi bawang putih (kisar)
  • 2 senduk nasi cili kering (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1/2 kilo santan
  • 5 batang serai (dititik)
  • 6 tangkai daun kari
  • kicap (kalo boleh kicap manis)
  • 1 ekor ayam

Cara-cara

  • perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
  • tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau
  • masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
  • masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
  • masak sampai empuk dan angkat

PECEL IKAN CENCARU


Pecel

Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 kilo Ikan Cencaru
  • 5 bawang merah kecil (digoreng)
  • 3 biji bawang putih
  • 200 grams akar cekur (kencur)
  • 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
  • 50 grams cili padi
  • 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
  • Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
  • garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara

  • Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.

Ikan Masak Ala Jawa


Masakan Jawa, Simple tapi sedap - resepi dari bonda


Bahan-bahan ( biji )

  • 4 ketul ikan - digoreng
  • 10 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara


  • Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
  • Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
  • Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng
  • Sedia untuk dihidang - SELAMAT MENCUBA