LOLLIPOP LEPAK TANPA THERMOMETER / CANDY

P1000322

Badot Gendot@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 batang )

  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 - 4 titis perisa mangga (ikut citarasa sendiri)
  • 2 sudu light corn syrup (optional)
  • Lidi satay (8-10 batang)
  • Sedikit minyak masak atau butter

Cara-cara

  1. Tuangkan 4 sudu gula pasir dan 2 sudu light corn syrup ke dalam periuk leper yang telah dipanaskan.
  2. Kacau gula pasir bersama-sama light corn syrup sehingga larut/cair.(Jangan sampai hangus gula tu)
  3. Agak2 kalau panas sangat perlahankan api.(leceh sket sbb x guna candy thermometer)
  4. Bila gula dah cair,alihkan periuk leper tu and then boleh masukkan beberapa titis perisa atau pewarna yang digemari.
  5. Gaul seketika,kemudian tuangkan larutan gula tu ke atas permukaan yang telah disapu minyak masak atau butter supaya die x melekat.
  6. Pastikan lepas tuang tu,cepat2 cucuk lidi kat tengah2 gula sebab gula lollipop ni cepat mengeras.
  7. Dah siap!Bagi makan kat budak2 smpai diorang rosak gigi xpon boleh makan mase tengah melepak tgk cerita hindustan.
  8. P/s:Nak bagi lagi sedap,salut dgn serbuk citric acid (masam!).
  9. CAUTION!!!!Jangan sentuh gula yg masih molten lagi,sbb boleh cause severe (3rd degree) burn.Boleh melecur teruk.

BURASAK

25-10-08_1207

cahayer@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
    Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
    Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. 24-10-08_2154
    Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. 24-10-08_2321
    Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Myresipi1

firasyira@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • A) 2 sudu besar gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

CHERRY BLOSSOM PUDDING

Sakura5

sunkist@myresipi.com

Bahan-bahan ( )

  • 10gm agar-agar (strips)
  • 10 biji buah laici (dlm tin)
  • 21/4 cwn air
  • 1 cwn sirap buah laici (air buah laici yg di dlm tin)
  • Gula secukupnya (sy letak 2/3 cwn)
  • sedikit pewarna merah (optional) (sy guna pewarna merah ceri Nur)
  • ceri merah - dipotong dua

Cara-cara

  1. Sakura9
    Rendam agar agar selama lebih kurang 1 jam.
  2. Sakura8
    Gunting buah laici sehingga menjadi bentuk bunga.
  3. Kemudian, cairkan agar-agar dgn air dan sirap buah laici diatas api. Tambah gula secukupnya. Titiskan sedikit pewarna merah jika mahu.
  4. Bila agar2 sudah cair, angkat dan tapiskan agar2.
  5. Sakura3
    Tuangkan sedikit agar-agar ke dlm acuan agar agar. Kemudian letakkan laici yg telah digunting bentuk bunga tadi & ceri merah ditengahnya.
  6. Sakura7
    Tuangkan lagi agar-agar sehingga penuh. Kemudian, boleh disejukkan.
  7. Sakura6
    Boleh dimakan begitu saja ataupun dgn sos kastard.

MY KOLEKSI

Yg melekat kat dinding tu tempat ,
almunium foil > plastic cling wrap > salt & sugar bottle


Layan gambar aje la ya , ngehngeh ....

CREAM PUFF KACIP FATIMAH

Creampuff

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 16 biji )

Utk krim kastard:
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 200ml minuman soya Super
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 100ml whipping cream
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Krim Kastard : Masukkan tepung kastard dan 1 sudu besar minuman soya ke dalam mangkuk. Kacau sehingga tiada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Seterusnya masukkan minuman soya yang lebih tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Panaskan di atas api dengan api yang sederhana sehingga pekat. Kemudian sejukkan.
  4. Apabila krim dah sejuk, pukul whipping cream dengan gula sehingga pekat. Kemudian masukkan krim tadi (no.3) sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga menjadi bentuk krim yang diinginkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  5. Cream puff :Persediaan Awal, panaskan oven sehingga suhu 200 darjah celcius. Alaskan dulang oven dengan oven paper. Ayakkan tepung gandum. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit telur tadi dengan garfu supaya telur kuning dan putih bercampur.
  6. Smallpack_fatimah2
    Masukkan air,mentega dan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen (Seperti yang di dalam gambar). Panaskan sehingga mendidih. Padamkan api.
  7. Masukkan pula tepung. Kacau cepat-cepat sehingga tak berketul.
  8. Panaskan semula adunan sehingga kepingan putih terbentuk di dasar periuk. Kemudian padamkan api.
  9. Angkat periuk dari dapur, masukkan telur dan kacau cepat-cepat. Kacau sehingga tiada ketul-ketul terbentuk.
  10. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe ke atas dulang oven dengan anggaran lebih kurang 3-4 cm diameter utk setiap biji.
  11. Sembur(spray) permukaan cream puff dengan air. Kemudian taburkan sedikit almond ke atasnya. Bakar cream puff dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah celcius. Bakar lagi selama 5 minit. Bila dah siap, sejukkan dahulu sebelum diletakkan krim.

IKAN MASAK KAMPUNG

Bahan-bahannya :
  • 3 ekor ikan kembung
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 tangkai lada hidup
  • 4 biji belimbing buluh
  • 3 biji buah keras ditumbuk lumut
  • Sedikit garam dan air
Caranya :

1. Kisar bawang besar , bawang kecil, lada hidup dan garam. Perap 10 minit bahan kisar tadi bersama ikan.

2. Masukkan ikan kedalam periok bersama buah keras yg telah di tumbuk tadi. Campurkan air agak2 ikan tadi tenggelam .Masukkan cili padi, belimbing buluh juga garam secukup rasa

3. Masak hingga mendidih. Sedia utk dihidang

NASI DAL

Nasi dal ni salah satu menu jamuan hari raya tapi sayangnya blurlah gambonya apa2 pn layan ajerlah ya.!! dan inilah resepinya..hihihi..

Bahan-bahannya :
  • 300 grm beras wangi
  • 100 grm kacang dal
  • 1 tin susu cair
  • 15 grm bunga lawang
  • 5 grm bunga cengkih
  • 5 grm kulit kayu manis
  • 50 grm bawang besar ( blender )
  • 50 grm bawang kecil ( blender )
  • 50 grm halia
  • 2 helai daun pandan
  • 300 grm air panas
  • minyak masak utk menumis
Caranya :

1. Beras dibasuh dan ditoskan. Panas minyak tumis bahan giling tadi hingga terbit bau wanginya. Masukkan air, daun pandan, kacang dal masak hingga mendidih dan kacang empuk.

2. Kemudian masukkan susu cair dan juga beras. Masaklah seperti masak nasi biasa. Bila nasi sudah masak kacau nasi perlahan2 dengan menggunakan garfu ini bertujuan agar nasi tadi tidak hancur.

3. Selamat mencuba.

PUDING ZEBRA


Bahan-bahannya :
  • 28 grm agar-agar
  • 9000 ml air
  • 300 grm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko bancuh dgn sedikit air panas
Caranya :

1. Masak agar2 dgn daun pandan dan air hingga hancur. Masukkan gula dan didihkan lagi hingga gula hancur

2. Pukul telur hingga kembang, masukkan susu cair dan bancuhan tepung jagung pukul lagi hingga sebati.

3. Tuang bahan telur tadi kedalam agar2 yg telah mendidih juga mentega.

4. Bahagi kepada 2 bahagian. 1). biar warna asal. 2) bubuh bancuhan koko tadi.

5. Corakkan mengikut citarasa masing2.

6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan




QUOTE DARI NUR LAGI

terima kasih nur ku CAYANG.. moga dgn adiah kali ke3 dari nur ni silaturrahim antara kita akan lebih disulami dgn rasa harga menghargai moga kian erat walau antara kita blum pernah bersua.
maaf ya nur baru berkesempatan nak gantung adiah dari nur ni.hihihi... terima kasih sekali lagi nur SYG.!! muaahhh......