SEPANJANG SAMBUTAN HARI RAYA 2008

Sebahagian sambutan Hari Raya di rumah keluarga terdekat.(my house, uncle, untie, mother in law N my personal doctor)













KARI DAGING & ROTI JALA

Hari ini zanie sarap roti jala cicah kari daging..

Kari daging ni lauk mlm tadi. Soo.. zanie pn buatlah roti jala utk matchingkan dgn kari daging tu..

KARI DAGING

Bahan-bahannya :

  • 1 kg daging
  • 3 biji tomato ( belah 4 )
  • 3 biji kentang ( kupas buang kulit dan dibelah 4 )
  • 4 sudu besar rempah daging
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Garam secukup rasa
Bahan tumis :
  • 2 labu bawang merah
  • 4 cm halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 6 tangkai cili kering diblender halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang serai yg dititik
  • 1/2 cudu kecil minyak bijan / minyak masak utk menumis
Bahan rempah kisar :
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar
Kisar semua bahan2 ini

Cara memasaknya :

1. potong daging ikut suka, cuci dan toskan airnya. Sediakan bekas panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumis tadi goreng hingga naik wangi. Masuk pula rempah kari, rempah kisar, serai serta daun kari tadi kacau sampai terbit minyak.

2. Setelah itu masukkan pula daging, kentang juga santan cair masak hingga daging empok baru masukkan santan pekat, tomato garam dan serbuk perasa.

3. Biar mendidih dan kuah agak pekat. angkat dan sedia utk di hidang.


inilah rupa roti jala zanie. coraknya x berapa menjadi laa pulok.. tak cantik kan..!!
dan dibawah adalah resepinya.

ROTI JALA BEREMPAH

Bahan-bahannya:
  • 250 grm tepung gandum
  • 320 ml santan
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak sapi utkmelencer kuali
Cara menyediakannya :

1. Adun semua bahan hingga sebati. kisar 5 minit dgn menggunakan mesin pengisar pastikan better tidak bergentel.

2. Panaskan terlebih dahulu kuali yg telah dilencerkan dgn minyak sapi. Isi better dalam acuan roti jala. Kirai seperti bentuk roti jala, tunggu agak2 5 minit, lipat 2 atau 3 segi dan bolehlah diangkat.

3. Ulangi peroses seterusnya hingga habis


Setelah digabungkan.. ni lah dia.. roti jala cicah kari daging..


MENU HARI INI

Hari ni zanie goreng beehoon jerk. Rasa letih sangat hari ini.

Sebelah mlmnya zanie buat kek batik marie

Teringin plak nak mkn sbb awal raya x sempat nak buatlah katakan tapi x berapa cantik laa.. Resepi ni zanie dapat semasa duk disabah dulu dari seorang kawan yg berasal dari sarawak( sekitar 1986 - 1992 ). Dulu kek ni di sebut dodol sarawak. Zanie pn x tau apa yg menyebabkan kek ini dinamakan dodol sarawak maybe kerana ia dibungkus menyerupai dodol kot. Masa tu di Johor x ada lagi zanie jumpa kek ini. Rasanya zanielah org pertama yg bawa resepi ni balik ke Johor ( pontian ) ceewaahh..!! perasan plak haku ni. ialah.. sbb sepanjang zanie beraya di rumah sahabat handai x kelihatan pn melainkan dirumah ibu & bapa zanie. itu pn zanie yg buat...tetamu yg berkunjung kerumah kebanyakkannya pulang dgn membawa resepi ini. Sooo....Pada sesiapa yg ingin mencuba, zanie sertakan resepinya ya...

KEK BATIK MARIE / DODOL SARAWAK

Bahan - bahannya
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 tin kecil milo
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1/2 kati kacang tanah ( sangai dan buang kulit dan tumbuk agak kasar )
  • 60 keping biskut marie dipecah 4
  • bijan sangai secukup untuk hiasan.

Cara - caranya

1. Ambil bekas agak besar zanie guna kuali jerk satukan susu pekat milo dan marjerin kacau bersatu.

2. Panaskan atas api kacau bahan2 tadi hingga cair dan agak pekat dgn menggunakan api yg agak kecil supaya bahan2 tadi tidak hangus.

3. Bila telah pekat dan kelihatan berkilat masukkan kacang kisar dan biskut tadi kacau cepat2 kerana ia akan cepat mengeras bila sejuk.

4.Kalau nak lebih rasa coklat boleh ler kurangkan biskut terpulang pada citarasa masing2.

5. Angkat kuali dari api dan cepat2 masukkan dalam acuan yg disukai tekan2 agar mampat dan taburlah dgn bijan sangai tadi tekan2 sekali agar bijan tadi melekat.

6. Biar sejuk dahulu sebelum dipotong.

MY UNCLE, MY COUSIN & MY NEPHEW

Hari ini 11 okt 2008 adalah hari bersejarah bagi my uncle ( Ahmad Taromi bin Marsam ) setelah sekian lama hidup bersendirian bilamana ia kehilangan isteri tercinta yg telah pergi mengadap ILLAHI. Ya ALLAH .!! cucurilah rahmat keatas rohnya. AMIN.!! untuk itu maka beliau pn bertemulah jodoh utk kedua kalinya dengan Sharipah Arfa bte Junadi. Pada hari ini termetrailah cinta dua sejoli dgn ikatan pernikahan yg berlangsung di Permatang Sepam Benut. Majlis dibuat secara sederhana, cuma dihadiri oleh keluarga terdekat. Hari persandingannya akan berlangsung pada 30 nov sbb pengantin perempuan bertugas di sek. Untuk my uncle semoga jodohnya kekal hingga keakhir hayat..AMIN.!!!

Imam sedang membacakan khutbah nikah

Debaran menanti di ijabkabulkan

setelah menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang

Merpati dua sejoli

Terpancar wajah bahagia setelah bergelar suami isteri

Pengiring pengantin lelaki Me & My Untie2

My uncle &My Untie2 N me sedang menjamu selera.

Meh.. kita balik dulu...


ini plak hari pertunangan anak buah zanie yg telah berlangsung di Kayu Ara Pasung Pontian ( my kg) hihihi..



Hari persandingan my cousin di Dewan Tunku Ismail Ibrahim Pekan Nanas Pontian.Pengantin bersama ayah & ibu N kakak serta adiknya
Selamat pengantin baru Shidah & fian


My Cousin Shidah


Disini zanie ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin2, my uncle, my cousin N my anak buah ( apa bahasa owang putih pn x pasti ) hihihi.. moga pasangan pengantin2 sume cepat2 timang anak, cucu, cicit. kwang3. Zanie pn dah buleh jadi Kakak, Makcik, Nenek. Hihihi..dah tua rupanya haku walau blum ada menantu...

TRAGEDI RIBUT YG MEMBADAI



TRAGEDI 24 SEPT ( 24 ramadhan ) YG X KAN KU LUPAKAN

Nak dijadikan cerita satu hari pada mlm 24 sept....

Setelah hampir 2 hari berkemas ( tutup office ) barulah dapat tarik nafas lega kerana persiapan utk menyambut lebaran telah ready lebih awal dari tahun2 sebelumnya. plain seterusnya nak masuk dapur settlekan kek2 N maruku tempahan keesokkan harinya. setelah membersihkan diri dan tukar pakaian, mlm tu rasanya masuk tidur dlm pukul 3.30 am. ZZzzzzzz. Anak daro zanie amik turn handle menu utk sahur. Pukul 5.00am zanie N family bersahur. Angin diluar terasa sepoi2 bahasa menandakan hujan akan turun.

Azan subuh di masjid jamek Pontian jelas kedengaran berkumandang tepat jam 5.45 am. Setelah selesai mencuci pinggan manggkuk zanie terus menuju keberanda utk menyapu sampah. Angin terlalu kuat ketika itu hingga rumpun pohon bambu yg tinggi menjulang kelangit dihadapan rumah nampak macam nak sujud tapi semangat nak menghabiskan sampah yg disapu tetap kuat.

Dari dlm my hubby memanggil " yang..yaang..!!! " sambil ia menuju kemuka pintu, "laa..hari nak hujan buat apa nak sapu sampah nanti terbang le sampah tu". Sambil menarik tangan mengajak zanie masuk. tertutup saja pintu..zanie terdengar dentuman yg agak kuat gak tapi x tau dari arah mana. Zanie meluru kedlm tapi x de apa2. Teringat plak nak jenggah bilik anak teruna, bila saja pintu terbuka..YA ALLAH.!!! mcm x percaya apa yg ada didepan mata dan dibawah inilah antara foto2 yg terpapar



selepas kejadian jam 5.50 am

inilah serpihan bumbung yg jatuh melalui siling masuk ke bilik


lagi serpihan yg ada


ya ampun.!! air dah memenuhi ruang bilik daaa.....

my habby tengah duk nyabokan anak teruna..BERTENANG.!! 2x
hangkut pc.. mini compo kamu..bawak keluar jgn kalut

dah kena hangkut... line clear.!!

ha..!! tu dia.. tilam , blancket berlonggok x larat dah nk kemas. hehehe..


inilah pemandangan waktu siang lebih kurang 9.30 am


bila waktu mlm nampak ler bulan ngn bintang.. kalau nak tengok anak bulan syawal x yah nak susah2 pegi ke pantai pontian kat dlm umah pn dah buleh. huhuhu....

keesokkan harinya..tukang repair dtg tengok apa patut buat


sedang membancuh simen utk baiki bumbung dan tampal


ha tu dia.!! panjat.. jgn x panjat jaaang..masa ni jam menunjukkan angka 12.45 tghari



aksi2 spontan dgn cuaca yg cukup baik..paneh lit2. bak kata orang kelate
hehehe...


alhamdulillah 1.45 tghari selesai..segalanya berjalan lancar.

jeng.. jeng..jeng.. inilah pemandangan dari dlm bilik setelah selesai dibaiki bumbung tuu..


27 sept..ha..!!! nie ler anak zanie yg duk kt hostel
baru balik umah dah kena train cuci kipas anging. hihihi....


KAD - KAD RAYA 2008




Kad raya pengganti diri tanda ingatan dihati.

Salam dihulur maaf ku pohon moga dilebaran ini kita rayakan dengan ribuan keinsafaan di iringi jutaan kemaafan moga mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidiwal Faizin Maaf Zahir dan Batin dari zanie istimewa buat teman2, adik2, kakak2 dan sesiapa saja yg sudi singgah keblog zanie.Maaf andai ada salah silap terkasar budi bicara dan bahasa dari zanie.

Kepada sesiapa yg singgah kat blog zanie nie sudi2kanlah ya bawa balik kad raya pengganti diri dari zanie nie..pilihlah mana2 kad diatas tu atau dua2 pn x kisah pilihlah yg berkenan dihati..teristimewa sekali kepada nama2 yg ada dilink sebelah kanan tuuu.!!!!

Zanie sayang kalian sume...muuuaaahhhh.!!!!!!!

CAMAT RIAYA SUME... I LAB BI U ALL


dari eiba n family.....mekacih eiba.!!

bunga nie dari embun sarawak..tq embun



yea..yea..dapat duit raya..tapi dari sape pn zanie x hingat laaa..


ini dari AlongRoz


ni plak dari ela yg nun jauh kat qattar tuu..tima kacih ela coz hingat kat zanie


kartun ni zanie lupa sape gaknya yg bagi. apapn thanx coz adiahkn kat zanie


ini dari zira fp. salam kenal yerk zira


haa..yg ni dari taukeh kek, sape lagi kalau x cik dayang.!!


ini dari satu bendera..ustazah nurhuda Pontian


ini dari UmmiEyna..maaf ummi ya..baru dapat poskan kat cni..tq UmmiEyna